Sandakan ; 11:12 PM ; 20/7/2020
Bismillah. Hi. Assalamualaikum. Apa khabar? Stress aku buat assignment. Ambil masa kejap untuk menulis.
Jadi untuk entri kali ini, aku akan menceritakan beberapa penipuan yang dinyatakan oleh cikgu-cikgu dulu sebelum melangkah ke alam universiti.
Semasa berada di sekolah menengah, salah satu untuk meningkatkan motivasi budak-budak ni dengan ceritakan apa yang indah pada masa akan datang.
Contohnya, gaji besar, duduk oversea, dan macam-macam lagi.
MAKA, hari ini aku ingin menulis tentang PENIPUAN tersebut.
Sebelum itu, aku minta maaf la kalau ada yang tidak sependapat dengan aku. Ini cuma dari kaca mata perspektif aku.
1. "Nanti bila dah masuk universiti, dah boleh relaks sikit."
Fuh.. Penipuan terbesar xDD aku rasa. Yalah ada cikgu-cikgu cerita yang bila masuk U, kita ambil satu course yang kita minat. Maka dengan itu, course itu. Itu saja la kita fikir. Rupa-rupanya bukan pasal course.
Ini berkait dengan subjek-subjek lain yang berkaitan dengan course tersebut. Botak kepala juga la bila hadap macam-macam subjek.
Kalau macam aku la kan. Course Fizik. Kau nampak Fizik saja.
Bila berpecah kepada subjek yang ditawarkan.
Nah. ambil mu!
Quantum Mechanics, Physics Modern, Thermodynamics, Computer Interfering, Mechanics, Electromagnetism, etc.
Lagi tidak boleh brain T.T , kelas petang la. Pagi-pagi boleh santai lah. Kelas 2 3 kali la.
Memang betul juga la kelas 2 3 kali. Tapi 2 3 pun. Kepala berasap juga.
Jika korang yang jenis ada join persatuan. Memang faham la kena buat apa.
Meeting, ke sana, ke sini, paperwork, tugasan AJK. Masa relaks? Sabtu Ahad saja la rileks.
Tengok keadaan dan individu juga aku rasa. Kalau jadual pack. Haaa. Ambil.
Kalau pandai susun. Haaa. Okay la tu mungkin.
Tapi sejujurnya dari diri aku. Sekolah lagi rileks. Jujur.
Konon sembang sekolah la paling susah. Padahal... Haha. Naik sambung belajar. Begegar otak woah.
Okay, nasihat aku. Discover la apa-apa berkenaan dengan course yang kamu akan ambil. Tengok subjek, tengok keadaan.
Kalau okay, okay la. Kalau ndak, ndak.
2. "Nanti di Universiti lagi banyak kawan."
Tidak dinafikan. Memang engkau banyak kawan. Setiap sem akan berhadapan dengan lain-lain orang (kecuali subjek course; mungkin akan berjumpa lagi).
Tidak disengajakan. Interaksi dengan macam-macam orang dan boleh menjadi kawan. Hhe.
Termasuk la bila join persatuan atau apa-apa program.
Tapi..
Real one? For me. Susah sikit la. Jujur aku cakap. Mungkin housemate, roommate kita kecualikan la.
Banyak kawan? Circle still dengan yang kau selesa saja bila di sana. Alah.. Macam kau di sekolah juga la.
Itu-itu saja. Kalau selesa dari sem 1, maka kau pun selesa la sampai habis belajar. Mungkin.
Setakat ini, Alhamdulillah. Aku ada la 1 orang kawan kepala hampir sama juga la macam aku.
Aku ajak travel. ON. Ajak food hunting. ON. Ajak jalan. ON.
Bila bergurau, tidak sentap-sentap punya. Hati kering juga macam aku.
Bukan anak orang kaya. Tapi bila aku ada apa-apa mahu tolong. Yes, dia ada di situ.
.
.
3. "Bercinta masa di universiti la paling best!"
Paling aku menentang la dengan statement ni. Aish..
Masih aku tidak puas hati la sama cikgu-cikgu bercerita pasal cewek-cewek atau cinta ni.
"Tak yah couple kat sekolah. Kat universiti lagi ramai cantik"
Okay.. Betul banyak cantik. Tapi last-last.. Ngeh 😒. Sama jugak. Single juga kau. KAH! KAH! KAH!
Mungkin salah aku la ndak pandai mencari. Tapi ai.. Sama juga aku rasa.
Tidak juga ada bezanya.
Tapi bab-bab cinta ni belakang cerita la dulu.
Sebab mahu mencari pun time universiti ni. Bukan main-main kan.
Orang mahu sampai ke pelamin. Pelamin pun ndak cukup.
Sampai ke jannah la bah kalau boleh.
Jadi, itu mungkin salah faktor overthinking pelajar universiti kot.
Sampai ndak mencari. Hha.
.
.
4. "Kamu bebas sikit bila masuk universiti."
Tiada kebebasannya syeikh. Bergantung pada unversiti masing-masing juga.
Kalau longgar peraturan. Maka bebas la.
Kalau ketat. Haaa. Ikut la peraturan tu.
Rambut panjang.. Fuh.. Lelaki la suka. Last-last IPG pun bukan boleh rambut panjang.
Masa banyak free. Kalau terikat dengan tanggungjawab assignment dan persatuan.
Pun.. Sama juga.
Pack dengan jadual. Kalau kena urus itu ini. Pikir macam sekolah kah? A-Z data peribadi pun cikgu urus. Bila masuk U, nah! Mendapat la urus sendiri-sendiri.
Kalau berurusan dengan di pejabatnya lagi... Ya Allah. Bersabar la nak..
.
.
.
5. "Masa di sekolah ni la kerja rumah sikit. Masuk universiti.. Haa sikit dah."
Memang Wong Feng Hong Sya Fuh Tah la.
Woi... Wuahhh.. Stress. Assignment boah setiap minggu.
Aku tengok budak architecture sampai ada yang tidak tidur seminggu boah urus sketch apa segala tu.
Sedangkan aku di sini pun, bernafas mahu tidak mahu.
Apatah lagi dorang yang ambil course-course kencang ni. Fuh.. A huge big respect untuk kamu bro.
Semoga setimpal hasil nanti dengan usaha yang kamu buat.
Dan ya. Betul. Homework di sekolah tu lagi sikit. Boleh pakat meniru kawan lagi.
Di sini. Tidak tentu juga la. Ada yang bagi jawapan, ada yang tidak.
Ada tiru tapi tidak faham. Haa.. Ini masalah juga.
Pa-pa pun memang banyak la. Kalau ada berkaitan dengan project, lab report. Satu hal la tu, same category.
.
.
Akhir sekali, setiap apa cikgu / kawan / senior yang cerita kehidupan mereka di universiti tu, bukan macam yang diuar-uarkan.
Mungkin peredaran masa dan zaman jugalah yang berbuat demikian.
Silibus, perangkaan akademik dan seumpamanya.
Mungkin apa yang diceritakan itu betul pada zaman diorang.
Tapi tidak pada zaman kita.
Dan...
Pada masa akan datang pun, berkemungkinan tidak sama dengan apa yang kita hadap pula.
Apa-apa pun just enjoy yourself during this time.
Comments