Sheila on 7 (np); Bilik sendiri
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Okay kawan, maaflah yang menunggu tu. Di rumah aku manalah ada wifi, kalau ya pun terpaksa beli Internet sendiri supaya dapat data untuk bagi ni laptop ada Internet. Mahu tulis blogger di henfon tidakkan dapatlah.
.
.
.
Langkah demi langkah kami menaiki tangga untuk sampai ke dewan kuliah kami. Pok Lekor berada di depan. Seribu satu tanda tanya mula menganggu fikiran kami. Timbalan Pengetua, guru-guru Jabatan Bahasa, dan rakan-rakan semua berada di sana. Kami berlima langsung tidak berkata apa-apa. Sepatah dua pun tiada. Diam.. Diam.. Dan terus diam. Langkah terus melangkah.
Ketika pintu dewan kuliah dibuka oleh Pok Lekor, kami berlima menghembus nafas yang panjang. Masuk. Pintu tertutup. Kami hanya mampu menundukkan muka kami. Mahu tahu macam mana? Jikalau kamu selalu melihat televisyen yang selalu memaparkan tentang kes-kes jenayah, mereka tunduk bukan? Malah muka dikaburkan. Ya.. Begitulah kami. Kami berlima terus melangkah mengekori Pok Lekor dan beliau menyuruh kami untuk berdiri di belakang. Aku melihat Pok Lekor pergi ke tempat guru-guru yang sedang berkumpul.
Mungkin di situlah titik permulaan beliau menceritakan semua perbuatan kami berlima. Satu persatu ada saja guru yang menghampiri kami. Mula-mula Cikgu Squidward. Bebelan mula keluar, dengan suara Squirdward beliau tulah. Hanya kata-kata nasihat dilemparkan. Lalu cikgu ni pun bertanya kepada aku; apa yang jadi dengan telinga sebelah kiri aku. Yalah.. Sudah sakit kena tampar, pekak lagi. Mana dengar apa-apa. Aku terus mengusap-usap telinga aku.
CIkgu Squidward mengambil satu kerusi dan duduk berdekatan dengan kami. Selepas itu, datang lagi guru Bahasa Inggeris lelaki, beliau juga pernah mengajar sementar di kelas kami berlima. Beliau menumbuk dada kami berlima dengan perlahan. Tidak rasa. Hanya sentuhan saja. Tetapi satu pertanyaan yang keluar dari mulut beliau;
"Why you all doing this?".
Dan berlalu dengan ekspresi muka kecewa. Maaf cikgu. Kami tidak mampu berbuat apa-apa. Paling aku ingat sekali ialah Cikgu Ting Ting Ting Tinggg datang. Beliau merupakan Timbalan Pengetua Akademik kami ketika tu.
Beliau dulunya seorang kaunselor. Marah dengan tindakan kami tetapi leteran yang dilemparkan membuatkan kami sedikit tergelak dan mula tersenyum.
"Kamu ni keluar malam-malam apa juga kamu buat? Macam palahu-palahu sudah cikgu tengok kamu ni. Kaki berlumpur. Baju buruk. Kalau cikgu terajang kamu ni. Terkeluar kamu ni dari tingkap ni, jatuh ke tingkat bawah sana. Aiiii! *sambil menunjukkan aksi konon ingin menumbuk kami*. Time begini jugalah kamu fly. Aiii..".
Begitulah lebih kurang apa yang Timbalan Pengetua itu katakan. Tak mampu juga aku ingat semua ayat beliau.
Jelingan demi jelingan kami dapat daripada guru-guru pihak perempuan. Entahlah apa yang digosipkan oleh mereka.
Miss GGGGGGGGG ada datang juga. Syukur tiada teriakan. Bebelan saja. Aku dah muak sudah dengan bebelan ketika tu. Tapi aku tidak berapa pasti apa yang beliau katakan. Pekakkan telinga.
Sahabat-sahabat lelaki pula hanya mampu melihat kami. Dorang pun agak hairan bagi yang tidak mengetahui rancangan kami. Yang tahu mesti dalam hati;
"Adoiii.. Busted kah? Boleh-bolehnya lah?".
