Skip to main content

KL. Indah Khabar Dari Rupa. (At last)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ  

.
.

Okay ini last part pengalaman aku masa di KL dulu. Bukan apalah. Aku menulis blog ni pun sebab mahu isi masa lapang aku saja pun. Yang setia menunggu, yang selalu stalk blog-blog aku ni. Thanks. I appreciate it.. Watak yang aku bawa sendiri iaitu aku sendiri bukanlah baik pun, acah lebih saja. Siapa kenal aku tu, dia tahulah macam mana. Annonying pun ada, temberang pun ada, bikin panas pun ada, muka lagi macam mahu kena pukul. Ish.. Ish.. Ish.. Okey aku start haa.

.
.

Hanami terbangun dari lenanya. Melihat keadaan sekeliling bilik si Squek. Squek tiada di situ. Kemungkinan dia tidur di bilik kawannya. Manakala roommate-nya masih lena dibuai mimpi. Hanami persiapkan dirinya untuk mandi dan menunaikan solat subuh.

Pada semalamnya Squek ada memberitahu Hanami untuk bergerak awal. Bergerak pada waktu pagi supaya Hanami sampai ke rumah mak ciknya lebih awal. Memandangkan Squek tidak dapat ditemui pada waktu itu, Hanami menunggu saja macam kayu tunggul di bilik Squek.

Dalam kebosanannya juga,  Hanami merayau-rayau di sekitar MGGII itu. Turun ke bawah untuk melihat ada tidak kafe buka, Hanami sebenarnya kelaparan. Kelmarinnya pula, cuma makan di KFC pada waktu petang. Masa malamnya, mampu tidur saja kerana kepenatan. Kafe tidak buka, ini berkemungkinan disebabkan cuti umum. Natijahnya, kafe-kafe di tempat itu pun tidak buka.

Hanami ingin membeli air minuman yang terdapat dalam vending machine yang disediakan. Banyak juga vending machine itu, macam setiap kawasan mempunyai benda tu. Menarik juga. Tapi keadaan poketnya tidak mengizinkan, tidak punya duit kecil. Hanami kembali ke bilik Squek. Mahu tidak mahu, dia terpaksa tunggu saja kawannya itu untuk datang ke biliknya sendiri. 

.
.

9.30 a.m.

Squek datang dalam keadaan separa sedar. Hanami menganggap dia baru bangun. Ngeh.. Squek bertanya kepada Hanami, mahukah dia untuk bergerak sekarang? Memang perlu pun untuk dia bergerak agar keesokannya mudah dia untuk pulang ke universitinya. Hanami hanya perlu ke rumah mak ciknya saja. 

Masing-masing bersiap. Squek mandi terlebih dahulu manakala Hanami menyiapkan semua barangnya sambil mendengar mp3 yang terletak di atas meja study Squek. Itu kepunyaan Squek. Hanami juga mempunyai mp3 dia tersendiri tetapi baterinya tidak tahan lama seperti Squek punya. Hanya bermain dari satu ke dua jam saja. 

Hanami tidak mandi. Apa dia peduli. Baju pun tiada. Dia merancang untuk mandi di tempat mak ciknya. Senang, selesa. Baju mungkin ada disediakan. Kalau tidak pun, recycle sajalah baju dia guna tu. 

...

Mereka keluar dari tempat tersebut. Hanami kelaparan dan mahu sarapan terlebih dahulu. Squek turut sama kelaparan. Jadi, mereka pun bergerak untuk mencari kedai mamak untuk mengisi perut mereka yang kosong itu dari semalam. Kedai yang Squek bawakan ni tidaklah jauh dari MGGII. Terdapat bangunan atau bandar di hadapan MGGII tersebut.





Hanami dan Squek bergerak bersama. Dalam perjalanan, Squek tiba-tiba bergerak pantas. Hairan dengan reaksinya itu, rupa-rupanya Squek mahu melepaskan 'hajat'. Masa-masa beginilah pula boleh dia ingin melepaskan. Pelik. Jarang-jarang orang mahu melepaskan masa pagi ni.

Hanami pun menunggu Squek. Hanami berdiri di restoran sambil melihat menu-menu yang dipaparkan. Tauke restoran itu menyuruh Hanami untuk duduk. Hanami senyum sambil menunjuk-nunjuk menu-menu yang dipaparkan. Dan berkata, "Jap.. Mahu tinguk-tinguk dulu".
Tauke mengangkat tangannya mengisyaratkan 'thumbs up' kepada Hanami. 

