Skip to main content

Posts

Recent posts

Coretan; Turun Naik 2023. Semuanya Alhamdulillah.

|  The Lumineers - Ophelia (np); Di bilik sendiri ; Sandakan; 8.03 p.m. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi. Fuhhh *tiup blog yang sudah betul-betul berhabuk* Acara tahunan. Penulisan tahunan yang kian dilupakan tapi ia merupakan acara wajib blog ini setiap tahun agar si Narator Jalanan ini tidak dilupakan. Masih ada bakat menulis mungkin. Kita cuba. Jadi seperti biasa. Acara tahunan, merumuskan tahun yang berlaku pada 2023. Jadi, seperti biasa. Siapa yang ingin membaca rumusan tahun 2022 aku. Boleh baca pada link di bawah: https://naratorjalanan.blogspot.com/2022/12/sakit-pada-fasa-permulaannya-mula.html Jadi kita lihat balik azam-azam yang ada pada 2022 aku. Adakah tercapai? Atau hanya sekadar coretan kosong tanpa ikatan. Come on! " Untuk azam, matlamat untuk tahun hadapan. 2023. 1. Tidak apa-apa yang menarik. Dapat cukup makan. Alhamdulillah. Dapat tengok mama, nenek, adik-beradik bahagia. 2. Luang lebih masa kepada keluarga. 3. Dapat po...

Sakit pada fasa permulaannya, mula bahagia pada perakhiran bulannya. Terima kasih 2022.

Coldplay - Viva la Vida (np) ; 31/12/2022 || 10.57 p.m. || Bilik Sendiri (Sandakan, Sabah) . . . بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. *fuh... tiup blog yang sudah berhabuk* Hi. Lama tidak jumpakan? Rindu dengan penulisan aku. Aidil si Narator Jalanan. Haha. Aku minta maaflah sebab sibuk pula dengan kehidupan dunia ni. Tidak sangka pula fasa dewasa sebegini. Kalau time student dulu. Pikir belajar saja. Sekarang. Pikir itulah. Pikir inilah. Jadi sebelum memulakan penulisan dan ucapan akhir tahun untuk tahun ini. Aku sertakan link penulisan aku pada tahun lalu. 2021. Pautan:  https://naratorjalanan.blogspot.com/2021/12/naik-dan-turun-sakit-dan-bahagia-2021.html Penuh dengan drama. Penuh dengan kekecewaan. Tapi yalah. Begitulah fasa hidup. Jadi, untuk penulisan hari ini aku tidaklah buat interval seperti penulisan-penulisan yang dulu. Aku just bercerita secara santai dan bersahaja. Apa yang aku dapat pada tahun ini. Apa yang mengecewakan. Apa ...

Menakluki Gunung Kinabalu Pertama Kali (28 June 2022); Bahagian II (Near to the resthouse Laban Rata / Panalaban)

Rex Orange Country playlist (np); 11.29 a.m.; Bilik sendiri, Sandakan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Di tengah perjalanan dengan langkah yang begitu kecil. Aku terjumpa seorang abang yang berehat di salah satu batu di kaki gunung tersebut. "Okay, bang?", soalku ringkas kepadanya. "Okay.. Penat la.", jawabnya. "Steady saja." Aku duduk sekali di salah satu batu yang terdampar. Aku bertanya dari mana asalnya. Dia menjawab; orang KL. Pertama kali naik Gunung Kinabalu? Ya. I see... Sama juga seperti aku. Dia dah booking slot untuk Gunung Kinabalu ni dari dua tahun yang lalu lagi tapi disebabkan kekangan pandemik COVID-19. Terpaksa tundah.. Tundah.. Dan akhirnya barulah dapat naik. Tiada pertanyaan lanjutan. "Dengan kawan ke?, Naik apa?,  Belajar kat mana?". Tiada. Aku terus melangkah meninggalkan dia. Dia masih berehat di atas batu tersebut. Hanya ungkapan yang sempat aku berikan, "Good luck!". Aku terus melangkah. Memang kali ini aku ...

Menakluki Gunung Kinabalu Pertama Kali (28 June 2022); Bahagian I

cavetown playlist (np); 9.29 p.m.; Bilik sendiri, Sandakan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Assalamualaikum, salam sejahtera dan hi kepada semua pembaca. Maaflah sebab post terbaru kali ini agak lambat sebab sibuk dengan hal-hal duniawi. Itulah.. Inilah.. Ada saja kena settle-kan. Okay.. Itu pedulikan. Untuk entri hari ini aku ingin bercerita tentang pengalaman menaiki Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia dengan ketinggian 4095 m. Orang bilang kalau ingin jadi pure Sabahan. Gunung Kinabalu ni kena naik. Mana la. Kalau orang tiada rezeki? Tiada kemampuan? Ndak dapat juga tu. Lain orang lain rezeki. Kena faham yang itu. Jadi jangan sembarangan je cakap yang Sabah ni pelik kalau tak naik Gunung Kinabalu tu 😒. Hempuk kepala hang!  Tidak bhe.. .... .. . 17 Mei 2022 Jadi kisahnya bermula begini. Ketika aku sibuk melihat WhatsApp Status rakan-rakan di WhatsApp. Ada satu paparan maklumat daripada seorang rakan yang membuatkan aku ter-stun kejap. Aku tanpa perancangannya yang tiada apa-a...

LM 2; SMK SANDAKAN II (21/03/2022 - 13/05/2022)

[OFFICIAL PLAYLIST] 그 해 우리는(Our Beloved Summer) OST 전곡모음 (np); 12:26 a.m.; Bilik Sendiri; Sandakan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Fuh.. *meniup blog yang sudah lama berhabuk* Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Gila.. Sekian lama. 7 bulan juga haa. Ingat nak berhenti. Tapi.. Ai... Ada beberapa permintaan dari orang untuk teruskan karya kenangan ini. Hmmm.. Aku pun.. Yalah. I'm back . Aku rasa aku betul-betul berhenti menulis Blog apabila aku masuk ke alam pekerjaan yang sebenar-benarnya. Jadi untuk kali entri hari ini. Aku ingin menyambungkan post wajib apabila aku tamat praktikal di sesebuah sekolah. Yalah. PPG 1, PPG 2, LM 1 dan untuk praktikal terakhir yakni LM 2. Sebab bila kamu baca post yang dahulu pun. Setiap perkara tu aku yang ceritakan. Cuma.. Why ? LM 2? Tiada. Haaa. Sebab konon nak berhentikan. Acah-acah paling disakiti oleh perempuan. Itulah kononya. Tapi tidak apalah.  Mari kita mulakan! ...... .... . 3 November 2021 "Mohon semua pelajar mengisi mak...