Skip to main content

Complicated

Bilik sendiri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

.
.
.

Dulu saya pernah juga tulis pasal Complicated ni. Tapi itu dekat Tumblr. Tulisan Complicated tu aku buat masa aku form four pasal seorang perempuan yang aku suka dari darjah enam hinggalah ke tingkatan empat. 

Buat kali ini pula, tulisan ni berkisarkan tentang kawan yang merumitkan. Saya tidak faham sebenarnya apalah tujuan mereka ni wujud dalam hidup aku tapi saya tahu itu semua ujian atau takdir atau ada benda hikmah di balik semua yang terjadi ni. Allah sudah atur hidup kita sebagus-bagusnya.

Yang menghairankan saya untuk ketika ni, Izzaty mem-block Instagram ku tanpa apa-apa kata. Adakan sebelum ni saya ceritakan tentang Ikiy. Ikiy dan Izzaty sebenarnya berkawan but I don't know. Kenapa benda ni berlaku kepada saya pula?

Sampai saya tersangka buruk terhadap Ikiy. Saya masih mencari-cari apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka ni. Sebenarnya ikhlaskah berkawan? Atau saja untuk mereka buang bosan. Mungkin ada pertengkaran di antara mereka berdua, mungkin ada sedikit konflik yang terjadi.

Saya tidak mahu masuk campur dalam hal kawan mereka berdua. Masing-masing dah besar. Jangan rumitkan keadaan. Kalau ada benda mahu di-settle-kan, cakap, bincang bagus-bagus. Ikiy ada bertanyakan kepada saya adakah semasa saya sampai di KK. Adakah saya berjumpa dengan Izzaty?

Memang pada mulanya saya tidak mahu katakan ya sebab nanti ada sahaja sangkaan buruk yang mungkin dia fikirkan tentang saya tetapi sesudah mengatakan perkara sebenar.

Izzaty mem-block aku. Syukur sajalah Tuhan tidak dekatkan kami lagi. Kalau tidak masing-masing kecewa dengan keadaan kawan yang merumitkan ni. Aku tidak mempedulikan apa yang berlaku. Biarkan dia berlalu pergi. Bab raya.. Bab mahu berjumpa.. Aku dah tidak peduli.

Mahu block? Teruskan. Mahu berkata belakang tentang aku? Teruskan. Circle of friend aku pun sebenarnya sudah semakin kecil. Aku bersyukur sangat dengan siapa yang stay ni.

Aku mem-block orang-orang yang membawa toxic kepada hidup aku. Fake-kan saja tentang persahabatan. Benda kalau di settle makin merumitkan. Walaupun ada benda yang membuat aku overthinking pasal si Izzaty yang tiba-tiba saja mem-block aku. Aku tetap tenang cuba tidak endahkannya.

Kalau hanya mengambil kesempatan atas kebaikan yang aku lakukan. Aku tidak kisah pun. Banyak kali sudah pun aku jadi bodoh dulu. Apa yang mereka suruh. Aku turutkan. Aku tolongkan. Sebab niat yang ikhlas dan tidak mahu mengungkitkan membuat diri aku rasa tenang. 

Benda kecil yang aku lakukan untuk mereka tidaklah sangat mengubah mereka asalkan terukir senyuman di pipi mereka :) . Aku teruskan. 

Biar hati ditikam banyak kali, biar hati banyak disakiti. Fake friends, fake love, family problems, and etc. Aku masih boleh berdiri di sini. 

Kepada yang pernah menjadi kawan aku. Thanks

Kepada yang pernah memberi cinta. Thanks.

Kepada yang pernah memberi pertolongan. Insya-Allah satu hari aku akan balas. Kalau tidak aku lakukan, mungkin Tuhan yang lakukan.

Kepada mereka yang rasa diri mereka bersalah kalau ada menyakiti diri ini atau menyakit kawanmu. Maafkan diri itu terlebih dahulu. Aku sakit, aku tidak kisah. Orang lain macam mana? Ada orang tidak mudah memaafkan. Kau tikam belakang akukah? Suruh aku buat benda itu ini, lepastu kau tidak dapat balas balik apa yang aku lakukan terhadap kau. 

Sudah.. Aku ikhlaskan. Tiada benda lagi yang perlu kita perdebatkan. Mungkin lepas ni kita akan jadi stranger. Mungkin lepas ni apabila berlalu di depan mata hanya mampu mengukir senyuman. 

Hidup kena diteruskan. Socmed such a toxic for us. Kalau ada benda tiba-tiba me-ws kah. Kalau aku tidak balas. Maafkan diri ini. Hamba mahu move on.

Kawan yang dulu masa di sekolah rendah pun tidak serapat dulu. Perlahan-lahan hanya ingin menjadi spectator sahaja. Aku faham semua tu. Mampu like dekat Instagram sahaja. Mampu melihat story-story sahaja tapi bila kita bincangkan bab ingin berjumpa.

Semuanya terus menyatakan alasan masing-masing. People changed. I know. Sebab tu kita tidak boleh terus hidup dalam memori lama, kadang kala ianya menyakitkan diri sendiri. Be strong yang rasanya diri dia sebegitu. 

Yang datang rumah aku pun lepasni. Hanya muka-muka yang aku kenal sahaja. Tidak perlu aku riuhkan suasana kalau datang hanya bersuka-suka. Banyak lagi kawan kamu di luar sana boleh temankan kamu tu. 

Kawan.. Apa lagi haa.. Entahlah. Aku tidak tahu sudah mahu kata apa lagi. Hehe. 

Kalau kamu membaca ni. Steady kamu haa.. Jangan terasa. Jangan marah. 

Zaman Facebook dah berlalu.
Zaman Ninja Saga dah berlalu.
Zaman main Habbo dah berlalu.
Zaman kita main WeChat dah berlalu.
Zaman kita main describe-describe berlalu.

Sekarang zaman konon dah matang dalam Twitter tapi hakikatnya ramai yang hanya berhijrah ke sana lalu te-adapt dengan surrounding-nya.

.
.
.


Aku rasa sudah sampai aku untuk berhenti sekejap dalam menulis blog ni. Jangan risau yang setia menunggu. Insya-Allah. Ada juga cerita-cerita menarik yang aku cuba sampaikan.

.
.


:)

Comments

Anonymous said…
Your blog looked a lot like mine tho. Anyway, rasa terpanggil mau cari account mu, so I found this blog. I hope youre doing well!
Anonymous said…
Kalau tau, tau la. :)
Anonymous said…
Dil, im sorry

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekarang, t

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Kalau benda ni tak jadi. K

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . .

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t