Skip to main content

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah.

Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni.
First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan?

Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu.
So? Mahu mula dari mana?

Penempatan? Bilik Pengetua?
Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha.
Yalah.

So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu.

"Why this school?"

Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan.

Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada?
Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti.

Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku pun malas mahu turun balik pergi sekolah tu. Kalau jawapannya semua 'tidak pasti',

So. End up. I go to this school. Carilah pengetua. . . . . Tiada. Ada mesyuarat PIBG.
So, kerani suruh datang lebih kurang jam 2-jam 3 begitu. Mungkin pengetua baru ada.

Haa.. Macam tu baru betul.
Lepastu aku jumpalah pengetua tu. Masuk bilik dia.
Weh.. Nervous. Entahlah kenapa.

Jeng.. Jeng.. Jengg... Kena tuju banyak soalan aku rakan-rakan Internet. Memang kaw-kaw lah aku kena dalam bilik tu. Pasal gred sekolahlah, pasal cikgulah, jangan jadi macam cikgu-cikgu yang beginilah.

Pengetua suruh aku ubah gred subjek Kimia. Ya. Sebab aku bidang sains. So, mungkin dia harap aku dapatlah ubah gred untuk Kimia. Padahal aku baru freshie pun. Baru PPG pertama. Baru ROS. Baru tengok persekitaran sekolah.

Aku pun ya kan sajalah. Tapi mistake yang aku buat pasal soalan tu. Adalah aku terbandingkan sekolah aku dengan sekolah. Fuh... Kena ayat deep aku bhai...

"Itu MRSM. Memang lainlah dari sekolah SMK. Kita tidak kisah pasal A atau tidak. Yang penting murid-murid ni ada dorongan untuk naikkan prestasi." kata pengetua.

Pergh.. Silap aku juga. Kenapalah aku cakap pasal sekolah aku dulu. Patutnya aku fokus saja pasal pendidikan. Not how the difference between SBP atau sekolah yang lain. Dalam 1 jam jugalah dalam bilik tu. Kena interview tu..... Mana tidak nervous-nya.

Last-last pengetua bagi juga cop. Benarkan aku PPG di sekolah tu. Alhamdulillah. Tidak apalah. Sekolah adik aku juga. Jadi senanglah.

Tapi aku baru perasan. The hell...
"Ini sekolah perempuan lah Dil.."
Aku baru tersedar. Ya kan? What the fish betul. Tapi macam mana juga. Sekolah tu saja dekat dengan rumah. Mahu pergi Fajar. Aku terlupa pula pasal sekolah tu. Adeh..

Jadi. Teruskan sajalah.

*facepalm*

.
.
.

Okey. First day? Macam biasa. Kena melapor diri ke pejabat. Kena jumpa pengetua dulu. Baru bincang pasal tugasan yang patut dibuat. Tapi aku punya tugasan ni sejak saja pun. Kalau 1 minggu pun. Aku rasa boleh siap. Tapi sudah kena suruh 2 minggu. 2 minggu lah kena stay sekolah tu.

Aku paling awal datang sekolah bohh masa tu. Hehe. Yalah. Sebab mama kerja pagi. So, mama hantarlah pergi sekolah dulu baru gerak pergi tempat kerja. And you know what? Pengetua paling awal datang pergi sekolah.

Hari-hari awal. 6.10 a.m. Ada sudah pengetua buka pejabat. Punch card.
Dia pujilah aku sebab datang awal. Hahahahaha. Padahal. First day saja. Hari seterusnya. Semua 6.30 a.m. datang.

Bila tengah-tengah melapor diri dalam bilik pengetua. Datanglah bidadari ni seorang secara tiba-tiba masuk bilik. And yeah. Anak kepada kawan mama aku. Mama aku sudah cerita awal pasal anak kawan mama aku tu pun PPG di situ juga. Cuma dia budak semester 4 lah. 4 minggu.

Aku semester 2. 2 minggu huhu. Secara jujurnya.. Ini opinion aku saja haa.
Pleasee.. Jangan salah sangka. Atau apa-apa. Ya. Cantik cikgu tu. And like.
Yalah. Senyuman pun manis. Ada tahi lalat lagi di sebelah kanan. Kening tebal sikit.

*blushing* *blushing*

Haha. Aku cakap jujur saja haa. Bukan apa-apa. Suka tu tiadalah. Crush-crush? Please lah.. No. No way. Lagi pun sudah ada boyfriend dia. Buat apa aku mahu kacau. Sudahlah mamaku dengan bapanya berkenal. Ai.. Buat tambah masalah saja nanti.

