Skip to main content

2024; Penulisanku acara tahunan; Tahun yang serabut dan menyakitkan tapi ada pula membahagiakan.

David Bayu - Manusia (np); Di bilik sendiri ; Sandakan; 3.00 p.m.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi. Fuhhhhhh *tiup blog yang sudah betul-betul berhabuk*


Lamakan? Lama sangat.. Masih ingat akukah? Si penulis rawak tanpa hala tuju. Yang jalan tanpa sebab, tanpa dirancang, tanpa hala tuju. Yang suka onar ke sana ke sini sedangkan hatinya tengah menyembuh. Atau istilahnya aku selalu panggil #Langgar.


Kehidupan 2024? Apa yang istimewa? Apa yang menarik? Apa yang membuatku tersenyum? Apa dan apa. Sebenarnya kan.. Aku malas mahu menulis ni. Tapi yalah setiap 31 Disember. Memang dalam ingatanku benda ni berulang-ulang.


"Update blog Dil.. Update blog.. Acara tahunan mu ni. Come on" dan ya.. Itulah self-talk yang selalu bermain dalam 2 3 hari ini. Mahu ndak mahu yalah. Aku teruskan.


Macam biasa. Aku akan bercerita secara bersahaja dan spontan. Apa yang ada dalam kepala aku ni la. Aku terus. Tanpa plot, tanpa pertengahan, tanpa penghujung. Itulah cara aku. Haha.


So, kita tengok balik azam kita 2023. Link: https://naratorjalanan.blogspot.com/2023/12/coretan-turun-naik-2023-semuanya.html

Boleh tengok pautan ini. Untuk baca story aku secara keseluruhan bagi penulisan tersebut.


"Okay.. Azam tahunnnnn 2024;


1. Fokus untuk mendidik 100%. Pegang kandungan kurikulum dengan cemerlang. Dan buat sehabis baik bila kerja. Jangan buat ala kadar. Semuanya untuk anak-anak muridku.


2. Dapat meluangkan masa dengan keluarga dan kekasih dengan lebih lama.


3. Hadiri majlis ilmu dengan lebih kerap. Lagi-lagi Maghrib - Isyak. Insya-Allah.


4. Memandangkan tahun ini jarang aku travel disebabkan masalah kerja, masa dan sedikit bocor dalam kewangan. Insya-Allah aku akan terokai lagi bumi Tuhan ni. Jadi yeah. Negeri-negeri yang belum aku pergi. Sarawak, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Kau tunggu aku datang. Hehe.


5. Switzeland? Hmm.. Aku azam sajalah ya. Untuk part bajet tu ada. Tapi tulah. Kadang-kadang putus juga kalau sudah banyak benda mahu dibayar tu. Wkwkwkwkw. Tapi insya-Allah. Azam jugalah ya.


6. Doakan juga untuk perjalanan umrah. Insya-Allah dengan mama kalau ada rezeki. Ini apa yang dikatakan sahaja ya. Begitu juga dengan negara Korea. 


7. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kalau ada ujian yang menimpah kepada diri saya. Semoga ujian tersebut meningkatkan taqwaku kepada Allah s.w.t.


8. Menjadi lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.


So, tidak juga banyak dicoretkan pada 2023 ni. Sebab masuk umur 23 ke atas daripada pandangan aku. Umur-umur kita ni dah masuk fasa mematangkan. Fasa di mana fokus utama kita ada KERJA. Hustling untuk membanggakan ibu bapa dan diri sendiri. Kurang dah dengan drama. "


Nombor 1? Jadi? Alhamdulillah silibus habis. Ajar pun habis. Tapi untuk habis baik tu.. Hmm.. Aku rasa tidak. Kenapa tidak? Bila masuk perkhidmatan pendidikan ni. Aku jarang betul mengajar 100%. Banyak kerja hakiki aku di luar skop. Aku pun kadang hairan kenapa pendidikan di Malaysia.


Kejap kursus. Kejab keluar ada taklimat. Kejap pergi bengkel. Pening kepala kita. Acara tahunan MSSD bola sepak. Mahu 1 minggu aku tiada di sekolah untuk keluar jaga budak-budak di luar. Ada bengkel / taklimat. Confirm.. Memang tiada di sekolah. Aku kadang kesian dengan anak murid. Yang merangkumi 5 kelas. Kadang ada, kadang tiada. Aku cuba juga sehabis baik untuk cover kelas mana yang tertinggal.


