Skip to main content

LM 1; SMK MERPATI SANDAKAN (26/07/2021 - 24/09/2021)

09.30 p.m. ; Valley - Like 1999 (np)


Bismillah. Woi. Assalamualaikum w.b.t. Hehe.


Fuh.. Baru teringat. Aku rasa benda ni dah macam acara wajib dah bagi aku. Yalah. Dah tulis pengalaman masa PPG 1 / ROS, PPG 2 dulu. Ndakkan mahu buat LM 1 aku tergantung pulakan.

Nanti tertanya-tanya junior-junior ni. Haha.

Agak mengejutkan sebab post mengenai PPG 1 dan PPG 2 sentiasa ada orang pergi tengok.

Rata-ratanya yang aku boleh agak.. Dorang semua ni budak-budak yang baru nak pergi PPG ni la.

Junior-junior lah bah orang bilang kan..


Dulu ketika menjalankan

PPG 1 - SMK Perempuan Sandakan. Tiada masalah la. Baik-baik semua. Kena kacau-kacau sikit je lah dengan student tu. Biasa la.

PPG 2 - SMK Taman Fajar. Sebenarnya aku mahu try praktikal di sekolah lelaki St. Mary. Sebab nak cabar diri ni kan.. Yalah.. Sekolah perempuan kau dah pergi. Terfikir la pula aku untuk pergi sekolah lelaki. Tengok suasana dan cabaran dia macam mana. Tapi... Tidak kesampaian. Jadi aku proceed je dekat sekolah ni. Lagi pun, majoriti sekolah ni lelaki. Ada lah vibe-vibe tu sikit. Hehe.


So, untuk Latihan Mengajar 1 (LM 1), aku try la sekolah SMK Merpati ni. Tanpa fikir panjang. Aku go saja tanpa sebab. Bodoh kan? Tiba-tiba rasa mahu praktikal sini. 

Pada mulanya, aku dah try apply untuk praktikal di MRSM. Sebab azam aku macam ni tau.

Sekolah perempuan, sekolah lelaki, sekolah luar bandar, and then sekolah asrama penuh.

Kiranya MRSM ni azam aku untuk sekolah asrama penuh. 

Tapi tidak kesampaian disebabkan hal-hal kecil yang membuatkan aku rasa nak bakar je HQ tu.

Aku ringkaskan. Sebelum aku berganjak untuk praktikal di sekolah Merpati tu.


Aku try contact MRSM Sandakan. Tapi tidak dapat. Kerani di sana menyatakan saya perlu contact terus ke pejabat Bahagian Pendidikan MARA. Wau... Gila tidak?

Aku pun... Heeee.. Ndak pa lah. Kita try. Kerani tu pun bagitahu la procedure dia macam mana.

Kena ada surat rasmi la. Kena call HQ la. Kena e-mel la. Aku dah buat bah semua tu.

Tambah lagi dengan kabel bekas cikgu aku dari MRSM KoKi dulu. Pun.. Tidak kena layan.

Ai.. Aku pun proceed untuk tanya pihak SMK Merpati.


Kau bayangkan la masa tu. Aku kat Tanjong Malim. Apa bodo la budak ni minta izin dari semenanjung tapi mahu praktikal di Sabah.

Ya la.. LM ni. Buat masa cuti sem. Jadi aku fikir aku dapat baliklah untuk praktikal di sana. 

So, habis 14 minggu kuliah. Final exam / assesment. Balik Sandakan. Boom. Praktikal di sana.

Alhamdulillah. Urusan penempatan dipermudahkan. Dengan bantuan 1 orang kawan la yang mintakan cop dan tandatangan pengetua / pentadbiran di sekolah tu. Thank you bro. Hehe.


Terus tiba-tiba pula... Pihak tu.. Haa tu. Ada pula collab dengan IPT kami untuk guru praktikal di MRSM tu.

Aku macam.. Ai.. Nak juga pergi. Tapi macam kurang ajar la kan. 

Kau sudah minta izin dengan sekolah tu. Tiba-tiba pindah tanpa pemberitahuan.

Tidakkah macam bagi harapan palsu tu.


Aku pun.. Okey la. Proceed je lah Dil di SMK Merpati.

.

.

.