Itu andaian aku sajalah. Manakala yang tidak mengetahui gerak langkah kami yang agak licik ini, hanya menunjukkan muka kehairanan. Tulah kamu noob, belajar saja. Hahahah. Ndak bheee kawan, aku bergurau saja tu. Janganlah marah, hehe.
Perempuan? Pergghhhh. Tidak payah cakaplah. Muka semua konfius saja.
"Apalah dorang fikir tu haa? 'Uishh dari mana dorang ni?' 'Bertopi-topi lagi.' 'Mesti dari dorm ni kan tidur, ndak mahu pigi UNGA' " ; monologku.
Kami berlima hanya banyak tertunduk time tu. Tulah macam samar-samar. Sikit ingatan tu. Tidak berapa mahu ingat.
Selesai saja acara UNGA itu. Lebih kurang jam 9 malam. Pok Lekor melepaskan kami. Guru-guru berlalu pergi seperti tiada apa-apa yang terjadi. Keluar sahaja dari pintu dewan kuliah tersebut mulalah pertanyaan-pertanyaan keluar dari pihak mulut lelaki. Bagaikan satu kontroversi yang agak panas ketika itu. Kami menjawab juga dengan tenang.
Tapi dalam hati aku berkata;
"Benda ni belum selesai lagi.. Belum..".
Kami balik ke dorm masing-masing dengan biasa. Aku dan empat orang yang lain mula mewujudkan satu spekulasi.
*muzik Detektif Conan mula berirama*
Mahu tahu apa?
SWOT. SWOT ni merupakan tradisi entah dari mana (mungkin dari Kem Jati Diri) yang memecah-belahkan atau salah-menyalahkan antara satu dengan yang lain; kiranya macam tulah juga.
Tsk.. Lelaki semua mula sudah meramalkan benda itu. Kami berlima menyusun strategi kami. Kami berkata kepada mereka jangan sesekali mengaku yang mereka tahu bahawa kami lima ada fly. Kiranya macam bersubahat begitulah. Kalau tidak semuanya akan hancur. Mereka mempersetujuinya juga tetapi ada juga beberapa pihak yang tidak tahu rancangan kami itu. Biar kami lima sahaja yang tahu yang kami sahajalah fly dan mereka semua itu tidak tahu. Biarkan kami berlima yang bertanggungjawab untuk semuanya.
Kononnya nanti tiadalah orang yang akan bertarik-tarik nama. Sebagai contoh ; Kalau kamu tahu rancangan si Hanami mahu fly pada petang itu. Kenapa kamu tidak menghalang mereka? Begitulah teorinya.
Sesudah membersihkan kaki kami kerana dipenuhi dengan kesan lumpur dan mengambil wudhu, kami masing-masing (kami berlima) balik ke bilik untuk menunaikan solat Isyak dan qada' maghrib kami.
Selesai sahaja perkara itu. Mulalah.. SWOT!! Mungkin ketika itu Mr. President mendapat pesanan daripada aplikasi Whatsapp daripada Pok Lekor atau Ustaz FreethePi untuk satu batch kami berkumpul di dataran Kiosk.
Hati aku berkata;
"Aku dah agak dah. Benda ni akan berlaku. Binawe betul!".
Kami semua dengan tenang dan pantas pergi ke dataran tersebut. Selesai sahaja semua lelaki dan perempuan terkumpul. Kami membetulkan barisan lalu duduk.
Pok Lekor the Player Maker;
"Kamu tahu apa sebab kamu berkumpul di sini?",
Pok Lekor bertanya.
WOINAHH!! HABISS!! HABIS!!
Aku mampu menelan air liur saja.
"Ada lima orang rakan kamu ni fly pergi bandar KK, kamu tahu?!",
sambung Pok Lekor.
*bermulalah suara-suara bisikan batch aku ketika itu*
Pok Lekor mengarahkan kami berlima untuk berjalan dan berdiri di hadapan batch kami. Sekali lagi, kami hanya tertunduk malu. Pok Lekor dengan geram sekali lagi... Menampar kepala kami berlima. Satu persatu. Walaupun dengan tangisan, tamparan tetap diteruskan. Kami berdiam saja walaupun sakit.
Belum cukup dengan itu, ada juga beberapa kata-kata yang agak geram yang berunsur nasihat. Lalu lutut beliau naik lagi dan mengenakannya di belakang badan kami. Satu persatu terbuang ke hadapan tapi yang syukurnya masih mampu berdiri.
