Sheila on 7(np); Bilik sendiri
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah. Dapat juga merasa ada laptop ni, haha. Ini pun ibu yang punya. Dia beli untuk kegunaan kerja dia. Yalah, zaman sekarang semua menggunakan IT. Dari assignment-nya, dari kerja kursusnya, malahan hampir semualah menggunakan kemudahan teknologi.
Malam ini mahu tulis tentang dunia yang TENAT. Ya.. Kecewa, sedih, keliru, geram, marah. Semuanya bercampur-baur. Sebab itulah aku berdiam diri sekarang dari dunia Twitter ni. Mungkin ada lawaknya, mungkin ada gembira di balik semua para penggunanya tapi ia tak macam dulu lagi. Sekarang semuanya penuh dengan sensitiviti.
"Biasalah tu, dunia akhir zaman" "Fitnah berleluasa.. Kita mahu buat macam mana?" "Twitter dah tak macam dulu" "Politik, berkauman, perbezaan pendapat.."
Sampaikan satu tahap. Aku dah tak rasa mahu menggunakannya lagi. Masakan tidak, aku menangis apabila membaca kes tentang arwah bayi Rayqal tu. Aku geram melihat remaja sekarang. Dengan sifat konon open-minded nya. Aku benci melihat ke semua replies tentang politik, perkauman atau keagamaan. Kes-kes semuanya ke arah keburukan. Rogol, bunuh, dera kanak-kanak dan sebagainya.
Ada lagi satu kes di mana satu statement di Twitter yang dia menyatakan bahawa
"Islam tiada jawapan untuk semua di atas".
Aku bukan baik sangat pun, alim apatah lagi. Perlukah menyatakan sebegitu? Aku buka sahaja tweet tersebut, aku dah agak dah apa replies dekat tweet tu macam mana.

Scroll all the replies. Geram sebab banyak pergaduhan, sedih sebab Twitter ni tempat orang berdebatkan perspektif masing-masing. Apa yang kita dapat? Duit? Pahala? Dengan menunjukkan sifat yang sebegitu rupa? Ada ketenangan yang kita dapat? Tiada.. Tiada..
Kalau seseorang itu bijak pandai. Matang dalam melakukan tindakan, berfikir sebelum melakukan. Mungkin perbalahan tersebut tidak akan berlaku. Kita ni jahil, tidak perlulah melakukan sesuatu itu diturutkan dengan hawa nafsu. Akal kita ni gunalah seelok-eloknya.
"Lumrahlah manusia melakukan kesilapan";
Aku faham tu. Tapi takkan kita mahu melakukan yang perkara yang salah setiap kali? Tidakkan?
Aku faham tu. Tapi takkan kita mahu melakukan yang perkara yang salah setiap kali? Tidakkan?
Ia umpama kita tidak ingin mengambil pengajaran terhadap apa yang kita perhatikan, bacakan, atau fahamkan.
1 tambah 1, sudah tentu jawapannya 2. Tapi? Apa kata si yang tidak tahu pula? Dah tentu dia salah, kemungkinan jawapannya 3 atau disebaliknya. Kerna tidak tahunya. Okayy.. Itu okay lagi. So? Dia kena belajar untuk memperbaiki kesilapan tersebut.
Rata-rata kita ni, dah tahu benda tu salah. Masih melakukannya.
Kononnya;
"Rileklah masih muda, nanti tua taubatlah" "Enjoy bah dulu, banyak lagi pun yang teruk dari kita" "Alaa,, sikit je ni" "Ini pun mahu bagitahu kah?" "Kau pun subuh kadang tak datang" "Allah Maha Pengampun, sempat taubat juga nanti. Hehe"
dan terus saja dengan alasan yang lebih kurang sama saja.

Sampai bila mahu macam tu? Sampai bila mahu tunding jari ke orang lain? Sampai bila mahu pelihara ego tu? Sampai bila mahu rasa diri itu saja betul? SAMPAI BILA?
Aku dulu, pernah rasakan diri ni baik betul. Padahal bila rasa diri yang baik nilah yang teruk sebenarnya.
Aku teringat satu pesan ustaz tu masa majlis ilmu dulu;
"Kita bila nampak seorang pelacur, Apa yang kita akan katakan pada hati kita. Adakah? Wehh teruknya kerja dia ni, konfem neraka. Atau syok juga kalau layan dia ni. Atau aku mesti ubah ni, mana tahu dia sempat taubat, Syurga tempatnya"

Kita fikirkan di mana kita. Hati aku busuk juga sebab selalu mengatakan dalam hati apa mahu jadi dengan orang yang tak solat ni. Tapi diri sendiri tidak berani mahu tegur, diri sendiri hanya tahu menghukum orang saja. Apa juga beza aku dengan mereka.
Kita ni, bila mahu ubah keadaan sekeliling kita. Ubahlah diri sendiri dulu.
Boleh rujuk surah Ar-Ra'd : ayat 11;
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
Aku nasihatkan tidak perlulah kita mahu kata begini;
"Kau bukan baik sangat pun, Kau pun.."
Sini aku tunjukkan satu kata daripada
"Kau bukan baik sangat pun, Kau pun.."
Sini aku tunjukkan satu kata daripada
Imam Hassan Al Basri; "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan,"
Abaikan apa-apa benda yang membawa kamu ke arah yang negatif. Yang baik teruskan jadi teladan. Yang jahat kita ambil sebagai pengajaran. Kesilapan lalu usah dikenangkan, fokus ke masa hadapan.
Tutup, Salam.
Comments