John Mayer - You're Gonna Live Forever In Me (np) ; 7/8/2020 ; Sandakan
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Bismillahirrahmanirrahim. Hi. Assalammualaikum w.b.t.
Bertemu kembali.
Jadi, untuk entri kali ini. Aku ingin menceritakan serba sedikit tentang STUDY WEEK.
Study week ini tidak asing lagi bagi aku kerana telah dibiasakan dengan jadual matrikulasi dahulu.
Semester 1 dan juga semester 2 konfem ada minggu ulang kaji.
Apa yang kita akan lakukan sebagai seorang pelajar semasa minggu ulang kaji?
Masa inilah yang digunapakai untuk mengulang kaji mata pelajaran yang kita belajar selama 14 minggu kuliah.
Ada yang study di bilik tutorial, ada yang study di kafe, di surau, di bilik study, bilik sendiri ataupun bilik kawan. Hehe.
Bagi aku pula, aku akan study di bilik. Sebab corak atur cara permainan memang dah biasa dengan belajar sendiri.
Pada zaman matrikulasi, aku lebih ke arah rohani dan Islamik (walaupun tidaklah alim mana).
Di mana aku akan study dengan geng-geng surau di sana.
Cuma bezanya, aku lebih mendiamkan diri manakala mereka banyak dengan group discussion.
Nampak.. Betapa sombongnya aku bila study group.
Tapi tidak jugalah aku mendiam diri sentiasa. Bila aku ada soalan, aku akan bertanya pada mereka.
Apabila mereka ada soalan, mereka akan bertanya kepada aku. Give and take la.
Selepas selesai study dan rasa diri sudah cukup ilmu di dada pada hari itu. Maka kami akan menunaikan solat hajat (masing-masing; ada juga yang blah terus pergi bilik) agar diri kita sebagai hamba dipermudahkan pada hari peperiksaan kelak. Itulah aura-aura study week yang aku laksanakan pada minggu ulang kaji.
Seterusnya, mematikan telefon dari pagi hingga malam.
Ini memang berkesan gila-gila la bagi aku. Pelaksaan tersebut hanya berlaku masa matrik juga.
Bila dah masuk universiti, tidak boleh sudah geng. Kena buka henfon juga.
Bayangkanlah bila aku on saja telefon pada jam 11.30 p.m.
Beribu notifikasi masuk. Sampai ada menanya aku pergi manalah. Ini cuma skill yang aku cuba.
Sebab pada zaman sekolah menengah. Aku tidak la sangat study.
Yalah.. Aku ni pun cukup-cukup belajar. Asal rasa boleh go. Aku berhenti. Untuk matrik, aku cuba meletak satu pengharapan yang tinggi dan matlamat yang ingin dicapai. Yakni 4.00 Purata Nilai Gred.
Bukanlah aku gilakan dunia. Cuma ada terdetik dalam hati.
Betulkah dengan usaha yang kita buat? Maka, keputusannya juga setimpal juga dengan usaha kita.
Manakala pada sebelah petang pula (lepas asar), sama ada aku pergi riadah ambil angin atau tidur di bilik.
Tidak disarankan tidur ya lepas asar. Haha.
Ketiga, satu hari satu subjek.
Ini aura kekuatan yang ketiga. Pada hari pertama minggu ulang kaji semester 1, aku cuba belajar. Pagi subjek Matematik. Petang pula subjek sekian-sekian. Malam subjek Kimia.
Rupanya, kepala aku makin serabut. Aku study satu ini. Petangnya konfem hilang.
Esoknya apatah lagi. Daya tahan ingatan aku bukanlah macam budak-budak gifted.
Daripada serabut 1 hari 3 subjek. Maka, aku pun cuba kaedah tersebut.
Pada sebelah pagi, aku study bab 1. Petang dah masuk bab seterusnya. Malam dah boleh go untuk past year dan tackle mana-mana topik yang boleh diberi perhatian.
