09 : 50 am ; 06/07/2018 ; Bilik sendiri
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Sekian lama tidak mengemaskinikan blog. Akhirnya dapat juga menulis kembali. Maaflah. Bukan hidup sibuk pun cuma laptop dan wifi dah tiada.
Yalah.. Laptop dulu cuma pinjaman sahaja dari aunty aku, wifi yang digunakan pula merupakan jiran sebelah punya milik. Wifi tersebut pun dah kena terminate.
Apa lagi aku mampukan. Kembali juga hidup seperti lepasan SPM dahulu. Tidak apalah. Mungkin juga tugas aku menjaga nenekku di rumah.
Hidup sebagai lepasan matrikulasi sama juga macam SPM. Entahlah kenapa.. Yalah, asyik di rumah saja. Tapi di rumah pun, ada teman. Neneknya.. Nenek pun bukan macam dulu dah.. Kudrat pun tak berapa kuat, kalau dulu bagaikan Badang. Semua kerja dia buat sendiri.
Sekarang.. Haha. Memerlukan pertolongan juga. Barulah faham, hidup di dunia ni perlukan pertolongan juga. Bukannya boleh pun hidup sendiri. Nanti bila kita mati pun. Orang sekeliling kita juga yang kafankan kita, mandikan kita malah sembahyangkan kita sebelum masuknya ke liang lahad.
Bab mencari kerja pula? Bukannya aku tidak mahu mencarinya. Mahu juga rasanya ada pengalaman untuk bekerja. Tapi kerja di rumah siapa yang buat? Nenek? Dulu yalah.. Sekarang biarlah aku pula ambil peranan dalam bab tu pula kalau bab memasak tu memang fail lah.. Maaf.. Hahaha.
KISAH MATRIKULASI
Tadi tu mukadimah saja. Okay kita move kepada cerita yang seterusnya. Semuanya ni cumalah coretan kisah hidup aku masa di matrikulasi dahulu. Seperti yang kamu tahu (kalau kamu ada follow cerita blog aku lah..), Matrikulasi? Seksa atau disebaliknya?
Sebenarnya.. SEKSA..
Aku paling benci bila mengenang kisah aku di sana. Pada permulaannya rasa gembira saja, tapi satu demi satu tekanan datang pada aku ketika tu. Pada semester pertama, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.. Aku mendapat keputusan yang cemerlang ketika itu.
Pada semester kedua.. Di sini zaman kejatuhan aku. Dah macam apa ja.. Mahu tahu kenapa? Aku gagal dalam mengawal perasaan aku ketika itu. Hmm.. Kalau sajalah aku tahu rasa cinta itu seksa sebegitu. Tidaklah aku mengenali cinta sebenar tapi apakan daya. Perkara dah berlalu. Aku mampu redha saja. Aturan Allah itu yang bagus sebenar untuk masa akan datang. Aku percaya tu.
Bila bercinta ni kan.. Rasa dia lain. Dia bukan nafsu. Rindu ada, cemburu ada, sayang ada, ego pun ada. Sepanjang pengajian aku ketika di MRSM dulu. Mana pernah aku semua tu aku rasa, aku hanya rasakan betapa pentingnya sebuah persahabatan sahaja ketika itu.
Cinta aku ni. Aku dah kenal lama dah. Dari tingkatan dua lagi. Kenal pun dari media sosial saja. Tidak sangka bertemu di matrik. Dah ditemukan. Hadap sajalah. Aku perasan bila aku rasa cinta ni tumbuh bila dia menulis nama seseorang di atas pasir.
Perghhh.. Tiba-tiba cemburu.. Tapi sebelum tu memang ada konflik sikit sebelum kami bertemu di matrikulasi. Setelah selesai masalah tu, hidup pun okay juga.
Semester dua aku ni jahanam disebabkan benda remeh sebeginilah. Aku rasa dia berubah ketika itu, tidak tahulah samada baik ataupun makin teruk. Merumitkan. Kami asyik bergaduh saja, bila dah settle.. Ada lagi masalah datang.
Tapi sakit tu makin perit bila aku tidak rasa dihargai ketika tu. Peliklahkan.. Dengan aku, dia macam mahu mengelak. Tapi dengan classmate lelaki dia pula, bukan main mesra lagi.. Sakit.. Sakit.. Hahahah.
"Dil.. Dil.. Ceritamu ni haa.."
Coretankan.. Baca sajalah. Bila rasa sakit tu makin sakit dengan ditambahkan lagi story Whatsapp-nya ketika itu. Aku istikharah.
Aku tidak tahulah jawapan itu betulkah tidak. Aku tekad. Aku padam semua sosial media aku. Aku tukar nombor telefon aku. Fuhhh.. Macam anime-anime kah?
