Bismillah.
Assalamualaikum dan Hai. Fuh.. Lama ndak tulis blog. Hari ni seperti yang diberitahukan akan menulis serba sedikit pengalaman semasa menjadi guru pelatih di sekolah tersebut.
Pertama sekali, tahniah kepada pemenang PRN Sabah. Aku cakna juga hal-hal politik ni cuma jenis yang tidaklah hebah-hebahkan. Hehe. Lepas ni jangan ketepikan rakyat, kau lupa rakyat. Hidup rakyat melarat. Haa.. Bodoh la kau. Ops.. Maaf terkasar bahasa. Hehe.
Okay.. Like always. Melalui persoalan.
"Kenapa sekolah ni?"
Selepas berakhir aku di sekolah perempuan dulu. Boleh baca, klik link.
Aku terdetik sebenarnya, macam mana pula suasana bila berada di sekolah lelaki?
Yang semuanya lelaki. Adakah samseng? Adakah nakal? Adakah kurang ajar? Dan adanya.. Adanya..
Jadi, selepas melangkah keluar dari sekolah perempuan tersebut. Aku merancang untuk ROS di sekolah lelaki. Pilihan aku ketika itu, sekolah St. Mary.
Tapi disebabkan sekolah tersebut jauh dari rumah. Mengambil faktor minyak kereta, jarak dan seumpamanya. Aku pilih jugalah sekolah lama aku. Ndak pa lah, lagi pun ramai lelaki juga dalam sekolah ni.
Jadi, ada la satu kawan sekolah rendah perempuan yakni Julia (bukan nama sebenar) mengajak aku untuk sekali ROS dengan dia. Yalah.. Masa dia PPG 1 dulu, dia ditemani kakaknya.
Maka, untuk kali kedua ini pula. Dia pun mahu berteman supaya ada jugalah rakan yang boleh ajak bersembang bila berada di sekolah.
Dipendekkan cerita, dia pun bertanya kepada aku. Di mana tempat yang ingin di-ROS-kan.
Fikir punya fikir.. Ndak pa. Sekolah nilah kita pergi. Dia pun okay, aku pun okay.
Oh ya, sebenarnya aku pernah sekolah di tempat tersebut semasa tingkatan 1 selama sebulan sebelum aku melangkah ke sekolah asrama penuh di Kota Kinabalu.
Jadi, ada jugalah beberapa cikgu yang aku ingat di sekolah tu.
Seperti yang sedia maklum, sebelum ROS di sekolah tersebut. Kami dikehendaki meminta persetujuan daripada pengetua. Jadi, semasa cuti sem semester 3 haritu. Kami sudah pun minta persetujuan daripada pengetua tapi...
JENG.. JENG.. Pandemik Covid-19.
Maka huru-haralah jabatan-jabatan yang menguruskan kemasukan kami ke sekolah yang kami setujui dulu. Patutnya kami ROS bulan 6 (cuti semester 4) tapi disebabkan PKP dan hal-hal yang menjadi kekangan di dunia kita, maka jadilah PPG-nya pada bulan 8.
Haa ini pun banyak isu juga. Jabatan universiti kami dah keluar statement bahawa ROS kami pada tahun depan yakni ketika cuti semester 5. Tapi boleh-boleh pula dia keluar statement untuk ROS pada bulan 8. Dalam keadaan yang last minit, kami dikehendaki untuk meminta tandatangan sekali lagi pada pengetua untuk persetujuan bahawa kami boleh diterima di sekolah tersebut. *facepalm*
Mahu marah pun. Malas. Mahu merungut pun. Aku malas. Jadinya, aku dan si Julia ni datang lagi ke sekolah untuk meminta persetujuan. Print lagi borang, email lagi borang, urus itu, urus ini.
Alhamdulillah. Dipermudahkan segala urusan, pengetua pun menerima kami dan menyuruh minta tandatangan daripada Penolong Kanan. Pengetua sekolah ni santai, baik dan berdedikasi. Jadi kami tiada masalah.