Squek pun keluar dari tandas. Terkejut Squek kenapa sahabatnya itu belum duduk. Rupanya Hanami segan dan tidak biasa dengan tempat tu. So, dia sanggup tunggu Squek untuk duduk bersama.

Squek meminta order Milo Ais dan dua roti canai manakala Hanami melayan diri untuk mengambil nasi, kuah, telur goreng dan air gas oren berjenama Fanta. Apakah gila ni orang untuk minum air ber-gas pagi-pagi, sepatutnya dia minta air panas atau air yang suam pada waktu-waktu sebegitu.

...

"Nah Nami.. Rasa ni sedap tak kuah dal dia?"

Hanami memegang sudunya dengan perlahan dan mengambil kuah dal yang ada di atas pinggan Squek lalu mendekatkannya ke muncung bibirnya. 

Sluurppp...

"Uish sedap gila. Lain dari yang lain bah kuah-kuah di sini ni. Pelik aku."

"Dah agak dah. Aku dah bosan sebenarnya dengan makanan di sini. Asal orang baru saje, memang kata sedap. Haha"

"Sedap apa gilak. Tinguk aku ni. Di UPSI makan begini. Di sini pun makan begini. Hahahaha. Ndak pa lah bah, ikat-ikat perut. Lagi pun, bosan aku, hari-hari makan ayam."

"Weh. Apa kau nak cerita pasal result kau kat matrik dulu?"

"Ohh itu. Hahahaha. Biasalah bah Squek kalau orang bercinta. Frust-frust semua, sakit bah hati aku. Ndak aku fokus belajar. Aku layan Twitter sama berjiwang jak aku. Mana nda drop. Aishh.. Malas gilak aku mahu pikir balik. Aku pikirkan dialah orangnya. Sekali macam ndak, macam ya. Aku di matrik Squek. Solo-solo bah aku. Aik? Kau ndada bacakah blog aku? Ada bah tu aku cerita semua?"

"Manalah ada masa aku nak baca blog kau tu"

"Drop gara-gara sakit hati jak bah. Itu jak pun. Karma bah ni kalie. Lagi pun, banyak juga aku sakitkan hati orang kan? Kenalah begitu. Uishh.. Terlampau overthinking begini-begini. Konon bolehlah sampai jinjang pelamin. Sekali.. Hahahahaha. Sekejap bergaduh. Sekejap okay. Lepastu berbaik balik. Cemburu lagi Squek. Malasnya aku.. Macam apa jak. Itulah first time gila aku rasa begitu. Time di MRSM dulu. Manalah bah aku rasa semua tu. Aku kenal dia pun dari Facebook, masa form two, jumpa di matrik. Uishh.. Macam boleh go jak ni. Sekali.. Uishh.. Peritnya.. HAHAHAHA"

"Hanami.. Hanami.. Aku pun ada juga terfikir macam tu masa form 1 tapi aii.. Memang takleh jadilah. Susah.. Setakat ni. Apa saja. Aku macam tak peduli pun. Kalau kau nak tinggal, tinggal. Kalau kau tak peduli, biarkan. Kalau dia stay, stay-lah. Weh? Dorang yang lain-lain kat UPSI sepa saje?"

"Kalau dari matrik tu mungkin ramai. Dari MRSM, aku satu orang jak lelaki. Perempuan ada lima kah enam orang. Sensara gila aku Squek.. Kena berdikari. Ndada kawan dari MRSM."

"Alah.. Aku satu orang kat sini okay saja"

"Bukan apa bah.. Aku pun bukan pikir suma tu. Pasal rumah. Pasal duit macam mana. Kalau aku tahu. Bagus ambil UMS. Tapi kena bersyukur jugalah. Bukan ramai orang dapat peluang belajar macam kita ni. Kita teruskan saja"

"Haha. Aku dah pikir semua tu Nami. Sebelum masuk mana-mana. Elaun, duit, rumah, belajar macam mana. Tulah aku ambil MGGII."

"Okaylah. Aku ni.. Terumbang ambing. Ndak pa. Empat tahun saja ni."

"Takde ke Nami. Cewek-cewek ke HAHAHAHA?"

