Skip to main content

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah.

Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun.
Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya.
Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah.

Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey.
Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit.

Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua.

Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu.
Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa.

*sigh*

Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai..
.
.
.

Macam biasa, sebagai blogger paling noob di Malaysia. Aku akan bercerita saja.
Throwback Ramadhan. The another [TheGreaTroubleMaker].


  • KAFA At-Taqwa
Nakal. Seperti biasa. Nakal biasalah kan. Dengan kepala otak masa tu macam sampah. Tahu apa. Terawih asal di masjid. Tak pernah, tak bising. Sampai imam masjid pun meluat sudah tengok kami.

Memandangkan aku dulu ni sekolah KAFA.
Kebiasaannya ibu bapa ni hantar anak-anak dorang yang nakal ni supaya jadi manusia bila masuk KAFA. Tapi hakikatnya, jadi gila benda tu, ada lah. Bukan mahu cakap kelas tu tak bermakna. Alhamdulillah, ada ilmu juga sepanjang pengajian di sana.
Tapi bila sudah anak underground berkumpul. Jadi MASALAH besar buat pihak masjid.

Ladum (meriam buluh), carbet (tin di-combine dengan batu Carbonate), mercun Tiger merupakan benda legend turun-temurun budak KAFA At-Taqwa. Nama saja taqwa. Tapi mercun tu kami letupkan depan masjid. Mana tak arwah Imam Huhuhaha (bukan nama sebenar) lepas solat terawih jemu dah buat pengumuman supaya tidak main benda tu.



Tak habis depan masjid. Rumah si Pikuk pula kami letupkan. Si Pikuk ni sebenarnya insan istimewa. Orang yang mempunyai sakit mental, umur baya 20-an macam tu, tapi kena tinggalkan oleh ibu bapa. Rumah tu dikosongkan untuk dia tinggal satu orang. Depan masjid saja pun rumah dia.

Prihatin juga orang masjid dengan dia. Tapi budak-budak macam kami ni saja suka kacau dia.
Rasa berdosa pula bila ingat kembali. Ai.. Harap okey saja dia sekarang. Lama tak lawat KAFA kan.


Si Pikuk sudah selesai kena letup oleh kami. Apa lagi. Keluar dia mengejar sambil membawa parang. Parang apa kami takut. Kan lepas Isyak. Senang ja lari ke semak, bersembunyi. Ada longkang, buat jenayahlah. Sembunyi kat situ.



Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa aku dengan dorang si Gariff ni.

Masa-masa KAFA lagi, masih budak mentah sikit. Aish.. Asal habis terawih tu kalau ada budak perempuan KAFA kami lalu. Situlah dorang kacau-kacau. Mengurat. Ai.. Bodohnya. Malunya. Dengan si Roziana lagi crush aku masa tu (bukan nama sebenarnya), ai..  Masya-Allah. Macam bidadari syurga bila dia keluar dari masjid.

Sejuk mata memandang.
Tapi still dorang si Razli tak puas hati sebab konon aku tak ngam dengan dia. Beza betul tinggi kami berdua. Roziana tinggi macam ibu-ibu, aku? Paling pendek antara dorang lelaki semua. Padahal si Razli jealous tu. Bongok. Yalah masih kecil time tu. Sekarang tinggi-tinggi sama dia sudah.

Nasiblah aku tak jumpa Facebook si Roziana. Kalau tak.. Ada chance mungkin aku dengan dia.

Astaghfirulullahalazim. Apa ni syeikh? Smh. Tak.. Gurau.. Gurau..
Tak bagus couple-couple ni.

Dan seperti biasa. Senior KAFA akan berdating lepas terawih. Nasib ada juga yang setia. Kalau tak.. Aku tarbiah dah tu.
Takde lah.

Biasalah.. Tapi tulah. Zaman dulu bercinta guna henfon Nokia geng. Bukan smartphone.
Boleh diperhatikan. Pengorbanan SMS berharga RM0.01 tu sangat bernilai sebenarnya.

Kita.... Tak yah cakap. Perempuan cantik sikit kat Instagram, reply story, lepastu cerita-cerita.
Lepastu terbagi harapan. Lepastu chat perempuan lain lah pula.
Geng.. Begitulah cycle-nya. Mana tak statistics curang meningkat, peratusan cerai bertambah.
Itu perspektif aku lah.