Dapat persetujuan. Jumpa 25/8/2020.
25/8/2020
Di sinilah.. Di sinilah.. Permulaan aku melapor diri. Aku seperti biasa, datang awal ke sekolah. Check suhu, ikut SOP, bertegur sapa dengan orang-orang di sana. Manakala Julia datang lambat sikit.
Aku pun jumpa PK dalam bilik dan menceritakan serba sedikit tentang tugasan yang kami perlu selesaikan. Sembang.. Sembang.. Maka PK pun menyuruh salah satu guru untuk membawa aku kepada guru pembimbing. Guru pembimbing tersebut mestilah yang ajar Fizik. Yalah kome, aku pun ambil course Fizik. Mana tak nya kenalah cari guru pembimbing yang ajar Fizik.
Naiklah aku satu orang ke bilik guru tersebut bersama guru tadi. Selesai sampai dalam bilik guru, aku ditempatkan satu meja kosong sementara menunggu guru pembimbing tiba. Sampai saja guru pembimbing, aku pun pung.. pang.. pung.. pang.. bercakap berkenaan tugasan yang aku kena selesaikan.
Guru tersebut bersetuju dan urusan guru pembimbing pun selesai.
Untuk 3 hari pertama di sekolah agak suram sikit. Yalah. Relief tiada. Asyik di meja saja.
TAPI
Haa hari ketiga, debaran kian terasa. Ceh.. Ini PK HEM yang jumpa. PK HEM menjumpai Julia dan bertanyakan apa kami dapat dalam masa 3 hari ni. Nada beliau agak tegas.
Aku jammed otak masa tu. Julia kelihatan pucat.
Aku pun bagitahu yang aku dah selesaikan serba sedikit berkenaan sukatan pembelajaran.
Jadinya, PK HEM memberitahu untuk buat appointment pada mana guru-guru yang terlibat untuk tugasan kami. Takutnya tiada masa, takutnya tiada hasil pada laporan kami. Haa. Menjawab la kome.
Syukur.. PK HEM banyak membantu kami. Dari pengurusan sekolah, pengurusan itu, pengurusan dalam bilik darjah dan sebagainya.
Pengetua.. The legend. Cerita beliau sungguh aku kagumi. Ceritanya boleh sampai 2-3 jam. Beliau menceritakan tentang perjalanannya sebagai pendidik, terlibat dalam pengurusan sekolah, zaman belajar masa dia di UKM, berurusan dengan pihak PPD / JPN, dan mana-mana hal yang berkaitan dengan pendidikan.
Sungguh beliau bercerita macam kawan-kawan kita bercerita dengan kita. Aku jenis suka dengar cerita. Maklumlah jenis kaki-kaki lepak midnight thoughts 3 a.m., aku layan ja lah. Sayang kalau kita tidak ambil pengalaman, ilmu yang diceritakan. Sebabnya, fasa-fasa yang dia lalui tu, banyak mengajar kita.
Terpulang mahu ambil atau tidak.
Murid-murid? Fuh.. Ini part paling aku suka. WOW! Macam kita bren..
Uii. Nakal tu Masya-Allah. Ndaklah nakal yang kurang ajar. Lebih kurang macam kita, suka kacau-kacau, bergurau senda. Mungkin kalau orang jenis 'kuat protokol' akan rasa budak=budak ni kurang ajar dan biadap. Tapi sebenarnya tidak pun. Still the respect masih ada.
Pengetua ada cerita juga yang murid-murid di Sabah, masih boleh dengar cakap. Kalau kawasan-kawasan bandar, sekolah kluster-kluster, sekolah yang orang cakap memang jenis langsung tidak dipeduli. Haa. Merasa la kau. Sampai boleh menangis.
