3/7/2020 ; 1.08 a.m. ; Sandakan
Bismillah. Hi. Assalamualaikum. Baru habis buat kerja Physics Modern. Topik yang agak berat jugalah untuk ditelan, haha. Normalization. Mendalam.
Tapi aku tidaklah mahu cerita pasal tu.
Untuk entri kali ni, aku mahu cerita tentang nama blog aku yang dulu yakni Hanami March boleh bertukar ke Narator Jalanan.
Aku cerita serba sedikit bagaimana ilham Hanami March ini tercetus. Pada tahun-tahun sebelumnya, hati berkecai. Ya lah putus cinta, masalah-masalah yang tercetus dalam kehidupan, kadang fikiran kusut sendiri. Overthinking pasal masa depan. Itu ini. Aiii.. Macam-macam.
Then, how to express my feeling through writing? Blogging. Writing.
Tingkatan 4, ada la wujud Tumblr dengan identiti sebagai aidil99317. Tapi tercemar sedikit gara-gara Tumblr dikotori dengan content video lucah. Sampai ada label aku gila seks bila install apps tu. Tiba kena tuduh. Aku pun.. Hmm.. Uninstall la. Beralih ke blog.
Hanami March?
Hanami dalam bahasa Jepun bermaksud 花見, "flower viewing". Ia merupakan satu tradisi di Jepun di mana penduduk mereka akan melihat musim bunga yang berkembang pada musim tersebut. Yang menariknya, acara ini berlangsung pada bulan Mac. Bersesuaian dengan tarikh lahir aku yang jatuh pada bulan Mac.
Namun itu adalah idea yang dicari untuk melahirkan satu nama blog yang menarik. Hakikatnya, ilham yang sebenar datangnya dari seseorang.
'Bunga September'.
Cinta pertama aku. Tapi aku tidak la mahu cerita panjang lebar. Move on sudah pun aku. Haha. Tapi dia guna nama blog yang berkaitan dengan 'Bunga September' tersebut. Jadi, aku pun bodoh-bodoh mahu juga ikut. Dengan perwatakan aku yang suka melihat bunga, membaca buku, suka berseorangan. So why not? Hanami? March? Hehe. Ngam kan?
Bermulanya peralihan ke Narator Jalanan
Kenapa aku tukar? Aku pun tidak tahu kenapa aku tukar. Mahu dikatakan sebab nama Hanami March itu macam ke-perempuan-nan? Pun ya.. Pun tidak... Hmm.
Tapi ilham itu wujud daripada siri-siri novel jalanan yang aku baca.
Contengan Jalanan, Arkitek Jalanan, Pelukis Jalanan, Impian Jalanan dan semuanya yang berkaitan dengan jalanan menjadi ilham. Namun, diringkaskan.. ia cuma satu proses untuk move on ke arah yang lebih baik.
Atas keserabutan yang dialami. Why not? Aku cuba untuk bercerita instead guna nama Hanami tu?
Hmm.. Narator mendefinisikan : orang yg mengisahkan sesuatu, pencerita, pengisah. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Jalanan? Apa-apa yang ada di jalanan merupakan satu ilmu/ilham yang boleh kita dapati.
Kaki lima, orang busking, peminta sedekah, restoran mamak, lorong gelap, baju bundle. Seribu satu makna kehidupan boleh dicari. Dengan perwatakan aku yang suka berjalan tidak tentu hala, kadang tidak ada tujuan walau duit hanya RM100 lebih di poket pun tetap mahu berjalan.
TADAA. Narator Jalanan. Identiti blog yang aku guna sehingga sekarang.
Kepada yang ikut flow blog aku dari dulu, kadang sesuatu cerita itu aku menggunakan pesona 'Hanami'. Sekarang. Dah... Jadi diri sendiri sudah. Malas mahu bersembunyi di sebalik identiti yang kurang pasti.
Pada permulaannya, aku ingin menggunakan nama Contengan Jalanan. Tapi ya.. Novel dah nama tersebut. Ndakkan la mahu guna lagi. Beribu ilham jalanan juga la untuk cari nama blog ketika itu.
Lepas tu. Ada la Penghibur Jalanan, Penglipur Jalanan. Ai.. Rasa mati akal juga mahu cari nama baru tu.
Berkenaan 'Why not? Teruskan saja Hanami March itu?'
Senang ceritakan. Era tersebut sudah berlalu. Biar aku sekarang bercerita bersahaja sambil buat apa yang aku suka. Daripada bersembunyi di sebalik Hanami March pada ketika itu. Dengan bila upload sesuatu gambar pun, muka kena tutup. Mahu anonymously. Haha. Mimpi saja la.
Perubahan masa, mengubah seseorang. Macam mana waktu tu aku cuba untuk menyembunyikan identiti. Orang tetap mahu mengenali aku siapa. Daripada menyembunyi? Kenapa aku tidak menjadi diri sendiri? Ceritakan apa yang positif kepada yang ingin mendengari?
Dan ya. Akhirnya, aku keluar juga dari identiti tersebut.
Jadi itu saja la ceita aku serba sedikit pasal blog yang dulu namanya Hanami March bertukar ke Narator Jalanan 😴. Selamat malam 🌙.
Yang menulis,
Aidil :)
Comments