Skip to main content

Membahagiakan, merumitkan malah menghancurkan.

  11:50 p.m. ; Choi Yu Ree (최유리) - Wish (바람)


"Good night. Sweet dreams. Kalau ada masalah dengan saya. Tolong bagitahu. Saya tidak marah juga. Maaf ganggu."


Satu pesanan ditaip dan dihantar. 


Begitu juga untuk hari-hari yang seterusnya. Aku bertanya khabar dan sekiranya ada masa terluang pada malam tersebut. Bolehkah saya menelefonnya.

Masih tidak dijawab. Sepi.

*online* , *seen* , *seen Instagram*

Status WhatsApp dikemaskini.

Masih juga tidak dijawab.


Aku menghembuskan nafas yang panjang. Masih mencari apakah jawapannya darinya. Anxiety menyerang di waktu pekat yang malam.

Degupan jantung semakin kencang. Nafas tercungap. Air mata mengalir sedikit.

Rasa bersalah kian menghimpit. 

"Kenapa lagi begini?" "Apa salah aku?, adakah kerana 2 hari lalu, satu perkataan ucapan di waktu malam / pagi membuatnya menjadi begini?" 

Tiada jawapan. Tiada ulasan. Cuba dihubungi tapi ditolak.

Paparan *online* masih terlihat.


Apa makna diri ini dikatakan sebagai kekasih. Tapi masih berdalih. Aku cuba bersangka baik. Mungkin sibuk dengan kerja.

Tapi masih tiada jawapan. Atau aku perlu terjun terus kepada konklusi?

Rasa sakit kian terasa.

Allah...

Sama. Rasanya sama ketika dahulu. Seperti ada satu tikaman tajam yang menyinggah ke dada ini.

Tidak sangka. Rasa ini wujud kembali. Kesakitan. Sakit yang tidak dapat diungkapkan oleh mereka yang sedang dibuai cinta.

Kecewa dengan diri sendiri. Sekali lagi. Tidak menyalahkan. Tapi biarlah ada jawapan.


Kalau tidak suka lagi. Katakan tidak. Kalau ada yang lain. Katakan ada. 

Tidak marah. Tiada herdikan. Hanya perlukan jawapan agar satu kata putus dapat menyelesaikan konflik yang ada.

"Tidakkah hensem kah aku?" , "Tidak cukup baik kah aku?" "Tidak cukup romantik kah aku?" "Adakah aku sangat merimaskan?" "Adakah aku gilakan perhatian?" "Adakah kerana aku tidak bad boy seperti lelaki di luar sana?"

1001 persoalan timbul berlegar di fikiran yang membuatkan kepala aku pening dan berpusing.

Aku menghembuskan nafas yang panjang. Tutup telefon. Menghidupkan enjin kereta.


Aku mengorak langkah ke 7 Eleven, Sejati Walk.

Bodoh aku ketika itu.

Bodohnya kerana ingin membeli sekotak rokok dan sebotol / setin arak.

Entah ke mana akal fikiran yang waras ini. Tiba-tiba ingin melakukan perkara bodoh sebegitu.

Jam menunjukkan 11 malam. Kedai tersebut tutup.


Pasrah dengan kekecewaan dan kesakitan ini. Aku bergerak ke Tembok Sandakan.

Merasakan tiupan-tiupan bayu laut malam sambil merenung panjang ke arah langit. Keseorangan.

"Tuhan, apa lagi ujian yang Engkau beri ni?", monolog diriku.


Setelah mengeluarkan air mata sepuas-puasnya. Bermundar-mandir macam orang gila.

Kembali ke rumah lalu terlelap tanpa sedar.

Terbangun. Solat Istikharah dilakukan. Tapi. Diri ini masih belum membuat keputusan yang konkrit.


Begitulah kekecewaan. Begitu kesakitan. Begitulah sebuah kebodohan yang ada pada diri aku.

Tempoh perkenalan yang tidaklah sia-sia bagi aku.

Tanpa kebahagiaan yang telah diberikan.

