Skip to main content

Kisah KKIA ; 2 : 13 a.m. (10/08/2018)

Karakai Jouzu no Takagi-san Ending 7 (np); Bilik sendiri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

P/s : Watak yang digunakan bukanlah menggunakan nama sebenarnya. Cerita ini berdasarkan kisah benar tetapi tidak ada kena mengena dengan hidup ataupun mati.

.
.
.

Setelah Hanami habis melepak di kedai mamak dengan lima sekawannya. Hanami pun bersalaman dengan mereka menandakan yang mereka ingin pulang ke rumah masing-masing. Hanami pula akan bergerak ke KKIA untuk memberi roti canai yang dijanjinya kepada Izzaty. 

Mayung kawan kepada Hanami; ingin mengikuti bersama. Hanami hanya mengangguk bagi menyatakan ya kepadanya. 

"Ni budak pun mahu ikutkah juga? Ngeeehh",

kata Hanami dalam hati.

Kereta Myvi putihnya dihidupkan dan bergerak mengikuti belakang kereta kancil si JeastTheSekujis. Apabila ingin sampai ke KKIA. Kereta kancil Jeast pergi meninggalkan kereta Hanami manakala kereta Saga yang dipandu oleh Mayung terus mengikuti Hanami. 

Sampai di KKIA, Hanami dan Mayung memarkir kereta mereka di tingkat pelepasan airport tersebut. Hanami mencari-cari henfonnya untuk mem-DM Izzaty di mana dia berada.

"Sampai sudah aku, mana kau?" butang send yang ada dalam Instagram Hanami ditekan menandakan mesej tersebut telahpun dihantar kepada Izzaty.

"Sini. Tempat cas phone. Dekat dengan surau"

"Okay"

Hanami keluar dari kereta sambil memegang plastik yang isinya di dalam ada roti canai itu. Mayung hanya menunggu dalam kereta. Sebelum bergerak tadi dia mengatakan yang kononnya ingin menyibuk. Mayung mahu tahu sangat dengan siapalah orang yang Hanami jumpa ni.

Hanami terus berjalan menuju ke dalam airport tersebut. Dengan langkah yang agak perlahan, dia pun berjumpa dengan Izzaty. Izzaty seolah-olah terperanjat melihat Hanami kerana Izzaty hanya bermain-main saja tentang roti canai yang dia inginkan. 

Hanami dengan muka yang agak letih terus membagi roti canai tersebut. Izzaty hanya tersengih-sengih. 

"Terima kasih haa. Thank you.. Thanks. Susah-susah jak" 

"Ndak pa bah. Sama-sama"

Hanami terus berlalu pergi dengan reaksi mukanya yang ego. Memang begitu perangai Hanami dari dulu tapi niat dia betul cuma ingin menolong kawannya walaupun ada secebis di hatinya ingin menyukai Izzaty tapi perasaan cinta belum hadir lagi untuknya. Masih menganggap Izzaty sebagai kawan. Tidak lebih, tidak kurang.

Hanami pun keluar dari airport dan menjumpai Mayung sedang menuju ke arah dia.

"Macam mana ni Dil? Mahu stay lagikah?"

"Aii.. Gilak kau. Mau pigi mana kunu?"

"Sana bah. Makan aiskrim di McD"

"Bah yalah"

"Japp. Berakk dulu aku"

"HAHAHAHAH Budu. Pigilah"

Hanami menunggu Mayung sementara Mayung sedang melepaskan 'hajat'nya. Hanami memeriksa kereta Myvi putihnya. Mayung kembali. Hanami dan Mayung bersama-sama menuju ke McD airport tersebut tapi yang agak mengecewakan mereka berdua adalah kedai untuk membuat ice-cream tu pula yang tutup. 

Mayung menyatakan ideanya untuk pergi ke Orange di tingkat bawah airport itu. Hanami hanya mengikut saja kata Mayung. Setelah menuju ke Orange. Mereka berdua pun masing-masing membeli ice-cream yang mereka pilih.

