Skip to main content

Naik dan Turun; Sakit dan Bahagia 2021

Ao Haru Ride OST - Beautiful & Relaxing Anime Piano Soundtrack (np) ; 

31/12/2021 || 12.13 a.m. || Bilik Sendiri (Sandakan, Sabah)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Jadi, seperti biasalah. Menutup tirai setiap tahun dan juga antara acara wajib dalam blog ni.

Perkara yang kita rumuskan sepanjang tahun ini berjalan. 2021

...

..


Naik dan Turun; Sakit dan Bahagia 2021

Tahun ini merupakan tahun yang ada naik, ada turun, ada sakit, ada bahagia. 

...


Januari

Kita mulakan dari bulan Januari. Bulan yang biasa-biasa bagi aku. Tidur, makan, study, benda-benda biasa yang dilakukan oleh student. Yalah.. Maklumlah masa tu masih ODL di rumah. AND Tada.. Cuti semester. Untuk highlight bulan ni. Aku rasa masa aku accident di Prima tulah. 


Gara-gara aku tukar lane and then rupanya Myvi yang aku langgar tu dalam kawasan blindspot aku. Trauma jugalah sikit. Kereta masuk bengkel. Telinga kena bebel. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur. Cumanya kadang aku terfikir juga, amal aku ni banyak sudahkah untuk menjaminkah hidup aku di akhirat sana?

Allah.

Kadang kala bila fikir tentang akhirat ni, aku ndak boleh describe sebenarnya. Faham jugakan? Apa yang aku maksudkan.

Dosa, pahala. Syurga, neraka. Sekiranya tiba ajal kita. Semoga kita mati dalam keadaan yang beriman.



...

...

Februari

Di mana cuti semester bermula. Seperti biasalah. Makan, minum, tidur, pergi pasar, pergi masjid, pergi kenduri, main dengan kucing, main dengan arnab. Tiada apa-apa yang menarik. Main PS4 ja la di rumah sampai pengsan. Begitu sajalah rutin harian.


Kalau korang tertanya kenapa aku tak kerja part-time? Seperti biasalah. Tanggungjawab aku dengan keluarga. Lainlah kalau aku di Tg. Malim.


Oh ya... Hampir aku terlupa. Allah... Aku ada outreach la pulakan dengan NGO, K-MARHAENS. Aku letak post tu dalam Archived. So, tidak nampak.

Seperti yang aku hebahkan tentang poster agar sumbangan diberikan kepada yang memerlukan.

Bincang-bincang dengan si Wawan, pengerusi K-MARHAENS. Dapat lokasi yakni Kampung Tanah Hitam, Jalan Gereja, Bt. 9.

Program tersebut merupakan satu acara wajib dalam persatuan yang aku join ni. Jadi, pada cuti semester kali ini. Outreach pendidikan tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik. Outreach pendidikan pada tahun-tahun sebelumnya, kitaorang akan pergi satu sekolah dan mempromosikan tentang universiti kami.


Memandangkan outreach pendidikan ndak dapat. Haaa.. Di sinilah kami terpaksa melakukan outreach kebajikan.

Okay? Faham?

Sebab tu aku bekerjasama dengan K-MARHAENS. Banyak input yang aku dapat daripada mereka. Almaklumlah, Pengarah Program. Urus sana, urus situ. Faham-fahamlah.. Terima kasih kepada semua AJK yang memberi kerjasama yang sangat bagus.

Yang ndak kerja. Yang mahu dapat nama. Haaa. Isap gam la kamu.


Tapi hal-hal pengurusan sudah dilakukan pada bulan-bulan sebelumnya secara berkala.

Terima kasih kepada Suzana (bukan nama sebenar) sebab mengenalkan diri aku kepada kepada si Wawan.

Hasil kenalan dengan dia. Banyak sudah rakan-rakan NGO yang aku kenali di Sandakan seperti Pertubuhan Iman Nawawi, K-Mongers (dorang si Azrin), abang Eris dan rakan-rakan NGO yang lain.

....

...

.


Mac

Okay... Di sinilah start masuk semester 6. Cepat sia masa berlalu. Dan bulan yang aku suka untuk tahun-tahun sebelum dan seterusnya. Faham-fahamlah kan.. Birthday aku...

Pada awal bulan. Ada masalah di rumah yang aku tidak boleh ceritakan. Ada la...

Sebenarnya. Untuk semester 6. Kami masih ODL. 

Tiada notis pun dari universiti aku untuk balik ke kampus. Tiada face-to-face punya kelas. 

Tapi disebabkan aku ndak tahan gara-gara masalah yang berlaku. Aku tekad untuk bergerak sendiri ke Tg. Malim. Beli tiket sendiri.

Alasan yang aku buat semasa ingin mengambil kebenaran di balai polis pada hari itu adalah suasana pembelajaran tidak kondusif dan kerja Final Year Project.

Acah gilakan?

Habis saja minggu pertama kuliah semester 6, week 1. Aku pun gerak ke bumi semenanjung.


Alhamdulillah. Sampai juga ke semenanjung. Jadi, yang balik masa tu hanya kami 4 orang. Housemate rumah sewa aku la. Aku, Si Hitam, Si Tarbiah dengan si Attention.

