Bismillah
Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha.
Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja.
Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni.
Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral.
So, sekali lagi aku akan bercerita.
.
.
Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019
Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random. Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai.
Hari Ahad merupakan titik mula aku mengembara tanpa sebab. Spontan lah katakan. Bak kata Chad; spontan, random. Bangkit dari katil berlalu ke stesen bas Tanjung Malim. Bayangkan tanpa perancangan. Packing apa yang ada.
Blah..
Tiket ETS penuh maka aku tidak dapat meneruskan perjalanan menggunakan ETS.
Mahu tidak mahu, aku terpaksa menaiki bas. Bas menuju ke Butterworth tiada pula jalan hari tu.
Tanya pada kakak kaunter. Ipoh katanya. Baru transit ke Butterworth. Ipoh Amanjaya.
Perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh mengambil masa lebih kurang 2 jam. Boleh tahan lama.
Sampai saja di sana, direct tanpa menunggu. Aku mendapatkan bas ke Butterworth.
Hampir sahaja aku tersalah beli tiket. Dalam kawasan Penang juga. Tapi entah kat mana.
Sungai katanya.
Syukur kakak tu tak salah tulis. Kalau tak. Entah aku ke mana.
Perjalanan ke Butterworth dari Tanjung Malim mengambil masa 2 jam 30 minit sebenarnya. Tapi disebabkan perjalanan berjalan dengan lancar. Maka ia mengambil masa hanya 2 jam.
Aku tak tahulah kalau driver tu bawa laju kah tak? Sebab aku tidur sepanjang perjalanan tu.
Penang Sentral, Butterworth ; 19/5/2019
Memandangkan perjalanan aku bersikap secara tiba-tiba. Semasa berada di Ipoh untuk transit, aku telah menghubungi seorang kawan pena aku. Aku panggil dia, Lenmawh.
Mana tak terkejut beruk dia bila tahu aku nak datang.
Anak haram kan? Ni Narator lah. Tahu apa. Walaupun maut mendatang, still jalan juga.
Lenmawh menggelabah. Apa yang patut dilakukan? Aku cakap kat dia. Iftar ja sama-sama dulu. Bab berjalan kat Pulau Pinang tu, belakang cerita.
Dia telah membuat tempahan awal di Seoul Garden di Sunway Carnival Mall.
Kalau tak. Memang susah lah nak makan mana. Lagi-lagi bulan puasa ni. Tempat makan sentiasa penuh. Itu pun kami bergaduh sebab tak tahu mahu makan mana.
Sekejap dia suggest kat sini. Sekejap kat situ.
Dahlah aku bukan orang sana. Aku pula kena suruh pilih. Memang taklah. Apa tempat semua aku bantai asal halal.
Last-last tempat tu juga menjadi pilihan. And yeah itu first time aku makan kat Seoul Garden.
Kalau kat Sandakan yakni tanah daerah aku. Tempat steamboat banyak betul. Jadi tidak menjadi kebingungan untuk aku makan kat mana. Dah tahu port-port mana yang legend kat Sandakan tu.
Walaupun Seoul Garden ada kat Kota Kinabalu. Tapi aku just pernah tengok dari luar.
Sistem tempat makan tersebut memang tip top. Tapi dari segi steamboat dan grill agak kurang sikit bagi aku.
Kat Sandakan, Steamboat 1 Malaysia. Grill sangat padu. Butter disediakan. Pergh.. Kalau dah letak kat atas grill, baru letak butter. FUH! Letak kambing. FUH! Memang sedap.
Manakala Seoul Garden ni pula. Grill pun hangit. Kena tukar lagi tu kalau dah hangus. Anak haram.
.
.
So, Lenmawh banyak bercerita tentang kisah dia. Aku pun tak tahu macam mana boleh kenal anak ni kat Habbo. At last, boleh jumpa pula. Terima kasih sebab menjadi sahabat.
Tapi.. Ini lagi besar. Kalah Kim Fung. Aku dahlah kenyang nak mampus makan Seoul Garden tu. Tempat ni lagi nak berjalan dari hujung ke hujung. Memang konfem nak termuntah ada.
Haaa..
Gaya macam cicak melekat kat dinding.
So dia bagi tips melalui Whatsapp saja. Mana tempat aku patut pergi.
Baba Nyonya. Itu saja clue dia.

Selesai Seoul Garden.
Move to Uptown pula.
Di sini start kisah seram aku bermula.
JENG JENG JENG.
Uptown, Butterworth
Disebabkan fon aku bermasalah. Kat Uptown ni, aku takde gambar. Boleh dijustifikasikan pasar malam yang memanjang. Macam Jonker Walk Melaka.
