Tidak sangka selama hampir setahun belajar di tempat ni. Aku habiskan juga dengan jayanya. Tskk.. Semualah cakap tempat pengajian di sini susah, laju. Susah tu tidaklah, mungkin bergantung pada orang juga. Laju? Biasalah tu, program setahun kan? Haha. Pada mulanya tu memang rasa terseksalah. Mana tidak, belum pandai handle stres lagi masa tu, ada saja benda yang aku merungut, entahlah kenapa. Padahal semuanya pada diri sendiri juga. " Bab kawan pula macam mana, Hanami ?" Tskk.. Kawan makin banyak tapi kualitinya makin kurang. Itu ja aku boleh cakap. Kenapa? Haha. Kawan kau dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, MRSM, time interview , uiii semualah bah, follower-follower ig mu tu pun ada. Nda caya? Haha. Sebab kenapa kualitinya makin kurang? Sebab ndak macam dulu sudah. Mana lagi mahu makan di ds sama-sama dulu. Mana lagi mahu bercerita time prep malam macam dulu. Tiada.. Tapi aku fahamlah semua pun sibukkan dengan hal masing-masing. Aku pun malaslah ...
Mungkin dengan tulisan ini, aku dapat mengubahnya. Pengalaman, coretan dan perantauan merupakan kunci utama dalam penulisan ini.