1 semester ni. HAAAA. Di sinilah kami ber-ODL. Macam lari saja tulisan aku ni.

Padahal nak cerita pasal bulan Mac.

Okay..


Pada 17 Mac. Birthday aku.

Memandangkan aku di Tg. Malim masa tu. Aku sebenarnya 50-50 untuk sambut birthday secara solo.

Sebab kenapa? Sebab masa PKP 1.0 tu. Birthday aku. Haaa. Aku sambut satu orang.

Jadi tahun ni. Aku berfikir.. Hmm.. Ndakkanlah mahu sambut satu orang lagi.

Aku okay. Tapi.. Why not? Sambut saja la Dil dengan housemate. Si Hitam masa tu belum balik lagi pergi rumah.

Yang ada cuma Aku, Si Attention dengan si Tarbiah. Tapi si Attention masa tu ada kawan dia tumpang rumah. Jadi aku pun ajak sajalah sekali dengan dia.

Kami sambut secara sederhana saja. Aku belanja deme makan. Secret Recipe.


Dorang pun tertanya-tanya. Apa penyakit si Aidil ni datang tiba-tiba membawa pergi Secret Recipe.

Aku diam sajalah. Ndakkan mahu cakapkan. Aku suruh je dorang order apa-apa. Mahal tak mahal tu belakang cerita. Dorang masih juga tertanya-tanya.


Lepas dorang order.

Aku pun ke kaunter.

"Kak, hmmm.. Apa sedap haaa kek di sini?", soalku.

"Hmm. Bla.. Blaa. Bla..", jawab kakak tu. Dia suggest indulge apa benda. Entah.

Aku pun angguk-angguk je lah.

"Kak, hmmm. Tulis 'Happy Birthday Aidil' haa dekat kek tu."

"Okay.. Tulis atas kertas ni."

Aku pun menulis di atas kertas yang diberikan dan kembali semula ke meja.


Masing-masing makanan dah sampai.

Alhamdulillah.

Dan tiba-tiba kek menyusul.

Terpampang satu tulisan 'Happy birthday Aidil' atas kek tersebut.


"Lahhhhhh.. Birthday kau ke?! Asal tak bagitahu. Weh.. Rasa nak nangis la...", sahut Si Tarbiah, air mata dia berkaca. "Patut bawa ke sini."

"Happy birthday Dil, sorry-lah tak bagi apa-apa kat kau.", jelas Si Attention pula.

"Its okay. Dah-dah makan!", jawabku.

So, ini rumusannya.


Balik je dari dinner tersebut. Alhamdulillah. Gembira. Tersenyum. Masing-masing share cerita, share pendapat. Siap dorang mahu tahu betul berapa bil yang aku belanja dorang tu.

Apa benda la kan. Makan je lah. Mahu juga sibuk urusan duit ni. Haha.


Cuma.. Aku rasa bersalah dan sedih jugalah. Sebab.. Kalaulah aku ndak balik Tg. Malim kan.

Aku rasa. Aku dah sambut dengan family aku kat Sandakan.

Bila tengok balik. Last aku sambut birthday dengan dorang masa aku darjah 6.

Masuk saja sekolah asrama penuh. Dari form 1 - form 5. Ndak pernah pun aku sambut dengan dorang.


Masuk matrik. Lagilah. Tiada pun. Tambah lagi pergi semenanjung. Lagilah.

Dah kena PKP. Walaupun terkurung. Ada peluang dengan family.

Tapi ya..

Aku tekad pula balik ke Tg. Malim. Padahal seminggu lagi sebelum birthday aku.

Dari umur aku 13 hingga 22. Ndak pernah pun sambut dengan dorang. Itu sajalah rasa bersalah aku.

Tapi ndak pa lah. Insya-Allah tahun depan :).


Mahu juga rasanya sambut dengan keluarga dan kawan-kawan di sini. Tapi.. Hmm.. Entahlah. Tengoklah macam mana.

....

...

.


April - Julai

Okay.. Start sini. Aku just bagitahu highlight je. Interval dalam bulan April, Mei, Jun, Julai.

Memandangkan aku 100% di bumi Tg. Malim. Aku just highlight-kan memori yang aku suka. Lepas ni baru kita cerita kaw-kaw punya. Teruskan membaca.


So, memandangkan rutin budak IPTA macam biasa. Sambil-sambil study, sambil-sambil assignment, sambil-sambil kerja part-time. Korang tahulah macam mana pattern dia kan. Aku ndak cerita situ la.


Soooo.. Paling best... Tahu apa?

Ramadan dan Aidilfitri.

Ramadan.Memang kaw-kaw la. Iftar di masjid. Tadarus di masjid. Si ustaz lagi ada. Nah...

Memang best la aku rasa. Dari hari pertama Ramadan tu. Rasa best saja. Makanan free kan.

Bukan itu la maksud aku.

Sebab di semenanjung. Bazar buka.

Aku kesian tau dengan negeri Sabah masa tu. Bazar deme ndak buka. Sebab kes makin naik kan gara-gara PRN hari tu.

