Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

LM 1; SMK MERPATI SANDAKAN (26/07/2021 - 24/09/2021)

09.30 p.m. ; Valley - Like 1999 (np) Bismillah. Woi. Assalamualaikum w.b.t. Hehe. Fuh.. Baru teringat. Aku rasa benda ni dah macam acara wajib dah bagi aku. Yalah. Dah tulis pengalaman masa PPG 1 / ROS, PPG 2 dulu. Ndakkan mahu buat LM 1 aku tergantung pulakan. Nanti tertanya-tanya junior-junior ni. Haha. Agak mengejutkan sebab post mengenai PPG 1 dan PPG 2 sentiasa ada orang pergi tengok. Rata-ratanya yang aku boleh agak.. Dorang semua ni budak-budak yang baru nak pergi PPG ni la. Junior-junior lah bah orang bilang kan.. Dulu ketika menjalankan PPG 1 - SMK Perempuan Sandakan . Tiada masalah la. Baik-baik semua. Kena kacau-kacau sikit je lah dengan student tu. Biasa la. PPG 2 - SMK Taman Fajar . Sebenarnya aku mahu try praktikal di sekolah lelaki St. Mary. Sebab nak cabar diri ni kan.. Yalah.. Sekolah perempuan kau dah pergi. Terfikir la pula aku untuk pergi sekolah lelaki. Tengok suasana dan cabaran dia macam mana. Tapi... Tidak kesampaian. Jadi aku proceed je dekat sekolah ni. Lag...

Membahagiakan, merumitkan.

  3:41 a.m. ; Choi Yu Ree (최유리) - Wish (바람) *sigh* Aku pun ndak tahulah kenapa waktu begini tiba-tiba terbangun. Terlelap tanpa sedar disebabkan kepenatan. Apabila bangun terasa berat di dada. Banyak perkara tiba-tiba menghantui. Banyak benda lalu yang tiba-tiba menghempas perasaan yang sepatutnya tidak wujud pun.  Adakah disebabkan perasaan cinta yang berputik kembali yang entah dari mana anginnya datang. Malam itu, perasaan yang tidak dapat dilupakan. Entah bila aku rasa sebahagia begitu.  Dari senyuman, tutur katanya, matanya. Diri tersenyum di bawah bibir. Entahlah macam mana Aidil yang dulu tiba-tiba boleh jadi macam tu.  Beratnya tiba-tiba rasa di dada sekarang ini. Mungkin sebab takut perkara lama yang dilalui dulu. Takut hanya berhenti sampai situ saja. Pengharapan yang terlalu tinggi. Akhirnya tersadung di pertengahan jalan. Titik perkenalan, titik percintaan, titik perbincangan, akhirnya koma. Tidak bersambung. Adakah disebabkan itu? Takut untuk memper...