Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...

Hari Ibu

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t Another [GreaTroubleMaker] ? Nah.. Okay guys. Are you from outside Malaysia?  * English broken * Haha. Now, if you visit my blog. You could translate it. I show you haa. Relax. Click this! Come on guys! Haha! . . . Alhamdulillah. Banyak anak-anak soleh dan solehah telah me-wish kepada ibu mereka masing-masing. Sejuk perut mak mengandung. Tak macam aku. Seen. Bluetick. Wish pun tak. Takde lah. Gurau saja. Jahat-jahat aku pun. Takut juga aku bila mama kecil hati. Tapi aku tak lah jenis macam tu. Hati keras, muka ala-ala  Korea. Kena cool sikit. Mana boleh main wish. Malu aku. "Dasar anak derhaka!" Okey.. Okey.. Lain orang, lain cara dia. Memandangkan aku ni bukan jenis kaki story, Twitter apa segala. Tapi aku tukar benda tu kepada kelakuan. "Kelakuan?" Yup. Apa guna post benda kat media sosial. Tapi bila kat rumah, suruh buat kerja oleh ibu pun, kadang liat mahu buat.  D...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...