Rutin-rutin kami tulah. Bersiap sebelum maghrib. Start motor. Chau pergi masjid. Baca-baca zikir, al-mathurat dengan si ustaz dan pak cik-pak cik. Dekat nak masuk waktu. Keluar, berbaris ambil makanan.

Selesai ambil makanan. Duduk bersila. Menunggu waktu nak berbuka.

Haa.. Ini awok nak bagitau komer kawan-kawan semenanjung. Kat Sabah. Kami panggil berbuka tu.

Sungkai. Haaa? Bukan Sungkai, Perak tau.

Sungkai = berbuka puasa.

Contoh ayat; "Aidil, nanti kau mahu sungkai di mana? Masjid kah? Rumah?"


Haa.. Macam tu. Last-last Ramadan ni lah aku rasa memorable bagi aku.

Pak Cik Pin merangkap jiran dan orang kuat AJK surau Tmn. Bernam. Duk hari-hari ajak aku berbuka kat surau.

Aku hairanlah. Asal haa. Aku segan sebab dekat tu berapa orang je berbuka kat sana.

Tapi bila aku sungkai kat masjid. Bila pak cik Pin nampak. Haaa. Kena tegur la tu.

"Eh asal tak nak buka kat surau. Jom la. Sana sikit orang. Makan sedap-sedap."


Si Hitam dan si Tarbiah dah balik kampung. IPTA dengan KPT ada umum pasal student boleh balik masa raya. Haa.. Dorang pun apa lagi. Dah ada peluang. Balik la.

Tinggal la aku sorang-sorang kat rumah tu. Si Attention macam biasa la. Duduk rumah kawan. Kat Proton City.

Mula-mula aku datang surau. Awkward gila la. Pak cik Pin, pak cik Din, abang Riduan. Muka-muka familiar yang selalu pergi masjid juga la. Geng-geng solat berjemaah.


Aku tersipu malu bila mula-mula iftar dengan dorang. Tapi yalah. Lama-kelamaan biasa gak.

Dahlah kena tugas jadi bilal sementara dekat surau tu. Kalau di masjid. Memang aku tolak la pelawaan deme awal-awal.

Kalau surau ni. Aku boleh sikit la. Ada juga basic-basic.

Tapi makanan. Sedap bhai.. Maklumlah bini-bini pak cik tu semua punya pukulan.

Gila masakan semenanjung. Sedap gila.

Dorang masing-masing bawakan makanan tu pergi dapur surau. Nasi kena sedia. Ala... Macam potluck. Haa gitu la.

Aku? Tukang lahap. Makanan semua tu. 

Napa la aku tak terpikir haa untuk buatkan Coto Makassar untuk dorang. Ai...


Pak cik Din punya kopi Hainan. PERGHHH!! Bapak. Sedapppppp giaaaaa.

Sampai sekarang bah aku masih teringat pukulan kopi tu. Gilak. Betul jio.

Sambil-sambil makan tu. Haaa.. Ada la cerita politik sikit. Kutuk si itu, kutuk si ini sikit. 

Cakap-cakap pasal orang-orang masjid tu la. Ini la. Aii...

Aku pun tak paham la. Apa benda.. la. Pasal kuota la, solat jemaah la. 

PKP kan? Faham-faham la. Dorang ada tak puas hati dengan SOP yang diberikan. 


Aku ndak boleh cerita secara terperinci. Complicated benda tu.

Tapi faham-faham lah bah kan. Sembang kopi-kopi. Pak cik-pak cik. Sembang kencang kadang.

Haaa.. Gitulah.


Okayy.. Kita move untuk raya pula. Raya how?

Perantauan jio. Perantauan.

Time ni la baru Si Attention balik rumah. Dia kesiankan aku. 

Haaa.. Dia pun akhirnya balik juga rumah sewanya yang sebenar. Kalau tak, memang di rumah kawannya la selalu.


Sambut sama-sama. Beli mercun, beli bunga api. Beli lampu LipLap untuk meriahkan rumah kami.

Dan di sinilah aku merealisasikan resipi keramat nenek aku. Coto Makassar. Aii. Setelah bertapa dan minta tunjuk ajar nenek dan mama dari perantaraan voice call, video call dan ramuan yang telah diwariskan.

Aku pun mencuba.

Fuh... Masih paling menang dan sedap di Sabah. 

Cuma.. Hehe. Sambal tumisnya saja la kurang sikit. Ndak jadi 😅.

Banyak pantang mahu buat tu sambal. Sebab tu ndak jadi.

Tapi ndak pa. Raya kedua. Perghh.. Habis bro coto aku oleh kawan-kawan yang ndak balik beraya hari tu.

Kesedapan.


Setelah habis raya. Final exam. Maka, bermula la cuti semester.

Fly to Sandakan balik.

....

...

.


Julai-September

2 aplikasi dating telah di-install. Yakni Tinder dan Omi. Aplikasi paling bodoh pernah aku cuba (aku tak ingat, siapa recommend).

Aku sebenarnya sudah move on dari relationship aku yang lama. Sebab tu aku install benda ni.

Konon-konon nak cari yang baru kan. Ya la.. Last relationship 2017 kot. 2018-2021 time interval yang cukup sudah bagi aku. Tiba-tiba nak mencari teman hidup kononnya. Final year lagi sudah. Ceh...