Tiada ukiran senyum di bawah bibir.


.......

.....

..


Perkenalan yang hanya dinoktahkan pada satu aplikasi dating. Yakni Tinder.

Satu aplikasi.. Dating. Hmm.. Kira bodoh juga la bagi aku. Minta maaf. Jangan terasa.

Maksud aku. Macam ni. Ter-install aplikasi tersebut pada tahun ini.

2018-2021 merupakan satu tempoh yang di mana diri ini tiba-tiba perlukan satu perubahan untuk mencari fasa yang baharu.

Bodoh bukan? Sudah sakit dahulu. Mahu try lagi.

Ianya bukan mahu try ataupun tidak.

Kebanyakan dari kita akan berkata; "Single saja la..." Bla.. Bla.. Bla..

Itu la. Ini la.


Tapi sebenarnya. Jauh dari lubuk hati kita. Kita mahukan satu hubungan yang di mana kita selesa dengan orang tersebut. Bukannya hanya sampai ke pelamin, tapi ke jannah.

Di mana hubungan tersebut tiada rahsia antara kita. Satu hubungan yang di mana, kita bergaduh tapi ada penyelesaiannya. Satu tempat di mana kita boleh meluahkan masalah kita dengan selesa.

Okey. Stop. Jangan cakap luah di sejadah la. Kawan la. Apa la.

Benda tu betul. Aku tidak nafikan.

Tapi fitrah kita sebagai manusia. Rasa inginkan kasih sayang tersebut.

Fahamkah?

Cinta yang sebetul-betulnya.


Aku pun tak tahu la siapa yang cadangkan untuk install benda tersebut. Aku tak ingat. Siapa kawan tu.

Tapi tidak apa. Melihat aplikasi dating ini.

Aku fikirkan aku akan menjadi 1 dalam 1001 kebarangkalian.

Menemukan cinta sejati. 

Apabila anda di sini. Soalan-soalan cliche' akan sentiasa berulang.

Nama, asal, kerja / study. Bodoh-bodoh la kan? Apabila satu conversation tergantung. Maka aku akan mengorak langkah dengan me-remove mereka. Masih juga tidak menjumpai. 

Apatah lagi kalau berada di Semenanjung.


Apabila pulang ke Sandakan. Barulah dapat yang sebenar-benarnya.

Nombor telefon bertukar. Aplikasi di-uninstall. Fokus kepada dia.

Tapi tidak disangka.

Akhirnya begini juga.

Apabila aku lihat kembali masa lalu. Membaca segala post yang pernah aku tulis.

Kecewaannya sama. Pattern ceritanya pun sama. Entah kenapa.


Aku tidak menyalahkan. Salah aku sebenarnya. Meletakkan harapan yang tinggi sehingga mengharapkan juga usaha kita dibalas kembali. 

Mungkin aku merimaskan. Mungkin aku tidak pandai memberi kata-kata.

Tempoh 3 bulan perkenalan yang bagi aku cukup bermakna.

Masing-masing ada masalah yang diluahkan tanpa sebarang rahsia.

Masing-masing menerima kekurangan yang ada.

Latar belakang yang sudah diketahui di antara keduanya yang seperti mana kami sudah lama mengenali.


Tapi. Noktah. Peristiwa 2018 sekali lagi.


Entahlah kenapa. Aku tidak tahu kenapa. Sampai sekarang aku masih tidak faham. Kenapa semuanya tergantung.

Padahal. Pada hari itu, sikit sahaja lagi. Kena berjumpa dengan mama.

Kalau terjumpa. Aku mahu jawab apa haa?

"Ma, break sudah aku sama dia."

Begitu?

Gila.


Sakit aku. Aku tidak kisah. Tapi ibu? Aku mahu jawab apa. Apabila satu pesanan WhatsApp yang aku hantar kepada mama tentang keberadaannya.

Boleh nampak. Beliau gembira sebenarnya.

Yalah.. Mungkin. Tak pernah dia nampak anaknya tiba-tiba mahu kenalkan kepada seseorang. Konon bakal.

