Skip to main content

Menakluki Gunung Kinabalu Pertama Kali (28 June 2022); Bahagian II (Near to the resthouse Laban Rata / Panalaban)

Rex Orange Country playlist (np); 11.29 a.m.; Bilik sendiri, Sandakan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Di tengah perjalanan dengan langkah yang begitu kecil. Aku terjumpa seorang abang yang berehat di salah satu batu di kaki gunung tersebut.

"Okay, bang?", soalku ringkas kepadanya. "Okay.. Penat la.", jawabnya.

"Steady saja." Aku duduk sekali di salah satu batu yang terdampar. Aku bertanya dari mana asalnya.

Dia menjawab; orang KL. Pertama kali naik Gunung Kinabalu?

Ya.

I see...

Sama juga seperti aku.

Dia dah booking slot untuk Gunung Kinabalu ni dari dua tahun yang lalu lagi tapi disebabkan kekangan pandemik COVID-19. Terpaksa tundah.. Tundah.. Dan akhirnya barulah dapat naik.

Tiada pertanyaan lanjutan. "Dengan kawan ke?, Naik apa?,  Belajar kat mana?". Tiada.

Aku terus melangkah meninggalkan dia. Dia masih berehat di atas batu tersebut. Hanya ungkapan yang sempat aku berikan, "Good luck!".

Aku terus melangkah.

Memang kali ini aku tidak dapat berjalan seperti biasa. Walaupun aku sentiasa menitikberatkan 10 ribu langkah sehari setiap hari. Tapi untuk menakluki guning ini. Ini bukan 10 ribu yang perlu difokuskan. Ia lebih kepada kekuatan otot di bahagian paha. Fokusnya di sini, sebelum anda ingin menaiki mana-mana gunung, anda perlu lebihkan latihan otot di paha.

Asyik naik.. Naik... Naik.. Tiada turun-turun. Jalan rata yang berliku pun berapa peratus sahaja.

20 minit dah berlalu.

Aku memandang ke belakang, tiada orang. Aku mendongak sikit kepala ke hadapan untuk melihat kelibat Jeanette dan Vera. Pun.. Tiada juga.

Kini.. Tinggal aku seorang-seorang. Orang yang baru reach the summit pun tiada yang lalu.

Asal.. Tiada orang eh? Biasanya.. ada saja. Kebiasaannya dalam selingan ini, anda akan melihat mereka-mereka yang baru sahaja balik dari resthouse untuk kembali turun ke bawah (Timpohon Gate / Kinabalu Park).

Langkah semakin resah. Hanya bunyi angin yang menemani. Ingin saja ku teriak untuk melihat keadaan sekeliling. Sama ada masih ada manusia yang mendaki atau turun ini gunung.

Berjalan.. Jalan...

Shuuuhhuuuu.... *bunyi angin*

Shuuuh.... *bunyi angin*

Aku hanya bersangka baik. Tiada apa-apa perasaan musykil langsung. Ini cuma satu bayuan angin yang sentiasa dirasai setiap manusia setiap kali berada di kawasan gunung.

Siapa-siapa yang tinggal di kaki gunung akan faham keadaan ini.

Satu bayuan angin sekali lagi lalu di hadapan aku. Kali ini dalam jarak 4 meter bayuan ini dirasai lalu menggoncangkan dahan-dahan pokok di sebelah kanan aku.

Aku menarik nafas panjang... Tarik.. Hembus...

Aku melihat di mana aliran angin tersebut melanggar dahan pokok di sekitar sini.

..........

....

.

Aku terlihat kelibat hitam seolah-seolah kain panjang hitam yang terhampar panjang kira-kira 3 meter panjang.

Dahi berkerut. Bibir diketap. Tangan bergetar.

"Dil... Tiada apa-apa ni. Makhluk Allah juga ni." monolog diriku.

Aku menutup mata. Lalu menghembus nafas panjang. Tarik... Hembus.

Ayat Qursi dibaca diteruskan dengan Zikir Bismillah 5, diakhiri dengan Ayat 3 Qul (Al-Ikhlas | Al-Falaq | An-Nas).

Ku cuba memahami makna (lupa-lupa ingat terjemahan doa yang dibaca). Diniatkan agar tajwid juga dapat dibaiki.

Mata dah dibuka. Kepala masih tertunduk. Bukannya takut untuk melihat kelibat tersebut. Cuma fokus untuk diri sendiri kali ini.

Kalau memang ia cuma makhluk digelar 'hantu' atau gelaran-gelaran yang sering dicerita-ceritakan orang.

Sekali lagi. Mereka juga makhluk Tuhan.


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ 

Az-Zariyat Ayat 56 : Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.