26 Julai 2021

LM 1 pun bermula. Tapi AKU? Masih kuarantin.

Okey, ceritanya begini. Sepatutnya aku balik 2 minggu sebelum praktikal bermula. Supaya aku boleh prepare la segala urusan kuarantin, surat lapor diri, jumpa pengetua. Dan untuk makluman anda semua, kerajaan Sabah sudah tetapkan kuarantin wajib selama 14 hari bagi individu yang pulang dari Semenanjung.


Sekalinya bila aku try minta kebenaran dari Balai Tg Malim. Mananya dorang izinkan. Siap dimaki lagi.

Kalau ikutkan kepala aku. Aku nak proceed je untuk palsukan dokumen. PCR test punya result, klinik swasta boleh atur. Tapi disebabkan aku ni masih boleh berfikir panjang.

Haa.. Aku tak jadi buat benda tu. Risiko. Nanti ada apa-apa jadi. Universiti aku yang kena.

Aku pun telefon la pentadbiran sekolah Merpati tu.

Aku bagitahu la yang aku nak lapor diri secara dalam talian. Tapi mereka mahu juga secara bersemuka.

So, mahu tak mahu. Kena ikut. Aku cakap je yang aku lambat seminggu untuk mulakan praktikal di sana.

Jadi, urusan pun settle.


.

.

.


2 Ogos 2021

Habis kuarantin. Aku pun lapor diri dengan PK Pentadbiran di sana. Aku satu orang je.

Nak buat macam mana. Dah lambat seminggu. Satu orang je la. Yang guru pelatih lain dah lapor diri pada minggu lalunya dan terus mendapat guru pembimbing masing-masing.

Tengok.. Legend ka? Kawan-kawan yang aku praktikal sekali tu pun aku tak kenal. Muka pun tak nampak. Entah macam mana.

Jadi untuk urusan lapor diri. Tiada masalah. Komer ikut je apa yang penyelaras kamu suruh. Guru pembimbing pun okey. Tiada masalah.

Aku bagi taklimat ringkas ja kepada guru pembimbing. Pentadbir pula remind-kan yang aku kena sentiasa hantar RPH sebelum pukul 6. Sebab benda tu kena masuk dalam sistem KPM.


Keesokan harinya, kelas pun bermula. Kau tau cabaran PdPR ni macam mana. Sakit gila.

Yang hadirnya berapa orang je. Boleh kira pakai jari bhai.. Sampaikan aku pula ketawa sendiri bila mengajar.

Ketawa bukan sebab gembira. Ketawa sebab perangai student tu sama macam kita. Hak eleh. Jangan tipu la.

Mesti korang pun bila ada kelas, tutup mic, tutup camera. Lecturer tanya, respon entah ke mana. Tak pun tidur. Wkwkwkwkw.

Aku pun redha je la geng. Kita buat yang terbaik. Selama aku mengajar 8 minggu untuk 2 kelas ni.

Aku okey je. Tiada masalah. Aku cuma kesiankan dorang tahu. Yang tak join kelas, tak buat kerja.


Kalau ada masalah line tu, aku tak peduli sangat la. Kongsi dengan telefon parents. Nak buat macam mana. Masing-masing ada kesusahan sendiri. Masalah line. Data. Bukan semua orang guna Wi-Fi. Kita yang ada kemudahan Wi-Fi laju 30 mbps ni pun malas-malas. Apatah lagi dorang.

Cabaran PdPR ni. Jujur aku cakap. Aku tak boleh explain banyak. Telefon pintar, masalah gajet, signal coverage di suatu kawasan. Itu kerja menteri komunikasi dan syarikat telco la. Tapi apa dorang buat. Untung atas kerja je dibentang.


Cumanya. Yang ada kemudahan tapi pemalas ni? Haa. Yang ni layak kena maki. Bapa betul la.

Status / story bukan main. Game la. TikTok la. Streamer-streamer la. Padahal noob gak.

Aku mahu marah pun. Aku sebenarnya malas bah. Bukan cara aku. Maki? Bukan cara aku. Motivasi dan dorongan tu cara aku. Kau fikir sendiri lah bah. Bukan kita manusia ni bodoh pun.

