13 Jun 2020; Sandakan Jari jemari berlari di atas papan kekunci. Cuba menelaah draf-draf yang sudah lama terbiar. Satu aplikasi nota dalam telefon pintar dibuka. "Sudah tidak punya ikatan hubungan tapi masih merasa memiliki. Menahan rasa setiap kali melihatnya dengan yang lain. Ingin cuba mulai dengan yang baru tapi hati tidak mampu untuk berpindah. Berusaha ingin kembali namun aku sudah tidak ada rasa apa yang ada untuk kita." Ku memejam mata. Cuba ingat kenangan indah dan setiap kebodohan yang pernah dialami. Masa tidak boleh kembali. Juga tidak boleh diputar. Sekiranya kembali ke masa lalu. Adakah kita masih seperti dulu? Atau hanya angan-angan atas pelangi. Berkomunikasi sekadar kawan. Hanya melukakan hati di antara kita berdua. Sakit sudah terpahat, perit sudah menjerat. Ada secebis rasa ingin kembali tapi tidak bagi aku. Cuba dibaiki tapi rasanya tetap sama. Kosong. Sehinggakan cuba memasuk lubuk hubungan baru agak susah bagi aku. Seribu tanda tanya akan bermain dalam f...
Mungkin dengan tulisan ini, aku dapat mengubahnya. Pengalaman, coretan dan perantauan merupakan kunci utama dalam penulisan ini.