Skip to main content

Membahagiakan, merumitkan.

 3:41 a.m. ; Choi Yu Ree (최유리) - Wish (바람)


*sigh*


Aku pun ndak tahulah kenapa waktu begini tiba-tiba terbangun. Terlelap tanpa sedar disebabkan kepenatan. Apabila bangun terasa berat di dada.

Banyak perkara tiba-tiba menghantui. Banyak benda lalu yang tiba-tiba menghempas perasaan yang sepatutnya tidak wujud pun. 


Adakah disebabkan perasaan cinta yang berputik kembali yang entah dari mana anginnya datang. Malam itu, perasaan yang tidak dapat dilupakan. Entah bila aku rasa sebahagia begitu. 

Dari senyuman, tutur katanya, matanya. Diri tersenyum di bawah bibir.


Entahlah macam mana Aidil yang dulu tiba-tiba boleh jadi macam tu. 

Beratnya tiba-tiba rasa di dada sekarang ini. Mungkin sebab takut perkara lama yang dilalui dulu.

Takut hanya berhenti sampai situ saja. Pengharapan yang terlalu tinggi. Akhirnya tersadung di pertengahan jalan.

Titik perkenalan, titik percintaan, titik perbincangan, akhirnya koma. Tidak bersambung.


Adakah disebabkan itu? Takut untuk memperjuangkan. Tapi ingin diteruskan. 

Penat sebenarnya mahu kenal orang baharu. Kalau boleh, mahu dikekalkan. Ai...

Kadang tertanya-tanya kepada diri sendiri / mereka? Kamu tidak merasa bahagiakah bila bercinta? Bagaimana mereka yang telah lama bercinta boleh setia hingga ke hari ini? Kalau putus di pertengahan jalan, sakitnya tu? Mereka tidak fikirkah? Kalau tiba-tiba pasangan mereka berkenan dengan yang lain? Tiba-tiba ujian datang tanpa diduga?


Kita? Mereka? Boleh teruskankah?


Persoalan-persoalan tadi terus menghimpit aku setelah bangun dari tidur. Benci dengan diri sendiri. Takut dengan diri sendiri. Hati berdengup kencang, tangan terasa bergetar.  

Setelah istikharah dan meminta pendapat orang lain. Mereka okey saja. Fikirkan kecaman dan sentapanlah yang aku dapat. Rupanya ada juga kata-kata positif dari mereka. Terima kasih.


Bila rasa bahagia, tiba-tiba merumitkan. Kenapa diri ini? Hati manusia yang sentiasa berbolak-balik.

Padahal tiada benda pun yang aku risaukan untuk masa sekarang. Tiada komitmen pun.

Tapi itulah. Takut, rindu, sayang, cemburu. Kembali datang sekali gus dengan perasaan yang membolak-balik.

Sejujurnya aku benci dengan diri sendiri. Takut tidak dapat berikan yang terbaik. Takut ditinggalkan.


Orang kata ini semua dunia. Memang betul pun dunia. Tapi hal akhirat bukannya aku lupa pun.

Sedih, air mata, gembira, tersenyum semuanya dicipta bersebab. Bukannya manusia ini robot.

Betul tidak?


Mungkin disebabkan dosa-dosa kecil yang dilakukan yang sebenarnya kita tidak sedari pun? Tidakkah begitu?


Cukuplah tulisan ini sampai sini saja. Aku rasa okey sudah sikit.

Membahagikan, merumitkan. Cinta.


Yang menulis,

Aidil

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...