Dan ada jugalah beberapa aksi seperti yang aku tuliskan pada episode sebelum ni. Habis sahaja itu. Mulalah sesi slot ala-ala Bersamamu.
"Kamu tak rasa nak cakap-cakap apakah dengan kawan kamu yang lima orang ni? Tak menyusahkan?" ;
soalan itu dikeluarkan oleh beliau untuk batch aku.
Kemudian seorang perempuan berdiri. Aku gelarkan dia.. Apa haa.. Hmm.. Si Pitaslah.
Pitas;
"Kamu ni janganlah terlampau bergantung sangat dengan prinsip kamu yang SANTAI tu!! Semua orang pun susah-susah datang pergi UNGA tapi kamu suka-suka pula mahu fly. Fikirkan keadaan orang lain bila mahu buat sesuatu tu. Tengok! Beginilah jadinya."
Aku tak berapa ingat apa yang cuba dia sampaikan tapi seingat aku, aku memang dengar dengan jelas sekali perkataan santai tu. Santai ni memang prinsip budak lelaki di MRSM tu pun dari dulu. Usah ditanya bagaimana situasinya.
Rollcall; "Santai bahhhhh awal bah masihhh."
Perhimpunan; "Santai bah. Ndak juga busted ni."
Maghrib; "Santai bahhhh.. Dekat-dekat Isyak baru kita pergi"
Dan seumpamanya.
Aku tidak berapa pasti ada lagikah perempuan yang berdiri meluahkan apa yang mereka tidak puas hati tu. Tapi seingatku memang si Pitas tu saja yang aku ingat. Mungkin ada beberapa. Mungkin juga dorang ada komen lepas habis aku tulis ni.
.
.
.
Pok Lekor menghasut perempuan-perempuan batch aku dan tidak terkecuali juga lelaki untuk melakukan sesuatu terhadap kami berlima seperti denda atau sebaliknya. Aku tidak berapa tahu bagaimana benda ni boleh berlaku. Samada beliau menggertak atau menggunakan permainan saikologinya.
Pada mulanya, tiada satu orang pun yang ingin berdiri tetapi ada satu gertakan daripada Ustaz FreethePi yang kononnya beliau akan menelefon cikgu Rek. Cikgu Rek merupakan cikgu perempuan yang agak digeruni oleh pihak aspuri.
Ustaz FreethePi;
"Ustaz akan telefon cikgu Rek kalau kamu tak tampar diorang ni!"
*sambil mengeluarkan telefon pintar dari poketnya untuk menelefon cikgu tersebut*.
Tidak disangkakan; sejumlah perempuan batch aku berdiri. Aku dalam hati time tu. Berdoa saja. Aku tahu juga dorang tidak mahu melakukan perkara sebegitu. Mereka konfius, mungkin takut, mungkin takut kena SmackDown oleh cikgu Rek atau disebaliknya.
Hampir 2/4 atau 3/4. Eh? Entahlah. Tapi lebih kurang gitulah. Bermula dari Dorae diakhiri oleh aku. Apa yang dilakukan? Ditampar bossku.. Ditampar.
Uinahhh sakit gilak. Kau tengok tekeluar sudah Sabahku.
Woi!! Gila brenn.. Sakit gila. Lelaki pun menampar aku boleh tahan lagi tapi ini.. Seribu satu makna kehidupan tercetus dalam otak pemikiran apabila tamparan itu dimulakan.
Satu demi satu. Dari arah kiri yang menggunakan tangan kanan, dari arah kanan yang merupakan tangan kidal. Aku ada sedikit ketawa walau keadaan ketika itu agak bising. Mahu tahu kenapa? Aku terlihat satu babak yang dramatik yang dikenakan kepada Monyet.
Ada dua orang perempuan batch aku yang menampar Monyet ketika itu. Secara serentak. Mereka berdua merupakan pemain yang agak profesional kerana aku dah muak juga tengok dorang mewakili pertandingan bola tampar. Kau baca tu BOLA TAMPAR. Kalau menampar lelaki tu. Masya-Allah taubat terus.