Dah.. Itu zaman KAFA. Sekolah rendah. Sebab aku masa Ramadhan, asal terawih main ja kerja. Mengurat saja kerja.
Budak underground.

Mahu cerita pasal budak Sejati Ground FC, KRK (Kapak Rock Kapak) semua tu.
Nantilah.
.
.
.

  • MJSC
First time menangis sebab nenek. Ramadhan pertama masa tingkatan 1, bapa datang melawat aku. Tidak sangka bapa cerita yang nenek sebelah mama, nenek Sandakan lah senang cerita kan. Nenek menangis rindukan aku.

Yalah. Mana tak nya. Daripada darjah 3 lagi puasa penuh kan. Aku sajalah selalu temankan nenek masa bersahur. Dorang mama jarang sekali kalau bab sahur ni. Adik-adik lagi lah. Kadang bangun, kadang tak.
Bapa pun cakap, "nenek kau menangis. Rindu dia sama kau".

KFC dalam genggaman. Cuba menahan sebak. Lepas salam bapa, cepat-cepat aku masuk ke bilik.
Allah.. Aku tak tahu weh. Suddenly air mata aku jatuh bagai air terjun. Menangis kalah perempuan.
Aku pun tidak tahulah. First time lah aku menangis sebab rindukan orang.

Hati keras macam aku ni susah sikit mahu menangis. Sampai hairan senior aku masa solat jemaah Asar. Katanya aku khusyuk dalam solat, sampai boleh menangis.
Adeh.. Itu lain ceritalah. Memang aku tak tahan sudah. Menangis saja.

Sampai di bilik sekali lagi.
Aku telefon nenek aku. Tanya khabar dia macam mana. Panjang lah kami bercerita masa tu.
Allah. Terubat juga rindu. Dengan guna Nokia 3310 lagi, haha.

Cuma geram aku sikit dengan adik-adik aku tu. Masa dorang sahur dengan nenek, masa nenek menangis tu. Dorang ketawakan nenek. Ai.. Terkejut dorang, tiba-tiba nenek menangis sebab aku.
Nasib saja adik. Kalau adik angkat, lama sudah aku buang dalam perigi dua orang tu.

Tingkatan 1 masa asrama ni, aku tak puas hati dengan senior yang suruh-suruh junior ambilkan makanan di DS (Dewan Selera). Aku kena 2 3 kali saja. Kalau siapa kuli full-time tu. Jangan haraplah dapat lari.
Setiap hari, kena ambil makanan. Senior tersebut akan menyediakan satu bekas/tupperware supaya junior ni ambil makanan di DS.

Senang-senang dorang tak beratur panjang-panjang. Dapat makanan. Tapi kalau senior ada sifat empati. Biasanya mereka akan bagi reward. Kalau yang macam Babun tu. Tahu makan saja.
Apa tak hidup menganggur sekarang. Hidup di universiti pun failed saja.
Kau senior nampak tulisan aku ni.

Sedarlah diri tu sikit. Aku tak kisah sebagai lumrah senior suruh junior ni. Tu benda aku tahu.
Tapi dorang tu bukan hamba.
Ajar nak jadi manusia konon.
Tengoklah apa jadi dengan kau sekarang.

Haha. Bukan marah. Aku tulis saja.

Tingkatan 1.
.
.
.

Masuk [ImSenior] year pula.
Saban tahun, setiap Ramadhan. Beratur panjang menjadi momen terindah. Booking tempat untuk duduk bersama dengan sahabat. Asal azan, satu bunyi orang bercakap pun tiada. Fokus dengan makananlah katakan. Khusyuk menikmati.

Ustaz Mawardi dengan qunut perangnya. Usah cakap. Kaki boleh kejang kalau berdiri lama macam tu. Rekod yang pernah diceritakan oleh senior terdahulu adalah 40 minit. Dululah.. Masa dia muda-muda. Gila tak gila tu? Kan kebiasaannya 15 akhir Ramadan akan membaca qunut.