Ada jugalah crush-crush di IPTA tu. Tapi crush-crush yang aku pandang dari jauh sajalah. Ada la berputik masih rasa cinta tu sebenarnya. Syukurlah. Ingat jadi gay sudah aku ni.


Aku rasa aku dah tulis la pasal benda ni. Okay.. Kamu baca dulu ni. Nanti aku rumus dan cerita sedikit.

Membahagiakan, merumitkan. (Part I)

Membahagiakan, merumitkan malah menghancurkan. (Part II)


Okay? Dah baca. Haa macam gitulah ceritanya.

Bukan apa la. Mungkin ada pengajaran untuk aku. Sebab.. Entahlah. Aku sentiasa salahkan diri aku bila dalam perhubungan ni.

Mungkin aku ndak cukup baik kah. Ndak hensem kah. Pernah menyakiti orang lain kah. Bodoh kah sebab install aplikasi dating tu.

Tapi niat aku baik sebenarnya. Betul. Sebab tau la kan. A pure love :) .


Aku bila heartbreaker tu. Sampai tahap. Entahlah. Tahu sakit dia tu. Yang rasa bagai ada satu tusukan di dada. Nafas turun naik. Tercungap-cungap. Air mata mengalir.

Tulah datang bengap tu, hilang waras. Tiba-tiba mahu cari arak sama rokok time tu. Ai...

Tapi aku yalah. Macam yang aku cakap. Aku tetap salahkan diri. Aku cari pengajaran. Aku cari ibrah dalam setiap apa yang berlaku.


Rasa benci? Ada.

Rasa kesal? Ada.

Tapi Alhamdulillah. Aku move on juga sepenuhnya selepas 3 minggu bermundar-mandir. Travel-travel pergi KK.

Ceh..

Kadang-kadang tu sajalah macam datang geram tu. Tiba-tiba datang tu kan. Haa. #TerpalingPPV.

Wkwkwkwkw. Ndak bhe.. Gurau-gurau.


Ini nasihat aku lah untuk kamu di luar sana. Kalau rasa mahu enjoy, yang sekejap datang sekejap pergi. Bagus kamu mati saja la. Betul.

Ndak bhe.. Gurau saja. Jangan la bagi harapan. Jangan datang begitu-begitu.

Nanti tiba-tiba di-ghosting tanpa explanation.

Anjing pun kalau kelaparan bagi petanda juga bah.

Ini.. Ai.. Tidak bhe..

Cuma itulah. If you want to leave. Explanation. Communication.

Ini ndak. Sudahlah bergembira-gembira sama orang lain. Apakah sialnya tu.

Kalau di-explain. Dia macam. Kita pun tahu la. Haaa.

Mungkin sebab study.

Mungkin sebab kita kurang berkemampuan.

Kurang bergaya / cantik / hensem.

Takut dengan future-kah? Apakah?  Haa gitu.


Barulah kita boleh post-mortem untuk relationship seterusnya. Bukannya bodoh-bodoh. 

...

..

.


November - Disember

Sebenarnya aku ndak tahu pun mahu tulis pasal benda ini. Setelah difikirkan.

Tidak apalah. Aku... Teruskan sajalah. Boleh bah kan? :) . Hmmm..


6 November

Hari yang memenatkan setelah habis melanggar daerah Kota Kinabalu. Sampai juga akhirnya di rumah. Sandakan.

Pada petangnya, aku meng-upload satu Throwback perjalanan semasa di berada di KK. Di mana aku sedang berada di Pasar Gaya Street.

Memandangkan aku nampak orang lain juga mengemaskini WhatsApp Status sedang berada di Pasar Malam Kim Fung. Mari kita lihatkan mereka apa yang ada di KK! Haha.

*Satu notifikasi berbunyi*

"Ramai kah orang sana?", Hye-jin (bukan nama sebenar).

"Maksud mu? Gaya Street? Or Pasar Kim Fung?", jawabku.

Seorang perempuan yang dikenalnya dari media sosial. Entahlah apa yang aku lakukan dulu sampai pernah bertukar nombor telefon dengan dia.

Bila diingatkan balik. Rupanya aplikasi yang sama. Aplikasi dating.

.

Memang 2021 ni kau bengap Dil.

.

Tapi disebabkan perempuan ni jenis ego pada mulanya. Aku pun malas la nak kisah.

Buat apa nak usaha lagi. Kalau dia pun jenis mau tak mau. Ye dak? Buat penat je.

Tapi yang mengejutkan. Dia juga sedang study di daerah aku tinggal.

Hmm..

"Gaya Street.", balasnya.

"Oh, ramai.", sambungku.

*angkat kening double-jerk*


Perbualan pun bersambung dengan dia menyatakan hasrat bahawa ingin mencari runner di sekitar daerah Sandakan.

Aku tidak dapat mencari nombor telefon atau mana-masa kenalan runner yang membolehkan dia untuk memindahkan barangnya dari rumah lain ke rumah sewanya yang baru.

Tiba-tiba.

Diri ini menawarkan pertolongan.

"Oh... Boleh juga bah aku tolong tu kalau kau mau.", pelawaku.

.

