cavetown playlist (np); 9.29 p.m.; Bilik sendiri, Sandakan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum, salam sejahtera dan hi kepada semua pembaca. Maaflah sebab post terbaru kali ini agak lambat sebab sibuk dengan hal-hal duniawi. Itulah.. Inilah.. Ada saja kena settle-kan.
Okay.. Itu pedulikan. Untuk entri hari ini aku ingin bercerita tentang pengalaman menaiki Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia dengan ketinggian 4095 m.
Orang bilang kalau ingin jadi pure Sabahan. Gunung Kinabalu ni kena naik.
Mana la.
Kalau orang tiada rezeki? Tiada kemampuan? Ndak dapat juga tu. Lain orang lain rezeki. Kena faham yang itu.
Jadi jangan sembarangan je cakap yang Sabah ni pelik kalau tak naik Gunung Kinabalu tu 😒.
Hempuk kepala hang!
Tidak bhe..
....
..
.
17 Mei 2022
Jadi kisahnya bermula begini. Ketika aku sibuk melihat WhatsApp Status rakan-rakan di WhatsApp.
Ada satu paparan maklumat daripada seorang rakan yang membuatkan aku ter-stun kejap.
Aku tanpa perancangannya yang tiada apa-apa. Dengan berkonsepkan #Langgar.
"Kalau bukan sekarang. Bila lagi Dil?", monolog hatiku.
Perancangan untuk menaiki Gunung Kinabalu ni telah lama di-plan. Tapi tulah. Kadang-kadang masa dan rezeki itu tidak dapat menyatukan kami semua.
Sebab aku ada plan untuk naik gunung ni pada bulan 12 bersama rakan-rakan Geng Lepak Sandakan.
Tapi disebabkan kebarangkalian. Aku agak kurang yakin. Aku tekad untuk langgar untuk join sahaja slot yang dipaparkan oleh rakan yang lain ni.
Aku dengar cerita juga dari rakan-rakan lain yang menaiki gunung sebelum ini. Kena book awal. Sebagus-bagusnya 6 bulan awal la. Ikut agent la. Harga package lain la.
Dan benda sebegini perlu dimesyuaratkan. Masa? Okay? Duit? Okay? Perjalanan pergi? Okay? Semua benda tu kena consider.
Aku pun.. "Bah. Gas Dil." Ikut saja ni. Takut ndak dapat naik pula. Kalau dorang plan lagi. Ndak pa. Join lagi. Ada rezeki, join sahaja sementara masih ada rezeki dan kudrat.
Okay.. Berbalik kepada informasi WhatsApp yang aku pergi ni. Si ChingChong (bukan nama sebenar) kata kena deposit terus RM350.
Aku pun.. Okay. Bank in. Bank in kepada kakak Vera tanpa berfikir panjang.
Nice. Settle satu masalah.
Kakak Vera ni pun aku tak kenal siapa sebenarnya.
Haa.. Lantaklah.
Nanti naik gunung tu. Kenal la.
Deposit settle.
Perancangan tarikh kena tetapkan sama-sama. Haa.. Kat sini memang buntuh sikitlah.
Ada tarikh ni. Ada tarikh tu. Yang kena dan ngam dengan tarikh dorang. Go saja.
Aku mana-mana boleh. Aku #Langgar.
Tapi tahniah dan terima kasih kepada Vera dan Jeanette sebab macam sensara je aku tengok dorang urus untuk booking dengan Sabah Park tu.
Dengan tarikh booking tak muncul kat website. Dengan tiba-tiba slot penuh la, padahal tak kena book pun. Hal ini kerana Sabah Park mahu utamakan orang-orang dari luar negara dan juga semenanjung.
Seperti yang sedia maklum. Rate bagi semenanjung dan luar negara lagi tinggi dari orang Sabah.
Haaa. Sini la dorang nak rancakkan ekonomi deme. Dan sebab tu la juga kenapa website dorang tu agak jammed.
Dengan usaha si Vera. Dengan perancangan package, agent-nya dan entah apa-apa (di sebalik tabirnya, aku tak tahu la bagaimana urusan tu, aku tengok macam susah je.). Dia hold dulu.
Memandangkan under Sabah Park ni agak susah sedikit. Mereka bertukar ke package Sutera Sanctuary Lodges (SSL). Tapi ini pun ada hal juga. Hahahaha. Payah lah.
Ada 6 slot sahaja yang kosong kata si Vera masa tu. Kalau ingin mencukupkan kami 10 orang. Yang 4 lagi kena ikut agent. Haa macam tu.