Hanami ;

"Biar betul gilak kau punya ice-cream tu harga RM4 lebih? Hahaha"

"Ndak tahu gila. Biasa aku beli. Harganya dua ringgit lebih jak"

"Aku pun steady syak. Harga RM2.25 . Haha"

Mereka berdua pun kembali ke tempat di mana kereta mereka diparkir. Bagaikan stay-stay matang, mereka hanya berduduk sila berhadapan dengan kereta Myvi si Hanami. 

A great conversation pun start lagi-lagi ditambah lagi dengan perasa ice-cream mereka yang sedap.

Masing-masing menceritakan pengalaman bercinta mereka semasa sedang belajar dulu. Hanami di matrik. Manakala Mayung di UiTM Sarawak.

"Sepa bah cewek mu ni Hanami. Yang kau bagi roti canai tu sepa pula?"; mula Mayung.

"Aii.. Panjang ceritanya. Aku kenal dia dari form two lagi bah tu. Kenal dari Facebook syak pun. Tapi ndak sangka berjumpa di matrik. Yang aku bagi roti canai tu, kawan jak"

"...."

"Mahu tahukah? Drop gila result sem two aku dulu. Dari sem one, 3.93. Pigi kepala dua. Haahahah. Gara-gara benda nilah"

"Uishhh.. Biar betul kau? Kepala dua?"

"Ya bah Yung.. Aii.. Sakit gilak hati. Aku pun budu bah juga kenapa aku kenal cinta sebegini. Kenapa Tuhan hadirkan ujian sebegini.. Tapi aku bersangka baik jaklah bah kan"

"Macam mana juga tu?"

"Berubah bah Yung. Sem one punya bagus. Sekali sem dua. Pecah aku jioo.. Entahlah aku ni taken kah, single. Aku mana pernah dating dengan dia. Haha. Bayangkan bah.. Aku satu-satu orang makan di kafe. Sekali dia dengan classmate lelaki dia berjalan-jalan. Aduhh.. Makan sama-sama lagi. Sakit gilakkk. Macam ndak dihargai bah. Aku pun kadang mahukan seseorang juga bikin meluah. Bukannya dibiarkan aku ni terapung-apung sendiri"

"Hahahaha. Gila"

"Ya jioo.. Automatic jadi budu bah aku. Entahlah kenapa. Aku belikan dia baranglah, ajar dia lagi. Memang siallah bah hidupku di matrik. Aku outing satu orang syak bah. Aiii.. Yang macam perangai aku pun si Gilak. Kesian juga aku sama si Gilak tu bah. Kami selalu berjumpa pun time makan jak. Kadang dia outing satu orang juga, macam aku. Tapi biasalah bah tu.. Mencari makna kehidupan kalie. Mahu pigi bilik dorang si Babi pun jauh. 

Kalau dulu pun kan time di MRSM. Terjumpa bah jugakan kita suma di surau. Tapi aku.. Perghh.. Satu orang juga pigi surau. Terpaksalah aku ber-geng geng sama budak surau but the chemistry it's not like high school bro"

"Itulah bah. Ada jugakan kena cakap di Twitter tu. Kawan-kawan time high school ni ndak buli diganti. Yang post-post di Twitter kunu baru jumpa true friends dorang time di matrik.. F*ck youu.. Baru satu tahun. Terus begitu.. Kita.. Lima tahun sama-sama. Mandi sama-sama. Tidur sama-sama. Bogel sama-sama. HAHAHAHAHAHA. Lagilah susah mahu move on"

"Bukan apa bah Yung. Dorang tu lain. Majoritinya bukan dari asrama. Their true friends based on their class. Kita ni. Asrama. Memang gitulah jadinya. Culture shock kalie. Hahahaha. Berubah habis bah tu bila jumpa begitu. Aku pun sama classmate aku di matrik bukan kasi tunjuk tanduk lagi. They don't know my true colours about me. Ndada bah satu kepala sama aku. Aku gilak. Gilak juga. Tapi matrik ni banyak tekanan, sampai aku banyak diam"

"Ndakkan ndada classmate yang satu kepala dengan kau?"