Tapi ustaz.. Hmm.. Kami pernah rasa yang paling lama pun macam 25 minit begitu. Itu pun sudah si Mas Joko mengeluh. Batalkan solat dengan bercakap "Weh lama lagi kah?" sambil melihat jam di tangan.
Orang yang ada di sebelah mana tak kering gusi. Perut menahan ketawa pun tak jadi. Putus urat kentut kalau ditahan lama. Ketawa pecah. Masing-masing dah terbatal solat Terawih.

Kalau di combo-kan lagi dengan-dengan kepala dorang si Dorae tu. Dari rakaat 1 sampai witir tu. Tak yah cerita. Ketawa terbahak-bahak. Tak henti-henti. Gambar ustaz ada di sejadah tiba-tiba. Gambar si Timbalan Pengetua tu tiba-tiba ada. Perangai.. Hmm.. Ya Rabbi...

Ditambah lagi dengan si Balar. Takut kantoi baru masuk jemaah. Time jemaah surau sujud. Mereka berlari dari luar surau untuk sujud sekali. Gaya dah kalah Keluangman.

Geng. Taubatlah kita geng.

Iftar Perdana menjadi acara rasmi setiap tahun di MRSM. Berbuka puasa dengan geng homeroom. Kalau dapat cikgu-cikgu kaya. Untunglah kau dik. KFC, Pizza, Kenny Rockers tu petik jari saja.
Nasib malang kalau cikgu homeroom dorang tak join sekali masa tu. Makanlah makanan air tangan DS tu. Pa-pa pun. Kena bersyukur juga. Ramai lagi orang di luar sana susah dari kita.

Yang couple. Macam biasalah. Baju melayu sama, baju kurung dikasi matching. Acah jodoh.
Kalau yang ber-crush crush ni. Hmm.. Hak eleh mu! Nate.  Pura-pura pula. Sengih lah tu.

Tak sama dengan baju crush. Sanggup balik asrama tukar baju. Pinjam kawan punya. Kau lah tu kan?
Aku tak. Aku cool. Takkan ikut benda-benda streotype walaupun minat seseorang.
Gaya tersendiri. Acah lebih ja aku ni.


Ada yang berkumpul di wing board makan bersama. Rice cooker entah dari mana, beras ditanak untuk sambutan berbuka. Gaya macam masjid-hopping lah katakan. Tapi benda tu buat aku tersenyum.

Sebabkan aku ni budak just berbuka dari DS. Aku tidak berapa join dorang ni. Mahu jimat. Tapi bila sekali duduk dengan dorang. Vibes dia rasa best. Dengan halaqah, gurau tak sudah.

Aku pun masa tu dipelawa oleh OO untuk habiskan murtabak jawa dia. Mana tak. Rezeki. Aku memang takkan tolaklah.

Air konon ala Starcbucks versi Cikgu Izran menjadi tempat majoriti pelajar untuk beli air dia.
Students.. Biasalah. Memang laku benda tu. Tidak dilupakan dengan jualan-jualan mak cik-mak cik underground yang berjual di KIOSK. Semua makanan sedap.
Pemerhatian akulah.
Aku dah cakap. Aku jarang beli kat sana.

Satu momen yang aku ingat pun.
Masa aku belanja untuk meraikan pertukaran cikgu Fizik aku. Bodoh tak boleh bawa bincang.
Ada satu ketidaksefahaman di antara kelas aku dengan cikgu tu.
Dikonklusikan. Cikgu tu akan bertukar dengan cikgu lagi sorang.
Fuh...
Mana tak kau gembiranya aku dengan si Dorae, Jiboh semua tu.

On the spot, pada hari itu menjadi titik bersejarah buat makhluk bernama Narator membeli nasi goreng, air milo cikgu Izran 2 bungkus, dan ada beberapa side dishes yang aku beli sendiri.
Gembira kan. Ya Allah.. Bodohnya lah. Smh. Aku mengajak dorang si Jiboh sekali untuk berbuka di bilik aku.

Ada makanan lebih aku bagikan. Ketawa-ketawa. Bergurau-senda ditambah lagi umpatan kepada cikgu tu. Fuh.. Kaw-kaw. Gembira tak terhingga.

