Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

"Kau Belajar Di Mana?"

  Seungri - 1 2 3 (np) ; 23/8/2020 ; Sandakan Bismillah. Hi. Assalamualaikum. Sementara menunggu berlangsungnya UCL Final pada jam 3.00 a.m. ni. Rasanya sempat kali aku menulis dan berkongsi pasal tajuk yang ada dalam draft blog ini. " Di mana kau belajar sekarang? " Satu soalan yang aku selalu elakkan apabila orang tanya. Apabila ditanya, jawapannya tetap dengan Politeknik Sultan Azlan Shah, UKM Bangi, UPM Serdang, MJII, GMI dan jawapan-jawapan yang tidak pernah terlintas pun dalam fikiran aku. Kalau sekadar ingin bersembang mengopi dengan  aku. Maka, aku jawap ja lah dengan jujur. Tapi bila sudah melibatkan satu sensitiviti . Maka dari situ aku menamatkan perbualan, Soalan ini pernah ditanya pada 2018 yang di mana ketika itu aku bertemu dengan rakan lama aku. Wan (bukan nama sebenar). Merupakan kawan tadika aku. Di mana ketika itu dia boleh dikatakan sebagai kawan baik masa tadika.  Namun, hala tuju sekolah rendah memisahkan kami berdua dan bertemu kembali setelah aku t...

Tiadanya Aura Study Week

John Mayer - You're Gonna Live Forever In Me (np) ; 7/8/2020 ; Sandakan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Bismillahirrahmanirrahim. Hi. Assalammualaikum w.b.t. Bertemu kembali. Jadi, untuk entri kali ini. Aku ingin menceritakan serba sedikit tentang STUDY WEEK . Study week ini tidak asing lagi bagi aku kerana telah dibiasakan dengan jadual matrikulasi dahulu. Semester 1 dan juga semester 2 konfem ada minggu ulang kaji. Apa yang kita akan lakukan sebagai seorang pelajar semasa minggu ulang kaji? Masa inilah yang digunapakai untuk mengulang kaji mata pelajaran yang kita belajar selama 14 minggu kuliah. Ada yang study di bilik tutorial, ada yang study di kafe, di surau, di bilik study, bilik sendiri ataupun bilik kawan. Hehe.  Bagi aku pula, aku akan study di bilik. Sebab corak atur cara permainan memang dah biasa dengan belajar sendiri. Pada zaman matrikulasi, aku lebih ke arah rohani dan Islamik (walau...