Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Hilangnya diri ini

Lab 5, Makmal Komputer, Aras 2 8:17 am Ada satu saat terasa hairan siapa sebenarnya aku Rasa tidak kenal diri sendiri sampai tertanya-tanya mana pergi aku yang dulu. Ada satu saat terasa macam seorang diri. Rasa pelik mana pergi semua orang yang pernah hadir. Ada satu saat terasa macam hilang diri ini Rasa macam mahu mencari dan masuk mana-mana gua dengan harapan jumpa diri yang hilang. Ada satu saat terasa macam tidak ada semangat. Rasa mahu pergi mana-mana tempat dengan harapan boleh kutip semangat yang dah berkecai tu. Tapi, dalam semua kehilangan itu, aku bersyukur yang aku tidak hilang Allah. Aku bersyukur dalam segala kehilangan tersebut, kerana itulah titik aku mula 'bertemu' Allah. ( Yusuf:87)  يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ "Hai anak-anakku, pergil...