Tapi kalau ada benda yang tidak dapat dielakkan. Ya. Memang parah. Syukurlah. Habis silibus juga. Cuma tahun depan. Aku sakit sikit. Aku jaga budak SPM. So? Ertinya tahun 2025 merupakan benchmark pertama aku untuk aku nampakkan KPI dan proses aku sebagai seorang guru baharu ni macam mana. Passion in Physics tu memang passion la. Tapi mahu ubah dorang untuk 100% pergi A. Aku rasa agak mustahil.


Orang cakap tiada yang mustahil. Tapi aku guru mereka. Aku tahu kemampuan mereka. Doakan jaklah kalau aku dapat 100% semua A bagi subjek Fizik. Alhamdulillah. Itu atas izin Allah s.w.t. Aku dah usaha.


Nombor #2. Hmmm..

Dengan keluarga. Ya.

Dengan kekasih. Tidak.

Kenapa? Sebab.. LDR... Long distance relationship. Untuk keluarga. Aku sentiasa luang masa dengan keluarga aku. Mana tak naik berat badan ni. Haha. Kerja pun masih di sini. Memang balik kerja tu, nampak juga dorang tapi bila masa aku sibuk, haa.. Dekat situ yang mereka ndak nampak muka aku. Kejap keluar 1 minggu menjaga SPM. Kejap ke travel ke sana bila cuti.

Kekasih? Last jumpa pun entah bulan berapa. Tapi yalah... Jarang sangat. Dia lagi makin jauh belajar. Makinlah tiada masa. Mampu berkomunikasi dari jauh sahaja kami.


Nombor 3#. Hmm. Makin teruk. Langsung macam tiada masa. Aku balik rumah. Aku rasa penat. Aku terus malas nak keluar bila dah di rumah. Solat pun di rumah. Tak macam di Tanjung Malim dulu. Rumah depan masjid sahaja. 5 waktu solat berjemaah terjaga. Di antara waktu Maghrib - Isyak merupakan satu masa yang selalu aku akan tunggu sebab ketenangan beriktikaf di masjid sambil mendengar takzirah tu cuma Allah saja tahu ketenangan dia macam mana.


Entahlah bila sudah dewasa dan fasa kerja ni. Asyik penat je. Asyik nak tidur. Asyik nak santai. Penat nak menghadap kerja yang lebih. Itulah yang membuatkan azam Nombor 3# ni tidak mencapai standard untuk tahun ini.


"4. Memandangkan tahun ini jarang aku travel disebabkan masalah kerja, masa dan sedikit bocor dalam kewangan. Insya-Allah aku akan terokai lagi bumi Tuhan ni. Jadi yeah. Negeri-negeri yang belum aku pergi. Sarawak, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Kau tunggu aku datang. Hehe."


Nombor 4#.. Hehe. Alhamdulillah. Ada satu tercapai. Yakni negeri Sarawak. Aku ke Kuching, Sarawak masa cuti Deepavali. Mahu ndak mahu. #Langgar jak. Duit boleh kembali. Muda, masa dan pengalaman, tidak. Jadi pun pergi. Untuk Kedah.. Aku sebenarnya dah pergi.. Haha. Dulu. Masa trip ke Langkawi. So sekarang ada 3 negeri belum tercapai.


Terengganu, Kelantan dan Perlis.


Lepas je 3 ni. Memang aku try ke luar negara pula. Aku hold international level sebab aku mesti selesaikan dulu 3 task ni.


Nombor 5#. Macam kabur-kabur dah aku rasa trip ke Switzerland ni. Semenjak jadi dewasa. Aku rasa aku lebih kepada komitmen daripada kehendak. Mahu tak mahu. Aku rasa.. Trip ni tiada azam dan tiada harapan. Ndak palah. Cantik lagi syurga. Kalau ada, ada la. Kalau tiada mahu buat macamkan? Dah kerja hakiki aku mendidik anak bangsa.


Nombor 6#. Insya-Allah untuk umrah. Untuk setiap tahun aku azam. Sebab yalah.. Aku rasa tempat ibadah dan tanah suci ni satu keperluan untuk mencapai keperluan rohani aku. 


Azam nombor 7#. Sebenarnya Alhamdulillah untuk tahun 2024 ni. Semua urusan aku sentiasa dipermudahkan. Cuma bila serabut tu kalau terlupa untuk bersyukur. Ujian pertama jadi penyelaras program 1M1S di sekolah. Satu keserabutan aku paling ketara bila masuk posting pertama kali tapi sudah diamanahkan untuk handle program.


