| The Lumineers - Ophelia (np); Di bilik sendiri ; Sandakan; 8.03 p.m.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi. Fuhhh *tiup blog yang sudah betul-betul berhabuk*
Acara tahunan. Penulisan tahunan yang kian dilupakan tapi ia merupakan acara wajib blog ini setiap tahun agar si Narator Jalanan ini tidak dilupakan. Masih ada bakat menulis mungkin. Kita cuba.
Jadi seperti biasa. Acara tahunan, merumuskan tahun yang berlaku pada 2023. Jadi, seperti biasa. Siapa yang ingin membaca rumusan tahun 2022 aku. Boleh baca pada link di bawah:
https://naratorjalanan.blogspot.com/2022/12/sakit-pada-fasa-permulaannya-mula.html
Jadi kita lihat balik azam-azam yang ada pada 2022 aku. Adakah tercapai? Atau hanya sekadar coretan kosong tanpa ikatan. Come on!
"Untuk azam, matlamat untuk tahun hadapan. 2023.
1. Tidak apa-apa yang menarik. Dapat cukup makan. Alhamdulillah. Dapat tengok mama, nenek, adik-beradik bahagia.
2. Luang lebih masa kepada keluarga.
3. Dapat posting untuk tahun hadapan. Kalau ndak pun. Tidak apa. Banyak lagi rezeki di luar sana. Kerja-kerja dulu. At least terkumpul juga duit kahwin. Mahu ganti balik duit lenyap masa healing tu dulu. Wkwkwkwkw. Yang penting jangan isap gam.
4. Konsisten jaga solat dengan baik.
5. Dapat tambah ilmu lagi-lagi berkaitan agama. Aku bila balik sini jarang sudah aku ber-talaqqi untuk majlis ilmu Maghrib - Isyak. Kalau Tanjung Malim, usah katalah. Bagus suasana persekitarannya di sana.
6. Insya-Allah. Switzerland. Doakan. "
Jadi, ini semuanya azam aku tahun lalu? Ada tercapai? Hmmm... Yang pertama, Alhamdulillah cukup makan. Kedua, betul juga terluang juga masa dengan keluarga. Banyak kenduri, banyak jemputan, banyak juga jadi imam bidan terjun, emcee bidan terjun, iring imam masa kenduri. Haha. Dan ya, tercapai.
Ketiga? Ya, Alhamdulillah. Aku dah posting secara official sebagai guru, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Untuk makluman kamu, apa yang saya tunjukkan masa di sekolah SM St. Mary itu hanyalah sebagai guru ganti MyStep sahaja tapi beban kerjanya tetap sama. Cuti sama. Cuma itulah. Ada kurang sikit dari segi gaji. Tapi tidak apa, Alhamdulillah.
Okay. Yang keempat? Kita tengok. Hmm... Kecewa sedikit. Kadang-kadang ada tertinggal. Terpaksa qada. Aku betul-betul minta maaf untuk perkara ini. Astaghfirullahalazim. Tiada tolakan seperti rakan-rakan aku yang berada di Tanjong Malim dulu. Tapi sentiasa jagalah. Jaga maksudnya apa? Tidak ditinggalkan. Kalau cerita bab solat ni, panjang.. Cuma penjagaan solat ni betul-betul rapi bila aku naik ke tingkatan 4. Ada juga bertalaqqi dekat beberapa insan dan ustaz. Bahawa solat-solat yang tertinggal terdahulu pun perlu diqadakan. Ada beberapa pendapat menyatakan tidak perlu, cukup sekadar Solat Taubat. Saya tidak tahu tentang itu. Tapi saya masih berpegang kepada qada solat terdahulu. Sampailah sekarang saya jaga. Terima kasih kepada mereka. Ustaz, sahabat.
Kelima? Hmm.. Allah... Jaranglah. Sungguh. Hidup aku untuk tahun ini penuh dengan KERJA. Kerja ni ibadah juga. Cuma... Kuranglah aku menghadiri majlis ilmu lagi-lagi bila waktu Maghrib - Isyak di masjid. Mahu kata tiada tu tidaklah. Tapi kurang. Tidak sekonsisten di mana aku berada di Tanjung Malim. Ataupun bila aku perhatikan balik. Masa aku menjadi seorang pelajar. Aku ada satu nikmat iaitu MASA. Ya. Bila kehidupan dewasa kini. Masa tu kurang. Ada masa pun untuk aku berehat sahaja.