Kalau ada kelas relief dan ada kelas perlu diganti. Aku strict-kan muka aku. Acah garang. acah kuat, acah taiko, acah ndak boleh gaul dengan murid-murid. Padahal aku okay ja. Dia kalau sudah bising-bising tu, aku teriak ja. Diam terus. Lepas tu gurau. Lepas tu nasihat. Lepas tu cerita pasal kenakalan yang aku pernah buat dulu bersama kawan-kawan.
Cerita sikit pasal disiplin. Cerita sikit pasal apa kita boleh berbakti kepada ibu bapa. Teruskan usaha walaupun result ndak berapa bagus. Beritahu tentang pentingnya kita menuntut ilmu. Untuk ubah hidup kita. Mengubah masyarakat di sekeliling kita dan beberapa pedoman yang perlu diterapkan sebagai seorang muslim dan entahlah. Haha. Ada la tu aku cerita.
Faham ndak faham tu. Aku serahkan segala pada Tuhan. Yang penting tugas aku sudah selesai untuk kelas tersebut.
Bergaduh? Fuh.. Ada. Masa ambil wuduk.
Ini first time aku touch pelajar di sana. Dipendekkan cerita, aku diajak oleh murid untuk jadi imam solat Asar di surau selepas jaga kelas mereka. Ada pula drama berlaku masa ambil wuduk tu. Pelajar form 1 kah form 2 ndak silap. Mahu bergaduh.
Aku tolak bahu dorang dua. Dan suruh menyuruh memukulku sehingga tumbang.
Kalau dah tumbang. Haa. Bergaduhlah puas-puas. Suasana terus jadi sunyi.
Dua murid tadi masih terpaku diam. Last-last aku suruh diorang meminta maaf sesama sendiri dan gerak dalam surau untuk solat. Alhamdulillah. Seusai solat, tiada bunyi.
Untuk pergaduhan kali kedua di sana, aku tidak sempat melihat. Sebab berlaku pada budak sesi pagi. Tingkatan 3. Tapi tanya ada calar sikit terkena kaca tingkap. Bergaduh tu tidak kisah tapi bila dengar perincian kes, aku geram juga sebab diorang tu dilaga-lagakan lagi sedangkan boleh saja kawan-kawan di dalam kelas dia tu leraikan.
Tapi kes tu guru disiplin siasat keesokan harinya. Aku sempat berjumpa mereka berdua untuk bercerita dan memberi nasihat. Diorang menyesal dan janji tidak akan melakukannya. Cerita sikit pasal pergaduhan pasal di asrama dulu dan mereka khusyuk mendengar. Gaduh tu ndak gaduh bukannya masalah.
Biasalah remaja lelaki. Saikologi dan persekitaran kondusif. Tunjuk kuat, acah kuat tapi bila sudah sampai tahap, insya-Allah dorang sedar juga. Bab rotan, mahu juga apply. Tapi ai.. Aku ni siapalah mahu berbuat demikian. Guru pelatih saja kot.
Cukup kita bagi dulu jenis saiko dan ayat-ayat.
Hari demi hari pun berlalu. Terserempak dengan pengetua dan beliau memberitahu bahawa ada tiga budak USM akan ROS juga di situ. Tapi mereka sesi pagi la. Kami pun kena tukar ke sesi petang sebab banyak cikgu CRK, cuti bersalin sebelum menunggu guru ganti dari PPD untuk datang mengganti.
Pada minggu ketiga, bila sampai jam 11-12 tengah hari. Aku nampaklah dorang duduk dalam bilik operasi tu. Tapi masih juga tidak bertegur sapa. Bertegur sapa pun ketika mereka sedang otw ke gate untuk memeriksa suhu bagi pelajar sesi petang.
Cerita serba sedikit tentang latar belakang course yang diambil. And then pergi bilik guru.