CIKGU TU TAK AJAR KELAS KITAORANG DAH!!
.
.
.
.

KEDUSHHH...
Sendu. Sedih. Carut semua keluar bila dapat tahu yang cikgu tu tidak jadi pun bertukar dengan cikgu lagi satu tu.
Bayangkanlah. Nasi goreng tu harga dah berapa, air milo tu harga dah berapa, fried fries..
Fuh.. Luluh hati aku bro.. Hancur berkecai.
Rupanya gathering yang kami lakukan untuk meraih kejayaan tersebut hanyalah mitos semata-mata.

And tengoklah aku sekarang. Dapat course Fizik.
Karma is real. Haha.
Pa-pa pun begitulah kehidupan.

Banyak cerita lagi sebenarnya. Tapi just dengar cerita dari mulut oranglah.

Kepala Mr. President dengan si Dorae minum air Green Tea milik Ustaz Mawardi yang ada di stor. Kenyang tu.
Ustaz Mawardi memulakan bisnes menjual air Green Tea pada bulan Ramadhan.
Masa kami tingkatan 5.

Mana tak gila kepala budak senior ni tak boleh blah. Selaku MT BADAR Kebajikan dulu, aku benarkan kunci bilik BADAR digunakan oleh si Dorae untuk study malam di sana.
Bahan-bahan jualan Green Tea Ustaz Mawardi diletakkan di dalam bilik tersebut.
Tidak disangka.
Bahan-bahan tersebut makin kurang. Serbuk Green Tea tidak penuh seperti hari sebelumnya.
Hmm.. Something fishy here.

Sekali dengar cerita.. Ish.. Ish.. Ish.. Cobaan.

Dorang si Dorae minum benda tu secara underground. Air sejuk diambil dari DS. Nikmat tu....
Hilang lagi dahaga. Pergh... Nikmat?
Jangan salah faham.

Benda tu dibuat time malam. Bukan sengaja kami mahu batalkan puasa kami pada siang hari haa. Fikirlah. Study kat surau kan. Bosan lah malam-malam.
Nampak lagi Green Tea yang sentiasa laku sedap tu.
Ya Allah. Terminum lah sikit demi sedikit.
.
.
.


  • KML (Matrikulasi)
Hambar hidup di sini. Okey lah. Just macam tu saja. Just okey, not okey. So-so lah.
Iftar pun ada sebenarnya... Ada juga ramai-ramai. Banyak juga budak MJSC masuk sini. So, kami pun ada iftar bersama-sama. Hambar sebab tiada momen kejahatan di sini.

Alhamdullilah. Mempunyai jalan yang benar sepanjang Ramadhan.
Terawih, tadarus Quran, iftar. Just benda biasa  yang kita buat.

Buka bersama-sama dengan group LDK lagi. Aii.. Ini pun best. Ter-crush lagi sama satu budak ni.
Tapi ai.. Tidak lama lah. Sama saja macam kes si Roziana tu.
Tidak juga sampai tahap mahu mencintai.
Sedar juga diri aku ni siapa. Dunia semua tu.

.
.
.


Sini lagi banyak konflik. Hmm. Usah cakap.
Aku pun tak tahu mahu start dari mana.

Okey.. Kita dari solat Jemaah. Time di asrama sekolah menengah dahulu, walaupun ada berbelah bahagia budak underground, budak alim, budak di tengah-tengah.
Masih.
Kami boleh duduk meja bersama.

Di matrik ni.. Fuh.. Bapa segala. Kawan sekolah tadika kau ada, sekolah rendah kau ada, sekolah menengah kau ada, kawan Instagram kau ada, kawan Facebook mutual kau pun ada.
Ngeh..

Bab solat Jemaah tu bukan apa. Ada juga beberapa kawan dari MRSM. Tapi bila Maghrib-Isyak, vibes nya dah tak macam dulu. Maghrib-Isyak. Kalau escape, kau espace lah. Masa di MRSM tu, kepala berkelompok pun. Ada juga datang surau. Ni.

Aku saja. Yang lain tu entah di mana. Mahu kata di dorm. Dorm kau lah.
Dan di situ lah start renggang persahabatan tu. Tegur okey. Still kawan.
Jumpa meet. Okey. Still masih kawan. Yang berpunya lagi lah belakang cerita.
Aku tak masuk campur.

