Lauv - Paris in the rain (np) ; 26/02/2021 ; 12:07 a.m.
Sebenarnya aku tengah menyunting video Throwback MRSM KoKi yang aku janjikan di poll Instagram pada tahun lalu. Tapi disebabkan beberapa masalah teknikal. Agak susah untuk siapkan. Dengan banyak kerja yang masih tidak settle lagi. Fuh..
Memandang persoalan tajuk blog ini timbul dalam kepala aku. Aku cuba ceritakan. Aku bercerita melalui pengalaman yang sudah aku hadapi. Melalui perspektif diri aku sendiri. Lagi-lagi kepada mereka yang baru mahu tamatkan SPM.
Berkenaan hidup di sekolah menengah, aku rasa memang tidak dapat aku ceritakan. Sebab melalui post blog dahulu pun, boleh baca. Hehe.
Okay.. Bismillah..
.
.
Matrikulasi
Pada semester pertama di matrikulasi. Kegembiraan di wajah diri ini tidaklah seceria dibandingkan seperti dahulu. Bukannya aku mahu kata kehidupan di matrikulasi tidak seronok. Ada seronok, ada duka.
Aku bercakap mengenai kawan terlebih dahulu.
Banyak kawan sekolah menengah aku menyambung di sini. Kolej Matrikulasi Labuan.
Cuma aku harapkan jangan kamu terlampau berharap untuk mendapat keceriaan seperti dahulu.
Kawan sekolah menengah juga ada kehidupan mereka sendiri di sini.
Kau tidak bersama mereka sentiasa. Yang dulunya, 5 tahun bersama (kalau di asrama).
Di mana kau kena sedari, yang kau juga harus berdikari.
Lain hala tuju, lain kelas, lain kawan, lain latar belakang masalah yang dihadapi masing-masing.
Cukuplah dirimu mempunyai empati. Jangan memakan diri.
Kau ada kelas tutorial kau sendiri, kau ada kelas kuliah kau sendiri. Jangan berharap yang kawanmu sama seperti dulu.
Kita membesar, kita berubah mengikut arus masa yang sentiasa berputar.
Ada yang sudah bahagia, ada yang mempunyai kawan baharu yang sentiasa menemani mereka.
Okay. Bukan emosi ya. Tengok ayat di atas balik, melalui perspektif aku.
Berubah.. Berubah.. Dan kau mulai sedar, begini rupanya kehidupan. Kan?
Pengalaman mengajar mereka. Ilmu, tauhid, tawakal membawa diri ke medan perang yang sebenar.
Medan melawan kejahilian. Medan melawan diri sendiri. Medan bertarung dengan ancaman dunia luar.
Hidup masih kabur. Masih tidak dipegang dengan hidup.
Berlatarkan keluarga yang beragama. Cacat celah merba dilihat sedikit demi sedikit menelan mereka.
Yang dulu begini, tiba-tiba begitu.
Yang dulunya begitu, tiba-tiba begini.
Disebabkan aku jenis yang suka memerhati seseorang (yang juga memakan diri kerana menghukum kehidupan mereka, Nauzubillah min zalik).
Aku melihat setiap detik perubahan itu.
Terpulang kepada kita. Mahu pilih yang pahit atau yang manis.
Bersangka baik? Maka, baiklah ia?
Bersangka buruk? Burukkah kita?
Tepuk dada, tanya balik? Yakah?
Dah.. Konfius. Ya, begitulah aku. Sebab aku tidak menerima ujian seperti mereka.
Sebab mereka tidak juga menerima ujian seperti aku.
Yang enjoy, kita enjoy. Di mana kurang, kita baiki. Di mana kejahilian, semoga kita tinggalkan.
Tamatlah matrikulasi? Tidak belum lagi.
Tapi itulah serba sedikit cerita aku.
Kehidupan.. Hmm.. Ya.. Kolej, tinggal di asrama. 1 bilik, 4 orang. Ada elaun, Alhamdulillah.
Keluarga berada? Ya, Insya-Allah masih boleh bersuka ria mana yang patut.
Yang tersempit. Mengikat perut.
Kesimpulannya?
Kawan berubah, kita berubah. Tapi kita masih kita. Kamu masih kamu.
.
.
Pengajian Tinggi
Tamat pengajian matrikulasi. Hidup pun berpindah ke kehidupan Ijazah. Ada yang dah bekerja, lalu mendiam diri. Ada yang sudah sibuk dengan hal masing-masing.