Yang dramatiknya ialah Monyet berada di posisi tengah-tengah di antara kami berlima. So yang dua orang perempuan tu tepat masanya. Mereka berdua di tengah-tengah juga. Jadi, dorang dua ni bertentangan mata seperti ingin mengenakan satu isyarat supaya si Monyet ditampar secara serentak.
Dan.. Betullah. Kena tampar. Ngam-ngam kawan. Ngam-ngam. Kiri-kanan. Aku tidak tahulah macam mana perasaan si Monyet time tu. Jadi, kesimpulannya janganlah berbini tiga. Mati kau nanti kalau bini pertama sama kedua tu bekerjasama mahu pergi tampar kau. Ni nasihat untuk lelakilah. Hahahahah.
Lebih kurang mahu dekat 1 jam juga kami berada di dataran Kiosk tu. Belum habis lagi.. Ditanya lagi siapa ada bersubahat dengan kami berlima.
"Mati.. Mati.. Janganlah kamu berdiri. Diam-diam jak kamu brennn" ; dalam hatiku.
Aku sangkakan angin yang datang. Rupanya ombak yang menyusuri. Kesilapan besar yang dilakukan oleh Zahir. Dia yang pertama berdiri. Jadi, yang lain pun ikut mengaku. Kalau tidak, kemungkinan besar akan ada yang bertarik nama. Mahu tidak mahu yang lain pun terpaksa ikut. Aku dan Jiboh tertunduk dan menggeleng kepala.
Aku;
"Bodoh.. Bodoh.. Napalah kau berdiri.".
Aku tak tahu apa yang si Jiboh fikiran. Mungkin dalam hati dia memaki seribu bahasa sudah.
Pok Lekor pun mula berleter. Inikah yang dinamakan All in One, One in All. Yakah? Itukah? Pok Lekor cuba mengaitkan apa yang kami pelajari semasa Kem Jati Diri dahulu. Rupanya bersubahat... Ni kali bukan perempuan punya giliran. LELAKI.
Tiba-tiba.
Sebab Pok Lekor dah menggunakan saikologinya agar lelaki pula berdiri. Takkan perempuan saja beraksi kan? Mestilah macam dalam movie sikit-sikit.
Dan yang pertama berdiri ialah Keling Panjang. Aku dah bergetar lutut ketika itu. Kalau si Keling yang menampar memang dua kali gandalah dari perempuan. Langkahnya perlahan. Tangannya menghayun ke arah muka Dorae. Aku hanya memejamkan mata menunggu nasib seterusnya.
Rupanya tidak. Tangan Keling menghayun lalu memeluk Dorae.
"Kalau kamu mahu buat kerja jahat tu. Bawalah kami bah. Janganlah buat kamu-kamu jak."
kata Keling sambil mengusap-usap kepala Dorae. Sial. Air mata jantan kami berlima jatuh bagaikan air terjun time tu. Ni barulah namanya persahabatan.
Lelaki-lelaki turut mengikuti bersama-sama. Dorang pun memberi sokongan dan kata-kata seperti quotes-quotes yang diambil dari One Piece.
"Ndak pa. Sikit saja lagi. Ndak lama lagi. Lepasni boleh sudah kita lupa"
"Ndak guna gila perempuan. Kuat juga dorang menampar haa".
Kata-kata itulah yang keluar dari mulut dorang. Mungkin aku ingin membatu api di sini. Sabarr.. Baca dulu. Tiada niat pun. Ni kan coretan. Benda dah lepas ni.
Dipercepatkan...
Selesai juga SWOT yang macam apa saja tu pada malam tu. Kami berlima terus pergi tanpa menghiraukan apa-apa. Ada juga ternampak beberapa perempuan batch aku cuba mendekati kami berlima. Mungkin dorang ingin meminta maaf atas kesilapan dorang yang menampar kami.
Merah-merah pipi kami. Macam Majinbu. Eh Majinbu pink.
Tapi kami berlima pergi sahaja. Ego kami melambung tinggi ketika itu. Biasalah.. Lelaki kan.. Mesti nampak cool-cool sikit. Ini.. Terus dikasi maaf. Mana boleh. Mahu juga macam drama TV3 petang-petang tu.