Okayy. Minta maaf. Ada benda aku terlupa. Perancangan tarikh yang ditetapkan oleh mereka adalah masa raya haji. 9-10 Julai.
Aku pun.. Apa kisah. Ini Aidil bah. #Langgar. The solo traveller. Proceed.
Dan tidak diduga. Pada hari di mana Vera turun ke office SSL di KK. Bersamaan dengan 16 June. Dekat situlah ada 6 slot kosong. Di situ jugalah dia booking terus tarikh yang ada. Sebab... Bulan 7 semua full. Begitulah juga dengan slot-slot seterusnya. GG.
"28-29 June ni ya tarikh kita naik."
Aku macam.. Uish... Sekejap juga. Maka.. Rakan-rakan dalam group WhatsApp pun banyak menarik diri. Ya.. Sebab ia agak last minute. Ikut plan; shoud be 9-10 Julai.
Dah memang slot tu tiada. Langgar saja. Ini baru la! Prinsip gue, #Langgar.
Maka. Di sinilah training aku bermula.
Dalam interval masa 16 June - 27 June. Aku naik IOI Peak 2 / 3 round sehari. Acah gila kan?
Sampai orang-orang hiking yang di sana pun terkejut. Ni budak boleh berjalan lagi untuk 2 round turun-naik bukit.
Tapi ada juga atlet atau orang fit lagi hebat dari aku training kat IOI Peak tu. 5 ke 10 round ada. Dengan pace dia yang laju. Memang tak la aku melawan dorang. Dan di situ aku baru sedar yang aku ni masih dalam kalangan 'standard-standard', biase.. biase..
Habis training 9 hari. Prepare la segala list yang diperlukan. Segala head lamp kena bawa, glove. coklat, windbreaker, air Redbull. Semua aku prepare. Dengar juga cerita-cerita pengalaman orang dan kawan masa dorang naik Gunung Kinabalu dulu.
Dan kalau korang nak tahu. Aku nervous siak... Hahahahahaa. Aku tak tahu la kenapa.
Nervous yang excited kot. Nervous yang nak macam pergi interview tu. Ai...
27 June 2022
Pada 27 June aku bergerak dari Sandakan dengan memandu kereta seorang diri. Singgah-singgah Kundasang dahulu. Acah-acah aesthetic dan broken. Maklumlah kena tinggal bekas kekasih. Ceh.. Tidak bhee..
Dorang Vera gerak pada 28 June. Gerak dari Kota Kinabalu pada waktu Subuh. Kiranya.. Pagi tu direct hiking la.
Kalau aku? Takkan nak gerak dari Sandakan Subuh-Subuh tu. Memang ndak boleh sebab jarak dari Sandakan ke Kundasang mengambil masa 4 jam 30 minit dengan menaiki kereta.
Oleh itu, aku pun kena tidur juga semalaman di Kundasang. Kalau gerak dari Sandakan direct 28 June. Memang barai sia. Silap-silap tertidur di pertengahan jalan masa on the way ke Panalaban.
Jadi sebelum tidur. Aku bertapa di bilik mandi selama 20 minit dengan membuka air. Saja.. Training untuk tahan sejuk pula. Sebab dorang kata kat puncak Gunung Kinabalu tu sejuk.
Ditambah lagi aku dah tengok filem Mat Kilau. Acah terpaling bertapa la. Acah terpaling boleh tahan panas dan sejuk yang melampau.
Tapi memang sejuk la. Bapak betul air di Kundasang tu. Sejuk gila. Lepas training di bilik mandi dengan disimbahkan air sejuk selama 20 minit. Aku rasa tak sampai 20 minit pun. 10-15 minit mungkin.
Selesai solat Isyak dan Solat Hajat. Kemas barang. Susun atur. Check saliva test untuk covid.
"Akan ku datang Akinabalu."
Tidur.
...
..
.
28 June 2022
Bangun pagi.. Gosok gigi. Cuci muka. Mandi..
"Argh!!! Bapak sejuk gila air!"
Tak sabar nak naik.
Satu mesej terpapar di ruangan WhatsApp.
Dari Jeanette; "Dil.. Kami on the way ni haa pergi Kinabalu Park."
"Okay.. Aku pun baru mahu gerak ni."
Setelah sampai di Sabah Park. Kelibat mereka berdua belum ada lagi.
Aku mengambil kerusi lipat dari ruangan bonet kereta. Menghamparkan kerusi tersebut lalu melihat suasana panaroma kabus di Kundasang. Kalau la ada kopi-kopi. Fuh.. Nyaman.
Di kala sibuk melihat panorama yang indah.