Memang hanat kau Dil masa tu

.

"Eh, bukan kau di KK kah?"

"No. Aku throwback je tu. Aku di Sandakan sudah."

"Tak menyusahkan. Thanks tau *emoji menangis*".

"Ndak lah. Nanti kau roger jak besok."

...

Keesokannya harinya, aku gerak ke rumah Hye-jin.

Sedang menunggu.

"Aku di bawah sudah.", satu mesej dihantar kepada Hye-jin dalam ruangan WhatsApp.

"Okay. Jap." *reply*

Dikala aku sedang menunggu. Dua gadis keluar dari pintu lif blok tersebut.

Hye-jin menggayakan hoodie ungu dengan rambutnya yang anggun panjang. Tinggi anggaran 140+ cm.

"Cute juga. Cantik", kata dalam hatiku.

Rakannya berada di sebelah.

Aku dengan acah giler membetulkan posisi berdiri. Acah cool. Acah gentle. Rambut dikemaskan. 

"Aidil kan?", tanyanya.

"Aik? Ndak kenal sudah?', sindir gurauku.

Dipendekkan cerita. Hye-jin dan rakannya memberi lokasi di mana barang mereka patut diambil.

Kami pun bergerak ke sana.

Habis gerak. Alhamdulillah barang selamat sampai di rumah sewa mereka yang baru.

Sempat juga bercerita tentang hal masing-masing. Course. Kenapa pindah rumah sewa.

Dan hal-hal lain lagi.

...

"Okay.. Good luck haa. Bagus-bagus kemas tu barang.", kata ku sebelum bergerak pergi.

Mereka berdiri di luar.

"Aik? Jalan la. Angkat barang tu pergi rumah."

"Tak pe. Tak pe. Kau jalan dulu. Untuk menghormati".

Apa bendalah main hormat-hormat ni.

"Bah. Aku jalan dulu", sahutku. Lambaian tangan bertukar.

Bye-bye.

Setelah sampai di rumah. Satu notifikasi berbunyi pada telefon pintar.

Satu gambar dihantar; paparan wang saku diletakkan dalam ruangan pintu. Duit minyak kata mereka.

Buat apa la mahu hulur duit minyak. Tak perlulah. Tapi mereka tetap berdegil mahu beri juga.

Yalah. Aku pun terima.

*voice note* , "Terima kasiihhh Aiiidilll..". Suara gedik mereka satu housemate.

Tch.. Apa benda la. Gila. Satu ukiran senyuman di bibir. Aku tersenyum.

"Hye-jin, are you single?", soalku.

"Why?"

"Teda, random. Tiba-tiba tanya."

"Yup.. You? Ada girlfriend?"

"Dulu. Tapi kena tinggal. Baru-baru ni juga. Boleh bah kan aku kenal-kenal kau ni."

"Okay.. Why not."

"Okay.. Then. Sebenarnya I lagi prefer face-to-face punya conversation. Kalau ndak keberatan Sabtu ni. Kalau free. Jalan. Pasar Kim Fung. Lepas maghrib."

"Okayy.. :) ".

...

Pada petangnya. Satu langkah kebodohan dilakukan oleh diri ini. Sejambak bunga dibeli. Ingin diberi pada malam tersebut.

...

Aku pun menjumpai dia di sana. Ice-cream dibeli. Pentolan dua. And.. Yes. Benda wajib yang aku beli di sana. Tokayaki Wisma Merdeka. Hanya satu di Sandakan.

Dikala sedang berjalan bersama-sama Hye-jin bersebelahan bahu. 

Tiba-tiba.

Bekas kekasih juga ada di sana. Ex. Merangkap terpaling PPV.

Pandangan mata diegokan. Hanya berselisih bahu. 

Habis acara membeli di Pasar Kim Fung. Satu tempat yang bagi aku menyeronokkan ketika itu.

Hasil makanan tadi dibawa ke Trig Hill. Makan bersama sambil bercerita.

"Dah.. Balik la. Kenyang sudah kan? Balik... Aku hantar kau la", pelawaku.

"Oh.. Okay."

Kereta dibuka. Hye-jin masuk ke dalam kereta dahulu.

Aku mengorak langkah ke bonet untuk mengambil bunga yang dibeli petang tadi. Bunga diambil.

Menghembus nafas panjang. Ini bunga pertama yang diberi kepada perempuan.

Langkahku perlahan. Pintu kereta dibuka. Huluran bunga kepada dia.

Mata melilau. Pandangan dialihkan ke tingkap luar selama beberapa saat. Muka dah merah padam.

Malu untuk melihat reaksinya.

.

Bodoh Dil.. Bodoh.. Kenapa la kau buat kerja gila ni.

.

"Wah... Ini. First time I dapat bunga.", Hye-jin.

"First time juga I bagi bunga untuk perempuan. ..... Dah... Jom la balik."

Sepanjang perjalanan hanya mampu terdiam. Mata langsung tidak bertentangan. Malu yang teramat.

*sampai*

Seperti biasa. Lambaian bertukar. Senyum berbalas.

*sampai rumah sendiri*


Hati bagai nak meletup. Gila. Sebenarnya.. Gila.