Dalam keadaan kepala masih tertunduk. Aku mengeluarkan kata yang tidak terfikir dek akal aku sendiri. Secara spontan;

"Aku tiada kacau apa-apa di sini. Batu, dahun, kah apa kah, bunga kah. Kalau ada tersilap langkah. Aku minta maaf. Niat ku cuma satu di sini. Aku mahu naik gunung ini sahaja. Habis besok sampai puncak. Aku turun. Kau makhluk, aku makhluk. Kita lemah. Semua atas keizinan-Nya. Semua milik Allah."


Kepala diangkat. Melihat sekali lagi di mana kelibat tersebut dinampak.

Tiada... Tch... Macam-macam dunia ni.

Aku teruskan melangkah. Masih seorang diri.

Dalam 10 minit kemudian barulah nampak orang-orang turun ke bawah semasa aku masih mendaki. Seperti biasa: "Good luck sampai puncak", "Tak lama lagi sampai tu". etc.

Senyum dibalas. kata juga diungkap. Terima kasih berbalas.


Dalam melangkah dengan langkah kecil. Kedengaran satu suara yang familiar. 

"Oii Dil.". Joeslee rupanya. Mountain guide aku. Baru ku teringat rupanya kami meneruskan pendakian terlebih dahulu yang di mana dia masih di belakang kami. 

Ada juga beberapa mountain guide dan pendaki yang lain. Dia bertanya ke mana dua orang lagi. Vera dan Jeanette?

Aku ceritakan kenapa mereka berdua di hadapan dahulu. Kaki aku cramp. Tongkat dibagi sampai dua. Ubat sapu cramp dibagi. Haha.

Joeslee membalas bahawa kaki aku kembali sejuk sebab rehat terlalu lama di pondok Layang-Layang tadi. Bagi mengelak kaki kejang. Kita tidak perlu rehat terlalu lama kerana kaki akan kembali sejuk. Reset la orang bilang.

Apabila kaki dah tidak terbiasa pace sebelumnya. Kaki dah start cramp.

Oh.. Begitu rupanya. Joeslee mengikut rapat di belakang aku. Fikirkan... Kami dah sampai di resthouse.

Rupanya ada satu orang lagi pendaki dia yang tertinggal oleh dua Sumandak. Haha.

"Berani-beraninya dorang kasi tinggal kau. Ndak tahu bagus" Joeslee memerli. Haha.

Aku okay saja. Tidak akanlah dorang mahu tunggu aku dengan kaki begini. Sudahlah lambat. Langkah macam kura-kura. Bosan nanti dorang. Haha.


I see... Aku dah nampak. Kelibat dua orang Sumandak. Vera dan Jeanette.

Rupanya dalam beberapa minit sahaja lagi. Kami akan sampai ke resthouse.

Pemandangan yang di mana mereka tunggu kami juga cantik. Ada juga beberapa pendaki mengambil gambar dan berehat di tempat tersebut. 

Boleh nampak satu tatapan bumbung hijau di sana. Di sana la resthouse tersebut. Tempat berehat setelah berjam naik.

Aku melabuhkan punggung di atas salah satu batu. Fuh... Berkabus.. Bayuan angin sejuk yang dapat dirasai. Udara yang segar ditarik sedalam-dalamnya.

Fuh... Macam filem-filem..



Redbull dibuka lalu diminum disertakan coklat bagi membekalkan tenaga.

Vera dan Jeanette menceritakan pengalaman mereka. Agak menghairankan bagi mereka kerana cuaca hari ini begitu baik. Ketika mereka naik pada bulan Januari.

Kabus menebal. Cuaca kurang baik. Persediaan juga tidak berapa rapi bagi Vera.
Ia juga menghairankan bagi aku sebab satu titik hujan pun tidak ada yang turun.

Setelah mengambil story, video, gambar, rest kejap untuk minum-minum. Kami pun melangkah kembali.
Sikit.. Lagi...

Jalan dan terus berjalan. Seperti biasa, Joeslee si kaki crack. Ada saja lawak dia yang menyelit. Lagi-lagi apabila ada pendaki yang turun. Bila dia start be-speaking lagi.
"Oh... No rush.. Don't rush.. Take it slow, steady.". Ditambah lagi dengan perlian kepada kawan-kawan mountain guide. Tidak kering gusi dibuatnya.

Di sini juga aku melihat bahawa ada porter / mountain guide perempuan. Bangsa Dusun mungkin.
Dengan beban yang diangkat dalam 10-20 kg untuk turun ke bawah. Gila tak gila.
Macam manalah dorang boleh kuat begini.
Ini.. Kalau buat bini. Silap-silap bila lelaki buat salah. Memang kena RKO la dibuat.
Cantik dah. Kuat lagi. Tapi tulah. Kena wrestling.. Engkau garu kepala. Haha.