Permulaannya rasa macam tiada apa-apa. Tapi bila siang bertukar menjadi malam lagi-lagi dibuai angin yang sempoi. Rindu menghambatku. Terlintas semua kenangan yang indah dalam fikiranku.
Aku tempuhi semuanya dengan senyuman. Aku tahu sakit ni sementara saja. Fokus aku dah hilang masa tu, parut di hatiku masih terpahat. Belajar hanyalah sekadar belajar, bukannya dengan komitmen yang tinggi. Bila belajar, belekan kertas sahaja yang berbunyi namun fikiran melayang dan terus melayang memikirkan kenapa semua ini terjadi.
Dalam hati aku ketika itu hanya satu;
"Ya Allah, tolonglah cepatkan masa ini. Aku dah benci duduk di sini."
Dah benci.. Benci tu terus membesar. Benci dengan keadaan sekeliling, benci dengan pelajaran, benci dengan kawan-kawan sekeliling. Sehingga aku rasa dengan bersendirian, aku lagi suka.
Hanyut.. Terus hanyut dalam dunia sendiri. Fikiranku hanya terbuka ketika di pusat Islam sahaja. Sebab semasa itulah, aku dapat menajamkan fikiran aku kerana diri ini jahil dan ilmu ni hanyalah secalit.
Sebenarnya semua pun okay jikalau aku tidak mempedulikannya. Dah personaliti aku macam ni, mahu buat macam mana. Syukur sajalah sekarang aku tidak sangat memikirkan sesuatu masalah itu sehinggakan dapat merumitkan diri aku sendiri.
Apa yang berlaku. Biarkan berlaku. Fokus terus apa yang ada di depan kita.
Banyak pengajaran sebenarnya aku dapat dari tempat tu.
1. Tidak semua kawan yang kau pikiran dulu tu akan sentiasa sama, semuanya akan berubah. Samada baik ataupun buruk ataupun sebaliknya. Yang kita ni, kalau benda baik itu kita bawalah. Benda jahat jangan diikut. Bab rapat tidak rapat tu? Kau kena move on, kau kena pandai berdikari sendiri. Make your circle of friends small. Biar sikit, yang penting berkualiti. Syukur aku dah jumpa, kalau ada lagi mahu join. Kenali diri ini, kenali diri sendiri.
2. Janganlah bercinta. Yang masih single tu, teruskanlah menjadi bujang. Anggap sahaja diri tu masih lagi berbakti untuk ibu bapa. Mungkin kau rasa bercinta itu seronok, tapi bila dah rasa cinta yang sebenar. Serius.. Kau susah mahu kawal perasaan tu. Lagi-lagi yang kau ni jenis komitmen tinggi, usaha lebih. Dengan mengharapkan pasangan yang kau idamkan tu dapat bersama kau di jinjang pelamin. Perghhh.. Susah mahu move on tu wehhh.. Kalau kau tidak pandai kawal cemburu, hancur saja semua tu.
3. Jangan berharap lebih. Buka hati tu, lapangkan dada tu. Semua benda yang kita harapkan. Bukan semuanya pasti. Dah usaha lebih tapi tidak dapat? Mungkin saja Allah sedang memberi mu benda yang lebih baik pada masa akan datang. Insya-Allah.
4. Yang lelaki jaga perempuan sebaiknya, yang perempuan mahalkan dirimu. Tidak kesiankah? Berpegang tangan. Kalau mahu betul. Kahwinlah. Tembirang semua mahu relationship goals bagai. Aku respect-lah dengan orang yang jaga baik-baik pasangan dia. Pegang tidak, sayang masih, akademik okay, parents tidak dilupa. Yang berpegang berabis, meraba tu lagilah, di kafe hari-hari makan sama-sama, bila outing. Hipster gila babi. Last-last tidak terkahwin. Lucu. Maaf kalau terkasar bahasa.
Sebenarnya, aku dah baik dengan dia. Sekian sebulan aku menghilang. Dia mencari, jumpa. Entah bagaimana dia mendapat Instagram aku tu. Takdir mungkin. Tapi aku dah tak berharap lebihlah. Andai saja, jodoh tidak menemukan kami pada jinjang pelamin. Aku terima seadanya. Mungkin ajal menjemputku dahulu, mungkin kami ditemukan dengan orang yang lebih baik. Kita tidak tahu aturan Allah ni bagaimana, sebab Dia-lah sebaik-baik perancang. Kita ni hamba. Kena redha dengan ketentuan-Nya.
Selagi masih ada usaha, kita usahakan. :)
Tutup. Salam.
Comments