Perasaan dan hasrat ingin diluahkan. Tapi diri ini masih belum bersedia lagi sebab belum bersedia la.

...

Solat Istikharah dilakukan. Hari ke hari.

Google Maps dibuka untuk melihat jarak dari Sandakan ke Miri.

Aplikasi AirAsia juga dibuka untuk melihat harga tiket.

"Hmm.. I see. Okay juga la. Parents dia macam mana haa? Garang kah tu haa. Dah.. Dah.. Fokus present dulu Dil. Fokus depan mata dulu", monologku.

Setelah. 2 3 hari bermundar-mandir mencari jawapan.

Okay. Is a yes!

"Hye-jin. If you want to grow with me. Ups and down. Through thick and thin with me. Sayang sama-sama. Rindu sama-sama. Cemburu sama-sama. And. Ya... I sebenarnya.. Suka you. I like you. I love you.

I don't want to push you. Ndak mahu juga jawapan terburu-buru. Maybe you want to consider you study, future kah untuk 3 4 years. And.. You boleh jawab la nanti."

Satu ungkapan yang diulang setiap hari di dalam kepala. Hari-hari aku melatih diri ini agar ungkapan tersebut terkeluar dengan lancar.

Ketika melihat cermin; "Hye-jin. If you want to grow with me.."

Ketika makan, ungkapan yang berlegar di dalam kepala; "Hye-jin. If you want to grow with me.."

Dan begitulah untuk hari-hari yang seterusnya.


Untuk hari yang seterusnya. Aku menjumpai dia sekali lagi. Tiada fancy dinner. Tiada lepak McD atau makan di tempat hipster.

Hanya sebuah pertemuan di sebuah taman untuk bersiar-siar. Keindahan flora yang ada di taman tersebut. Tidak asing. Hutan simpan sekeliling ditambah lagi dengan sebuah pandangan tasik untuk menyejukkan pandangan bagi si pengunjung.

Cerita berbalas. Dia menceritakan tentang hari-harinya dan aku menceritakan hari-hari aku.

Tentang study, tentang kawan, tentang tempat.

...

Senja dah nak masuk. Masa untuk balik.

Aku menjemput untuk menghantarnya pulang. Pelawaan diterima.

Sepanjang perjalanan, jantung berdengup kencang. Adrenalin naik turun.

Luahkan.. Atau tidak. Luahkan.. Atau tidak. Itu yang berlegar di dalam fikiran.

Sesudah sampai. Hye-jin membuka pintu kereta untuk berlalu pergi.


"Hye-Jin, hmm I have something to tell you.", pintasku.

Pandangan Hye-Jin kembali kepada ku. "Yeah.. What is that? Bagitahulah.", balas Hye-jin.

"Hmm.. Hye-jin.. Sebenarnya..", nada naik turun dan suara terketar-ketar. Mata ku alih ke bawah.

Menghembus nafas yang panjang. Lepaskan. Hye-jin menunggu. 

Okay..


"Hmm.. Aku pun malas sudah mahu kenal orang baru ni. You know. Kenal dari A sampai Z lepas tu tiba-tiba menghilang. Penat sebenarnya. I pun dah fikir masak-masak. So, Hye-jin. If you want to grow with me. Ups and down. Through thick and thin with me. Sayang sama-sama. Rindu sama-sama. Cemburu sama-sama. And. Ya... I sebenarnya.. Suka you. I like you. I love you.

I ndak mahu juga jawapan terburu-buru. Maybe you want to consider you study, future kah untuk 3 4 years. Kerja dan sebagainya. You boleh jawab la nanti." , kata ku.


"Yeah.. Sebenarnya I pun also have a feelings for you. Setiap kali nak jumpa you. Mesti berdebar. I mula-mula pikir you ni just macam budak-budak tau. Ajak keluar just untuk suka-suka. Are you serious?"


"Kurang ajar. Dia cakap aku budak-budak. Orang serious (monolog). Yeah, I serious ni."


"Okay.. So, the answer...Yes. I love you.", pernyataan Hye-jin sebelum keluar dari kereta.


Senyuman terukir. Muka merah padam. Lambaian bertukar. Bye-bye.


...

Hari pun silih berganti. Kemuncak kebahagiaan yang belum pernah dirasai oleh diri ini.

Dan ya. Kami berjumpa. Makan bersama. Tengok wayang. 

Tapi aku.. Tidak perincikan lagi :) . Malas nak cerita.

Sebab.

Lepas itu.

Ada konflik yang menimpah kami berdua.

Dia tidak curang. Tidak juga meninggalkan. Cuma you know.

Kadang diri tidak bersedia untuk sebarang komitmen. Takutnya dia bahawa diri aku sakit bila teruskan hubungan tersebut.

Takut dengan perangai dia. Yang nanti membuatkan aku sakit hati. 

Sebenarnya.. Aku pun.. Aii.. Entahlah.

Cuma bagusnya dia ni. Ndak ghosting tanpa explanation.

Dia explain. Minta maaf. Minta maaf sebab buat keputusan buru-buru.

Aku pun.. Ai...

Sakit tu.. Ada.. Biasalah kan. Aku pun ndak tahulah mau cakap macam mana.

