Lauv - Paris in the rain (np) ; 26/02/2021 ; 12:07 a.m. Sebenarnya aku tengah menyunting video Throwback MRSM KoKi yang aku janjikan di poll Instagram pada tahun lalu. Tapi disebabkan beberapa masalah teknikal. Agak susah untuk siapkan. Dengan banyak kerja yang masih tidak settle lagi. Fuh.. Memandang persoalan tajuk blog ini timbul dalam kepala aku. Aku cuba ceritakan. Aku bercerita melalui pengalaman yang sudah aku hadapi. Melalui perspektif diri aku sendiri. Lagi-lagi kepada mereka yang baru mahu tamatkan SPM. Berkenaan hidup di sekolah menengah, aku rasa memang tidak dapat aku ceritakan. Sebab melalui post blog dahulu pun, boleh baca. Hehe. Okay.. Bismillah.. . . Matrikulasi Pada semester pertama di matrikulasi. Kegembiraan di wajah diri ini tidaklah seceria dibandingkan seperti dahulu. Bukannya aku mahu kata kehidupan di matrikulasi tidak seronok. Ada seronok, ada duka. Aku bercakap mengenai kawan terlebih dahulu. Banyak kawan sekolah menengah aku menyambung di sini. Ko...
Mungkin dengan tulisan ini, aku dapat mengubahnya. Pengalaman, coretan dan perantauan merupakan kunci utama dalam penulisan ini.