Skip to main content

18/11/2015 (Bahagian 2)

Hotel New Capital, Kota Kinabalu;


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ



Maaflah tergantung tadi. Penatlah dari Kudat ke KK lagi. Dah macam apa jak. Okay jom kita sambung.






Ni merupakan lokasi di mana kami merentasi semak dan hutan tesebut. Kawasan tangki tulah yang berlumpur tu. Pagar-pagar yang dipamerkan ini kami tidak lalui. Memang ikut logik akal agak senang untuk kami limpasi. Tetapi pagar itu nampak terbuka sekiranya kami memanjatnya. Di sebalik pagar konkrit ini, ia bersambung dengan pagar dawai di sebelahnya. Di situ titik kenakalan kami untuk merosakkannya dengan mudah.

Okay sambung di mana kita berhenti tadi pada Bahagian 1.
.
.

Setelah Monyet dan PATI masuk ke dalam Center Point. Aku, Jiboh dan Dorae meneruskan perjalanan dengan melalui bahagian belakang mall tersebut. Tanpa disangka, satu jeritan dengan nada dan frekuensi yang agak tinggi;

"HEYYYY THREE OF YOU!".

Pffftt.. Cikgu kami. The hell is that? Bagaimana pula tiba-tiba dia ada di situ? Takdir? Kebetulan? Dia tidak pergikah event malam untuk UNGA tu?

Ini adalah kesilapan kecil yang Jiboh dah agak dari awal lagi, yakni TOPI. Yaa! Topi. Dorae time tu tidak memakai topi sehinggakan apabila dilihat dari jauh dia boleh diagak oleh cikgu kami itu. Dengan ketinggian dan cara dia berjalan. Kebarangkalian untuk mengetahui identiti Dorae ni sangatlah senang. Dia merupakan antara lanun-lanun yang bounty-nya agak tinggi kerana kes-kesnya terdahulu. Rata-rata cikgu-cikgu semua kenal dia.

Sir Kuaci pun memanggil kami bertiga. Walaupun aku dan Jiboh memakai topi tapi kami busted juga mungkin kerana dah dilihat agak lama. Kalau sajalah aku sama Jiboh lari tanpa menghiraukan apakah nasib si Dorae, mungkin kami 2 pula dapat lari. Setelah berjumpa dengan Sir Kuaci yang merupakan guru Matematik Tambahan di kelas kami 5 ni. Kami menaburkan semua alasan kami, dah macam tu. Mahu bagi alasan? Memang tidak kena terimalah. Dahlah asrama, mana bolehnya keluar sesuka hati.

Selesai sahaja perdebatan kami 4, Sir Kuaci rela meninggalkan kami. TAPI.. Satu penipuan yang telah kami tipukan iaitu PATI dan Monyet tidak join sekali kami fly. Sesudah beberapa langkah ke depan, ingat dah selamat. Dua orang tulah pula kena tangkap. Dorang tertangkap disebabkan selesai sahaja membeli gam tersebut. Dorang keluar juga melalui laluan belakang itu. Adoii.. Pecah. Tapi ketika tu, Sir Kuaci memang tidak boleh percayakan kami lagi. Dia tekad menangkap gambar kami berlima dan sent di group Whatsapp MRSM. Pergghhh. Naik bounty jiooo..

Kami tertangkap
Hadapan Klagan Hotel
Belakang Center Point


Apabila melihat hotel ni. Memang akan tersenyum sinis.

Ditangkapkan gambar kami seperti penjenayah kelas atasan. Sir Kuaci menelefon ketua Warden kami. Uishhh.. Memang pecahlah time tu. Kami bakal dihantar balik ke maktab untuk acara yang seterusnya.

Ustaz FreethePi iaitu ketua Warden kami sampai sesudah kami menunggu dalam 30 minit. Sir Kuaci pun meninggalkan kami dengan tenang dan meneruskan agendanya. Ustaz FreethePi ditemankan dengan cikgu Puro-Puro; merupakan seorang cikgu yang mengajar subjek akaun dan profesional dalam permainan bola sepak.

Kami memasuki kereta Alza ustaz dengan tenang. Kami berlima terduduk, terpaku diam lepas itu. Ustaz menekan minyak dan berlalu dari kawasan itu. Dan mulalah sesi soal-jawab antara kami 5 dan cikgu-cikgu itu.

Seperti biasa. Soalan yang keluar dari mulut mereka. Kenapa perlu melakukan perkara tersebut. Aku menyatakan dengan tenang bahawa kami 5 merupakan orang jauh-jauh. Jadi kami ingin fly dan bermain di cybercafe untuk kali terakhirnya (konon). Sebab tahun depannya pula, kami SPM. So kami fokus untuk SPM pula.

Soalan seterusnya; Siapa yang master mind? Siapa yang merancang? Dengan tenang.. Aku lagi menjawab. Akulah yang merancang. Aku yang membawa mereka. Akulah yang menghasut mereka.

Dan adalah juga beberapa soalan seperti asal, kelas dan seumpamanya. Sebelum kami kena hantar ke maktab. Ustaz dan cikgu itu ingin hantar ke balai polis kononnya untuk pemeriksaan air kencing. Mereka takut yang kami ni dibawa pengaruh dadah dan arak.

Uishh.. Muka baik kami 5 orang ni macam malaikat dikatakan begitu. Tujuan kami satu saja pun. DOTA!! DOTA!! Mahu tidak mahu, kami angguk saja. Tapi itu hanya gertakan semata-mata. Kalau dorang hantar kami pun. Menyusahkan pihak maktab. Banyak procedure lagi. Buang masa sahaja.

Selepas sampai sahaja ke MRSM, di pondok sekuriti. Ustaz bertanyakan kepada sekuriti di situ, ada nampakkah kelibat 5 orang ni yakni kami melepasi pagar di sana. Jawapannya tiada. Hebat juga rupanya kami ni. Dan itulah detik tanda tanya bermula.

SIAPA SEBENAR YANG MENJERIT PADA WAKTU MAGHRIB TERSEBUT kalau bukan sekuriti.

Kami dihantarkan ke dataran Menggaris di mana tapak rollcall kami bertapak. Dan ustaz menyuruh kami untuk mengaku kesilapan kami ke mana-mana cikgu-cikgu yang kononnya ibu ayah kami. Entahlah gelaran tu macam mana boleh dapat. Ibu ayah? Lucu.

Terdapat cikgu-cikgu di sana kerana pada masa itu, tidak silap aku. Pelajar form 3 ada acara ber-BBQ untuk meraikan kejayaan atau perpisahan. Aku pun tak pasti. Tapi macam tulah, jamuan untuk batch.

Dorae memberanikan diri untuk mengaku terhadap kesilapan yang kami lakukan. Tapi satu kecacatannya ialah dia mengaku kesalahan itu kepada Pok Lekor.

.
.
.

Nanti sambung ya. Ada lagi. Mengantuk sudah.
Terima kasih kepada Ikan Kekek kerana menyediakan gambar-gambar tu. Sanggup keluar rumah untuk tangkap gambar pagar tu saja. Gila.

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...