Keenam. Hahahaha. Jangan cakaplah. Mimpi. Tapi insya-Allah dalam masa terdekat. Sebab ada manis-manis sudahkan tahun depan. Boleh boost investment. Insya-Allah. Aku cubalah Switzerland ni tahun depan. Insya-Allah.
Okay.. Jom. Berbalik kepada 2023? Aku tidak buat secara interval la ya. Aku rumuskan. Apa yang best. Apa yang kurang. Apa yang membahagiakan. Apa yang menyakitkan. Apa yang yang seterusnyalah. Okay.
Okay... Yang membahagiakan tahun ni? Apa? Entahlah. Haha. Okay.. Okay.. Untuk tahun ini yang bahagia bagi aku adalah aku mendapat pengecualian PTPTN. Memandangkan tahun lalu aku bergraduasi, memohon untuk pengecualian tersebut dengan berbekalkan keputusan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah. Aku tidak berhutang apa-apa.
Kedua, Alhamdulillah. Tidak juga menunggu lama disebabkan rezeki aku yang lama di Pusat Tuisyen Cerdik Minda dan SM St. Mary. Dengan izin Allah. Aku mendapat tawaran lantikan tetap menjadi guru sekolah.
Alhamdulillah. Masih juga di daerah aku membesar iaitu Sandakan. Di SMK Segaliud. Cuma jarak dari rumah aku sajalah mengambil masa 1 jam. Tidak apa, pengalaman baru yang akan aku hadapi pada 2/1/2024 nanti nilah. Ulang alik jak pun. Apa susah.
Selepas mendapat sekolah baharu ini. Secara jujurnya aku rindu terhadap SM St. Mary Sandakan kerana suasana dah dirasa selama separuh tahun. Jadi banyak benda sudah aku belajar. Tengok. Perhati. Belajar mana yang patut. Bila duduk di situ. Realitinya aku dah tahu. Yang guru di Malaysia bukannya 100% mengajar. Ada perkara lain yang mereka buat. Kerja pengkeranian, RPH, RPT, meeting Panitia, meeting itu ini, tukang bakar ikan. garis padang, e-operasi, e itu e ini, MACAM-MACAM. Memang tidak menang tangan untuk handle semua. Tapi aku yakin, dengan semangat dan keikhlasan untuk mendidik anak bangsa itu lebih besar daripada benda-benda tadi tu.
Sebab tu. Ada senior aku pesan. Praktikal tu 5% sahaja. Jadi niatkan kerja itu sebagai ibadah
Alah bisa, tegal biasa. Niatkan kerja sebagai ibadah.
Okay.. Ada lagi membahagiakan. Sambut birthday with my kesayangan, Nor Farah Ain. Yang masih lagi berkekalan dari 2022 walaupun rasanya dah break untuk kali ke-19. Tapi yalah ujian. Dapat juga tengok muka dia depan-depan. Sambut juga birthday sama-sama. Haa.. Penat ni drive jauh dari Sandakan ke Kota Kinabalu satu orang untuk dia. Haaa.
Okay... Yang kurang? Menyedihkan? Hmm.. I don't know. Macam tiada. Tapi kita adakannya.
Okay..
Bergaduh dalam hubungan tu ada la. Sakit hati. Serabut ada. Banyak perkara yang tidak dapat juga aku tuliskan semuanya. Tapi dari perspektif seorang lelaki. Rasa-rasanya ramai jak lelaki faham bila ada kecacat celah bila bergaduh dengan pasangan mereka. Tapi tidaklah terus meninggalkan. Break pun kejap-kejap saja, lepastu getback. Banyak benda yang kurang tapi kita sebagai lelaki cuba hadam dan fahamlahkan. Dah nama pun perempuan. Faham-fahamlah. Sebab tu kuasa talak ada pada kita. Berbalik kepada EMOSI.