Vera dan Jeanette dah sampai. Naik kereta 4 x 4 bhai..
Kami pun bergerak bersama ke Kinabalu Park. Kena settle semua tentang booking, package, apa ke benda semua tu. Aku hanya mengikut gerak-geri mereka berdua. Seperti kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut ibu bapanya.
Vera yang settle-kan semua. Deposit yang sudah dibayar kepada pihak SSL ditunjukkan. Nametag untuk pendaki disediakan. Menunggu mountain guide lagi. Oh ya, mountain guide ni dorang yang booking-kan. Joeslee nama diberi. Pendek-pendek tegap. Peramah. Handsome. Lucu-lucu 🤣.
Dorang Vera dah book awal-awal si Joeslee sebab sebelum ni dorang dengan dia juga. Service dia bagus. Peramah. Lucu-lucu. Gila-gila. Senang cerita, sama wavelength la. Senang masuk air sama-sama. Aku okay saja. Tiada masalah.
Settle semua di pejabat Kinabalu Park. Kami pun bergerak dengan charter yang disediakan. Menuju ke Timpohon Gate. Timpohon Gate ni lah tempat korang akan mula naik.
Sebelum turun dari kereta tersebut. Pak cik pemandu dan Joeslee menurunkan barang-barang kami dari kereta. Kereta si Pak Cik ada menyediakan tongkat untuk mendaki. Dia sarankan untuk sewa tongkat tersebut. Vera menambah lagi bahawa tongkat ini banyak membantu.
Aku yang keras kepala terus jadi tidak keras. Dengan niat sedekah dalam hati aku pun menyewa tongkat itu. Sebenarnya dua tiga hari sebelum mendaki. Jeanette dan Vera ada pesan bahawa tongkat untuk mendaki sangat membantu. Disebabkan aku ni jenis macam; "Ala... Apa benda saja bah tu. Boleh tu kalau tiada pun."Aku tidak mengendahkan pesanan mereka.
Tapi.. Serius. Kalau kamu first time naik. Bawalah tongkat tu sia. HAAHAHAHAHAHA. Barai jio kalau ndak fit. Jangan acah jaguh kampung.
Okay.. Berbalik di Timpohon Gate. Joeslee tertinggal permit 🤦🏻♂️. Aku tak tahu, permit atau surat, yang di mana dia sebagai mountain guide kena serah permit tu di Timpohon Gate sebelum naik.
Mungkin dia terlupa. Terpaksa dia berpatah balik ke pejabat Kinabalu Park dengan si Pak Cik untuk ambil permit tersebut. Terdapat juga beberapa pelancong dari luar negara dan luar negeri. Masing-masing dengan mountain guide. Ada yang dibagi briefing sebelum naik.
Aku, Jeanette dan Vera masih menunggu kedatangan abang Joeslee. Sempat juga mengambil beberapa gambar kenang-kenangan di situ. Yalah.. First time mah.. Kasi snap bah satu dua tiga kali. Hehe.
Jeanette dan Vera. Fuh.. Sumandak kuat Sabah tu. Bapa betul! Rupa-rupanya dorang tu bukan first time naik. Dah dua tiga kali naik. Confirm fit-fit dorang ni.
Aku ni.. Andu bah... Anak bulan saja. Tidak bhee.. Haha.
Joeslee sampai. Permit pun di-pass ke Timpohon Gate.
Okay.. Jom.. Pengembaraan bermula! Pendakian kami bermula jam 8.30 a.m!
Seperti pendakian yang biasa-biasa. Ia cuma mendaki naik ke atas.
Ala... Biasa saja ni. Boleh ni. Kata hatiku.
Dalam perjalanan, aku mengambil nafas sedalam-dalamnya. Menikmati panorama ciptaan-Nya.
Nyaman.. Cantik... SubhanAllah. Dalam setiap langkah. Aku berselawat dan mengucap kalimah SubhanAllah. Sambil-sambil bermonolog dengan diri sendiri tentang kehidupan dan tujuan.
Sekiranya ada porter sedang melintasi pendakian anda. Berikan mereka laluan.
Haa di sini. Aku agak terkejut sedikit. Besi-besi, tong gas, tangki kosong tu. Korang jangan hairanlah kalau nampak porter tu angkat. Aku agak anggaran berat yang mereka pikul adalah dalam lingkungan 15-40 kg. Gila tak gila tu? Bukan guna motor tau. Guna badan sia... Untuk naik ke atas tu.