Untuk hari-hari seterusnya, still tidak bertegur sapa. Hahaha. Aku rasa lawak ni, padahal boleh saja pun aku intro untuk memperkenalkan diri dalam bilik operasi tu. Tapi masih segan dan malu-malu kucing. Yalah. Perempuan kot dorang semua. Bukan aku biasa mahu bergaul dengan perempuan ni.
Engkau pikiaq aku ni apa? Peter Kavinsky? Jumpa terus okay dengan perempuan. Gilalah.
Dan..
Kami start bercakap masa aku dan Julia dah nak habis ROS di sekolah tu.
Itu pun.. Aku radu saja masuk bilik operasi tu. Dan bercerita terus.
Kenalkan diri la acah-acah. Kononnya hari ni last day kitaorang la. Pengetua mahu buat majlis untuk kami sebagai tanda penghargaan dan sebagainya.
Ndak sangka. Diorang pun join sekali dalam majlis tu.
Pengetua pun beri sepatah dua kata kepada kami semua. Hidangkan beberapa makanan untuk kami.
Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi pengetua.
Keesokan harinya, aku turun juga. Hahahahah. Sebab guru-guru dalam bilik guru tu ada bual dah sebelum-sebelum tu.
Bahawa diorang mahu buat jamuan sikit. Potluck la katakan untuk meraikan pemergian aku dan Julia.
Aku pun insya-Allah insya-Allah ja bila ada guru menyuruh untuk datang pada hari Jumaat tu.
Bila kak Michelle (bukan nama sebenar) update WhatsApp story. Fuh.
Aku rasa bersalah ya amat.
Aku sebenarnya tidak dapat hadir disebabkan tiada kereta. Mama kerja pagi. Hantar mesej kat kak Michelle untuk beritahu guru-guru di sana yang aku tak dapat join. Minta maaf.
Tapi bila tengok. Makanan-makanan tu. Weih. Ndak boleh jadi. Kena usaha ni Dil.
Menempah Grab. Boom sampai sekolah. Bayangkan patutnya hari Rabu tu kami dah habis. Tapi still aku datang juga sampai hari Jumaat. Tapi Jumaat tu aku datang jam 9 lah. Haha.
Sampai gate. Lalu kantin. Alamak. Ada pengetua dan PK-PK. Aku senyum-senyum saja. Beritahu ada jamuan sikit.
Pengetua memahami. Beliau mengangkat tangan memberi isyarat okay. Cikgu Apo dan cikgu Ciku (bukan nama sebenar) turut menyapa aku. Aku pun mengucapkan selamat dan berlalu dari situ.
Makan-makan. Ambil gambar sama cikgu Ciku dan guru pembimbing. Berjumpa lagi dengan budak tingkatan 5 untuk minta tolong angkat almari. Hari-hari terakhir di sekolah tersebut, sungguh tidakku sangkakan.
Yalah. Kalau ikut analisis. Bila dah borang kehadiran dan ulasan guru pelatih dah kena cop dan ditandatangangi. Kami dah selesai hari Rabu tu. Untuk keesokan harinya tidak payah datang
Tapi haa.. Bad news yang diceritakan oleh Julia tidaklah bad news sangat sebabnya Khamis tu pengetua nak buat majlis perpisahan.
Manakala Jumaat guru-guru di bilik guru pula membuat acara kecil-kecilan.
Tidak disangka, begitu cantik aturan Allah s.w.t. Syukur, Alhamdulillah.
Tentang tugasan. Biasa-biasa ja tentang kemahiran pengurusan sekolah, kokurikulum, sukatan pembelajaran, semua tu pun selesai dengan jayanya tinggal touch up sikit lagi pada laporan.
Untuk penstrukturan pelajar USM pula, mereka perlu ada satu komuniti projek harus dilaksanakan pada sekolah tersebut.
Begitulah universiti, begitulah setiap institut. Ada latar belakang yang berbeza.
Apa-apa pun belajarlah dengan ikhlas. Hehe.
Yang bercerita,
Aidil
Comments