Skip to main content

18/11/2015 (Bahagian 3)

Sheila on 7 (np) ; Hotel New Capital, Kota Kinabalu:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Kami sampai di Dataran Menggaris. Dorae mengakukan kesilapan kami berlima kepada Pok Lekor. Tapi tanpa diduga. Pok Lekor geram, marah dengan tindakan kami yang berbuat demikian. Katanya; bilang dah berjanji masa Kem Jati Diri dulu, konon tidak mahu lakukan kesilapan. Kononnya mahu menjadi manusia berguna untuk masa hadapan. Kononnya ingin menjaga peribadi dengan baik. Sampai bila mahu jadi baik saja, mestilah kena ada nakal sikit-sikit. Apa aku cerita dengan rakan-rakan yang lain nanti, belajar saja di MRSM. Bosanlah.

Pok Lekor kecewa. Dia menyuruh kami berkumpul di tengah-tengah dataran tersebut. Tanpa sebarang amaran, satu tamparan yang hebat dikenakan kepada kami berlima. Satu persatu kena. Bermula dari Dorae dan diakhiri oleh Monyet. Pappp!! Papp!! Papp!! Papp!! Papp!!. Telingaku berdesing, bahagian sebelah kiri. Pekak membisu. Aku tidak mampu mendengar apa-apa pada telinga sebelah kiriku. 



Selesai saja tamparan. Satu-satu kata Pok Lekor keluar; 

"Apa mahu jadi dengan kamu ni? Katanya berjanji. Tapi begini pula perangainya" ; 

lebih kurang macam tulah ayat dia. Maaflah tidak berapa mahu ingat. Tamparan saja? Tidakk.. Tidakk kawan. Tiba-tiba satu persatu dilutut olehnya bagaikan seorang yang memahiri Muay Thai. Terkesima. Sakit rasanya. 


Sesak nafas disebabkan lutut tersebut kerana lutut tulah yang mengenakan dada kami. Sakit bhaii.


Bukan itu saja, beliau juga menggunakan sikunya. Perghhh bhaiii.. Ini barulah namanya Wrestling Mania. Lepastu, pelbagai aksi yang dikeluarkan semuanya. Skill-skill Tekken dan Street Fighter pun keluar. Lama juga kami bertahan, hampir 20 miinit dihentam seperti Punching Bag

Mahu tidak mahu, kami hadap saja. Dah salah kami macam mana juga. Cikgu-cikgu yang lain hanya melihat sahaja. Dorang pun ada juga berkata seperti apalah mahu jadi dengan budak-budak ni. Kecewa mungkin. Kita belajar di sekolah ni untuk belajar pun.

Setelah dihentam. Kami berdiri seperti kayu tunggul di hadapan mereka semua. Pelajar tingkatan 3 ketika itu pun mampu melihat sahaja. Mesti dorang bertanya-tanya apa yang jadi dengan kami berlima. Tamparan-tamparan yang dikenakan tu membuatkan pipi kami menjadi merah. Syukurlah tidak juga sampai menjadi darah beku. 

Acara UNGA sedang berlangsung di dewan kuliah kami. Tanpa membuang masa Pok Lekor membawa kami di sana.

Apa lagi agenda dia ni, tidakkan mahu dikasi malu. Cukup-cukuplah.

Nafas tercungap-cungap, apa akan jadi apabila sampai ke bilik kuliah pula.

Jam menunjukkan 8 malam lebih ketika itu. Kami berlima hanya terdiam bagai kami melakukan jenayah besar. Apa akan jadi lepas ni.

Dewan kuliah. Acara UNGA sedang berlangsung, semua pelajar tingkatan empat berada di sana yakni batch kami.

Langkah kami berlima perlahan ketika menaiki. Lutut kami bergetar.
.
.
.

Maaf mahu checkout lagi. Maklumlah, jadi traveller sikit-sikit susah juga. Banyak tergantung.

Comments

Anonymous said…
Sambung cepat dil hahahaha gantung eh
Anonymous said…
Love tou idola..nda sabar maw tunggu next episode
PATI said…
Smpai hati kau ksi nama aku PATI aa hahaha, dri mana lagi idea lekor kuaci kau ni btul2 lah😂
Dorae said…
leave the school like legend...born to create history...nice working together with you brother

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekarang, t

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Kalau benda ni tak jadi. K

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . .

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t