Bismillah.
Ai..
Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.
Sekali dengan lampiran gambar.
Jangan risau.
Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar.
Hoho.
- Lazada
Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah.
Merajuk.
Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa?
Dua-dualah sekali.
Tapi aku lebihkan ketawa.
Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada?
Konon barang-barang ni mahu dijual online.
Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah.
Pop.
Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Kalau benda ni tak jadi. Kalau kita jumpa, apa kita nak cerita?
Benda ni masih relevan walaupun dah 20-30 tahun berlalu nanti.
- Prep malam
Budak alim. Duduk surau. Tadabbur kitab.
Budak kuat dating. Berjumpa bagai nak rak, bercerita habis entah tak sudah.
Budak jahat. Kacau-kacau perempuan. Biasalah mahukan perhatian.
Perempuan yang tergedik-gedik lalu sekitar kelas, kawasan laluan koridor.
Eleh, tengah scanning crush lah tu.
Malu-malu pula.
Budak rajin, tengah siapkan homework. Lepastu di pass buku tersebut dari satu tempat ke satu tempat untuk ditiru.
Cikgu pun bingung. Macam ada benda yang sama dalam langkah kerja AddMaths.
Kalau penat. Tidur.
Lantaklah kerja tidak siap. Peduli apa. Kerja boleh tiru.
Tapi satu benda yang aku suka pada prep malam ni. Apabila baju prep sama dengan crush...
Aip.. Terasa bagai JODOH di situ.
Yii hii... WKWKWKW.
Kalau pakai kain sarung?
Blah lah kau dari situ. Warden tengah round, habis ketuk ketampi 100-200 kali.
Kaki rasa macam mahu tercabut bhai kalau kantoi.
Habis prep malam. Minum malam, bercerita lagi di dewan makan sampai tak ingat dunia.
Yang baik, pergi surau. Baca Al-Mulk.
Yang kaki dating. Kat sana, berjalan sambil bahu selari bersebelahan.
Pui..
Belanja awek di KIOSK. Erti setialah katakan. Lain hari, cewek dia pula belanjakan.
Pak Cik Mazlan punya Lok-Lok dengan nasi goreng dia.. Pergh, terbaik.
Lagi meriah tempat tu kalau minum malam di dewan makan tidak berapa nak sedap.
Di koperasi, beli makanan. Beli minuman.
Kaki jimat macam aku?
Pergh.. Kira guna jari sajalah kawan pergi KIOSK dengan koperasi tu.
Sorry to say.
Tapi rasa menyesal jugalah.
Tapi tidak juga.
Jealous juga sikit.
Bukan apa. Bahagia juga aku tengok dorang makan-makan sambil berdating ni.
Aiiii....
Astaghfirulullahalazim.
Lumrah.. Lumrah..
Manusia juga aku.
Bukan aku gay.
- Maggi
Apa? HANGER lah. Patahkan jadi dua. Jadikan sebagai chopstick.
Budak underground.
Makan dalam baldi? Perkara biasa.
5-15 bungkus maggi? Perkara biasa.
Berkongsi bersama. Pergh. Nikmat kian terasa.
Ini biasalah.
Yang luar biasa mahu tahu siapa?
Haha.
Aku. Tingkatan 2. Tahulah, aku ni kedekut dulu.
Monyet masa tu roommate aku. Dia minta sikit maggi yang ada pada aku. Penat lelah aku masak, dia senang-senang minta kan? Bongok lah. Pergi masak sendiri kan senang.
Aku LUDAH maggi tu untuk kegunaan aku sendiri.
Direct dia tidak jadi mahu minta maggi tersebut.
Ai.. smh.
Ini? Inovatif kah? Kreatif?
Ini ajaran sesat ni. Agenda Yahudi. Aku tahu siapa yang ajar budak ni buat begini.
Cerita siapa yang ajar budak ni biarlah aku sama budak lelaki yang simpan.
Paling tidak boleh tahan.
