Skip to main content

18/11/2015 (Bahagian 1)

Westlife (np); Hotel Upperdeck, Kudat:

P/s: Semua watak yang aku tulis ni bukanlah menggunakan nama sebenar kecuali aku, haha :p


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Alhamdullilah, sampai juga ke Tip of Borneo kelmarin. Sekian lama aku menunggu saat ini. Dulu pernah menyatakan hasrat kepada ibu untuk pergi seorang sebab ingin mencari makna hidup kononnya. Tapi secara percuma hanya bebelan ibu saja yang keluar semasa itu. Aku hanya terdiam mengangguk kata setuju. Tidak sangka rupanya dia bawakan juga aku pergi sini. Serius.. Cantik tempat tu. Tersenyum juga melihat betapa cantik ciptaan-Nya. 

Di pagi yang indah ini dengan secawan kopi di sebelah laptop. Ingin mem-throwback kisah yang tidak berapa mahu jahat sangat dulu. Ketika masih duduk di MRSM. 

18/11/2015;

Satu tarikh yang aku tidak boleh lupakan. Satu tarikh di mana 5 orang sahabat fly bersebabkan ingin membalas dendam terhadap budak-budak cybercafe yang telah menumpaskan kami dalam permainan Dota 2 dengan keputusan kill 65-8. Teruk bukan? Memanglah.. Aku lagi noob. Kalah tu memang di tangan kami sudah. Mahu buat comeback? Memang tidaklah..

Yang meminta untuk fly ni sebenarnya aku pun. Yalah tiba-tiba rasa mahu fly. Lagipun masa tu, sudah habis exam. Yang hanya kami buat dalam tempoh sebelum cuti panjang tu, kami ada prepation untuk UNGA saja. Memang cantiklah konon plan-nya.

Dengan bertemankan satu orang yang berpengalaman dalam bidang fly yakni Jiboh, memang kaw-kaw-lah ni.. Hehe. 

Okay. Pada pagi hari tersebut, kami mempunyai event yakni UNGA. Event tersebut sebenarnya sampai ke malam. Tapi kami 5 orang ni, hanya menghadiri pada sebelah pagi saja. Negara aku semasa tu ialah Vanuatu. Gila. Masih aku ingat.

Selesai sahaja acara pada sebelah pagi tersebut. Aku dah plan dengan si Jiboh ni. Tanya-tanyalah siapa lagi mahu join. Adalah.. 3 orang ni. Sekali baru perasan rupanya. Satu kelas juga kami. Aku, Jiboh, Monyet, Dorae dan PATI. 

5 petang;

Ketika tu, semua bersiap dah. Dress up macam biasa. Aku ketika tu memakai topi si Jiboh sebab dia kata; kalau mahu keluar ni kena macam penjenayah sikit. Pakai topi supaya tidak busted kalau keluar nanti. Memang kalau orang berpengalaman fly ni. Rekod jenayah fly dia ni dia dah lakukan dari form 2 lagi. Memang master-lah. Sebenarnya kerja kami ni ada beberapa orang dah tahu sebelum kami ingin bertolak. Tapi kami hanya menyuruh mereka untuk berdiam diri sahaja. Iyalahh. Acara sebelah malam pula? Memang kami tidak mahu datanglah. 

Selesai bersiap. Kami mula turun melalui tangga SF kiri hingga ke GF. Bukan kami 5 semasa tu. Aku dan Jiboh saja. Yang lain macam ada barang tertinggal, jadi dorang ambil sekejap. Dah 5 berkumpul, baru kami bermula.

Kalau lelaki tahulah ni. Kami menggunakan jalan semak di sebelah GF itu. Kata Jiboh kononnya mahu tembus ke sesuatu tempat yakni pekan Kinarut. Kami melalui semak-semak tersebut seperti askar yang mempunyai pangkat besar dalam satu batalion. Monyet mempunyai satu kayu yang dikutipnya untuk menebas semak-samun di sana agar kami melaluinya dengan tenang. 

Sesudah itu, kami hanya sampai ke satu semak yang kami 5 dapat melihat PGA polis dan di hadapannya pula gelanggang bola tampar kami. Kami buntu. Apa Jiboh ni.. Katanya tahu jalan. Last-last tempat sama juga. Habis masa kami bazirkan. Akhir kata dipersetujui oleh PATI. PATI menyatakan pendapat untuk menggunakan laluan depan sahaja. Yakni gate depan maktab kami. 

Kami dah malas untuk berpatah balik. Kami rosakkan 1 pagar dengan menariknya sehingga pagar dawai itu ke bawah agar kami dapat menembusinya. Pagar tersebut menghubungkan kami ke satu tapak kosong bersebelahan sebelah gelanggang bola tampar. Kami berlari seperti ninja, yalahh takut ada pihak aspuri nampakkan. Larilah. 

