| David Bayu - Manusia (np); Di bilik sendiri ; Sandakan; 3.00 p.m. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi. Fuhhhhhh *tiup blog yang sudah betul-betul berhabuk* Lamakan? Lama sangat.. Masih ingat akukah? Si penulis rawak tanpa hala tuju. Yang jalan tanpa sebab, tanpa dirancang, tanpa hala tuju. Yang suka onar ke sana ke sini sedangkan hatinya tengah menyembuh. Atau istilahnya aku selalu panggil #Langgar. Kehidupan 2024? Apa yang istimewa? Apa yang menarik? Apa yang membuatku tersenyum? Apa dan apa. Sebenarnya kan.. Aku malas mahu menulis ni. Tapi yalah setiap 31 Disember. Memang dalam ingatanku benda ni berulang-ulang. "Update blog Dil.. Update blog.. Acara tahunan mu ni. Come on" dan ya.. Itulah self-talk yang selalu bermain dalam 2 3 hari ini. Mahu ndak mahu yalah. Aku teruskan. Macam biasa. Aku akan bercerita secara bersahaja dan spontan. Apa yang ada dalam kepala aku ni la. Aku terus. Tanpa plot, tanpa pertengahan, tanpa penghujung. ...
Mungkin dengan tulisan ini, aku dapat mengubahnya. Pengalaman, coretan dan perantauan merupakan kunci utama dalam penulisan ini.