Oh ya.. Sebeluma aku terlupa. Joeslee juga bersedia dengan perkhidmatan porter. Beban 1 kg yang dia angkat bersamaan dengan RM13. Jeanette dan Vera ada beg yang masing-masing mempunyai beban dalam lingkungan 6-7 kg. Jadi, Joeslee la yang tolong angkat dari kaki gunung ke Panalaban.
Joeslee ada bertanya kepada aku bahawa beg aku yang bawa. Tak nak angkat kah?
Aku dengan layak hero Malaya. Boleh ni bro.. Mahu cabar diri aku. Insya-Allah boleh ni sampai.
Joeslee hanya menggeleng kepala. Riak wajahnya seperti tahu yang aku tahu tidak mampu angkat beban beg aku untuk sampai ke Laban Rata. Engkau lagi first time Aidil.. Sudah tunjuk hero. Engkau pikir kau Saitama, Goku, Naruto. Hahahahaha.
Setiap langkah perjalanan. Sekiranya belakang badan aku rasa sakit. Aku akan rest untuk 2 minit. Bapak.. Sakit bodoh. Hahahahaha. Tiba kat route 4.5 km. Aku pasrah.
Joeslee bertanya; "Boleh Dil?"
"Ndak tahu jio. Tolong bah Joeslee."
Joeslee tersengih kecil. Aku hanya pasrah dan menggeleng kepala. Jadi, kepada mereka-mereka yang ada beg beban dia lebih dari 5 kg ke atas. Kalau tak fit. Tak biasa angkat berat. Tak training untuk angkat beban berat. Haa jangan! Gunalah perkhidmatan mereka.
Dari route 4.5 km pendakian hingga ke Laban Rata. Joeslee la mengangkat beg aku.
Aku hanya terkejut juga kekuatan mountain guide dan porter-porter ni. Bapak sia.. Bayangkan saja. Abang tu pendek. Tapi boleh angkat beban 20 kg. Kalau yang biasa-biasa macam aku ni. Memang patah sia tulang belakang. Dislocated terus.
Aku bertanya juga kepada Joeslee. Berapa bulan untuk dia biasakan untuk angkat beban berat sebegitu?
Dia menjawab dalam 1 bulan okay sudah. Sebab sebelum dia menjadi mountain guide Sabah Park. Dia juga merupakan porter berbayar. Yang penting fit bahagian belakang dan kaki. Terutama muscle bahagian paha.
Naik... Naik.. Naik.. Seperti biasa.
Bapa la! Lama juga haa. Aku fikirkan sekejap saja macam naik IOI Peak. Tapi.. Ini bukan seperti itu. Bukan.. Ini Gunung Kinabalu. Bukan bukit di belakang kebun engkau. Haahahahaha.
Mental kena kuat. Semangat! Teruskan perjuangan. Ini!! Perjuangan kita! Setelah beribu langkah sudah didaki dalam anggaran 3 jam perjalanan. Kami sampai di satu checkpoint yang di mana kebanyakan pendaki akan berehat di sini. Pondok Layang-Layang.
Rest dalam 1 jam.
Ada 1 atau 2 jam lebih lagi sebelum sampai di Laban Rata / Panalaban.
Haa di sini. Kami makan makanan yang disediakan oleh pihak SSL yang memang telah disedikan dari pejabat Sabah Park lagi Makanan yang banyak protein dan karbohidrat. Entah la berapa anggaran kalori dia. Dekat sini juga kami bertukar-tukar cerita pengalaman sesama sendiri.
Jeanette dah naik gunung ni untuk kali ke-6 manakala Vera untuk kali kedua. Patut steady saja dorang naik tadi. Dah macam tak da pa-pa. Haha. Untuk first time macam aku ni, perlu keep it slow and steady.
Pengalaman dari tempat belajar, tentang mountain guide, pantang larang sepanjang mendaki dan banyak lagi. Joeslee pula rest di dalam rumah rehat yang disediakan bagi pihak mountain guide. Dah la dia tiada bawa makanan. Entah macam mana. Aku lupa. Tapi seingat aku, Vera dan Jeanette ada beri sedikit makanan mereka kepada dia.
Di pondok ini juga, kamu akan melihat tupai-tupai berkeliaran. Deme pun nak makan juga. Ada rezeki lebih tu. Bagi la sikit. Epal kah, kentang kah, ayam kah. Bagi dalam cebisan kecil. Jangan pula komer pergi letak ayam seketul bagi kat tupai tu. Bergaduh nanti. Berhati-hati juga dengan makanan yang dibawa. Tupai-tupai Akinabalu ni lain sikit. Haha. Pandai mennnnn----zappp makanan yang terletak di atas meja.