Yang menariknya tempat tersebut, ia ramai pengunjung. Sangat meriah.
Aku nak cari baju kurung Kedah kat sini. Tapi tak jumpa. Yalah, Penang kot.
Bukan Kedah.
Terus aku rindu mak aku. Mak aku suka benda macam ni. Pasar malam. Dia juga yang jenis kuat berjalan. Tapi tak spontan dan random macam aku lah.
.
.
Bilik sewa
Travel seorang diri bukanlah benda yang senang. Kena fikir bajet juga. Aku hampir sahaja mem-booking hotel kat Penang tu. Tapi bodoh nya aku. Tempat tu kat Georgetown.
Georgetown? Aku mana tahu.
Rupanya tempat tu berada di pulau. Kalau tak. Memang nayah lah aku kena berenang pergi pulau sebelah. Ala-ala GTA.
Mama Lenmawh merupakan seorang usahawan kat kedai makan. Dipendekkan cerita, Lenmawh suruh tidur kat bilik sewa pekerja mama dia tu.
Alhamdulillah. Semua nampak baik.
Kerja pun rajin. Tapi aku tak tahu latar belakang dorang satu-satu.
Mungkin Lenmawh kenal. Aku tahu turut kata sajalah.
Kira okey lah kan. Hotel free. Jimat juga duit sikit.
Jam pun dah dekat pukul 12 tengah malam. Maka aku dahulu pergi kat rumah sewa tu.
Siap bagai segala. Solat semua. Mandi apa segala.
Datanglah pekerja-pekerja tadi selepas selesai bertungkus lumus membuat kerja.
Aku pun dengan senang hati bercerita dengan seorang abang Myanmar. Terkejut jugalah.
Sebab aku tengok. Muka macam Melayu.
Yang sedih tentang dia ni. Dia balik ke Myanmar, 3 tahun sekali.
Kalau aku. Balik raya pun dah nak nangis. Apatah lagi dia. Kental bro. AND. Aku kena satu bilik tidur dengan dia.
Aku pun okey je lah. Baik saja saya tengok.
Satu bilik kosong yang ada dalam rumah itu tidak dapat digunakan kerana ia menjadi stor untuk mereka meletakkan barang-barang mereka.
Paksa tak paksa. Memang kena lah dengan si Myanmar ni.
*dush*
Ber-boxer saja dia tidur sebelah aku. Allah.
Tak pa. Sangka baik. Mungkin dia dah biasa, bilik dia kot. Kena buat macam bilik sendiri lah.
Disebabkan aku tetamu. Aku kena akur. Aku pun pakai baju, kain sarung tidur dalam bilik tu.
Tutup aurat. Hormat tuan rumah.
Sepanjang malam tu. Aku tak selesa. Lain macam eh. Gelisah tak keruan.
Mungkin dia pura-pura tidur. Atau memang tabiat badan dia semasa tidur.
Bergerak ke situ, kejap tangan ke atas badan aku.
Mula-mula, dia pegang pipi tahu.
Weh. Apehal? And then tangan sebelah dia, pegang badan aku.
KAU DAH KENAPA?
Tanpa menghiraukan apa-apa aku terus tolak tangan dia.
Dengan posisi tidur yang nampak tenang.
Dia beralih jauh sikit dari aku.
Oh, dah tidur orang ni.
TAHU KAH? SATU MALAM AKU TAK TIDUR GILA.
Badan dia tu tak boleh duduk diam.
4:20 lebih a.m.
Dengan tidak tidurnya. Sepanjang malam tersebut, aku hanya memejam mata. Takut ada apa-apa jadi kat aku. Tiba-tiba. Si Myanmar tu bangun dengan perlahan lagi berhati-hati.
Aku dalam posisi pura-pura tidur. Masih tenang.
BOOM. Surprise! Aku terus buka mata.
Terkejut dia. "Kamu boleh tidur tak ni?" , tanyanya.
"Boleh. Mahu tidur lah ni."
Pejam mata semula. Dalam lepas 20 minit begitu. Haa... Sini kerja gila dia buat.
Dia dekatkan badan dia kat badan aku. Allah. Dia ni kenapa? Aku rapatkan badan aku kat hujung dinding supaya badan aku tak bertemu badan dia.
Tanpa membuang masa. Direct dia pegang kemaluan aku.
WEH. *(*&%^^&. Anak haram.
Aku memang sensitive lah. Gay kah apa dia ni? Aku... On the spot. Tendang tangan dia, then siku badan dia.
Bapa.. Pandai pula baring jauh dari aku.
Fuh.. Tanpa kata sepakat. Aku terus tidur kat lantai. Anak haram.
Tak tenang aku. Dia sengaja atau tidak. Itu terpulang dia lah.