Sampai ke dorm. Aku baring terdiam. Roommate pun ada bertanya juga. Bagaimana? Di mana? Dengan siapa? Aku jawab saja persoalan dorang.
Aku pun membuka WeChat. Ingin melihat apa yang berlaku di Moment tu. Gilaaa jioooooo.. Zaman WeChat jioo.. Tidak macam sekarang... Twitter jioo... Haha. Okay.. Sambung.. Sambung..
Ada yang meminta maaf. Ada yang tidak puas hati dari pihak lelaki. Ada yang sedih. Dan situlah silaturahim antara lelaki dan perempuan mula renggang. Padahal dua hari lagi pun mahu balik time tu. Ish.. Ish.. Ish.. Tapi biarlah bah. Pengalaman kan? Hehe. Mulalah kami berlima naik bounty ketika itu, dan menggelarkan diri kami 5 Yonko. Macam budak-budakkan?
Ada beberapa pengajaran dan beberapa kata-kata terakhir sebelum aku menamatkan tulisan ni;
Dinasihatkan membaca petikan di bawah sambil mendengar lagu;
Sheila on 7-Sebuah Kisah Klasik
1. Kalau buat kerja jahat tu. Prepare-lah awal-awal. Pakai topi supaya tidak kecundang di pertengahan jalan.
2. Solatlah walaupun kau bukan orang baik. Kalau rasa diri itu belum cukup baik. Solat jak. Dalam kejahatan kau buatkah, berdosa besarkah, tertinggalkah. Solat. Kalau tertinggal, qada. Itu soalan yang pertama tentang amalan kita kalau di akhirat kelak. Yang aku suruh qada tu bukan aku menyarankan haaa. Nanti kalau kamu belajar-belajar. Kamu faham juga tu. (bagi yang Muslim)
3. Hargailah persahabatan yang kamu pernah kecapi dulu. Benda tu yang me-reflect-kan siapa juga diri kau. Dorang lupa pasal kau? Itu perkara biasalah. Takkan benda remeh begitu kau mahu pikirkan sedangkan mereka juga pernah buat kau tersenyum. Kalau kau belum rasa apa makna persahabatan sebenar untuk masa sekarang. Teruskan mencari. Aku mendoakan.
4. Yang perempuan. Kalau menampar itu pelan-pelan sikit. Kesian laki kamu. Kalau dia durjana memang ngamlah kamu tampar macam tu. Kalau yang baik tu, janganlah. Kesian dia. Cuba bincang baik-baik. Selesaikan masalah, bukan tambah masalah dengan menambahkan perkara yang kecil yang tidak sepatutnya. Perghh. Tiba-tiba. Panjang pula. Sorry. Sorry.
5. Yang lelaki batch aku, Alpha. Thanks brenn. Thanks. Aku ndak tahu sudah mahu cakap apa sebenarnya. Serius aku rindu gila zaman kita. Hidup aku bila masuk matrik, jadi sial saja. Aku selalu attach betul dengan memori kita bersama. Geli pula aku tiba-tiba. Macam ayat gay-gay, haha.
Tiada lagi makan DS sama-sama. Tiada lagi solat berjemaah sama-sama. Tiada lagi mandi open sama-sama, hahahahaha. Tiada lagi tidur satu tilam sama-sama sampaikan katil pun macam mahu roboh saja. Minggu aktiviti. Bengkel RC main CS. Damn. Menangis pula aku tiba-tiba. Haha. Kamu senaraikanlah dekat komen ya. Aku tidak mampu sudah list kan. :)
6. Kepada batch, kepada junior, kepada maktab. THANKS FOR ALL THE MOMENTS.
.
.
.
Sekian itu sahaja dari aku. Banyak lagi cerita sebenar, ada juga beberapa sambungan. Macam time di JDM lagi. Bapa si PATI lagi berhentam sama Pok Lekor. Si Ustaz FreethePi lagi menggertak si PATI di bilik dia sampai si Gogong menangis setelah dia mendengar khabar si PATI mahu pindah.
Boleh drop-lah comment kamu yang membaca ni.
Yang tidak puas hatikah? Yang terpendamkah? Silap dan salah? Mahu cerita pasal aku di matrikkah? Cintakah? Haha.
.
.
.
Tutup dan salam.

GALERI

Comments