Kedua, inilah. Aku sedih dan rindu sebenarnya bila tinggalkan SM St. Mary. Jujur cakap. Dah sebati dah perangai murid-murid lelaki di sana. Nakal, jangan cakaplah. Kurang ajarnya pun ada juga. Yang meneruskan perjuangan pun ada. Yang dibelit masalah-masalah yang di luar kawalan aku pun ada. Sebenarnya murid-murid ni lah yang lebih memanusiakan aku daripada aku memanusiakan dorang. Panjang cerita sebenarnya. Masalah disiplin. Masalah kekeluargaan yang ada pada mereka. Kemiskinan. Ai.. Kesianlah. Kadang terfikir juga; di usia mereka remaja tidak patut dibelenggu dengan perkara-perkara tersebut.
Umur 13-17 tahun; kerja lepas sekolah. Patutkah? Tidak patut, tuan. Remaja ni. Biarlah. Dididik, dibiarkan bermain dan fokus utama mereka biarlah mereka belajar. Tapi macam aku cakap; ia di luar kawalan aku. Ada beberapa budak minta duit aku atau guru-guru lain setiap hari untuk tambang dia ke sekolah supaya dia dapat belajar. Kes ni bermula bila pihak kaunseling dapat kesan kenapa mereka tidak ke sekolah. Bila kami telefon ibu bapa, penjaga. Melakukan home visit. Barulah kami tahu, ada dalam kalangan mereka ini. Dibelit dengan masalah kemiskinan dan kewangan. Sehingga ada ibu di antara mereka-mereka ini menangis di depan kami dengan keadaan mereka yang sekarang.
Salah siapa? Sistem? Mereka? Ujian untuk kami para guru? Kementerian? Pemimpin? Tepuk dada. Tanyalah diri sendiri. Bertaqwalah kepada Allah.
Apa lagi ya yang sedih-sedih. Okay.. Ada juga. Iaitu kekurangan masa dengan rakan-rakan. Jarang dah melepak. Jarang dah berfutsal. Lagi-lagi sahabat yang sudah bekerjaya di luar daerah Sandakan. Tinggal la aku seorang di sini. Bukan tiada kawan di sini. Ada juga dari kalangan guru-guru, rakan-rakan kerja yang lain. Tapi yalah kalau mahu deep talk tu. Jauh lagilah. Kawan-kawan yang kenal dari darjah 1, tingkatan 1. Mereka lagi faham kita. Untuk rakan-rakan yang lain tu cukuplah untuk sekadar bercerita, bertukar pendapat dan main futsal.
Okay.. Rindu juga dengan murid-murid Pusat Tuisyen Cerdik Minda. Sebab tuisyen ni lah yang mula-mula aku bekerja selepas praktikal dari SMK Sandakan II. Rindu sebab ada certain kelas tu aku ajar lebih separuh tahun. Dari tahun 4 ke tahun 5. Tahun 6 ke tingkatan 1. Dari tingkatan 1 ke tingkatan 2. Kelas Fizik tingkatan 4. Sains tingkatan 2. Dan seumpamanya. Dorang-dorang ni lah jugalah ada yang mengenali gelaran G-Dragon aku. Hahahahahah. Adik kepada G-Dragon. Akulah tu. Deh.. Bagus dorang semua. Bergelak ketawa biar mengajar dengan mereka. Kalau di SM St. Mary lain sikit cara mengajar aku. Bermain tu kejap je. Yang lain semua tegas dan tegang je. Tak siap homework. Malas-malas, memang ada jugalah hambatan rotan tu sikit. Hehe. Didikan tu.
Untuk hubungan tahun ini. Masih juga dengan orang yang sama. Orang yang aku jumpa pada bulan 10 tahun 2022. You know who you are. Nor Farah Ain. I love you. Teruskan fokus yang di depan mata. Belajar. Habiskan mana yang patut. Semoga mendapat kerja yang baik pada masa akan datang. Banggakan keluarga. Insya-Allah. Saya sentiasa di sini. Tidak jugalah lari ke mana. Haha.
Okay... Last la aku rasa. Rumusan, pengakhiran, dan azam yang ingin aku capai pada tahun 2024.
Kah? Ada lagi mahu dicerita? Haha. Tiadalah. Kamu tambahlah komen untuk cerita dalam blog ni. Wkwkwkwkwkw.
Rumusan; Tiada juga apa-apa. Alhamdulillah untuk tahun 2023. Jangan lupa doakan saudara-saudara yang berada di Palestine sekarang. Tingkatkan taqwa. Perbaiki iman. Boikot selagi mampu boikot. Itu merupakan jihad kecil.