Kebiasaannya untuk tahun pertama aku akan memerhati dan belajar sahaja. Masuk tahun kedua baru aku berani sahur cabaran. Benda-benda sebegini adalah proses pembelajaran. Aku jenis tak boleh jump satu task tu kalau tidak mula dari bawah. Namun pada hari itu, mahu tak mahu aku kena teruskan. Banyakkan bertanya.


Alhamdulillah. Banyak juga keserabutan selepas itu tapi tanpa disangka. Masih hidup. Masih dapat teruskan proses kehidupan ini. Kadang aku lupa. Semua ini atas izin Allah s.w.t. Kadang rasa bersalah kerana selalu terlupa untuk bersyukur. 


Azam yang terakhir 8#. Lebih baik dari sebelumnya? Aku rasa tak. Makin serabut. Makin sakit kehidupan ini. Tapi aku siapalah kan. Aku lelaki kot. Mampu mengeluh je. Tapi yalah. Kehidupan. Kena teruskan. Tempat rehat sebenar. Akhirat.


Tahun 2024 ni jugalah banyak benda aku belajar dan berlaku. Aku fikirkan sakit hati ni takde dah bila bab bercinta. Tapi rupanya masih ada lagi. Ya.. Memang aku ada kerja. Memang aku ada gaji. Tapi itu cumalah benda yang membuatkan aku survive sahaja. Tak tahulah sama ada aku hilang arah dan kurang taqwa. Benda tu aku rasa.


Aku cuma survive dan teruskan hidup sahaja. Ada masa berhibur. Aku hiburkan diri ku la. Jalan satu orang, tengok wayang satu orang, travel pun satu orang. Haha. Tapi jangan risaulah. Aku okay jak. Belum tahap sampai depression dan nak bunuh diri pun. Stress tu je memanjang. Doakan je la supaya aku tak kena darah tinggi. Hahahahaha.


Kerja  cikgu ni.. Ya. Aku kena hadap sampailah aku pencen. Tahun 2059. Hahahaha. Harap masih panjang umur. Cuma aku ni kan jenis yang tak suka benda yang berulang. Aku sentiasa nak cari benda baru. Itulah sampai 5 sekolah aku praktikal dan jadi guru ganti. Aku sentiasa mendapat pengalaman baru.


Untuk rutin sekarang. Aku nampak. Rutin aku berulang. Bangun - kerja - mengajar - balik kerja. Inilah aku ulang sampai tarikh cuti yang aku selalu tengok kat kalendar tu datang. Hahahahah. Jadi aku sebenarnya ada hasrat juga untuk mohon pindah. Aku pindah bukan bermaksud aku tak suka sekolah ni. Aku suka je. Tapi pengalaman baru aku. Stuck di sini sahaja. Bayangkanlah pattern aku hidup dulu.


Sekolah rendah - Sandakan

Sekolah menengah - Kota Kinabalu

Matrikulasi - Labuan

Degree - Tanjung Malim, Perak

Praktikal 1, PPG - SMK Perempuan

Praktikal 2, PPG - SMK Taman Fajar

Latihan Mengajar 1 - SMK Merpati

Latihan Mengajar 2 - SMK Sandakan II

Guru ganti - SM St. Mary

Lantikan tetap - SMK Segaliud


So? Nampak macam mana kehidupan sebelum ni. Aku sentiasa dapat pengalaman baru. Tulah aku berhasrat untuk mohon pindah pergi daerah lain pula. Asyik-asyik Sandakan. Nak juga posting kat Sarawak ke? Haha.


Bukan tak bersyukur. Posting dekat. Rumah dekat. Inilah diriku.


So.. Nak tanya lagi ke? Haha. Aku dah tak tahu nak tulis apa dah. Dah start stuck-stuck dah berfikir panjang.


Yalah. Kita proceed la ya.


Untuk 2024. Ada azam yang dah tercapai. Ada azam belum tercapai lagi. Aku bersyukur. Alhamdulillah. Masih hidup. Haha.


Ada benda aku nak cerita kat sini. Berkaitan apa yang berlaku kat aku tahun 2024 ni. Tapi.. I'm not ready yet. I'm sorry. Cukuplah aku simpan seorang. If you read this. Maybe you know who you are :) .


Okay proceed la ya. Penutup. Azam tahun 2025.


1. Aku harap aku temu kebahagiaan aku.


2. Aku harap urusan aku dipermudahkan sentiasa.


3. Terus hidup.


Semoga dipermudahkan tahun 2025 :)


Yang menulis,

Narator Jalanan (Aidil)



Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...