Tidak semua mempunyai rezeki untuk menyambung. Ada sambung pun, berhenti di pertengahan.
Sekali aku cakap, rezeki. Kalau ada, ada. Kalau tiada, tiada.
Dan ya, latar belakang kita.
Jadi berbaloikah? Jawapan aku entah. Entah. Entah. Entah.
Aku lihat dari perspektif aku, bukan perspektif yang lain.
Degree ni perlukah? Berapa ramai yang masih mengganggur? Berapa ramai yang lari bidang?
Persoalan.. Setiap persoalan..
Tapi kakiku berganjak juga ke depan.
Sekali lagi. Persoalan..
Kalau kita graduasi? Hutang beribu? Berbaloikah?
Ijazah ini berbaloikah?
Kamu.. Persoalan ini sentiasa akan bermain di kepala kita. Cuma satu saja nasihat daripada aku.
Ada biasiswa, teruskan. Kalau engkau ingi rasa pengalaman menjadi seorang pelajar, teruskan.
Jangan niat untuk dapat kerja.
Kerja? Entahlah kenapa. Aku rasa tidak relevan.
Bukan aku suruh kamu cakap ilmu tidak penting. Pendidikan formal itu penting. Ya, penting.
Tapi kita ni? Dalam tapak kasut yang samakah? Bukan.. Bukan,.
Aku mohon sekiranya kau menyambung ke peringkat Pengajian Tinggi ini. Consider dari semua aspek.
Makan minum kau. Tiket pulang balik kau. Rumah sewa. Kenderaan. Yuran pengajian. Masa.
Ibu bapa.
Benda yang aku katakan ini sentiasa menghimpit kau dari dalam.
Aku tidak mahu kekecewaan yang sama terjadi pada rakan-rakan yang aku ditemui di sini dulu.
Ada yang berhenti. Ada yang tidak tahan. Ada yang ada masalah keluarga. Ada yang ada masalah kewangan.
Kita membawa harapan ibu bapa. Ya, benar. Kalau itu merupakan motivasi kau untuk terus belajar. Engkau teruskan.
Jika satu masalah yang engkau tidak tahu tiba-tiba menimpa kau. Adakah kau akan teruskan?
Jawab dalam hati.
Maka, jika putus asa. Berbaliklah kepada Tuhan. Dialah sebaik-baik perancang.
Jangan hilangkan usaha dan tawakal. Teruskan berusaha.
Kerana tiada usaha yang sia-sia.
Aku sedikit terganggu dengan mereka yang jaguh berbicara tentang Pengajian Tinggi.
Tapi tidak memberitahu latar belakang peritnya sebuah Pengajian Tinggi.
"Universiti ini gah! Universiti ini mengeluarkan graduat yang mantap! Universiti ini ranking nombor.."
Bla.. Bla.. Bla.. Bla..
Semuanya keseronokan. Alhamdulillah kepada sesiapa yang menyedarkan.
Tiada satu orang pun ceritakan tentang keperitan.
Peritnya kerja part time untuk cari side income.
Peritnya tidak tidur malam sebab menyiapkan tugasan.
Peritnya diri sebab ditendang kolej untuk menetap di luar.
Rumah sewa, duit makan, pengangkutan ke kelas.
Perit itu, perit ini.
Tiada orang cerita pun.
Bila aku sampai di sini. Barulah aku merasa. Ada baik, ada buruk.
Tapi aku tidak dapat rasa bagaimana dengan situasi yang bukan macam aku.
Aku survive pun sebab ada rezeki yang aku nikmati sekarang.
Kepada mereka yang berhempas pulas. Moga ada hasilnya di kemudian hari.
Insya-Allah.
Jadi, kepada adik-adik di luar sana. Minat? Jawapan aku masih 'entah'.
Sebab dulunya aku ingin menjadi Petroleum Engineer, Peguam, Pilot, etc.
Semua gah di atas kertas.
Tapi sakit bila dihimpit dunia nyata.
Aku belum cerita lagi pasal 'culture shock'.
Tapi.. Itu.. Aku rasa kamu boleh faham sendiri.
Berbaloikah menyambung ke Pengajian Tinggi?
Yang bercerita melalui pengalaman sendiri,
Aidil
Comments