Steady saja junior tu walaupun kena gambar.
Sudahlah si.. Ya Allah.
Si Didi masa tu lalu di tempat tersebut.
LAGILAH. KETAWA HABIS-HABISAN dia. Sudah dia ketawa.
Tidak cukup. Si Didi panggil lagi kawan-kawan yang ada di wing lain untuk tengok budak ni masak maggi.
Wuih.. Lagilah.
Tapi kuat mental budak ni.
Aku respect sama dia ni. Orang dah sudah sekeliling dia, ketawakan dia. Masih lagi terpaku menunggu maggi-nya masak.
Kalau aku lah kan jadi junior masa tu.
Aku lari sudah dari tempat tu.
Kami ketawakan ja sambil mengambil gambar dia. Bukan kami buli pun.
Kami enjoy tengok benda tu.
Lain dari yang lain.
Seterika tu weh. Kreatif nak mampus.
Asrama tanpa maggi, bukan asrama namanya.
- Junior
Dengan title [ImSenior].
Lumrahlah sebagai senior untuk potong barisan masa ambil makanan.
Kadang kami suruh juga buat benda yang boleh tolong-tolong kami.
Contoh, kirimkan salam dengan crush kah. Minta number crush kah.
Kita kena pandai.
Haha.
Pakq lah.
Kalau bosan. Kami kacau.
Kalau bosan, kami pergi bilik. Lepak dengan dorang.
Tapi aku jaranglah. Sebab aku kurang bersosial.
Salah satu experiment aku dengan si Orang Minyak lakukan.
Aku pun tak tahulah apa datang gila kami kacau ni budak.
Bosan-bosan lah katakan.
Kami susun satu persatu-satu. Then, gambar.
Lepastu, susun balik ke tempat asal. Anggap macam tidak apa-apa yang berlaku.
*flip hair*
- Surau
Time terawih Ramadhan? Dalam 5 tahun tu, tiada yang khusyuk.
Main.. Main.. Ketawa.. Ketawa..
Time sujud, gambar ustaz Mawardi tiba-tiba di kepala.
Dengan gambar dia lagi yang melucukan. Mana tak ketawa.
Bekas HEP? Hmm.. Tak payah cakap. Gambar dia lagi rare.
Lagi mahu tercabut urat kentut kau.
Terbayang-bayang di kepala suara dia masa imam baca Al-Fatihah.
"Saya nak kamu semua jangan jadi macam dia. EH. Makan kome (kurma). EH. Jangan sampai saya jumpa kamu kat... EH. EH. EH. EH"
Kalau aku jumpa dia ni suatu hari nanti. Rasa macam mahu tampar saja.
Biar cakap orang putih terus dia tu. Biar pupus perkataan 'EH' tu.
Tapi apa-apa pun. Banyak juga jasa dia pada maktab. Jangan lupakan.
Arwah baik orangnya.
Lagi time study, kami akan study di surau kadang-kadang, sambil-sambil tahajud kalau ada kesempatan.
Tapi. Macam biasalah.
Kerja gila macam dalam gambar ni memang tidak pernah lepas.
Pernah masa tingkatan berapa. Aku tak ingat.
Si Monyet lagi jadi mangsa untuk kami takutkan. Mereka balutkan bantal peluk dengan telekung perempuan yang ada di surau.
Bufet approach Monyet untuk bercerita pasal hantu. Dah-dah bercerita. Hmm. Bufet konon pergi tandas.
Mana tak mahu terkencing si Monyet kena tinggal satu orang.
Dah kena tinggal. Tiba-tiba pula melayang pula bantal pocong tu dekat dia.
Yang kami-kami, dorang-dorang semua. Dah keluar siap-siap dari surau.
Untuk sunyikan suasana surau. Bersembuyi kat mana-mana.
Nasib tak terkencing si Monyet. Kental juga si Monyet ni haa.
Respect.
- Crush
Sekian.
Narator
Comments