Setelah lari, kami sampai di bawah surau bersebelahan asrama lelaki. Kami rest kejap. Waktu pada itu mahu dekat maghrib. Kami teruskan perjalanan kami. Dengan menggunakan laluan dari library atau lebih dikenali sebagai PSIB di MRSM kami. Menaiki tangga dan meneruskan perjalanan menggunakan laluan belakang library dan makmal-makmal maktab kami itu.

Jalan punya jalan. Sampai taman herba pula. Destinasi kami mahu keluar tu sikit sahajalah lagi. Selepas dari taman herba tu, kami guna lagi jalan semak. Semak yang ni pula lagi mencabar dari semak yang dilalui sebelah GF tersebut. Banyak duri. Kami tidak boleh terus melompat dari pagar yang yang sedia ada yakni pagar yang konkritlah. Sebab senang busted kalau kami naik dari sana. Kalau kena limpas saja oleh cikgu-cikgu memang kenalah. Lagipun dia berdekatan dengan pondok sekuriti kami.

Jalan dan terus berjalan. Sehingga sesuatu jeritan dari belakang kami; "Arghhhhhhhh!!". Masya-Allah. Dahlah time tu maghrib. Manakah tidak kami ketakutan. Aku hanya berkata pada dorang, jangan panik. Perkara biasalah tu.Yalah hutan kawasan semak tersebut, mana tidak. Silap-silap teriakan yang dengar tu sebenarnya jin. 

Paling takut pada masa tu, si Jiboh. Pucat betul. Berulang kali pertanyaan dia; 

"Huii sekuriti bah tu kan? Busted kah kita ni?". 

Padahal bukan sekuriti pun. Mungkin 'benda'.

Detik indah semasa melalui semak-samun dan hutan tersebut apabila kami berlima menjumpai kelip-kelip. Yup.. Cantik. Dengan keadaan gelap diterangi cahaya kelip-kelip membuatkan kami tersenyum sehinggakan si Jiboh menyuruh untuk menangkapnya. Kepala nenek dia mahu ditangkap lagi, sudahlah azan berkemundang masa tu. 

Kami mempercepatkan langkah kami. Tapi tak sangka, selipar PATI ketika itu, putus. Adoi.. Mahu tidak mahu. Teruskan saja. Sampai lagi satu pagar yang kami jumpai. Macam biasa. Kami runtuhkan lagi macam tadi. Pagar dawai tersebut rosak. Lalu melangkah keluar tapi yang susahnya kali ini, pagar tersebut tinggi. Sehinggakan Jiboh dan Dorae terpaksa berhimpit di atas pagar tersebut agar kami 3 yang lain dapat melepasinya.

Jalan.. Jalan.. Pffftttt. Bedebah! Kami sampai di kawasan tangki. Kawasan itu banjir dan BERLUMPUR. Cisss.. Apakah tidak.. Berlumpur kaki kami. Kami teruskan saja seperti biasa. Dah berjaya keluar dari maktab dengan jayanya. Tapi kesian selipar si PATI, putus. 

Berlari laju dan terus menyimpang di sebelah kiri kerana kalau kami menggunakan laluan utama untuk keluar dari simpang MRSM tersebut. Boleh busted.

Kami sampai ke hujung simpang yang kami lalui ni. Kami berehat sebab banyak cabaran kami tempuhi dari laluan semak dan hutan itu. Sambil buka-buka baju, pakai-pakai topi. Duduk atas tar jalan raya macam style-style pilak-lah katakan. Kami berbuat demikian untuk menyembunyi identiti kami sebagai seorang pelajar.

Aku menelefon pirate kami iaitu pirate songlap. Kenapa songlap? Sebab abang ni dia tiada lesen dan membawa van di sekitar tersebut. Kawasan-kawasan Kinarut tulah. Dia sampai seperti biasa. Kami berteriak meraikan kejayaan kami. Kononnya macam lepas dari sesuatu halangan yang susah. Tinggal untuk sampai ke destinasi sahaja lagi, KK city!

Setelah menaiki van yang berupa macam ingin menculik kanak-kanak itu, aku bertanya kepada abang tersebut. Bolehkah hantar terus sampai ke KK? Tapi tidak. Sebab dari situlah baru kami tahu yang dia ni selama ni tiada lesen. Banganggg.

Dia hantar kami sampai Sabindo saja. Syukur Alhamdulillah. Ngam-ngam kami sampai tu, ada bas untuk menuju ke KK. Bas Kinarut-KK.

Kami naik bas. Setelah sampai tu yang susah pula. Henfon si PATI pula tertinggal. Adoi.. Kami telefon abang pirate yang first kami naik tu. Katanya tiada dalam van tersebut. Mahu kejar bas yang kami naik untuk sampai ke KK tu. Susah pula. Banyak ujian kami berlima.

Teruskan sajalah. Bas tersebut menghantar kami di belakang Center Point. Sementara itu, PATI dan Monyet masuk ke dalam Center Point untuk membeli gam supaya selipar  si PATI tu dapat digunakan semula.

.
.

Maaf kawan dah mahu checkout. Nanti sambung.

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...