Itu sajalah aura terhebat pernah aku buat masa minggu ulang kaji dulu.
Dan Alhamdulillah. keputusan berpihak kepada aku atas izin Allah.
Dengan mendapat keputusan 3.93.
Pada semester 2 matrikulasi, aku masih menggunakan modus operandi yang sama.
Tapi kekangannya, aku putus cinta sebelum study week. Dan... Ya..
Aku pasrah dengan life matrik masa tu. Maka, hasilnya mahu tak mahu saja untuk study.
Akhirnya aku tidak study langsung pun. Menangis saja kerja.
Jeng.. Jeng.. Jeng.. Keputusan seperti yang aku agak. Di mana bagi aku, gagal.
.
.
.
Pada zaman universiti, aura study week masih sama dan kental pada tahun pertama (semester 1 dan semester 2). Alhamdulillah, result pun boleh makan.
Pada semester 3, aku agak slack sikit. Mungkin ada beberapa kesilapan dari kerja tugasan dan hal-hal lain seperti hal persatuan dan sukarelawan Boleh dikatakan sibuk jugalah, sampai untuk fokus sepenuhnya pada pelajaran, tidak boleh pergi jauh lagi.
Mungkin juga sebab jarang pergi masjid, solat tidak khusyuk.
Kuliah Maghrib-Isyak jarang pergi. Bukan kita mahu salahkan Tuhan.
Mungkin ini salah satu asbab aku sebab.. Ya la.. Bila sudah tinggal di luar, rumah sewa. Lalai sikit.
Lebih kepada dunia aku rasa.
Kalau dulu, masa tinggal kolej. Senang saja pergi masjid jalan kaki.
Bila tinggal luar.. Aduih.. Aku pun tidak tahulah. Padahal ada juga motor.
Rumah sewa dekat dengan surau pun, masih liat mahu berjemaah di masjid.
Harapnya untuk masa akan datang tidaklah jadi macam tu. Muhasabah diri Dil!
Semester sekarang. Di mana kita dikejutkan dengan satu pandemik yang melanda dunia kita iaitu COVID-19.
Memang aura bukan macam belajar. Walaupun ada kelas secara atas talian.
Tapi pada minggu ulang kaji kali ini, sungguhku katakan. Lebih kepada mood holiday daripada belajar.
Banyak kekangan juga bila belajar secara maya ini. Antaranya, liputan Internet yang tidak mencukupi.
Bila habis study, tiba-tiba kena suruh beli barang. Masa-masa tengah struggle tiba-tiba tamu datang.
Ya Allah, sungguh kawan.. Memang ke laut semester ini. Bukan aku saja. Rata-rata majoriti ada masalah yang sama.
Budak final year pun dah mental untuk handle FYP. Apatah lagi, tugasan-tugasan yang melibatkan kerja-kerja lapangan. Semoga kesusahan yang kita hadapi sekarang dapat dibalas kelak.
Aku berasa simpati pada mereka yang berada di kampung / rumah, di mana liputan Internet mereka hanya cukup makan. Ada kawan aku, sampai balik ke Semenanjung tau supaya tidak terbeban dengan tugasan online.
Masya-Allah syeikh. Besar pengorbananmu. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Secara jujur, aura yang dulu tidak sama lagi macam sekarang. Hanya mengharap terbaik untuk semester ini, jikalau atas pagar pun. Aku dah bersyukur dah. Bukan berputus asa atau pasrah. Ada beberapa keadaan di rumah yang tidak dapat dielakkan sehinggakan masa terganggu.
Termasuk sekarang, tiba-tiba ada masa lapang untuk menulis. Haha.
Aku harap korang pun yang mengalami masalah kental menghadapi cabaran ini. Ada jugalah memori untuk diingati saat-saat kesusahan dulu. Good luck bagi yang menghadapi peperiksaan akhir. Fighting!!
Dah.. Itu saja untuk aku cerita hari ini 😆.
Bye-bye 👋🏼.
Yang bercerita,
Aidil
Comments