"Ndada.."

"Aku pun satu orang juga. Budak Tawau. Itu sajalah.Yang lain tu, biasa-biasa jak. Dorang pergi outing pun. Aku bukan ikut. Sama-sama dorang si Penyumpit juga aku"

"At least kau adalah. Yang aku ni? HAHAHA. Oh ya, macam mana kau boleh dengan perempuan tu?"

Mayung pun memulakan ceritanya dari A hingga ke Z. Bagaimana dia mendapat perempuan tu, macam mana pertemuan kali pertama mereka berdua. Hanami mendengar saja dengan tenang. Cuba untuk menjadi best listener kepada Mayung. 

Perbualan mereka berbalas-balas. Lepas Mayung cerita, Hanami ceritakan lagi pengalaman dia dengan Marshmellow dulu. Hanami tahu dia banyak salah dengan Marshmellow sehingga tidak mempedulikannya setelah dia sampai di matrik.

"Sebenarnya kan Yung. Aku mahu getback bah dengan si Marshmellow ni tapi tulah. Kena blocked aku jio. HAHAHAHAH. Aii.. Malas sudah aku mahu kacau. Biar sajalah. Aku mahu bawa bincang-bincang bagus. Ni pula kena. Hmm.."

"Perempuan Dil. Kalau sudah tawar hati, susah gilak mahu dapat balik. Kalau dapat balik tu, memang miracle-lah. Kalau lelaki macam kita ni. Masih buli runding-runding lagi. Bagi peluang lagi"

"......"

Hanami menarik nafas panjang. Mungkin betul juga apa yang Mayung katakan tu. Tiada guna kita berpatah balik. Baru kita mahu tahu siapa yang hargai kita sebenarnya.

"Tapi Dil... Ada satu orang ni. Masih lagi aku suka", sambung Mayung.

Mayung menceritakan pasal crush dia suka masa di MRSM dulu. Hanami mendengar dan ada sesekali terketawa mendengar cerita si Mayung. Tentang si Mayung bergambar time raya maktab dengan perempuan tulah, dan banyak lagilah. 

Cerita Hanami dengan Mayung berkait rapat. Manakan tidak bercerita sampai tidak ingat dunia. Lain lagi pasal kawan, lain lagi pasal belajar, hal duniawi, lalu ukhrawi. 

"Kau ndak pernah pegang tangan cewek mu tu kah Dil?", tanya Mayung.

"Ndak pernah jio. Aku berjumpa dengan dia pun jarang. Last jumpa di matrik time dia bagi buku tulah"

"Uish.. Good boy juga ni"

"Kita ni Yung.. Kalau betul-betul suka tu perempuan. Buat betul-betul macam suka. Kalau kau pegang-pegang. Manalah manis lepas berkahwin nanti. Kalau mahu kasi halal. Niat kena betul juga. Remaja sekarang tahu apa. Suka hati dorang jak. Yang penting sayang, yang penting dihargai? Begitukah? Kalau batas pun ndak terjaga. Ada hati. HAAHA"

"....."

Mayung diam. Mungkin terasa dengan apa yang dikatakan oleh Hanami. Terpanah di hati mungkin tapi Hanami tiada niat pun mahu terasakan Mayung. Dia hanya melontarkan kata-katanya secara spontan sahaja, memang begitu kata-kata Hanami when its come to a deep conversation

"Jam berapa sudah ni Dil? Gilak lama kita stay ni"

"Uishh.. 3. 40 lebih sudah jioo. Hahahahaha. F*ck. Punya siuk ni kan Yung. Makan-makan ice-cream begini di Tanjung Aru. Panjang lagi cerita kita. Kalau ada lagi dorang-dorang suma macam iftar silaturahim dulu. Aii.. Rindu gila. