Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Penipuan-penipuan Di Sekolah Tentang Universiti

Sandakan ; 11:12 PM ; 20/7/2020 Bismillah. Hi. Assalamualaikum. Apa khabar? Stress aku buat assignment. Ambil masa kejap untuk menulis. Jadi untuk entri kali ini, aku akan menceritakan beberapa penipuan yang dinyatakan oleh cikgu-cikgu dulu sebelum melangkah ke alam universiti. Semasa berada di sekolah menengah, salah satu untuk meningkatkan motivasi budak-budak ni dengan ceritakan apa yang indah pada masa akan datang. Contohnya, gaji besar, duduk oversea, dan macam-macam lagi. MAKA, hari ini aku ingin menulis tentang PENIPUAN tersebut.  Sebelum itu, aku minta maaf la kalau ada yang tidak sependapat dengan aku. Ini cuma dari kaca mata perspektif aku. 1. "Nanti bila dah masuk universiti, dah boleh relaks sikit." Fuh.. Penipuan terbesar xDD aku rasa. Yalah ada cikgu-cikgu cerita yang bila masuk U, kita ambil satu course yang kita minat. Maka dengan itu, course itu. Itu saja la kita fikir. Rupa-rupanya bukan pasal course. Ini berkait dengan subjek-subjek lain yang berkaitan den...

Sepucuk Surat Untuk Starla

Sandakan ; 05/06/2020 Adakah ini rasa cinta? Yang dulunya pudar tapi berputik kembali. Atau hanya satu lintasan perasaan kerna terpesona akan kecantikannya. K *masuk draft* Satu post yang aku tinggalkan. Gantung tanpa sambungan. Maka ianya terus terbiar ke dalam satu draft yang tidak disentuh. Sebenarnya 'surat' yang ingin ditulis mahu ditujukan kepada si dia . Tapi apakan daya. Tidak dapat aku sambungkan kerana saat-saat yang tidak diduga. Mungkin disebabkan kepenatan, juga kesibukan dunia. Disimpan, konon ditulis pada masa yang sesuai. Jadi di sini, aku hanya ringkaskan. Apa yang ada pada isi hati ini kepada si dia . Adakah ini rasa cinta? Yang dulunya pudar tapi berputik kembali. Atau hanya satu lintasan perasaan kerna terpesona akan kecantikannya. Sepanjang tidak terjerat dengan mana-mana hubungan selepas tamat pengajian matrikulasi. Tidak mudah untuk aku jatuh cinta kepada seseorang. Namun, pada tahun kedua berada di universiti. Ada satu wajah yang terlintas sekilas sepant...

Dari Hanami March ke Narator Jalanan

3/7/2020 ; 1.08 a.m. ; Sandakan Bismillah. Hi. Assalamualaikum. Baru habis buat kerja Physics Modern. Topik yang agak berat jugalah untuk ditelan, haha. Normalization. Mendalam. Tapi aku tidaklah mahu cerita pasal tu. Untuk entri kali ni, aku mahu cerita tentang nama blog aku yang dulu yakni Hanami March  boleh bertukar ke  Narator Jalanan . Aku cerita serba sedikit bagaimana ilham Hanami March ini tercetus. Pada tahun-tahun sebelumnya, hati berkecai. Ya lah putus cinta, masalah-masalah yang tercetus dalam kehidupan, kadang fikiran kusut sendiri. Overthinking pasal masa depan. Itu ini. Aiii.. Macam-macam. Then, how to express my feeling through writing? Blogging. Writing. Tingkatan 4, ada la wujud Tumblr dengan identiti sebagai aidil99317. Tapi tercemar sedikit gara-gara Tumblr dikotori dengan content video lucah. Sampai ada label aku gila seks bila install apps tu. Tiba kena tuduh. Aku pun.. Hmm.. Uninstall la. Beralih ke blog. Hanami March ? Hanami dalam bahasa Jepun bermak...