"Budu kau ni. Sudah aku trauma menyuruh lagi cari cewek. Okay-lah, banyak juga cantik. Tapi malaslah Squek. Mahu belajar dulu. Nenekku pun bukan suruh beciwik sama orang semenanjung. Mati aku nanti oleh dia. HAHAHAHA. Tiada masa-lah. Kalau ada jodoh itu, adalah.. Kalau sudah ajal menjemput dahulu, apa aku boleh buat. HAHAHAHA. Kau Squek? Teda?"

"Hmm.. Aku entahlah. Takde. Kadang rimas juga banyak betul mesej-mesej Whatapps ni,"

"Banyak!! Sebab kau kacau dorang kilik! Hahaha. Pakq! Mentang-mentang single. Sudahlah Squek, janganlah kacau hati perempuan. Kena kau macam aku baru tahu."

"Takde lah. Bila cuti?"

Hanami dan Squek sambung menceritakan hal masing-masing. Ingin plan jika ada masa lapang lagi untuk berjumpa. Tapi dengan keadaan bandar yang begitu merimaskan bagi Hanami, adakah Hanami akan datang sekali lagi untuk melihat sahabatnya itu atau bersama-sama sahabatnya yang lain.

Squek juga ada menceritakan kepada Hanami tentang si Ayam dan si Jiboh. Dia menceritakan bahawa si Jiboh mengikuti Ayam sekali ketika ingin melepasi gate stesen MRT. Sepatutnya satu persatu. Tapi kerana ada bonding yang kuat antara Ayam dan Jiboh. Jiboh turut ikut. Tapi tulah, coin dia, dia tidak scan lagi untuk melimpasi gate tersebut.

Syukur sajalah mereka berdua tidak kena marah. Mereka terus berurusan ke kaunter urusan yang berdekatan. Squek hanya mampu ketawa dengan gelagat mereka yang first time datang KL. Sama seperti Hanami. Banyak benda yang patut dia belajar untuk survive di bandar besi itu.

.
.

10 a.m. ++

Selesai makan, Hanami dan Squek membayar makanan mereka. Masing-masing bayar. Lalu, mereka pun bergerak ke stesen bas untuk mengambil bas yang menuju ke Stadium Kajang. Dari Stadium Kajang, mereka akan naik MRT untuk menuju ke Pasar Seni.

Melalui Pasar Seni, akan bergerak ke kawasan Masjid Jamek. Kawasan Masjid Jamek itulah juga mereka akan berpisah. Benda-benda yang bertransit nilah yang perlu Hanami belajar. Hanami juga sudah menangkap beberapa cara dan tempat sekiranya dia ingin turun ke KL nanti.

Kalau tidak belajar dari Master Squek. Jadi kucing jalananlah Hanami nanti. Merempat di bandar yang besar itu. 

.
.

Dalam bas menuju ke Kajang

Hanami dan Squek pada mulanya berdiri di depan. Lama-kelamaan, mereka duduk di belakang beralaskan kerusi. Lebih selesa dan tidaklah mereka penat untuk berdiri sepanjang perjalanan tersebut.

Hanami berasa simpati kepada mereka cuba mengejar bas itu untuk naik. Ingin saja Hanami ke depan dan menegur pak cik bas itu. Hanami menoleh ke luar untuk melihat keadaan di luar bas tu. Semasa berhenti, driver akan menurunkan penumpang.

Semasa menurunkan penumpang itu, adalah beberapa orang asing ini cuba mengejar bas yang mereka sedang naik ini. Tapi dengan cepat driver itu menutupkan pintu yang terbuka dan berlalu pergi tanpa memikirkan perasaan orang asing berkenaan.

Hairan Hanami dengan sikap driver itu.

"Kenapa gilak pak cik tu Squek? Budu juga. Berhentilah bah dulu. Kesian dorang belari laju-laju. Sekali ndak dapat naik. Bawa sudahlah laju. Macam k*mak saja!"

"Hahaha. Biasalah tu Hanami.. Perangai dorang memang macam tu. Tapi taklah semua. Yang Bangla jangan kita kesian. Berbau nanti ni bas"

"Ish.. Kau ni. Tampar juga ni"

Bas berhenti. Ada dua orang Bangla masuk dan duduk di depan mereka berdua. Membelakangi mereka berdua. 

Pergh.. 

Hanami steady manakala Squek terus menutup hidung dan mulutnya dengan bajunya. Hanami pun rasa ada tercium bau yang tidak menyenangkan. Squek terus tertunduk dan menutup hidungnya. Beberapa minit kemudian. Squek bangkit dari tempat duduk dan berdiri di hadapan semula.