Lampiran: Engkau Terlalu Baik

...


Aku pikirkan akhir bulan 2021 ni. Penutupnya kebahagiaan. 

Tapi.. Sama juga.

Mungkin aku saja cuma berfikir lebih. Meletakkan harapan juga pada manusia.

Mungkin juga sebab terlampau baik. Tak pandai nak jadi badboy.

Isap-isap rokok. Isap pod. Lepak sampai pagi. Pergi clubbing.

Entahlah..

Mungkin.


Selepas keberantakan untuk hujung bulan Disember.

Aku cuba merokok.

Ndak dapat. Ndak pandai.

Setiap kali cuba membeli arak. Teringat pula dorang si ustaz. Daurah kitab sama-sama di Masjid Tmn. Bernam.

Mahu buat, ingin mencuba. Cuba menghilang sakit yang ada di dada ini.

Tapi.. Ai... Ndak juga dapat.

Apa guna naskhah Al-Quran, Al-Mathurat, tasbih, Yassin yang terletak di bilik, juga merupakan sedekah dari orang lain.


Kan bagus kalau aku ni jahil.

Mungkin tidak terikat untuk berbuat dosa.

Tsk. Maaf. 

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ

.

Si musibat tu lagi datang rumah. Menambah masalah aku.

Dari form 1 lagi hidup aku dah teruk oleh dia. 

Dari atas sampai bawah aku juga urus adik-adik aku yang lain.

Urus surat, urus urusan dorang untuk sambung belajar, belikan tiket, berikan duit.

Sial.

Aku pun ndak tahulah apa function dia.

.

Dengan pemergian arwah pak cik lagi. Yang di mana aku terpaksa batalkan niat aku untuk ke Kudat pada 18 hb Disember.

Dah aku pun rapat dengan arwah. Sekecil perkara baiknya pun aku ingat :') .

Dialah juga yang hantar aku balik asrama di KK kalau perlu. Naik lori.

.


Penat mana pun. Sakit macam mana pun. Hidup kena teruskan juga Dil :) .

Setelah telinga dicuci oleh dorang si ustaz dan geng Tg. Malim.

Aku ambil hikmah dan pengajaran yang ada.

Bodohnyakan diri ini sampai menyalahkan takdir Allah.

Di Tg. Malim, belajar Kitab Faridah Al-Faraid dengan Al-Fadil Ustaz Azehar.

Tapi sebab ujian yang menimpah.

Aku banyak menyalahkan diri sendiri. Salahkan qada dan qadar Allah.

Gila.

Bodoh.

Jahil.

Begitulah diri ini. Begitulah aku.


Tapi.. Aku sudah faham. Kenapa manusia terjerat dengan 'benda-benda' tadi.

Berapa ujian yang menimpah dorang. Sampai tahap tidak dapat menguruskannya.

Kemiskinan, family broken, kawan tikam belakang, jahil dalam agama; tidak membesarkan dalam lingkungan keluarga yang ada basic agama, ex perangai macam musibat.

Sampai manusia yang 'jahat' , 'jahil' dan 'rosak' ni lah, kita judge hidup dorang.


Aku pun.. Ndak dapat sudah menulis dengan teliti.

Apa yang ada dalam kepala aku. Aku tulis saja.

Aku menghilang bukan sebab apa.

Just need a break.


Dah 2-3 minggu ni aku merayau tengah malam macam orang gila.

Berjalan ke sana ke sini. Bercakap dengan stranger untuk menghilangkan beban di dada.

Cincin juga diberi kepada seseorang. Sehinggalah aku datang kembali.

Cincin yang ku beli di kaki lima.

Dia saja yang mengerti kesakitan tersebut sehingga dia suruh untuk maafkan si musibat tadi.

Tapi tulah. Ada juga konflik yang ndak sudah.

Setiap kali bila mahu sayang seseorang. Ada saja yang ndak kena.

Entahlah. Ada saja ujian yang menimpah.

Penat. Sakit.

Allah.. Ai..

:) .

Begitulah.

.....


Paling lama pun 3 bulan sajalah. Media social break ni.

2021 ni memang.

*sigh*

Faham sendiri la. Banjir lagi. 

FYP, assignment.

Aii..

Entahlah.

Perlu teruskan. 2 bulan lagi berbaki untuk habiskan semester.

Ndakkan nak sia-siakan 3 tahun (semester 1 - semester 7) ni sampai sini.

Kena habiskan.

*sigh*


Dan. 

Inilah post terakhir aku dalam blog ini. Post ke 60.

Dengan jumlah lawatan 7000+ semenjak blog ini ditubuhkan pada 2018.

Terima kasih kepada pembaca untuk karya kenangan bersama.

...


Jadi,

bahagian terakhir.

Harapan, azam, matlamat yang ingin dicapai, dan apa yang diinginkan pada 2022.

Hmm..

Entahlah.

Cuma untuk tahun 2022, aku cuba untuk tidak menolong orang.

Maksud aku, specific-nya. Perempuan / stranger. Aku tak nak la. Bagi makanan kah, hantar makanan kah untuk dorang, hebahkan Google Form, angkat barang dorang.

Takkan.