So. Kami dua pun. PPG sama-sama. Kami tidak di tempatkan di bilik guru. Sebab penuh.
Ditempatkan di bilik ketua bidang. Ai.. Sorry-lah haa rakan-rakan Internet, tiada gambar.
Bukan apa. Ai.. Malas aku buka henfon kalau sudah di sekolah tu. Entahlah. Mahu buat apa juga.

"Kelas pertama?"

2 Intan. Allahu Rabbi Ya Jabbar. Nervous bodoh aku masuk first kelas. Bergegar badan. Sudah aku otw masuk kelas. Sudah ada bisikan-bisikan; "Hui-hui cikgu tu masuk sini hui.. Cikgu tu masuk kelas kita". Bapanya.... Please-lah. Aku jaga kelas saja pun.

Aku dapat kelas-kelas relief saja sepanjang berada di sekolah tu. Yalah. Baru pertama kali. Kiranya ROS lah. Bukan aku ada kuasa untuk mengajar lagi. Nanti PPG2.

So, first kelas tu. Aku just bercerita and suruh dorang tulis di kertas.
Ciri-ciri yang cikgu dorang mahu.

Aiii..  *menepuk kepala di dahi*

Macam-macam rakan-rakan. Macam-macam.
Hensem lah. Tinggi lah. Hitam manis lah. Yang tidak kedekutlah. Yang kaitkan dengan isu Korea lah bila mengajar. Yang tidak bosan. Yang memahami. Yang semuanya lah.. Bercerita. Jiwa muda. Adui.

Allahu. Aku buat begni bukan apa. Cuma untuk refleksi diri aku juga. At least aku tahulah. Yang behaviour, surrounding setiap sekolah setiap orang tu lain-lain. Ini pun aku terinspirasi dari Sir aku dulu masa di MRSM.

Dia guru pengganti. First-first dia mengajar. Memang bosan. Macam mengajar budak Degree. Jujurlah. Masa aku di kelas 4 Zamrud dulu. At last. Dia suruh kami buat benda tulah. Macam mana kami yang kelas yang dia ajar ni supaya tidak bosan.

Atau kami ni supaya tidak mengantuk. Gitulah. So. Majoriti kami pilih untuk bercerita pasal pengalaman bila ada break time macam tu. Kau gila hadap Mathematics straight terus. Memang bosan sia...

Lama kelamaan Sir tu pun makin bagus sudah mengajar. Kami support. Lagi pun majoriti kami lelaki kan. So, memang masuk air jugalah dengan sir time tu. Hehe. Thank your sir.

And.. Aku bersyukur sangat-sangat ditempatkan di asrama dulu. Dalam kelas relief yang ada tiga masa, I can told them semua pengalaman dulu kepada dorang sampai kering tekak. Bapa betul.
Penat jugalah. Walaupun bila time form 1 tu tidak mahu masuk asrama. At last, banyak juga manfaatnya.

Pasal ragging, event lah. Ai.. Banyak. Pasal aku kena tampar tu lagi. Pasal fly. Pasal si Jumbo menyelamatkan si Dorae. Huhu. Pasal minggu aktiviti. Pasal geng Chicken Wing masuk pertandingan breakdance gara-gara busted oleh cikgu Jakiro di Putatan. Pasal kawan mengkhianat di Tanjung Aru. Aku pun tidak tahulah. Banyak.. Banyak..

Ada lagi aku ceritalah. Ada juga dalam blog ni. Cari-cari saja. Ada tu. Haha.

Yang muka aku kena lukis tu? Yang kamu cakap SAMA tu.
Ya. Itu kelas 2 Zamrud. 2Z.

Kelas paling kuat bergosip. Ada saja.. Ai.. Entahlah. Ada saja dorang kutuk-kutuk. Aku tumpang ketawa saja. Ada jugalah berkongsi pasal cikgu sekolah-sekolah tu.

"Kelas paling bising?"

1 Zamrud. Fuh.. Bising sia... Aku mahu kelas tu. Aku buat game lah. Bumi Itu Bulat. And ada lah game-game yang aku mainkan. Ya Rabbi. Tidak dapat aku handle. Sampai keluar cikgu di sebelah kelas menengok kelas dorang masa tu.

Weh. Kecewa aku masa tu. Macam gagal pula aku sebagai bakal cikgu. Sebab tidak dapat handle. Tapi cikgu yang menengok tu tidak jugalah marah. Cuma riak mukanya tu macam stress. Sudahlah kelas tingkatan 5 di atas tengah Trial SPM.

Ai... Aku mahu marah sebenarnya.. Tapi.. Ai.. Nasib sajalah belum rasmi jadi cikgu lagi. Kalau tidak. Melayang sudah marker di kepala tu.

