Skip to main content

Bank Rakyat

BIGBANG(np); Ruang tamu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Pagi yang indah ditemani dengan layunan lagu BIGBANG. Satu-satunya band k-pop yang aku masih keep in touch. 

Khamis pagi ketika menikmati nikmat travel bersama family. Satu pesanan email aku dapati. Kad Siswa aku dah boleh diambil mengikut cawangan yang ditetapkan.

Setelah lama habis bercuti dengan family. Aku kembali ke Sandakan. Berusaha untuk melengkapkan apa yang kurang kerana ada syarat kalau mahu tuntut Kad Siswa tersebut. Salinan IC dan salinan kad pelajar. Disebabkan kad pelajar tiada, aku menggunakan saja surat tawaran untuk memasuki matrikulasi dahulu.

Setelah perkara itu dilengkapkan. Aku pun pergi ke bank tersebut dengan harapan dapat mendapat kad itu. Jam menunjukkan jam 11 pagi ketika tu, aku datang dengan senyuman dan tenang. Aku berdiri untuk menunggu barisan dan nombor. Aku menegur salah satu pekerja bank di situ.

Katanya; sistem tengah offline. Boleh datang jam dua petang. Aku pun keluar dan berlalu pergi ke Harbour Mall. Satu-satunya mall yang kononnya hipster di mata masyarakat Sandakan. Haha. Seperti biasa, aku akan ke Popular Bookstore untuk mengisi masa lapang aku. Aku dah ketagih ke sana kerana situlah satu-satunya tempat yang boleh aku tengok buku-buku cantik dan juga hasil penulis-penulis yang aku gemari. The smell of the books also attract me, haha. 

Tanpa berfikir panjang, aku direct membeli buku Impian Jalanan karya Teme Abdullah. Kerana aku melimpasi buku tersebut. Nampak macam menarik. Aku ambil sajalah tanpa tujuan. Setelah membeli, aku turun ke Cool City yang terletak di ground floor di mall itu.

Membeli milkshake dengan berharga RM3.50. Duduk, minum sambil membaca buku sehinggalah masuk waktu zohor. Habis sahaja, aku mengambil masa untuk solat. Dengan plan yang ada dalam kepala, habis saja solat aku teruskan dengan pergi ke Bank Rakyat. 

Walaupun disuruh datang jam dua. Aku datang jam 1.30. Aku menunggu saja, lagipun ada kerusi. Duduklah sampai jam dua. Setelah duduk lama menunggu, jam menunjukkan jam dua. Beratur lalu mendapatkan nombor. Ada lagi benda mahu diisi, entah borang apa.

Habis saja. Tunggulah. Nombor aku dipanggil lalu ke kaunter. Tapi kakak di kaunter tu sikit menaikkan darah aku. Setelah lama menunggu dari jam 11 semua. Boleh-bolehnya dia suruh aku balik dan datang pada keesokan pagi. Aku senyum lalu pergi.

Seperti yang ditetapkan, keesokannya paginya aku datang juga. Jam 9 aku dah datang kerana bank tersebut buka pada waktu tersebut juga. Dalam waktu begitu pun, orang dah ramai terutama yang diri mereka itu digelar pelajar. Banyak rupanya mahu ambil Kad Siswa ni. 

Tidak disangka, server masih down. Gila betul. Benda ni dari kelmarin rasanya. Takkan masih macam tu. Bersangka baik sajalah. Dengan kesabaran yang aku ada. Aku menunggu dari jam 9 sehinggalah jam 1.30. Itupun server masih down. Jam 2 baru giliran aku ke kaunter. Kakak semalam lagi.. 

"Jap ya dik.. Nanti dipanggil namanya.."

-_-

Apa lagi ni. Tunggu punya tunggu nama aku pun dipanggil. Detik inilah yang membuatkan aku sakit hati, rasa mahu maki pun ada. Time ni pula, pak cik pula yang urus.

"Dik.. Kalau mahu ambil kad siswa mesti guna kad pelajar"

"Tapi bang.. Kad pelajar saya tu hilang sudah. Ndakkan guna surat tawaran ndak boleh?"

"Memang ndak boleh ni. Kalau mahu pun, mesti ada pengesahan dari pihak kolej. Tidak apalah.. Nanti sudah belajar di sana, dapat kad pelajar baru datang balik"

"Ndak bang.. Saya sudah habis belajar ni. Keputusan semester dua pun sudah keluar. Kalau saya guna result saya ndak bolehkah? Baru guna pengesahan dari pihak PPD?"

"Ndak boleh ni dik.. Mesti dari pihak kolej juga. Di mana kau belajar?"

"Di Labuan"

"Ohh.. Mahu dari sana juga tu. Minta surat pengesahan dari dorang"

Aku angguk mengertikan kata setuju. Lalu pergi dengan perasaan yang sangat sakit dan geram. Aku penat menunggu dari semalam, sesudah datang disuruh balik pula. Keesokannya tu lagi membuatkan aku sakit hati, aku dah inform dari pekerja yang mengurus nombor tu. Katanya boleh. Tapi datang, tidak boleh pula guna surat tawaran tu.

Sebelum aku keluar, aku ternampak ada tong sampah di sana. Aku membuang saja borang yang aku dah urus tu. Pedulilah apa orang nak katakan. Aku dah tak boleh tahan. Keluar dari pintu bank, aku menangis tanpa sebab. Aku terus melapkan air mata aku dan pulang dengan muka yang suram.

Aku penatlah begini. Orang dah sabar.. Urus pun baik-baik. Menunggu punyalah lama. At last, begini pula. 

Memang betullah apa yang dikatakan oleh Teme tentang dunia ni tidak adil.

Orang yang bekerja yang guna cable, senang-senang saja.

Orang yang berusaha mati-mati. Di anginkan saja. Dorang tak nampakkah aku menunggu dari jam 9 lagi. Ya Allah. Sakitnya.. Tuhan saja yang tahu.

Aku dah tak peduli dengan RM250 yang ada dalam kad itu.

Memang dunia ni dah tidak adil.

Sedangkan surat tawaran dan kad pelajar tu bukannya masalah besar bagi dorang pun. Siap aku tunjuk lagi result semester dua aku. Sama juga ceritanya.

Terlampau memandang rendah terhadap orang yang macam begini. Duduk di pejabat ditemani dengan air-cond, rakus dengan kesenangan.

Sombong. Lupa yang sebenarnya nikmat itu diberi oleh-Nya. Bukan majikan. Kita ni hamba saja. Aku mendoakan yang baik-baik saja. Aku malas mahu berdendam, tiada faedah. Apa beza aku dengan dorang, kalau hati pun sama busuk. 

Think positive, moving forward.

Aku menulis ni pun sebab sakit hati betul. Aish.. Itulah saja cerita pasal Bank Rakyat tu. Aku dah lama simpan ni, haha.
.
.
.
Tutup, salam.

Comments

Unknown said…
dil cerita baru lagi ba

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekarang, t

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Kalau benda ni tak jadi. K

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . .

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t