Hanami menggeleng kepalanya dan mengikuti Squek.

"Gile Hanami.. Ni aku tak suka naik bas ni. Bau betul. Macam susu basi. Apesal kau tahan haa?"

"Alah Squek.. Biasalah bah tu. Kau ni.."

"Ape.. Aku nak termuntah sial.. Aii.. Kalau macam semalam kita ikut bas tu, ramai. Sempit lagi. Pengsan kita kat dalam tu. Kalah bau macam tadi tu. Tak mandi kan gitulah."

"Mandi juga bah tu. Bekerja bah kalie, Tulah bau tu. Kau ni.. Ish.."

Hanami dan Squek terus berdiri. Tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk sampai ke Kajang. Dalam keadaan cool Hanami itu, sebenarnya dia juga tidak tahan dengan bau tu. Sebab tidak mahu menyinggung perasaan orang di depan mereka berdua tadi, Hanami terus menahan. Padahal dalam hatinya juga busuk, memaki-maki. 

Tidak sangka bukan? Bukannya ingin mengatakan mereka ini rasis tapi begitulah realiti dunia. Mahu tidak mahu kena hadap juga. Kalau ditahap rasis itu lain ceritalah. Pergaduhan, perbalahan dan bertikam lidah antara kaum. 

That's on another level.

Syukur. Keadaan sekarang masih aman. 

Keadaan jurang antara kaum sebenarnya ujian kita juga,
Bagaimana kita untuk mengatasi masalah ini dengan keadaan perspektif yang lain-lain,
Berapa ribu modus operandi ingin dilaksanakan tapi masih gagal dalam mendidik masyarakat kelas pertama,
Jawapannya dari kita sendiri.

Sosial media yang digunakan lebih kepada bertikam lidah saja. Tidak seperti pada awalnya, digunakan untuk berhubung dengan kawan-kawan berada di rumah atau orang jauh. Di mana butang Retweet, Share, Like secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan benci dalam hati masing-masing sehingga mewujudkan stereotaip seseorang.

Istilah 'men are trash' menjadi titik permulaan perempuan membenci lelaki.
Aplikasi Tumblr dicop sebagai aplikasi lucah.
WeChat dianggap untuk budak-budak rempit, sempit dan 'bangang-bangang'.
Orang Kelantan konon bukanlah orang yang baik.
Budak alim, masjid, dan berjubah ditakuti kerana titik-titk nila yang berselindung di balik agama.
Orang befikiran open-minded dinaikkan sehinggakan syariat Islam ditolak.
Sabah dan Sarawak masih di-stereotaip-kan dengan; tinggal atas pokok.
Asal orang Semenanjung memang tidak larilah dengan soalan-soalan yang pelik kepada orang Borneo.

Sedangkan yang membangkitkan isu juga diri sendiri. Yang jaguh menyatakan itu ini tetapi diri sendiri tidak di-cermin. 

Bila dilihatkan balik, kenapa dulu aplikasi WeChat aman damai, aplikasi Twitter penuh dengan gelagatnya masing-masing.

Di zaman kita, cinta palsu dihamparkan. Cinta sejati sukar dicari. Jatuh kerana rupa, jatuh dengan benda yang indah.

Orang dulu bercinta menggunakan kertas tapi setianya hingga ke hujung nyawa. Lainlah cerita kalau memang tidak ada jodoh. Prepaid top-up merupakan satu pengorbanan. Aplikasi free mencetuskan cinta 'dipercumakan'. 

Zaman kita penuh dengan ujian. Kita saja tidak sedar. Kesenangan itu ujian, kesusahan itu juga ujian. Tapi bagaimana diri masing-masing melihat benda itu sebagai ujian mendefinisikan kita.

Penggunaan kata-kata seperti; 

"Alah... Akhir zaman. Biarkan. Benda biasalah ni",
"Dia ni pun bukan bagus sangat. Nak dengar cakap dia. Apesal?",
"Weh. Sebelum tegur aku. Check dulu diri sendiri itu."

Teruskan.. Teruskan.. Tunding jari itu kepada orang lain. 

..

Stadium Kajang

Hanami dan Squek sampai. Tinggal beberapa langkah sahaja lagi dengan berjalan kaki. Mereka akan sampai ke Stesen MRT Stadium Kajang. Agak jauh sebenarnya dengan berjalan kaki. Tapi lagi okaylah daripada mereka berdua berjalan kaki ke KL. Tidakkah mahu tercabut kaki mereka berdua itu kalau berbuat sedemikian.