Tapi tidak jugalah aku mahu marah betul. Just untuk teguran saja kan? Gitu. Tidak bagus marah-marah ni.

3 Berlian pun. Ai... Bising juga. Itu minggu kedua. Aku masuk kelas. Aku suruh buat kerja sendiri saja. Sebab last-last day sudahkan. Jadi tidak jugalah aku mahu cerita atau buat-buat game. Lagi pun sibuk juga dorang dengan kerja kursus Sejarah sama Geografi tu.

Alah.. Macam kita dulu-dulu.

Class 4 PVMA and 5 PVMA. Okey sikit. Sikit orang. Senang aku bercerita. Huhu. PVMA ni macam kelas kemahiranlah. You know, macam sijil-sijil kemahiran macam tu. Tapi still SPM dorang ambil lah.

Steady saja dorang. Santai.. Mahu kelas belakang. Tidak boleh juga. Siapalah kita ni kan mahu ramal masa depan orang. Tapi tulah kita ni kena stereotype. Asal kelas belakang saja. Tiada masa depan. Pelik aku.

Tapi perspektif tu. Buat aku berubah bila aku baca Sokernet punya ayat. Dorang lagi sebenarnya lagi berguna dari orang-orang acah straight A ni. Ai.. Aduih... Malas pula aku tulis pasal benda.

Ai... Panas. *melap peluh di dahi*

Bukan. Tidur sudah semua orang. Aku di ruang tamu ni tengah tulis blog. Sabar ya. Sikit lagi. Jap.. Jap.

*berak dulu*
.
.
.
Okey. Sambung. Setiap orang ni. Lain keupayaan dia. Rezeki pun sudah ditetapkan. Terpulang kepada kita saja mahu berusaha atau tidak. Mahu bincang pasal akidah, tauhid, tasawuf. Aduh. Sorry rakan-rakan. Panjang sebenarnya kalau aku mahu kongsi pasal benda.

And. If you reading this. Just don't lose hope to achieve something. Ada jugakan cikgu cerita dulu pasal senior cikgu yang dari G. At SPM dia mahu dapat B.

Uish... Cikgu. HAHAHAHAH. Aidil.. Aidil..

Aku ada masuk juga beberapa mesyuarat bila di sekolah tu. Pasal bengkel RPH. KPM telah laksanakan untuk terapkan sivik. Tidaklah kamu tahu. Susah aku mahu explain. Ai..
Penat sudah aku menulis.

Tapi. Overall. Memang baguslah sekolah. Tengok ranking. Nombor satu, nombor dua. Uish.. Mahu tahu kenapa. Tengok pengetua dia.

Kelas 4 Zamrud bhaii.. Kelas adik aku kaw-kaw kena cuci telinga murid-murid di sana pasal result dorang. Punyalah aku time jaga kelas tu terkejut tiba-tiba pengetua masuk. Habis kau... Dush.. Dush.. Dushh..

Kata-kata pedas kepada murid-murid. Aku simple kan. 10 orang dari bawah. Ha.. Itu yang kena. Aku pun sapot-sapot sajalah masa tu.

"Ya.. Ya.. Betul tu pengetua.. Ya.. Patut credit."

From my analysis. Aku risau jugalah sebenarnya. Aku tidak mahu tulis di sini. Just know who you are. And please try your best. Sebab aku ada juga bergosip dengan adik aku. Habis kelas. Ada jugalah aku bagi kata-kata semangat sikit. Form 5 SPM. So, good luck.

Kelas 4 Z tu. Kelas adik aku. Bapa.. Pendiam siaaa dia dalam kelas. Sama juga macam di rumah. Mahu dihantak kepalanya guna periuk.

Okey.. Okey.. Gurau saja tu. Haha.

Okey. Apa lagi aku kamu mahu tanya?

Aku habis idea sudah ni.

Okey. Aku cerita lagi. Cikgu Mira (bukan nama sebenar). Yang bidadari aku cakap tu.
Aish... Kamu mahu tahu. Bila aku makan di kantin sama-sama dia kan.
Kena woww woww kami dua. Bila keluar dari bilik ketua bidang tu. Nampak murid-murid. Dikasi lagi. "Uishhh cikgu... Sweet.."

Bapalah, Aii. Makan sama-sama saja pun. And. Cikgu-cikgu perempuan sana lagi. Haha. Dorang nampak kami balik sama-sama.
Aku TUMPANG DIA SAJA PUN. Ya Allah. Terus kena gini kami dua oleh cikgu-cikgu; "Uisehhh balik sama-sama bah dorang".

