Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Bank Rakyat

BIGBANG(np); Ruang tamu بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Pagi yang indah ditemani dengan layunan lagu BIGBANG. Satu-satunya band k-pop yang aku masih keep in touch.  Khamis pagi ketika menikmati nikmat travel bersama family . Satu pesanan email aku dapati. Kad Siswa aku dah boleh diambil mengikut cawangan yang ditetapkan. Setelah lama habis bercuti dengan family . Aku kembali ke Sandakan. Berusaha untuk melengkapkan apa yang kurang kerana ada syarat kalau mahu tuntut Kad Siswa tersebut. Salinan IC dan salinan kad pelajar. Disebabkan kad pelajar tiada, aku menggunakan saja surat tawaran untuk memasuki matrikulasi dahulu. Setelah perkara itu dilengkapkan. Aku pun pergi ke bank tersebut dengan harapan dapat mendapat kad itu. Jam menunjukkan jam 11 pagi ketika tu, aku datang dengan senyuman dan tenang. Aku berdiri untuk menunggu barisan dan nombor. Aku menegur salah satu pekerja bank di situ. Katanya; sistem tengah offline. Boleh datang jam dua petang. Aku pun keluar d...

Berhenti Berharap

3:18 am; Bilik sendiri; Twenty One Pilots(np) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ "Simpanlah ego tu sampai mati" Tsk.. Aku dah tak tahu mahu cakap lagi. Sejak kebelakangan ni, ada saja benda yang aku harapkan. It such a complicated relationship I have right now . Banyak benda yang aku harapkan. Sesuai dengan usaha? Macam tu? Banyak pertanyaan yang bermain dalam fikiran aku.  Aku dah sesuai sangat dengan style aku sekarang. Bila berjalan tu sendiri, makan di luar tu, pergi tengok wayang sendiri, lepak di bookstore pun sendiri. Sampai kan ada yang bertanya ada apa dengan aku sebenarnya. Aku tiada apa-apa masalah pun. Aku saja yang merumitkan benda tu. Bila dah sayang seseorang ni, ada saja benda yang aku harapkan. Yang kita harap agar  effort  tu dibalas balik. Sometimes I'm always thinking ; yang aku ni single ke taken ? Kalau aku ask for a date . Memang kena reject . Sebab aku memang tahu jawapan yang keluar dari mulut dia. Rasa sunyi tu memang ada bil...

18/11/2015 (Perhitungan Terakhir : 5 Yonko)

Sheila on 7 (np); Bilik sendiri بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Okay kawan, maaflah yang menunggu tu. Di rumah aku manalah ada wifi , kalau ya pun terpaksa beli Internet sendiri supaya dapat data untuk bagi ni laptop ada Internet . Mahu tulis blogger di henfon tidakkan dapatlah. . . . Langkah demi langkah kami menaiki tangga untuk sampai ke dewan kuliah kami. Pok Lekor berada di depan. Seribu satu tanda tanya mula menganggu fikiran kami. Timbalan Pengetua, guru-guru Jabatan Bahasa, dan rakan-rakan semua berada di sana. Kami berlima langsung tidak berkata apa-apa. Sepatah dua pun tiada. Diam.. Diam.. Dan terus diam. Langkah terus melangkah. Ketika pintu dewan kuliah dibuka oleh Pok Lekor, kami berlima menghembus nafas yang panjang. Masuk. Pintu tertutup. Kami hanya mampu menundukkan muka kami. Mahu tahu macam mana? Jikalau kamu selalu melihat televisyen yang selalu memaparkan tentang kes-kes jenayah, mereka tunduk bukan? Malah muka dikaburkan. Ya.. Begitulah kami. K...

18/11/2015 (Bahagian 3)

Sheila on 7 (np) ; Hotel New Capital, Kota Kinabalu: بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Kami sampai di Dataran Menggaris. Dorae mengakukan kesilapan kami berlima kepada Pok Lekor. Tapi tanpa diduga. Pok Lekor geram, marah dengan tindakan kami yang berbuat demikian. Katanya; bilang dah berjanji masa Kem Jati Diri dulu, konon tidak mahu lakukan kesilapan. Kononnya mahu menjadi manusia berguna untuk masa hadapan. Kononnya ingin menjaga peribadi dengan baik. Sampai bila mahu jadi baik saja, mestilah kena ada nakal sikit-sikit. Apa aku cerita dengan rakan-rakan yang lain nanti, belajar saja di MRSM. Bosanlah. Pok Lekor kecewa. Dia menyuruh kami berkumpul di tengah-tengah dataran tersebut. Tanpa sebarang amaran, satu tamparan yang hebat dikenakan kepada kami berlima. Satu persatu kena. Bermula dari Dorae dan diakhiri oleh Monyet. Pappp!! Papp!! Papp!! Papp!! Papp!!. Telingaku berdesing, bahagian sebelah kiri. Pekak membisu. Aku tidak mampu mendengar apa-apa pada telinga sebelah kirik...