Ada akal juga. Kalau demotivated. Okey.. Aku tak boleh halang juga. Sebab PdPR / ODL buat mental pelajar drained tau. Sebab benda tu aku dah rasa masa semester 6 sampaikan result aku sekadar LULUS sahaja. Bukan dekan atau kelas pertama.

Aku give up. Tapi aku restart. Aku gain all the problem dan kumpul semangat tu balik. Yang penting ada process tu 1%. Daripada tiada apa-apa. Asal ada. Trust the process.


Ini... Wah.. Internet laju, bilik selesa, rumah besar, TikTok-TikTok, lepastu ndak masuk kelas, kerja ndak buat. And then nanti salahkan cikgu. HAHAHAHAHAAH. Woih! Aku ndakkan sentapkan siapa-siapa haa. Pandai-pandai terasa.

Sedarlah pelajar woih. Tugas kita ni menuntut ilmu bukan membongak. Ibu bapa kita ni mati-mati kasi sediakan nasi atas pinggan kita. Apa yang kita buat? Gitu juga perangai.

Ini belum cerita budak form 4 / form 5 kerja part time untuk sara keluarga.

Aku menangis bhai.. Depan guru pembimbing aku. Form 4... Form 5.  Buat kerja part time sial. Aku kerja part time pun masa Degree. Bila renung balik. Allah... Kenapalah dorang diuji sebegitu.

Aku terkilan bhai.. Sebab tidak mampu lakukan apa-apa.


Pendidikan ni hak asasi manusia bah. Memang kamu yang form 1 - form 5 ni memang ndak faham la.

Cuma.. Benda tu buat kamu akan sedar. Mahu ubah sesuatu tamadun / masyarakat ni. Dengan ilmu.

Ilmu bisnes, ilmu elektrikal, ilmu gunting rambut, ilmu pertukangan, ilmu agama, ilmu fardhu ain'. fardhu kifayah.

Aspek ilmu ni terlalu luas tuan. Panjang mahu huraikan. Knowledge is powerful.

Tapi ya lah.. Kita ni generasi yang didedahkan dengan teknologi, mak bapa hidup senang, elaun setiap bulan kena bagi parents, manusia pun makin pemalas, malas membaca, malas itu dan ini.

Bukan kamu saja. Aku pun. Serius. Kemalasan ni benda yang sukar untuk dibendung.


Ustaz aku cakap. Malas ni penyakit diri sendiri sudah. Tiada orang boleh tolong.

Bapa kau bagi gajet, Wi-Fi, bilik, bagi motivasi tinggi melangit, kalau kau malas. Budu juga kau.

Kalau yang tiada kemudahan tu. Kita faham lah bah kan. Macam mana juga.

Aku harap. Kamu fahamlah aspek tu.


Dan aku betul-betul hargai dan respect la dengan pelajar yang banyak halangan pun still boleh tahan dengan PdPR ni. Hantar kerja jam 1 - jam 2. Jujur aku cakap.

Aku mendoakan kejayaan kamu. Setiap sujud aku sentiasa berdoa supaya kena buka sekolah.

Supaya murid-murid ni dapat berinteraksi secara normal. Kenangan di sekolah ni la sepatutnya akan dikenang.

Tapi tulah. Ujian virus COVID-19 ni. Ai... Aku pun ndak tahu bagaimana mahu ulas. Faham masing-masing lah bah kan.


Aku sedih sebenarnya ndak dapat bersemuka dengan guru-guru dan murid-murid ni. Sampai setiap malam aku salahkan diri aku sendiri sebab ndak dapat bagi pengalaman belajar yang bagus untuk dorang teruskan menuntut ilmu. Aku betul-betul minta maaf. Itu saja aku mampu lakukan.

Bila hantar kerja 9 orang daripada 43 murid. Sakitnya tu. Tuhan saja.

Setiap persoalan bermain di kepala aku?

"Dorang ni macam mana haa kalau buka sekolah nanti?", "Dapatkah dorang tahu konsep ni haa?" "Nanti kalau ujian, dapatkah dorang jawab soalan ni haa?"


Aku ndak mahu dorang jadi bodoh bah. Perit bodoh bila dilanda dalam ketidaktahuan, kejahilan dan kebodohan. Aku mahu kaitkan dengan pengalaman hidup pun. Aku ndak dapat proceed-kan.

Data lagi, Internet dorang lagi, line dorang lagi mahu kena consider.

