Coldplay - Viva la Vida (np) ;
31/12/2022 || 10.57 p.m. || Bilik Sendiri (Sandakan, Sabah)
.
.
.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
*fuh... tiup blog yang sudah berhabuk*
Hi. Lama tidak jumpakan? Rindu dengan penulisan aku. Aidil si Narator Jalanan. Haha.
Aku minta maaflah sebab sibuk pula dengan kehidupan dunia ni.
Tidak sangka pula fasa dewasa sebegini. Kalau time student dulu. Pikir belajar saja.
Sekarang. Pikir itulah. Pikir inilah.
Jadi sebelum memulakan penulisan dan ucapan akhir tahun untuk tahun ini.
Aku sertakan link penulisan aku pada tahun lalu. 2021.
Penuh dengan drama. Penuh dengan kekecewaan. Tapi yalah. Begitulah fasa hidup.
Jadi, untuk penulisan hari ini aku tidaklah buat interval seperti penulisan-penulisan yang dulu.
Aku just bercerita secara santai dan bersahaja. Apa yang aku dapat pada tahun ini. Apa yang mengecewakan. Apa yang membahagiakan, mengembirakan dan seumpamanya.
Aku sekali lagi minta maaf untuk penulisan Gunung Kinabalu final part begitu juga dengan vlog Langkawi White Dragon untuk part kedua.
Aku betul-betul sibuk. Ingatkan nak sambung lepas Maghrib tadi. Tapi tidak disangka. Aku tumbang mat.. Sekarang baru terbangun and ada sedar-sedar sikit. Kah!
So? Apa yang mengecewakan untuk tahun ini, Aidil?
Hmm. Bagi aku. Banyak sebenarnya. Tapi yang agak memeritkan. Sekali lagi aku dikhianati oleh SEEKOR perempuan durjana, penipu besar, dan si manipulasi.
Untuk tahun lalu.. Ya.. Dicurang juga oleh si Syazielah. Tapi Syazielah tu yalah. Ghosting. Paling-paling dia kikis pun duit untuk Air Boba bangang dia tu. Dihantar pergi tempat kerja. Last-last pergi sama lelaki lain. Tapi bila aku kaji secara lebih mendalam. Rupanya dia tu memang playgirl. Yup, pengajaran untuk aku. Lagipun aku sudah move on.
Berpenyakit juga dia tu. Kalau bersama pun. Anak pula kena.
Tidak bhee.. Sorry-sorry.. Mulut kasar noh...
Okay.. Itu tahun lalu.
Berbalik untuk tahun ini. Rosmiah Myra Inabella binti Salleh Zulkarnain. Nama palsu.
Padahal nama sebenar Rosmiah binti Salleh.
Dia scam aku sebanyak RM1k+. Aku tak nak cerita secara terperinci sebab kalau aku tulis.
Memang perlukan masa 2/3 hari untuk siap. Tapi yalah.. Bila terlanjur sayang.
Kita yang pandai ni pun boleh jadi bodoh.
Aku pikirkan dialah sudah yang last aku boleh percaya, fahami, mendapat kesetiaan yang benar. Sekali lagi. Aku gagal dalam percintaan tersebut.
Tapi memang dia sial la. Jujur aku cakap. Cara dia manipulasi aku. Cara dia katakan padaku, seolah-olah akulah yang mendapat temannya hingga akhir hayat.
Tetapi apabila kaki ini berjejak ke semenanjung. Dia menghilang. Setelah disiasat. Di-stalk. Terjumpa Facebook. Terjumpa data dia dekat SMK Telupid.
Anak dajjal! Nama dia palsu, birthday dia, dia tipu, duit yang aku bankin rupanya semua ke adik-beradik dia. Bukan kawan dia. Dia gunakan satu nombor yang aku tidak ketahui langsung untuk memerangkap aku dengan modus operandi.
Bibi nama diguna. Dia katakan bahawa itu housemate dia. Bukan syeikh.. Bukan. Itu nombor yang lagi satu. Supaya aku mempercayai apa yang dikatakan oleh kawannya.