Gay kah apa. Aku malas mahu fikir.
Tapi serius. Trauma aku. Dari pipi ke badan. Boleh-boleh pula sampai ke situ. Licik sia..
Aku sahur minum air kosong saja. Itu pun Lenmawh tolong belikan.
Lepas solat Subuh direct aku mandi, jam 7 pagi keluar dari rumah tu dengan pantas.
Takut.. Takut.
Syukur. Bapa Lenmawh pula tumpangkan kami berdua untuk ke KTM.
Dia kena balik Kedah sebab ada kelas. Aku baru tahu pula Kedah start hari kerja hari Ahad. Then, Isnin tu. Memang Lenmawh ada kelas. Kena pergi.
Ada kelas pun. Datang juga kau haa. Jemput aku. Dasar. Aku boleh survive kot. Ish ish ish...
Tak cakap ada kelas. Member memang terbaik lah.
Sampai dia rasa bersalah sebab dia tak mampu bawa aku kat Penang Island kat sebelah sana tu.
Sekali lagi. Solo travel.
.
.
Penang Island
Satu tempat saja aku pergi kat sini. Sebab aku tak larat. Puasa. Pergi Little India pun. Aku tak tahu nak beli apa. Ujian yang aku dapat. Mesti ada ayat "Oh cari makan ya?"
Syeikh.. Puasa. Sampai driver-driver Grab pun. Dah berapa kali minta maaf asal tanya soalan tu.
Haha. Thanks sebab memahami. Hehe.
Say no to racism.
Sampai kat Terminal Feri kat Pulau Pinang tu. Aku jalan kaki saja ke Pinang Peranakan Mansion.
Jarak tak berapa jauh. Aku kan traveller. Boleh je jalan kaki.
Pinang Peranakan Mansion
So, aku attach kan gambar saja. Aku malas nak cerita. Penat pula nak tulis panjang. Cerita Melaka pun belum sampai lagi.
Nah.
Yuran kemasukan : RM20
Buka dari jam 9.30 a.m. hingga 5.00 p.m. Cuti umum mungkin tutup. Bergantung.
Tour guide sejam, sejam. Tour guide Cina and English.
Tour guide akan membawa anda berjalan sekeliling mansion tersebut sambil pekerja kat situ akan explain pasal sejarah mansion itu.
Nak tahu. Datang sendiri.
Sorry. Aku malas nak tulis panjang-panjang.
Penat.
Tapi siapa nak buat Italian Job dengan aku. Contact lah aku. Emas kat dalam Jewellery Floor dia bro.
Puluh-puluh ribu. Mungkin sampai sejuta. Tapi memang gila lah. CCTV kiri kanan. Ada pengawal guna shotgun.
Kalau nak curi. Bagitahu saja aku.
Gurau.. Gurau.. Tak bagus. Mencuri berdosa.
Ramadhan.
.
.
Melaka ; 20/5/2019
Dorae dan Banggali menjadi watak kat Melaka. Haha. Habis kat Penang. Aku dalam dilema sebenarnya. Nak balik IPT ke? Nak ke Melaka?
Aku try ws si Dorae. Jam 1 lebih baru reply. Anak haram. Mahu tak mahu. Aku terpaksa transit dari Ipoh. Sebab dah terbeli tiket kat Penang Sentral untuk menuju ke Ipoh Amanjaya.
Sampai Ipoh. Direct ambil bas Melaka. Itu ambil masa 2 jam untuk tunggu. Maaf Keling Panjang sebab tak contact hang. Aku ada kat Ipoh masa tu. Insya-Allah aku turun lagi.
Bas konon jam 6. Padahal jam 6.30 baru sampai bas yang menuju ke Melaka Sentral.
Bas dari Ipoh-Melaka Sentral, RM40. Masa 5 jam lebih.
Mana tak bergegar badan aku dalam bas tu. Anak haram.
Berbuka puasa pun makan Roti Gardenia coklat dengan air mineral botol kecil.
Sampai Melaka Sentral. Dorae me-Whatsapp alamat rumah sewa dia yang berdekatan dengan MMU.
Ambil Grab. Terus sampai sana.
LAPAR GILA. Aku dah start meroyan dah bila sampai rumah Dorae. Kepala lagi pening.
Jam 2.30 a.m. baru dapat termakan nasi. Terima kasih Dorae :'( .
Keesokan harinya, aku tak sahur. Minum air saja. Dah tidur pun jam 3 pagi. Memang tak lah.
Dengan gosip-gosip si Dorae di kedai mamak dengan kawan-kawan dia lagi. Ya Rabbi.
Awek Tom Yam?
Aku ikut-ikut saja ketawa pasal gosip hangat dorang tu.