Itu yang membuatkan dia gembira.

Tapi tulah. Tergantung lagi.

Mahu upah kawan perempuan aku datang rumah. Pura-pura jadi girlfriend. And then cakap; sudah putus.

Silap-silap mama yang kecewa. Aku buntuh gila. Serabut.


Merumitkanlah hubungan ni. Rumit.. Rumit.. Tapi masih juga terjun dalam kebarangkalian yang tidak ada ketentuan.

Bodoh ka? Cuba komen dulu. Cakap aku ni bodoh. Ai...

Aku tidak tahu mana silap aku. Bayangkan kalau aku kenal dalam tempoh 3 tahun.

Tiba-tiba begini.

Ya Allah.. Allah..

Entahlah. Silap-silap. Ai.. Entahlah.


Cukuplah air mata ni. Ai..

Sudahlah aku sediakan list;

- Belikan bunga for first date; tapi tidak sempat beli sebab planning last minit. Kedai pun tutup.

But for me. That night, thanks :). I will remember that. 24 September.


Aku sebenarnya mahukan satu formal date yang di mana kita makan dinner bersama di Balin Rooftop.

Tapi last minute plan. Dating dalam kereta sajalah sambil makan McD, bercerita, meluah masalah masing-masing.

It's okay.

Tak pernah lagi aku rasa bunga mekar di hati macam tu. Jujur cakap :).


- Mahu belikan bracelet yang diletakkan dua abjad nama kita berdua. Terpaksa cancel Shopee. Sorry for that.

And and few bucket list yang tidak dapat dilaksanakan sebab sekarang.


Ai..

Bila aku tengok balik. Inikah balasan aku sebab tidak jaga amalan.

Ai..

Al-Mathurat, bacaan Yassin, Al-Mulk, Tahajud, solat sunat sebelum Subuh, puasa sunat.

Yalah. Di Tg. Malim ada sahabat yang selalu mengingatkan. Aku di sini. K-Drama, Anime, lagha-lagha semua.

Solat tu. Tidaklah tinggal. Perkara yang lain tu.

Allah..

Ai..

Mungkin juga sebab pernah terberi pengharapan tanpa sengaja. Memberi kekecewaan kepada mereka tanpa aku sedari. Kalau ada, minta maaf. 


Kau tengok.. Ai... Serabut sudah tulisanku ni.


Tapi malam untuk menunggu jawapan dan begitu juga untuk hari yang seterusnya. Juga masih menunggu jawapan. Memang buat aku tidak tentu arah.

Mahu katakan aku gila. Teruskanlah katakan gila.

Cuma. Bagilah jawapan yang sebenar-benarnya. Jangan buat orang tertanya-tanya.


Mungkin aku tidak hensem kah, Tidak sesuai kah. Ada lelaki lagi hensem kah. Bergaya kah. Alim kah.

Bagitahu sajalah. 

Supaya perpisahan ini; dapat menjadi satu kesimpulan yang baik. Tanpa perlu ada persengketaan.

Takut juga kan. Nanti tiba-tiba la pula, saling menyalahkan;

"Kau tahu dia tu, budu tu. Bikin panas. Sudah bidak. Temberang lagi."

"Jangan kau kenal dia ni. Playgirl / playboy tu."

"Annonying tu. Bikin panas. Kebudak-budakan."

"Temberang dia tu. Acah-acah", dan seumpamanya.


Ai... Maaf. Sorry atas segala kekurangan terhadap diri ini.

Ndak cukup mungkin aku study K-Drama untuk menjadi seorang lelaki yang sweet.

Mahu jadi begitu pun. Bukan senang. Banyak benda lagi aku kejar.

Keluarga, duit, investment, financial, adik-beradik aku, nenek aku, kerja, FYP, kuliah.

Mahu fokus pasangan 100%. Memang tidaklah.

Maaf sekali lagi.


Ai...

Entahlah.

S*al. Aku mahu tamatkan tulisan ni.