Setelah disiasat. Di-stalk secara mendalam. Satu Facebook abangnya aku temui. Aku terus menyatakan perkara sebenar. Secara tiba-tiba. Entah dari mana Instagram-nya muncul semulanya. Untuk tidak berkata-kata kepada abangnya.
Aku cuma perlukan duit aku balik. Hati yang dikoyak rabakkan ini bila aku sembuhkan sendiri.
Bait-bait kata cinta, menyambut birthday dia yang palsu belaka. Semuanya.. Semuanya.. Palsu.
Anak anjing!
Dalam masa 2-3 bulan. Aku move on juga. Walaupun duit tu tidak dapat-dapat. Biarlah. Hutanglah. Aku pun mahu kasi halal berpikir juga 2 3 kali.
Baru-baru ni kawan aku mengetahui bahawa dia tengah kerja di Llao Llao Sandakan. Mungkin sebab mahu lari dari aku. Yalah.. Aku cari dia di Gentingmas, tiada. Last aku jumpa dekat Karamel Almondo di Sejati Walk.
Tapi itu aku lihat dari jauh sahaja. Mahu saja aku lemparkan duit RM100 di kepalanya ketika itu lalu berkata; "Dasar pengemis! Penipu! Memang begini sajalah hidupmu. Ndak pandai mahu senang sebab tipu orang! Miskin la kau sampai mampus!"
Namun kelibat mama yang baru sahaja keluar dari Mr DIY memberhentikan tingkah laku yang aku bayangkan tadi. Dan siapalah aku menyatakan sedemikian.
Sedangkan rezeki yang pada ada aku sekarang pun semuanya atas izin daripada Allah s.w.t
Alhamdulillah. Move on. Duit tu. Pandai-pandai fikirlah ya Rosmiah Salleh. Jangan jadi bangang.
Dan.. Please.. Jangan buat lelaki begini. Aku mohonlah. Takut saja lelaki-lelaki yang baik di dunia ni jadi bangsat dan durjana gara-gara perangai macam kau ni.
Okay.. Selesai. Itu part mengecewakan.
Hidup aku seperti biasa sahaja untuk hari-hari yang lain sebelumnya. Study sikit. Aku praktikal lagi di SMK Sandakan II. Mengajar. Bercuti dengan duit aku sudah simpan dan kumpul hasil ikat perut, kerja part time, ada sedikit duit PTPTN yang tertinggal.
Alhamdulillah. Aku dapat mendaki Gunung Kinabalu, pergi ke Semporna untuk kedua kalinya (pernah pergi masa kecil tapi tidak ingat sudah, lagipun masa tu bukan island hopping, sekitar bandarnya sahaja), pergi Langkawi dengan kawan-kawan lama di MRSM dulu. Pergi hiking di Kabili. Alhamdulillah untuk segala nikmat pemberian.
Tapi yalah.. Aku mampu kongsikan sahaja. Kalau mahu cerita lebih detail. Boleh DM saja aku di Instagram. Tiada masalah. Setiap trip tersebut pasti ada ibrahnya.
Tapi berkaitan tu. Kita hold dulu ya. Insya-Allah aku cerita di hari lain. Panjang cerita bila bab ibrah dan pengajaran ni. Aku confirm gaya berceramah sudah kalau bab yang tu. Haha.
Membahagiakan untuk tahun ini. Aku ditemukan juga oleh seorang gadis yang cantik, setia, menawan. Setelah meng-healing pergi KK, Tanjung Aru, Kudat, Langkawi dan sebagainya. Mahu cerita panjang.
Nor Farah Ain. I love you. Thanks sebab masih stay dengan aku.
Walaupun.. Hahahaha. Kadang bergaduh. Kasi break sampai 5 kali. Alhamdulillah. Masih bertahan.
Please ya. Tunggu. Insya-Allah biy akan halalkan. Tengah kumpul-kumpul duit juga ni.
