Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

Menakluki Gunung Kinabalu Pertama Kali (28 June 2022); Bahagian II (Near to the resthouse Laban Rata / Panalaban)

Rex Orange Country playlist (np); 11.29 a.m.; Bilik sendiri, Sandakan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Di tengah perjalanan dengan langkah yang begitu kecil. Aku terjumpa seorang abang yang berehat di salah satu batu di kaki gunung tersebut. "Okay, bang?", soalku ringkas kepadanya. "Okay.. Penat la.", jawabnya. "Steady saja." Aku duduk sekali di salah satu batu yang terdampar. Aku bertanya dari mana asalnya. Dia menjawab; orang KL. Pertama kali naik Gunung Kinabalu? Ya. I see... Sama juga seperti aku. Dia dah booking slot untuk Gunung Kinabalu ni dari dua tahun yang lalu lagi tapi disebabkan kekangan pandemik COVID-19. Terpaksa tundah.. Tundah.. Dan akhirnya barulah dapat naik. Tiada pertanyaan lanjutan. "Dengan kawan ke?, Naik apa?,  Belajar kat mana?". Tiada. Aku terus melangkah meninggalkan dia. Dia masih berehat di atas batu tersebut. Hanya ungkapan yang sempat aku berikan, "Good luck!". Aku terus melangkah. Memang kali ini aku

Menakluki Gunung Kinabalu Pertama Kali (28 June 2022); Bahagian I

cavetown playlist (np); 9.29 p.m.; Bilik sendiri, Sandakan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Assalamualaikum, salam sejahtera dan hi kepada semua pembaca. Maaflah sebab post terbaru kali ini agak lambat sebab sibuk dengan hal-hal duniawi. Itulah.. Inilah.. Ada saja kena settle-kan. Okay.. Itu pedulikan. Untuk entri hari ini aku ingin bercerita tentang pengalaman menaiki Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia dengan ketinggian 4095 m. Orang bilang kalau ingin jadi pure Sabahan. Gunung Kinabalu ni kena naik. Mana la. Kalau orang tiada rezeki? Tiada kemampuan? Ndak dapat juga tu. Lain orang lain rezeki. Kena faham yang itu. Jadi jangan sembarangan je cakap yang Sabah ni pelik kalau tak naik Gunung Kinabalu tu 😒. Hempuk kepala hang!  Tidak bhe.. .... .. . 17 Mei 2022 Jadi kisahnya bermula begini. Ketika aku sibuk melihat WhatsApp Status rakan-rakan di WhatsApp. Ada satu paparan maklumat daripada seorang rakan yang membuatkan aku ter-stun kejap. Aku tanpa perancangannya yang tiada apa-apa.