Kesimpulannya, jangan curang. Jangan cari pasal dengan porter gunung / mountain guide perempuan. Wkwkwkwkwkw.

Jeng.. Jeng.. Jeng..
THIS IS THE RESTHOUSE! Panalaban / Laban Rata.

Akhirnya sampai juga. Bila dah dekat sini. Kaki dah start-start nak rest. Rasa macam nak tumbang atas katil terus.

Badan dah terayun-ayun dibuatnya. Ramai juga pendaki yang dah sampai awal. Kami mula naik dalam 8.30 a.m. dan sampai di sini dalam 2.30 p.m.

5 jam mat... Tolak 1 jam rest di Pondok Layang-Layang, anggaran dalam 4 jam lebih pendakian.

Attachment;





Rasa puas hati.. Padahal belum sampai puncak. Haha.

Setelah sampai di rumah yang kami perlu rehat. Vera mengambil resit atau apa kah benda di kaunter untuk check in - kan dorm.

Aku lupa dah bilik mana..

Joeslee si mountain guide macam biasa la ada tempat mereka tersendiri untuk berehat.

Kami pun menuju ke bilik kami. Uish.. mat... Ada orang lain mat. Pendaki yang juga ada bergerak bersama dengan kaki sebelum ini. Mereka mungkin awal dalam setengah atau satu jam. Aku menyusun barang dan mengambil mana yang perlu.
Mandi.. Solat Zohor.. Makan.. 

Tapi air dia. Sejuk jio.. Sejuk.. Sejuk nak haram. Sejuk-sejuk di Kundasang aku tidur semalam sebelum naik tu. Sejuk lagi di sini.
Ada juga pengunjung yang bertanya kepada staff di resthouse tersebut; adakah air panas di sini?
Tiada mat.. Tiada. Memang menggigil air tu dibuat.

Aku mengambil barang mandi dan menuju ke bilik mandi. Air dibuka.
Badan dibasahi. "Sejuknya!! GILAK!". satu teriakan didengari satu bilik mandi tersebut.
Satu suara membalas; "Okay tak tu bro?"; "Okay.. Okay.. Sejuk.. Sejuk.."

Ini.. Kalau hari-hari macam ni kan. Tak lumpuh.. Stroke badan. Wkwkwkwkwkw.

Selesai acara mandi. Kami bertiga pun menuju ke ruang makan. Makanan buffet. Dihidang pada jam 4 hingga 7 malam.

Vera juga bercerita bahawa ada pendaki tidak sampai awal, tidak dapat makan. Ada yang sampai di resthouse tu jam 7 / 8 / malah 9 malam pun ada.
Kebiasaannya daripada golongan warga tua atau badan kurang berkemampuan.
Ada sampai macam tu haa.

Makanan.. Usah risau. Ini  merupakan sekali dengan package yang dibayar. Jadi, kerja kau melantak je masa tu. Sedap... Cuma kalau macam penat-penat tu. Selera tu mungkin kuranglah.

Mungkin bagi mereka yang tidak biasa dengan suhu sejuk juga tidak ada selera makan. Kurta dan kain sarung. Itulah pakaian aku masa di sana. Maklumlah.. Acah-acah Mat Kilau kan.
Dah berlatih dan bertapa sebelumnya. Jadi, suhu sejuk ni dah sebati dengan aku sikit.

Setelah sedap melantak makanan yang disediakan. Satu staff resthouse di sana membuat pengumuman tentang masa yang disediakan untuk hidangan makanan.
4 - 7 malam tu dinner. Untuk reach the summit; kamu akan bangun lagi dalam jam 1 pagi untuk supper. Jam 2 pagi gerak. Ada 149 pendaki kesemua yang datang pada hari tersebut.

Fuh... Boleh tahan banyak juga haa. Aku juga cuba melihat-lihat sekiranya ada gadis umuran sebaya dengan aku. Mana la tahu ada jodoh.
Baik tu mat.. Jodoh di Gunung Kinabalu. Tapi.. Hmm.. Susah jugalah. Sebab tidak ramai Sabahan yang ikut pada trip hari tu.

Juga.. Sebab trauma mungkin. Memang fokus aku kali itu hanya mendaki saja la.

Attachment;

Makan mat... Bollazo.

.....
..
.

Tidur.. Pengsan dah semua ni.

"Eh kak, saya bukan staff sini. Mahu tunggu solat Isyak. Baru sampaikah?"; kakak mana yang si Aidil jumpa ni?

Sejuk gila jio....

Cantik sunrise.

...
..
.

Akan bersambung...


Yang bakal sampai ke puncak,
Aidil

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...