18/11/2015 (Bahagian 2)

Hotel New Capital, Kota Kinabalu; بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Maaflah tergantung tadi. Penatlah dari Kudat ke KK lagi. Dah macam apa jak. Okay jom kita sambung. Ni merupakan lokasi di mana kami merentasi semak dan hutan tesebut. Kawasan tangki tulah yang berlumpur tu. Pagar-pagar yang dipamerkan ini kami tidak lalui. Memang ikut logik akal agak senang untuk kami limpasi. Tetapi pagar itu nampak terbuka sekiranya kami memanjatnya. Di sebalik pagar konkrit ini, ia bersambung dengan pagar dawai di sebelahnya. Di situ titik kenakalan kami untuk merosakkannya dengan mudah. Okay sambung di mana kita berhenti tadi pada Bahagian 1 . . . Setelah Monyet dan PATI masuk ke dalam Center Point . Aku, Jiboh dan Dorae meneruskan perjalanan dengan melalui bahagian belakang mall tersebut. Tanpa disangka, satu jeritan dengan nada dan frekuensi yang agak tinggi; "HEYYYY THREE OF YOU!". Pffftt.. Cikgu kami. The hell is that? Bagaimana pula tiba-tiba dia ada ...

18/11/2015 (Bahagian 1)

Westlife (np); Hotel Upperdeck, Kudat: P/s: Semua watak yang aku tulis ni bukanlah menggunakan nama sebenar kecuali aku, haha :p بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Alhamdullilah, sampai juga ke Tip of Borneo kelmarin. Sekian lama aku menunggu saat ini. Dulu pernah menyatakan hasrat kepada ibu untuk pergi seorang sebab ingin mencari makna hidup kononnya. Tapi secara percuma hanya bebelan ibu saja yang keluar semasa itu. Aku hanya terdiam mengangguk kata setuju. Tidak sangka rupanya dia bawakan juga aku pergi sini. Serius.. Cantik tempat tu. Tersenyum juga melihat betapa cantik ciptaan-Nya.  Di pagi yang indah ini dengan secawan kopi di sebelah laptop . Ingin mem- throwback kisah yang tidak berapa mahu jahat sangat dulu. Ketika masih duduk di MRSM.  18/11/2015; Satu tarikh yang aku tidak boleh lupakan. Satu tarikh di mana 5 orang sahabat fly bersebabkan ingin membalas dendam terhadap budak-budak cybercafe yang telah menumpaskan kami dalam permainan Dota 2 den...

Tenat

Sheila on 7(np); Bilik sendiri بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Alhamdulillah. Dapat juga merasa ada laptop ni, haha. Ini pun ibu yang punya. Dia beli untuk kegunaan kerja dia. Yalah, zaman sekarang semua menggunakan IT. Dari assignment- nya, dari kerja kursusnya, malahan hampir semualah menggunakan kemudahan teknologi. Malam ini mahu tulis tentang dunia yang TENAT. Ya.. Kecewa, sedih, keliru, geram, marah. Semuanya bercampur-baur. Sebab itulah aku berdiam diri sekarang dari dunia Twitter ni. Mungkin ada lawaknya, mungkin ada gembira di balik semua para penggunanya tapi ia tak macam dulu lagi. Sekarang semuanya penuh dengan sensitiviti. "Biasalah tu, dunia akhir zaman" "Fitnah berleluasa.. Kita mahu buat macam mana?" "Twitter dah tak macam dulu" "Politik, berkauman, perbezaan pendapat.." Sampaikan satu tahap. Aku dah tak rasa mahu menggunakannya lagi. Masakan tidak, aku menangis apabila membaca kes tentang arwah bayi Ray...

Coretan

09 : 50 am ; 06/07/2018 ; Bilik sendiri بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Sekian lama tidak mengemaskinikan blog. Akhirnya dapat juga menulis kembali. Maaflah. Bukan hidup sibuk pun cuma laptop dan wifi dah tiada.  Yalah..  Laptop  dulu cuma pinjaman sahaja dari  aunty  aku,  wifi  yang digunakan pula merupakan jiran sebelah punya milik.  Wifi  tersebut pun dah kena  terminate. Apa lagi aku mampukan. Kembali juga hidup seperti lepasan SPM dahulu. Tidak apalah. Mungkin juga tugas aku menjaga nenekku di rumah. Hidup sebagai lepasan matrikulasi sama juga macam SPM. Entahlah kenapa.. Yalah, asyik di rumah saja. Tapi di rumah pun, ada teman. Neneknya.. Nenek pun bukan macam dulu dah.. Kudrat pun tak berapa kuat, kalau dulu bagaikan Badang. Semua kerja dia buat sendiri. Sekarang.. Haha. Memerlukan pertolongan juga. Barulah faham, hidup di dunia ni perlukan pertolongan juga. Bukannya boleh pun hidup sendiri. Nanti bila kita mati p...