Sheila on 7 (np) ; Hotel New Capital, Kota Kinabalu:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Kami sampai di Dataran Menggaris. Dorae mengakukan kesilapan kami berlima kepada Pok Lekor. Tapi tanpa diduga. Pok Lekor geram, marah dengan tindakan kami yang berbuat demikian. Katanya; bilang dah berjanji masa Kem Jati Diri dulu, konon tidak mahu lakukan kesilapan. Kononnya mahu menjadi manusia berguna untuk masa hadapan. Kononnya ingin menjaga peribadi dengan baik. Sampai bila mahu jadi baik saja, mestilah kena ada nakal sikit-sikit. Apa aku cerita dengan rakan-rakan yang lain nanti, belajar saja di MRSM. Bosanlah.
Pok Lekor kecewa. Dia menyuruh kami berkumpul di tengah-tengah dataran tersebut. Tanpa sebarang amaran, satu tamparan yang hebat dikenakan kepada kami berlima. Satu persatu kena. Bermula dari Dorae dan diakhiri oleh Monyet. Pappp!! Papp!! Papp!! Papp!! Papp!!. Telingaku berdesing, bahagian sebelah kiri. Pekak membisu. Aku tidak mampu mendengar apa-apa pada telinga sebelah kiriku.
Selesai saja tamparan. Satu-satu kata Pok Lekor keluar;
"Apa mahu jadi dengan kamu ni? Katanya berjanji. Tapi begini pula perangainya" ;
lebih kurang macam tulah ayat dia. Maaflah tidak berapa mahu ingat. Tamparan saja? Tidakk.. Tidakk kawan. Tiba-tiba satu persatu dilutut olehnya bagaikan seorang yang memahiri Muay Thai. Terkesima. Sakit rasanya.
Sesak nafas disebabkan lutut tersebut kerana lutut tulah yang mengenakan dada kami. Sakit bhaii.
Bukan itu saja, beliau juga menggunakan sikunya. Perghhh bhaiii.. Ini barulah namanya Wrestling Mania. Lepastu, pelbagai aksi yang dikeluarkan semuanya. Skill-skill Tekken dan Street Fighter pun keluar. Lama juga kami bertahan, hampir 20 miinit dihentam seperti Punching Bag.
Mahu tidak mahu, kami hadap saja. Dah salah kami macam mana juga. Cikgu-cikgu yang lain hanya melihat sahaja. Dorang pun ada juga berkata seperti apalah mahu jadi dengan budak-budak ni. Kecewa mungkin. Kita belajar di sekolah ni untuk belajar pun.
Setelah dihentam. Kami berdiri seperti kayu tunggul di hadapan mereka semua. Pelajar tingkatan 3 ketika itu pun mampu melihat sahaja. Mesti dorang bertanya-tanya apa yang jadi dengan kami berlima. Tamparan-tamparan yang dikenakan tu membuatkan pipi kami menjadi merah. Syukurlah tidak juga sampai menjadi darah beku.
Acara UNGA sedang berlangsung di dewan kuliah kami. Tanpa membuang masa Pok Lekor membawa kami di sana.
Apa lagi agenda dia ni, tidakkan mahu dikasi malu. Cukup-cukuplah.
Nafas tercungap-cungap, apa akan jadi apabila sampai ke bilik kuliah pula.
Jam menunjukkan 8 malam lebih ketika itu. Kami berlima hanya terdiam bagai kami melakukan jenayah besar. Apa akan jadi lepas ni.
Dewan kuliah. Acara UNGA sedang berlangsung, semua pelajar tingkatan empat berada di sana yakni batch kami.
Langkah kami berlima perlahan ketika menaiki. Lutut kami bergetar.
.
.
.
Maaf mahu checkout lagi. Maklumlah, jadi traveller sikit-sikit susah juga. Banyak tergantung.

Comments