Yang di mana masih belajar sekarang. Teruskan perjuangan. Kalau SPM, SPM. Degree. Go for your Degree la. Bukan juga tidak perlu tengok ke masa depan. Tapi fokus yang di depan mata terlebih dahulu. Result yang baik akan membukakan jalan-jalan menuju ke kerjaya itu. U, S, A, H, A. Usaha itu penting. Taqwa itu penting. Allah yang izinkan.
Haaa. Apa lagi haa. Hmm.. Kepada kekasih saya, Nor Farah Ain. I love you. Kepada keluarga. Aku dah buat yang terbaik. Kalau ada yang kurang. Aku minta maaf. Ma.. Aku dah buat yang terbaik. Walaupun tidak dapat kerja di Petronas seperti yang aku diimpikan masa sekolah menengah dulu. Sampai sanggup jauh-jauh untuk temu duga masuk UTP konon sekali rupanya bukan di bawah tajaan. Rupanya baru tahu realiti menuju kerjaya ni bukan mudah. Tapi doa mama juga yang menjadikan aku sekarang. At least masih juga aku di sini. Melihat kamu semua. Melihat anak didik bangsa Sandakan ini untuk berjaya. Kepada sahabat, rakan guru yang lain. Terima kasih. Jom kita masuk tahun 2024 dengan azam dan matlamat yang baharu. Pekakkan je telinga bila orang cakap hari semua sama tu. Buatlah penulisan, jurnal. Barulah kita boleh memperbaharui dan memperbaiki diri.
Okay.. Azam tahunnnnn 2024;
1. Fokus untuk mendidik 100%. Pegang kandungan kurikulum dengan cemerlang. Dan buat sehabis baik bila kerja. Jangan buat ala kadar. Semuanya untuk anak-anak muridku.
2. Dapat meluangkan masa dengan keluarga dan kekasih dengan lebih lama.
3. Hadiri majlis ilmu dengan lebih kerap. Lagi-lagi Maghrib - Isyak. Insya-Allah.
4. Memandangkan tahun ini jarang aku travel disebabkan masalah kerja, masa dan sedikit bocor dalam kewangan. Insya-Allah aku akan terokai lagi bumi Tuhan ni. Jadi yeah. Negeri-negeri yang belum aku pergi. Sarawak, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Kau tunggu aku datang. Hehe.
5. Switzeland? Hmm.. Aku azam sajalah ya. Untuk part bajet tu ada. Tapi tulah. Kadang-kadang putus juga kalau sudah banyak benda mahu dibayar tu. Wkwkwkwkw. Tapi insya-Allah. Azam jugalah ya.
6. Doakan juga untuk perjalanan umrah. Insya-Allah dengan mama kalau ada rezeki. Ini apa yang dikatakan sahaja ya. Begitu juga dengan negara Korea.
7. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kalau ada ujian yang menimpah kepada diri saya. Semoga ujian tersebut meningkatkan taqwaku kepada Allah s.w.t.
8. Menjadi lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.
So, tidak juga banyak dicoretkan pada 2023 ni. Sebab masuk umur 23 ke atas daripada pandangan aku. Umur-umur kita ni dah masuk fasa mematangkan. Fasa di mana fokus utama kita ada KERJA. Hustling untuk membanggakan ibu bapa dan diri sendiri. Kurang dah dengan drama.
Memberontak pun jarang dah. Sebab tulah. Kita tidak lagi mahukan perkara yang memenatkan dan mensia-siakan. Daripada bergaduh, baik kau fokus diri kau kan? Haa gitu. Bab-bab berlaga tentang pendapat pun aku dah kurang-kurang dah. Dekat media sosial pun jarang-jarang dah aku meroyan. Kalau dulu, ada isu bangkit. Aku juga antara yang kuat menyalak.
Tapi sekarang ai.. Ada isu lagi-lagi berkaitan dengan artis. Memang tak dah aku ambil port. Daripada bising pasal dorang. Bagus kau fokus dengan periuk nasi kau sendiri. Haha.
Okaylah... Sampai sini sahaja. Kalau masih lagi bertanya mana part 3 Gunung Kinabalu aku? Nanti la ya. Ada masa aku tulis juga. Tapi tulah. Ai... Sikit-sikit je aku buat sekarang.
Semoga dipermudakan tahun 2024 :)
Yang menulis,
Narator Jalanan (Aidil)
Comments