Attachment blog terdahulu pun aku dah post, itu pun kalau korang follow dari dulu. Masa sakit hati tu.
Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar juga.
Cuma tu saja lah aku mahu cakap. Vibes dia tidak sama macam dulu.
Dari segi amalan ibadah tu. Alhamdulillah. Asrama kan?
Memang terjaga.

Start di situlah. Aku terpaksa bergaul dengan budak surau.

Kepala aku ni tak boleh sebenarnya bila bergaul dengan satu kelompok saja.

Dakwah tu takkan berjalan.
Aku tak nak orang stereotype-kan yang budak nakal ni tidak boleh berubah. Sampaikan kesian bila orang nak start berubah. First time kaki jejak ke masjid, dijeling-jeling golongan sebegini.
Asal budak masjid saja dikata alim. Sedangkan ilmu masih banyak lagi mahu diterokai.
Yang jahat terasa asing, konon tidak sesuai bergaul dengan budak baik.
Dua dunia yang berbeza.

Syaitan tulah yang cari jalan untuk membezakan kita.
Aku tak mahu dibiar budak tu jahil seorang diri. Sedangkan ilmu yang kita ada masih boleh dikongsi.
Aku tak mahu hidup kita hanya bergaul dengan budak baik/budak masjid sedangkan orang di luar sana engkau pandang serongkan.
Sedang dorang masih perlukan pertolongan kita.
Menghukum tidak membawa apa-apa.
Kau acuh dengan politik tidak bawa apa-apa.
Tauhidnya masih sama. 
Quran dan As-sunnah.
Allah.

Simple. Tapi tulah pemikiran pun dah dijajah.
Aku pun masih terumbang-ambing.
Jelasnya,

Dakwah itu bukan "kau baiki dulu diri engkau sebelum tegur aku". Tapi saling menegur, tolong-menolong untuk menjadi lebih baik bersama-sama.


And..

Gitulah diri aku. Malas mahu berkelompok. Malas mahu hidup dalam stereotype.
Malas dengan sempadan yang ada pada diri masing-masing.
Gerakan secara solo? Prinsip aku?
Entahlah.

Kalau boleh. Benda ni pun aku nak minta supaya dihapuskan.
Yang daerah ni dengan daerah ni, budak nakal dengan budak nakal, budak masjid dengan budak masjid, orang tua dengan orang tua, politik ni dengan politik tu, yang negeri ini dengan negeri yang itu, negara itu negara ini.
Tiada beza semuanya. Nanti mati masuk kubur juga.

Jauh betul aku lari dari topik matrikulasi ni. Haha.
Okey lah. Best jugalah. Cuma ada heartbreaker masa matrik dulu.
Tapi tidak kisahlah. Orang berubah tu perkara biasa.
Sekali lagi. Jangan hidup dalam memori lama. Hidup ni bukan kekal pun.

Cari hobi baru. Bergaul dengan banyak orang. Dengarkan pengalaman orang. Baca buku ilmiah. Travel ke tempat baru. Cari something new. Perhatikan keindahaan ciptaan Ilahi. Listen to your favourite music.
Live it!

Kalau tiba-tiba duduk seorang diri. Terbayang padang Masyhar, syurga, neraka tu. Alhamdulillah.
.
.
.

Sampai sini sajalah kan. Sibuk dengan kerja yang tidak pernah berkesudahan ni. Entah.
Stress saja geng. Kalau tiba-tiba aku kena stroke, tak lah aku tahu.
.
.

Ramadhan pada tahun ini, baikilah diri kita sebaik-sebaiknya. Berubah menjadi orang yang lebih bertaqwa. Tingkatkan amal ibadah.

Termasuklah diri ini sendiri yang lagi jahil tak sedar diri.

Vibes iftar, moreh, bazar Ramadhan tu teruskan. Just jangan membazir ketika membeli tu. Insya-Allah. Doakan saudara Islam kita bersama.

Aku ada sediakan attachment Ramadhan Planner. Dalam bahasa English.
Termasuk galeri dulu.


Yang jahat,
naratorjalanan

GALERI










Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...