Hanami dengan bangga membuat urusannya sendiri. Menggunakan mesin coin MRT/LRT itu mudah sudah baginya. Dia dengan cool menekan pepapan touch screen yang terpapar untuk membeli coin yang akan menuju ke destinasi mereka berdua. Squek melihat saja gelagat sahabatnya itu. Squek lagi hebat, ada kad. Hanami ada apa? Duit pun kena masukkan satu-satu dah berlagak seperti orang London.

Hanami mengambil coin-nya. Scan untuk melepasi gate.

...
..
.

Kawasan Masjid Jamek

Hanami dan Squek dah sampai. Squek mempunyai peta LRT/MRT itu di dalam telefon pintarnya. Dia agak bingung sedikit kerana dia cuma mahir dalam laluan MRT, bukan LRT. Tetapi jika difahami laluan LRT tersebut, urusan mereka dipermudahkan. Hanami pun bingung. Hanami cuma tahu rumah mak ciknya di Sungai Besi. Dalam transit peta itu, Sg Besi ada terpapar.

Pertama sekali, mereka naik sahaja ke platform MRT atau LRT itu. Tetapi Squek agak hairan kerana platform itu menuju ke Sentul Timur. Manakala laluan Sg Besi, mereka harus mengambil platform ke Putra Heights. Laluan itu berada di seberang mereka.

Yang agak membingungkan mereka berdua, bagaimana mahu ke seberang tersebut sedangkan coin yang ada pada mereka sudah di-scan. Perlu melalui landasan LRT itu dengan bersahaja. Mungkin konsep itu logik, tapi mereka akan dicop gila dan mungkin juga akan ditangkap oleh petugas-petugas di sana. Kalau LRT laju melimpasi, tidakkah tergilis badan mereka berdua itu.

Sedangkan amalan yang ada pada mereka berdua pun belum tentu menjamin syutga.

Hanami dan Squek turun semula ke kaunter pertanyaan. Lalu Hanami pun menanya kepada kakak yang bertugas. Kakak itu menunjukkan jalan ke lorong belakang. Melalui lorong itu, mereka akan sampai ke seberang dan perlu naik ke atas untuk mendapatkan LRT ke Putra Heights.

Hanami ternampak peta transit Lembah Klang di atas meja tersebut lalu dia meminta izin kepada kakak itu untuk mengambilnya.


Sebaik saja Hanami mengambilnya. Hanami menelan air liurnya. Apakah gilanya benda ni? Bagai satu Migraine telah datang menyerang Hanami. Sangat-sangat tidak faham dengan peta tersebut. Transit ke sini, transit ke sana. Perlu menukar laluan ke sini, perlu menukar laluan ke sana. Disangkakan kemahiran menaiki MRT-nya sudah dicapai tahap Legend.

Apabila melihat peta transit tersebut. Barulah dia tahu yang dia ni masih bagai katak di bawah tempurung. Masih banyak perlu dia pelajari pasal KL ni.

...
..
.

Platform Laluan ke Putra Heights

"Ha' Hanami. LRT tu tulis apa?" tanya Squek.

"Hmm.. Putra Heights.."

"Ha'. Kau masuk dalam tu. Kau duduk diam-diam sampailah ke Sg. Besi. Sg Besi baru kau turun sana. Sampai sini sajalah aku teman kau"

"Kau ndak mahu ikutkah? Nanti sesat lagi aku. Hahahaha"

"Gileee. Mahu guna duit lagi."

"Thank you haa Squek. Kalau ada masa berjumpa juga kita. Senang sudah ni. Tahu sudah aku guna-guna ni LRT."

"Tengok dululah macam mana. Habis duit je turun KL ni"

Hanami perasan yang Squek banyak membantu dia dalam perantauan dia dua hari tersebut. Hanami berasa simpati kepada sahabatnya itu kerana sanggup menemankan dia pergi ke mana-mana saja. Secara tidak langsung, duit top-up yang ada dalam kad mudah alihnya itu telah banyak berkurang. Itu belum disertakan dengan penatnya, masing-masing kena tahan dengan perangai masing-masing,  dan duit kena keluar untuk belanja.

Hanami pun mengeluarkan dompet dan mengambil sehelai duit RM20.