Aku tumpang bukan sengaja haa. Kereta di rumah satu saja. Myvi jahat tu. Tapi kadang mama aku guna. Yalah. Mama aku kerja. So, kadang bergantilah kami guna kereta.

Tidak dapat kena ambil. Terpaksa jugalah tumpang kena cikgu Mira ni. Sudah aku cakap di atas tadi.
Hmm.. Adui. Apa lagi haa..

*mencari idea*

Mahu aku cerita pasal cikgu-cikgu lain. Tiada apa-apa juga. Cikgu Azmir (bukan nama sebenar). Cikgu paling banyak peminat. Hensem-hensem. Tapi hensem lagi aku lah. Aku taraf-taraf Korea kot.

Mana-mana aku pergi kelas lain kan. Ada saja sebut nama cikgu Azmir. Pelik aku. Ada jugalah aku dengar-dengar gosip lepas habis solat Zohor di surau kan. Kesian juga aku tengok dorang menghadap perangai murid-murid.

Nanti. Aku lagi macam tu. Allahu. Harap sajalah dipermudahkan segala urusan.
Overall. Okey lah. Itu sajalah aku mahu cakap. Dari pengetua. Semua cikgu-cikgu. Serius bagus. Bersyukur jugalah aku PPG di sekolah. Cikgu Stark lagi lucu-lucu.

Dia sajalah yang di bilik bidang tu kasi hibur kami berdua. Ada saja gelagat cikgu Stark. Terima kasih juga kepada cikgu Stark sebab ada belanja makan. Hehe.

Banyaklah pengalaman aku dapat sebenarnya di situ. Kalau PPG2 ni aku di sini juga. Aku terima jugalah seadanya. Hadap lagi muka-muka yang pernah dijumpa. Kalau dapat sekolah lelaki tu. Haraplah pengalaman baru pula.

Kawan-kawan yang menanya pasal ada berkenankah di sekolah.
Tiada.. Tiada. Gilakah. Kamu pikir aku macam.... Hehe. Tahu-tahu sendirilah. Yang kahwin dengan student. Hahahahaha.

Aku ndak.. No.. No.. Mama marah. Tiada juga. Ada juga cantik. Tapi.. Ai.. Mahu fokus belajar dulu. Mahu fokus ibadah, amalan, masjid, drama Korea dulu.

Doa sajalah aku ada jodoh. Aih... Bosan jugalah single ni sebenarnya. Tapi malas juga aku sebenarnya mahu bercinta. Trauma. Takut sakit hati. Ai.. Complicated betul dunia ni.

Pikir akhirat pun aku terumbang-ambing.
Astaghfirullahalazim. *menghembus nafas panjang*

Follow lah Instagram. Click saja. Kalau mahu tengok story highlight PPG tu. Sikit saja gambar aku ambil.
Fokus dengan kerja kan. Haha.

Apa lagi haa mahu tambah.. Adui.. Si Mira sudah. Kelas bising sudah. Pengetua sudah. Mesyuarat sudah. Pergi kantin sama-sama sudah. Cerita-cerita masa di kelas sudah.

Itu sajalah aku mahu cakap. Tapi kalau kau hensem. Serius. Hati-hati bila di sekolah begini. Itu saja aku pesan. Aku tengok-tengok kawan-kawan aku. Sekolah lama.. Senang saja dorang. Yalah. Cikgu kenal sudah dorang. Pergi sekolah macam pergi sekolah biasa saja.

Aku. Ai.. Stress jugalah. Hadap jammed lah. Bangun pagi. Serius. Tidak guna growing up. Adult life such... *sigh* Sadis.

Aku? Sekolah lama di Kota Kinabalu. Kalau ada jet peribadi. Mahu juga aku PPG di sana.

Dah. Tutup. Bye :). Hehe. Doakan ya guys.

Tiada draft sudah ni. Kalau mahu aku suggest tulis pasal apa-apa. Komen saja di bawah ni nanti. Aku try tulis. Insya-Allah.

Pasal post-post lama dulu tu.
Pergi saja naratorjalanan.blogspot.com

Scroll sampai bawah. Tengok 'OLDER POSTS' . Click.. Click.. Sampailah ke hujung. Semua ada tu.
Just in case kalau bosan-bosan kan.

Sebab. Ada kata-kata nasihat juga tu dari orang Korea.

Yang macam Korea,
Aidl Dong-Wook (naratorjalanan)

Comments

Amy Zulaiha said…
Ahahahha ingatkan blogger ni perempuan, anyway this blog is bermanfaat, bolehlah kurangkan nervous waktu PPG1 bulan July nnti

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...