Dah engkau letak coklat Cadburry kat sana. Jangan menangis la kalau kena rampas. Rezeki si tupai. Hehe.
Habis sahaja rest di Pondok Layang-Layang. Kami meneruskan pendakian kami untuk ke Laban Rata resthouse. Haa.. Ini kiranya last checkpoint la. Anggaran masa untuk first time seperti aku dari pondok ni ke Panalaban adalah dalam anggaran 2 jam.
Seperti biasa. Mendaki dan terus mendaki. Jangan percaya cakap dorang kalau ada orang cakap sikit lagi nak sampai. Haha. Bukan tak nak percaya la. Maksud aku, untuk merupakan motivasi untuk kamu supaya kamu dapat teruskan sampai ke tempat tersebut. Kamu akan terserempak dengan mereka-meraka yang baru sahaja reach the summit of Kinabalu.
Sepanjang kami berlalu dengan mereka. Rata-ratanya mereka semua sampai ke puncak. Ada orang putih, ada orang Cina, ada Sumandak-Sumandak, ada remaja, ada ada saja la. Tapi kebanyakannya memang banyak orang dari luar negeri.
"Weinah... Kamu deluan (pergi dahulu) dulu.", ringkasku kepada Vera dan Jeanette. Vera teruskan pendakian manakala Jeanette memperlahankan langkah agar masih dapat melihat kelibat aku. Joeslee dah pesan pada kami yang dia akan datang juga. Masih rehat di Pondok Layang-Layang.
"Okay kah Dil?", soal Jeanette.
"Okay juga ni. Tapi macam mahu ter cramp-cramp sudah kaki ni. Setiap kali aku cuba berjalan satu langkah. Macam tertarik sudah.", jawabku dengan ringkas.
Jeanette dan Vera menghulurkan tongkat mereka berdua. Ini kerana dua tongkat yang mereka gunakan sama panjang. Vera mengambil tongkat aku.
Langkah diteruskan. Aku berjalan dengan langkah yang kecil. Mengambil pesan si Joeslee untuk mengambil step yang dekat. Sekiranya kaki sebelah sudah berpijak, langkahkan satu lagi kaki ke tempat yang dekat. Jangan bukakan langkah besar.
Satu langkah aku dah besarkan. "ARGHH.. Sh*t.. Jioo.. Ndak boleh aku."
Aku melabuhkan punggung dan bersandar di salah satu batu yang terbentang. Jeanette bertanya apa yang terjadi.
Aku ringkaskan. Kaki kanan aku dah cramp. Dia mengambil ubat sapu dari dalam beg dia. Ubat cramp. Mujur dia bawa. Kalau tidak.. Nayah untuk teruskan. Setelah menyapu ubat tersebut pada paha kanan aku. Aku dapat berdiri semula. Ini la ni. Ego.. Aku sendiri tiada sediakan ubat-ubat yang diperlukan. Ubat cramp tiada, tongkat tiada, winter jacket tiada. Ini memang kerja gila aku buat ni.
Okay... Jom.. Teruskan. Berjalan dan terus berjalan. ARGGHHH.. Not this again!
Kaki kiri pula yang cramp. Hahahahaha. Ini betul bukan luck kau Dil. Mahu tidak mahu aku mengambil kembali ubat sapu si Jeanette. Aku berehat sebentar. Dan menyuruh si Jeanette untuk teruskan perjalanan. Kejarlah si Vera di sana. Aku... Dah.. Tidak dapat teruskan.. Ini pesanan terakhir ku kepada kamu. Andai saja....
Ceh... Acah... Hahahaha. Yang pesan terakhir tu selingan saja. Tiada pun.
Aku menyuruh Jeanette untuk teruskan perjalanan. Tapi ubat cramp biar sama aku. Nayah nanti aku tak dapat bergerak. Jeanette pun mengangguk dan teruskan tanpa aku.
Maka, di sinilah aku keseorangan. Dalam tempoh selingan ini, langkah aku memang aku dah kecilkan sekecil-kecilnya. Dua tongkat diguna untuk menampung beban badan aku. Ini betul dah macam orang tak berdaya dah. Langkahku seperti kura-kura. Biarlah kura-kura sekali pun, yang penting aku sampai juga ke resthouse yang disebut-sebutkan.
....
..
.
Adakah Aidil dapat meneruskan hingga ke Laban Rata / Panalaban?
Siapa pula lelaki yang dia jumpa di pertengahan jalan ni?
.
Nantikan.
.
Bersambung..
.
Nanti aku sambung. Ada acara lagi besok. Ai...
Yang bakal sampai ke puncak,
Aidil
Comments