Tapi kalau terdesak. Aku cuba la tolong

Aku malas dah. Takut... Apa orang bilang. Consequence. Malas dah. Serik dah.

Nanti pengharapan jadi tinggi. Lantaklah orang nak cakap apa.

.....

Kebaikan sekecil zarah ada balasannya? Ya, betul.

Tapi dalam hal organisasi, kerja dan profesionalism. Aku buat dan tolong la mana yang patut.

Bezakan.


Apa lagi haa..

*sigh*

Oh ya. Kalau nampak aku dalam mana-mana aplikasi dating. Tolong screenshot dan sedarkan diri aku.

Kalau ada. Jumpa depan-depan. Tampar je terus. Aku tak kisah.

Musibat semua siapa yang ada dalam tu (bukan semua).

Walaupun ada orang lain yang bertemu jodoh di sana.

Tapi still aku rasa. Benda tu bawa malapetaka juga.

Naif sangat aku. Tsk...


Ada la juga satu orang abang UIA tu. 10 kali dia try. Yang ke-10 baru juga dapat jodoh. Isteri dia.

Aku rasa dia tu gila. Kalau aku memang tak la sampai macam tu. Serik dah.

10 kali. Berapa dah investment dia lebur.

Masa lagi, budi bicara lagi, hati ke hati lagi.

Memenatkan semua tu. Perlukan usaha lebih.

Tak nak la. Penat.

Tch.

Tapi apa-apa pun. Terbaik bang.

Tak nak guna cara taaruf. Direct aplikasi.


Kalau aku. Hmm.. Mungkin masih terlalu naif kan. Jump into conclusion terus.

Padahal dah kira kebarangkalian kot.

Tapi.. Tch.

Tak pe lah.


Memang 2-3 tahun lepas ni aku tak nak kenal mana-mana perempuan.

Nak jadi gay.

...

Tidak la.

Gurau je.

Entahlah. Penat sebenarnya.

Aku just.. Nak fokuskan diri aku dulu.

Bab jodoh. Tch.. Mampus la. Bangsat semua tu.

Tak. Maksud aku.

Aku tak nak fikir. Lantaklah.

.....

Dan ya, sebelum aku terlupa. Terima kasih kepada yang hantar message pada ruangan Kubool - Anonymous Messages & Feedback Online yang aku share pada ruangan status WhatsApp.

I really-really appreciate that.

Memang bengap kan bila broken, stress, depress-depress ni :) .

Tapi ndak pa. Okay sudah sikit walaupun ndak okay.


Apa lagi haa.. Ai.. Kenapa la aku emo tulis blog ni.

Untuk 2022, kalau kamu rasa mahu menangis. Menangislah.

Jangan acah kuat. Lepaskan semua apa yang ada di dada.

Lelaki kah. Perempuan kah.

Kalau ndak tahan. Menangislah.


Memang hujung tahun 2021, aku banyak menangis.

Rasanya lagi perit dari tahun 2018. Satu-satu masalah muncul.

Tak habis satu. Muncul lagi satu.

*sigh*

Nak bunuh diri.. Tapi.. Ai.. Allah.

Menangis je la aku mampu.

Hidup kena diteruskan syeikh :).

Kejar redha Allah.


Itu je la kot.

2022.

*sigh*

Narator Jalanan.

Just need a break.

Kena ikat balik hati ini dengan masjid.

Cari diri yang telah lama hilang.

Satu aku pinta. Doakan aku :) .

Terima kasih 2021.


...

..

.

Ini hanya sekadar

coretan perasaan

coretan pengalaman

yang mungkin buat

kamu bosan

kerana ia sekadar tulisan.

Tiada plot, tiada seni.

Bukan untuk mereka yang mengerti.

Ini; memori-memori manusia itu.

Ini; hantu masa lalu. 


Yang untuk terakhir kalinya,

Aidil

Comments

Anonymous said…
Teruskan perjuangan.
Anonymous said…
stay strong brader kudil 💪🏻 you know where to find me cuma jangan ajak lepak smpai tgh malam😉
Anonymous said…
May 2022 is better for you. and you will get what you want :)
anyway, i had fun reading your blog. keep writing.
Anonymous said…
I just found your blog! Or rather your Instagram account but I x follow sebab x mau nampak eager sangat 😆 but hey, nice knowing (reading) about you a bit. I’m a bit curious about you these past few months tapi takut nak tegur because you seems unapproachable, selalu duduk diam2 dekat meja and then you didn’t really talk much or acknowledge me when we pass in the hallway so yeah.. I guess I know the reason now. I wish you enough, Aidil. Maybe one day, when our path crossed, we’ll give it a try(?) :)
Narator Jalanan said…
Hi Anon :). May I know you? Who you are actually? Just bagi clue saja. Are you my batch satu course or what? Tahu hallway je. Haha. Tapi sebenarnya, I really talk too much if I already comfortable with you. Cuma yup.. My Blog and Instagram are privacy which is terlalu berkongsi dalam tu. Blog ni pun I just attach je dekat bio. Sebab tahu, memang jarang orang akan singgah. Thanks sebab singgah this blog and looking forward to know more about you, Anon :) .

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekarang, t

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Kalau benda ni tak jadi. K

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . .

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t