"Nah Squek. Bikin tambang. Bikin makan-makan. Kesian aku tengok kau ni. Jauh-jauh. Sanggup juga hantar aku. Padahal boleh saja pun aku datang sendiri ke sini"

"Wehh.. Tak payahlah. Guna duit tu untuk belanja kau kat UPSI. Banyak lagi kau kena guna"

Squek menolak tangan sahabatnya itu. Huluran duit RM20 tidak kesampaian. Hanami cuma kesian akan sahabatnya itu.

LRT pun ingin bergerak dan pintu akan tertutup. Hanami pun memeluk sahabatnya itu lalu melambainya. Dengan spontan Hanami mengeluarkan telefon pintarnya apabila masuk ke dalam LRT. Hanami terus mengambar Squek dari dalam LRT manakala Squek cuba untuk melarikan diri supaya gambarnya tidak dapat ditangkap.




Hanami melabuhkan punggungnnya dan duduk di atas kerusi yang disediakan. Hanami menarik nafas panjang. Menundukkan kepalanya kerana kepenatan.

"Allah.. Masih ada lagi rupanya kawan aku ni... Alhamdulillah. Kalau ndak. Apalah aku buat di sini ni", pujuk hati kecil Hanami.

Secara tidak langsung, air matanya mengalir sedikit di pipinya. Hanami mengesat air matanya.

...

"Setiap orang mempunyai pengalamannya tersendiri samada baik mahupun buruk. Orang datang dan pergi, tapi bagaimana kita mengambil ikhtibar dari setiap pertemuan itu mematangkan kita. Samada kita menyalahkan mereka atau menyalahkan diri sendiri. Benda dah berlalu. Kau kena kuat dan redha untuk menghadapi masa hadapan pula." -hanamimarch

...

"Kalau asyik mahu salahkan orang. Kau kena tunjukkan dekat diri sendiri dahulu. Kalau dia memang salah, settle-lah dengan cara berhikmah. Kalau tidak diselesaikan dengan baik. Maka mulalah bibik-bibik benci itu tumbuh. Toleransi dan bertolak ansur memainkan peranan yang penting supaya istilah win-win itu wujud." -hanamimarch

...

"Tidak semua yang jaguh berbicara itu dapat melakukannya. Tidak semua yang pendiam itu tiada isinya. Sekiranya pasif, jadilah pasif yang menerkam dalam diam, melimpahkan idea yang tiada bandingan. Sekiranya aktif, jadilah yang memanfaatkan orang." -hanamimarch

...

"Hidup ini tidak pernah indah kawan. Kalau indah belaka, itu syurga namanya. "Orang kaya hidup senanglah, okay saja", yakah? Kesenangan, kebahagiaan tanpa sedar, kawan yang bermanfaat masih tidak cukup? Atau kita saja sebenarnya mencari salah di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah ini." -hanamimarch 

...

"Kesempurnaan orang lain menyempurnakan kekurangan diri kita." -Tunas (Hlovate)

...

"Dan kita pun sebenarnya tak menolong apa-apa kalau dengan bercakap je semata-mata." -Rooftop Rant (Hlovate)

...

“Siapalah kita untuk menghakimi kotor jernihnya seseorang. Kita semua ada dosa yang Allah sembunyikan daripada pengetahuan umum. Bersederhanalah, dan kenanglah dosa kita sendiri.” -Empayar (Teme Abdullah)

...

"Orang boleh bercakap. tetapi engkau yang menentukan, engkau yang berjalan" -Arkitek Jalanan (Teme Abdullah)

...

“Tak payah peduli pun pasal orang yang nak jatuhkan kita ni. Kita terus fokus kejar apa yg kita nak. Kalau dia nak tarik kaki kita ke bawah, itu bermakna dia memang ada di bawah kita. Teruskan mendaki laju-laju dan tinggalkan dia kat belakang jauh-jauh.” -Pelukis Jalanan (Teme Abdullah)

...

"Kerana kadangkala, 
Menyembunyikan itu lebih mudah,
Memaksa senyuman itu lebih senang,
Melakonkan keceriaan itu lebih meyakinkan,
Daripada meluahkan kosong, kerana hakikatnya kita sahaja yang merasakan." -Impian Jalanan (Teme Abdullah)


...

Akhir kata, terima kasih yang membaca Blog aku. Tulisan aku biasa-biasa, sekadar mengisi masa lapang saja.

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...