11:50 p.m. ; Choi Yu Ree (최유리) - Wish (바람) "Good night. Sweet dreams. Kalau ada masalah dengan saya. Tolong bagitahu. Saya tidak marah juga. Maaf ganggu." Satu pesanan ditaip dan dihantar. Begitu juga untuk hari-hari yang seterusnya. Aku bertanya khabar dan sekiranya ada masa terluang pada malam tersebut. Bolehkah saya menelefonnya. Masih tidak dijawab. Sepi. *online* , *seen* , *seen Instagram* Status WhatsApp dikemaskini. Masih juga tidak dijawab. Aku menghembuskan nafas yang panjang. Masih mencari apakah jawapannya darinya. Anxiety menyerang di waktu pekat yang malam. Degupan jantung semakin kencang. Nafas tercungap. Air mata mengalir sedikit. Rasa bersalah kian menghimpit. "Kenapa lagi begini?" "Apa salah aku?, adakah kerana 2 hari lalu, satu perkataan ucapan di waktu malam / pagi membuatnya menjadi begini?" Tiada jawapan. Tiada ulasan. Cuba dihubungi tapi ditolak. Paparan *online* masih terlihat. Apa makna diri ini dikatakan sebagai kekasih. Tapi...
Mungkin dengan tulisan ini, aku dapat mengubahnya. Pengalaman, coretan dan perantauan merupakan kunci utama dalam penulisan ini.