Untuk cerita lebih terperinci.. Ai.. Senang cerita. Telefon la okay.. Instagram.
Mula-mula konon-konon mahu sakitkan hati perempuan di dunia ni. Acah playboy. Aku mahu dorang rasakan apa yang pernah dirasa oleh aku, sakit bila dikhianati.
Tapi bila fikir balik. Apalah beza aku dengan dajjal kalau begitu. Janganlah.. Jangan.
Masih ada akal untuk berfikir mana baik, mana buruk. Masih diberi nikmat penglihatan, tangan, kaki. Manfaatkan. Manfaatkan. Jangan merosakkan seseorang. Nauzubillahiminzalik.
Moment paling best? Aku rasa bila aku jumpa kekasih aku. Sebab LDR. Baru 3 kali kami berjumpa.
Itupun sebab memang aku ada urusan di KK. For the first time met her. Nervous. Yup.. Tapi yalah.
Bahagia.
Kedua.. Convocation. Convocation. Peak untuk tahun ini la. Walaupun belum diserap menjadi guru yang tetap. Sebab UPSI kan bukan bawah IPG. Yang IPG ni di bawah KPM.
Tapi convocation tu.. Aku ndak boleh describe. The moment aku gerak masuk dewan semasa kami berarak tu.
"Allah... Alhamdulillah. Ndak sangkakan Dil. Ndak sangka. Empat tahun aku di Perak ni. Empat kau belajar macam orang gila. Berapa kali kata give up yang dikeluarkan. Berapa kali putus asa dengan groupmate assignment macam celaka. Walapun FYP bukanlah terbaik hanya mungkin ala kadar. Tapi langkah kita tu. Sifat tidak putus asa. Sifat meneruskan. Tengok.. Kau di sini sekarang."
Itulah monolog kecil dariku untuk diri sendiri. Serius ndak sangka. Bodoh-bodoh aku ni pun.. Aiii.. Dapat juga. Entahlah. Tapi ingat juga. Semua.. Atas izin daripada Allah. Alhamdulillah.
Begitu juga dengan doa ibu bapa, orang sekeliling, rakan-rakan seperjuangan, pensyarah yang turut membantu.
Tanpa dorang siapalah aku. Apalah segulung ijazah itu. Terima kasih. Terima kasih.
Jadi pengakhiranlah ya la. Mahu jam 12 sudah. Aku sudahi sampai di sini.
Untuk azam, matlamat untuk tahun hadapan. 2023.
1. Tidak apa-apa yang menarik. Dapat cukup makan. Alhamdulillah. Dapat tengok mama, nenek, adik-beradik bahagia.
2. Luang lebih masa kepada keluarga.
3. Dapat posting untuk tahun hadapan. Kalau ndak pun. Tidak apa. Banyak lagi rezeki di luar sana. Kerja-kerja dulu. At least terkumpul juga duit kahwin. Mahu ganti balik duit lenyap masa healing tu dulu. Wkwkwkwkw. Yang penting jangan isap gam.
4. Konsisten jaga solat dengan baik.
5. Dapat tambah ilmu lagi-lagi berkaitan agama. Aku bila balik sini jarang sudah aku ber-talaqqi untuk majlis ilmu Maghrib - Isyak. Kalau Tanjung Malim, usah katalah. Bagus suasana persekitarannya di sana.
6. Insya-Allah. Switzerland. Doakan.
Untuk tahun ini. Itu sahaja daripada aku. Kalau ada iklan-iklan lalu dalam blog ni. Klik-klik la ya. Setiap kali kamu klik iklan yang ada dalam blog aku. Ada 0.02$ - 0.05$ untuk aku. Terima kasih.
Semoga kita dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan. Ingatlah. Tauhid kepada Allah. Insya-Allah.
Banyak pengajaran. Terima kasih 2022.
Salam.
Yang menulis untuk kali terakhir pada tahun 2022,
Aidil :)
Comments