Kalau boleh kan, semua yang aku ajar dengan dorang ni. Supaya dorang tahu bah apa makna kehidupan.

Apa tujuan kita belajar ni. Bukan membuta tuli semata-mata.

Aku pun Anime-Anime juga. K-Drama, PS5. Benda-benda lagha ni aku ndak terkecuali juga.


Tapi tolong bah. Kasi bahagi-bahagi priority / kepentingan kita tu. Mahu dunia ni terus jadi korupsi, makan rasuah, pengawai-pengawai kerja cukup punch card, makan pagi lepak, punch out. Bodoh tu semua tu.


Sorry. Emosi sikit. Hehe. Cikgu tidak sepatutnya begini. Tapi aku manusia biasa. Faham tu.

Itu saja kot. Sebab begitu-begitu saja lah bah pengalaman aku mengajar masa LM 1 ni.


Sediakan RPH, buat slide PowerPoint, baca buku balik, tengok YouTube untuk mendalami balik konsep yang perlu diajar. Minta cadangan / penambahbaikan  daripada guru pembimbing. 

Busy tu ada la juga. Kalau buat last minute tu sakit la.

Kadang aku tidur jam 3 pagi just untuk sediakan RPH / bahan. Jadi yang pelajar tu faham-faham la. Sistem pendidikan kita ni huru-hara sikit bah. Kesian cikgu-cikgu yang pegang banyak kelas tu. Sediakan laporan lagi. Key-in kehadiran kamu lagi dalam sistem. Waih... Jadi, permudahkanlah urusan mereka.


Untuk pencerapan. Biasa-biasa juga bagi aku. Kalau kau hebat. Okey la. Guru pembimbing kau bagus, kau ikut saja apa dorang cakap. Kau boleh go. Termasuk juga la SV kau. 

Kalau SV kau pun jenis-jenis strict, cerewet, minta itu ini. Susah jugalah. Yang penting. Teruskan berusaha tu. Insya-Allah boleh habis juga. Jangan give up. Hwaitinggg!


.

.

.


27 September 2021

Setelah 8 minggu berlalu dengan mengajar kelas, PdPR, taklimat, sikit-sikit juga pasal aktiviti kokurikulum.

Maka tamatlah Latihan Mengajar 1 kami. Dan pada hari inilah baru guru pelatih ni. Termasuk aku dan lain-lain tu terjumpa pada pertama kali. Berkumpul secara total.

Pemberian cenderahati dari pihak kami kepada pihak SMK Merpati berjalan dengan lancar.

Sedikit perkongsian daripada pengetua seterusnya dari PK Pentadbiran.

Best dengar pengalaman dorang.

So, untuk Latihan Mengajar 2. Get ready. And lepas habis, sedia-sedia la graduated.


Aku tidak perincikan tentang borang-borang LM. Itu semua kamu boleh dengar melalui taklimat penyelaras dan pihak pengurusan.

Itu saja kalie daripada aku. Waih.. Mengantuk.. 

Kalau ada apa-apa soalan. Just email ja pada aku.

Pengalaman kah, apakah, LM 1 kah, PPG kah, praktikal kah, perkongsian kah, hidup kah.

Aku jawab dengan jujur. Rahsia disimpan. Lepas jawab, delete.

E-mel: hanamimarch@gmail.com


Bah. Mengantuk sudah. Panjang juga aku menulis haa. Haha. Bye.


Yang bercerita,

Aidil

Comments

Anonymous said…
terbaik cikgu!
Anonymous said…
good luck sir!
Amalia said…
It's been a while and to my surprise you've become a teacher now. *high five* because I'll be a teacher too in few more years. I had a nice read, please write more because your words are all mind opening. (I wonder if you still like One Piece, no? Yes?) 🤣
Narator Jalanan said…
Hmm.. Amalia Nafiesah right? Rasanya dah bertahun. Haha. Oh, jadi cikgu juga. Banyak dugaan tu. Haha. Apa-apa pun. Good luck for your future too. Insya-Allah akan terus menulis. Tapi bukan selalu. Last question? Yup, masih minat One Piece. Masih follow up sampai sekarang. Tq sebab singgah blog

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekarang, t

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Kalau benda ni tak jadi. K

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . .

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t