بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ . . Ada lagi cerita baru. Seperti yang aku janjikan aku akan buat sambungan untuk cerita 18/11/2015 (Perhitungan Terakhir : 5 Yonko) . Di sinilah titik bermula bagaimana sidang JDM itu dilaksanakan. Aku dan empat sahabat aku tu tidaklah sejahat sampai masuk kes JDRM (kes lagi berat daripada JDM seperti memukul, merogol dan mengedar dadah). Kes kami ni pun kira macam taraf cuaki sajalah. Tapi baguslah, at least ada pengalaman tu. Mahu dikatakan belajar 24 jam saja di MRSM tu, bukan mahu kata noob . Tapi setiap orang ada cara dia untuk membahagiakan diri masing-masing. Suka main bola, mainlah bola. Suka kucing? Peliharalah kucing. Suka aku? PM -lah.. Tidak bhee.. Tidak.. Tidak.. Itu gurauan saja. Aku pun hairanlah macam manalah aku boleh masuk dunia Blogger ni. Rasa syok saja menulis. Lagi-lagi yang tulis keluar dari kotak fikiran atau hati kau sendiri. Seperti dalam bio Instagram atau Twitter ...
Mungkin dengan tulisan ini, aku dapat mengubahnya. Pengalaman, coretan dan perantauan merupakan kunci utama dalam penulisan ini.