Esoknya, nak turun bandar Melaka.
Sedih. Hujan. Dorae pun tengok aku dah bosan dalam rumah. Terus pada jam 6 dia ajak berbuka puasa kat Dataran Pahlawan.
Take away KFC. Buka kat Dataran.
Fuh.
Indah.
Perempuan yang duduk sebelah kami. Tengok-tengok saja perangai kami. Dahlah dua orang saja.
Memang kena tuduh gay lah.
Apa tidak. Kalah orang ber-couple dengan bergambar-gambar macam Korea. Guna fon masing-masing.
Kepala aku dengan si Dorae lagi minat K-Drama. Allah.
Memang nak haram.
HAHAHAHAHAHA. Sial lah Dorae. Macam gay SIAL.
Geli pula aku tengok. Tiadalah.
Watak Dorae ni lah yang paling jahat dalam blog aku. Tengok post-post dulu. Korang tahu dia siapa. Sampai dari tingkatan 1 hingga sekarang.
Malam nya. Kami nak turun Jonker Walk.
DUSH. Anak haram. Takde pula. Aku baru nak feeling-feeling Mat Dan Kaki Jalan. Boleh-boleh Jonker Walk tu tak buka.
Sekali tengok.
Hmm.. Patutlah.
Buka Jumaat-Ahad saja.
Aku pergi hari Selasa. Memang tiadalah.
Yang menarik Melaka ni. Ada beca. Bandar ala klasik. Mana tak. Portugis datang kat sini dulu.
Tempat-tempat yang lain itu aku tak dapat pergi. Sebab dah malam.
Secara kebetulan. Kami telah menculik satu ahli jahat.
Yakni Banggali.
Banggali pro jalan-jalan kat Melaka ni. Tempat cendol, tempat hipster. Dia sapu.
Aku dengan Dorae tahu apa.
Disebabkan nak lepak saja. Dia bawa ke kafe hipster. Nasib sajalah duit cukup-cukup.
So, this is attachment.
Malas. Aku tak sempat edit semua gambar. Takde masa.
Maaf juga sebab dah tak upload kat Instagram.
Bukan apa, aku dah boikot Instagram tu. Quality gambar tak cun. Macam anak haram.
Story je lebih. Insya-Allah ada duit lebih. Aku beralih ke Travel Vlog bila dah ada Go-Pro and Drone.
Masuk Youtube. Doakan. Software untuk edit video dah ada kat laptop. Spec belum cun lah.
Edit gambar. Kat fon boleh.
.
.
Aku kat Melaka dan Penang ni dah macam anak pungut.
Lenmawh yang sediakan aku tempat tinggal. Sabun, berus gigi, ubat gigi semua dia tolong sediakan.
Aku bawa baju dengan minyak rambut saja.
Tuala? Jangan tanya.
Aku guna jersey bola Malaysia aku sebagai tuala. Darurat.
Dorae pun. Terima kasih banyak-banyak. Bagi wifi password. Sediakan katil untuk aku tidur.
Sorry kalau menyusahkan.
Sepanjang aku, Dorae dan Benggali berborak. Banyak juga tea telah di spill.
Tapi tu. Tak nak cerita kat sini. Gosip hangat biar kami je tahu.
Seperti biasalah. Deep conversation tu kena ada. Pasal MRSM. Then, selit sikit tentang dakwah.
Pasal crush. Hehehehehehe. Pasal siapa yang berubah. Pasal siapa yang masih stay sebagai kawan.
Pasal siapa yang masih mampu memberi pertolongan bila ketika member dia susah.
Kami berborak sampai tak ingat dunia. Cina-cina kat dalam kedai tu. Usha-usha saja kami.
Yalah. Kami tak jumpa. Dengan loghat Sabah nya lagi. Memang feel lah.
Alhamdulillah. Tauke pun memahami. Memberi ucapan terima kasih dan senyuman semasa meninggalkan tempat tersebut.
Lupa pula nama kafe tersebut. Felix felix lah yang penting. Cari ja dekat laluan Jonker Walk.
Ada tu. Harga berbaloi walaupun mahal sikit.
So, Dorae. Ini saja aku mampu cerita. Sorry. Tak nak cerita banyak. Kau juga kan mahu nama kau paling banyak kat sini. Haha. Dah dah.. Post dulu banyak dah.
Maaf kepada si Pemabuk yang berada di Gombak sebab tak dapat turun.
Begitu juga dengan PutingMiring yang sekarang tengah belajar di Bangi.
Tempat tu tak plan nak turun. Insya-Allah, panjang umur aku turun. Jumpa korang.
Yang kena tipu, kena sexual harassment, lapar, penat dan macam-macam lagi,
naratorjalanan
Comments