Sandakan ; 05/06/2020
Adakah ini rasa cinta? Yang dulunya pudar tapi berputik kembali.
Atau hanya satu lintasan perasaan kerna terpesona akan kecantikannya.
K
*masuk draft*
Satu post yang aku tinggalkan. Gantung tanpa sambungan. Maka ianya terus terbiar ke dalam satu draft yang tidak disentuh.
Sebenarnya 'surat' yang ingin ditulis mahu ditujukan kepada si dia. Tapi apakan daya. Tidak dapat aku sambungkan kerana saat-saat yang tidak diduga. Mungkin disebabkan kepenatan, juga kesibukan dunia. Disimpan, konon ditulis pada masa yang sesuai.
Jadi di sini, aku hanya ringkaskan. Apa yang ada pada isi hati ini kepada si dia.
Adakah ini rasa cinta? Yang dulunya pudar tapi berputik kembali.
Atau hanya satu lintasan perasaan kerna terpesona akan kecantikannya.
Sepanjang tidak terjerat dengan mana-mana hubungan selepas tamat pengajian matrikulasi. Tidak mudah untuk aku jatuh cinta kepada seseorang.
Namun, pada tahun kedua berada di universiti. Ada satu wajah yang terlintas sekilas sepantas tapi matanya indah yang terus membuat aku jatuh cinta setelah sekian lamanya. Tapi hati tidak berkata apa. Hanya bunga-bunga cinta mekar di hati.
Tidak juga ingin dilayan. Sebab takut hanya jatuh kepada fitrah manusia yakni kecantikan wajah pada manusia.
Setiap detik pun berlalu. Namun wajahnya. Tsk. Ada juga di mana-mana. Tidak inginku bercerita lebih. Nanti.
Hmm. Mati aku.
Laluku berpesan pada diri sendiri ;
"Istikharah dulu.. Pacah kita kalau ndak go sampai pelamin ni".
Ini bukan kali pertama, wajahnya muncul dalam mimpiku. Sudah masuk kali ketiga. Rasa cinta kian terasa.
Masihku berpesan pada diri.
"Please la... Bukan nafsu semata-mata. Tapi kenapa sampai muncul dalam mimpi?"
Mainan syaitan, monologku.
Yalah.. Bab-bab mimpi ni. Mainan syaitan la kan. Apa lagi? Mahu mimpi Subuh berjemaah di masjid pun payah. Ini pula tiba-tiba wajah dia pula ada. Siap bercakap bersemuka lagi tu di tepi tasik. Gila tidak?
Sungguh. Dunia ini sangat mencengkam hati manusia lagi-lagi bab yang berkaitan dengan soal hati.
Berdoa saja la agar ilmu yang ada di dada ini dapat menepis hasutan-hasutan syaitan.
But. Actually. Aku suka saja pun dia. Cuma mahu kenal lebih panjang tu yang agak berat bagi aku.
Aku penat sudah mahu kenal dari A hingga Z. Ended up kalau tidak jadi? Tidakkah sakit tu?
Kalau hanya mahukan perhatian semata-mata? Apa beza aku kan dengan budak-budak. Bagus buat benda berfaedah.
Kekangan. Perkenalan? Latar belakang keluarga? Masa depan? Fuh.. Sakit jio mahu tengok satu-satu tu.
Ya.. Mungkin semua tu bukan la ukuran. Cuma.. Dari sudut pandangan aku, kalau kita serius. Kena kenal-kenal dulu. Restu lagi.
Kan?
Mahu luahkan apa yang ada di hati pun tidak berani. Pengecut diri ni.
Tapi kalau dah luah? Apa faedah dia? Dia terima atau tidak.
Keep it slow and steady pun.
Bukan aku profesional dalam bab-bab mahu kenal seseorang ni.
But if you see this. Thanks.
Sebab... Dah buat aku gila bayang.
Okay.. Gurau saja.
Thanks sebab hadir tanpa diduga memberi satu cebisan bunga pada hati ini.
Dan masih percaya apa erti soal cinta :) .
Have a nice day!
Yang menulis,
Aidil
Comments