Akhirnya kata daripada aku;

Siapa-siapa yang sudah lama dalam perhubungan. Please.. Kekalkan. Bahagiakan. Usahakan.

Yang bertunang, yang sudah berhubungan 3-5 tahun, yang sudah jumpa parents. Telah direstu.

Please.. Kekalkan. Ada konflik. Bincang baik-baik. Ada masalah kewangan, planning baik-baik.

Kumpul duit sama-sama. Semoga hingga ke jannah.

Jangan hadirkan sesebuah kekecewaan.


Jangan percaya aplikasi dating. Jujur aku cakap. Bukan apa. Kira saja Matematiknya. Kira saja kebarangkaliannya.

8 lelaki dapat cinta melalui sebuah aplikasi dating. Dalam aplikasi tersebut ada 100000 perempuan.

8 / 100000. Kebarangkaliannya 1 / 12500.

Bolehkah? Agak-agak boleh ka?

Dengan lelaki dan perempuannya yang tiada kepastian.

Aku cakap melalui pemerhatian sahaja. Tapi kalau dapat jodoh juga di sana. Insya-Allah. Buat yang terbaik.


Kepada sahabat yang wish selamat kepada aku. Aku minta maaf. Sampai sini saja. Sorry. Aku tidak tahu. Buntuh. Maaf.

Tidak juga aku letakkan pengharapan yang tinggi. Lagi-lagi ustaz Adam (bukan nama sebenarnya).

Sorry, Dam. Ndak dapat aku teruskan. Terima kasih atas nasihat hari itu.

Aku rasa Tuhan mahu kita sama-sama lagi untuk mengaji kitab bersama Ustaz Azehar, Ustaz Anas di Tg. Malim.


Kepada mereka yang chat di WhatsApp. Video call. Call. Sorry la kalau tidak dijawab. Tiada mood aku.

Sekarang Alhamdulillah. Okey sudah sikit. Kamu steady saja. Move on juga tidak lama nanti. Si Aidil bah ni.

Rileks.


Hmm.. Kepada hmm. Macam mana haa. If you reading this. Terpulang la mahu terasa atau tidak.

Thanks for the love you gave to me. I don't know la.. Sorry. Kenapa tiba-tiba ter-English pula ni.

Thanks for the love you gave it to me. Really appreciate all the moments that we had together. Walaupun 3 bulan sahaja. Tapi. Ia meninggalkan kebahagiaan juga.

Jangan rasa bersalah. Jangan rasa down. Aku okey sudah. Salah aku sebenarnya.

Ada silap. Cuma aku saja mungkin tidak ambil pengajaran. Atau lambat tahu. Sampai kamu tidak mahu reply.

Segala makan minum. Saya halalkan. Jangan terasa hati. Anggap sebagai satu sedekah.

Halalkan juga segala makan minum yang anda beri kepada saya.

Anggaplah perpisahan ini ibrah yang kita ambil untuk perhubungan seterusnya. 

Hmm.. Baik-baik sahaja. Good luck for your future. Jangan stress. Life diploma / degree memang macam tu.

Jangan tinggal solat, jaga hubungan dengan ibu bapa, ada tenaga dan talent lebih. Berbaktilah kepada masyarakat.

Sama.. Bukan menghalau haa. Please jangan datang kembali :) .


Anak-anak murid Sir yang terbaca benda ni. Blah kamu dari sini. Fokus SPM tu.


Begitulah kehidupan.


Yang ikhlas,

Aidil

Comments

Anonymous said…
steady bren.. ok juga tu.
Anonymous said…
stay strong Aidil . percayalah, perancangan Allah hebat.
Narator Jalanan said…
Thanks anon :). Tengah strong juga ni. Hehe. Steady syak. Insya-Allah, semoga kita dipertemukan dengan orang-orang yang baik.
Anonymous said…
the best will come :)
Anonymous said…
the best will come
Narator Jalanan said…
Insya-Allah. Thanks anon. Tengah datang la ni :) .

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekarang, t

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Kalau benda ni tak jadi. K

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . .

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t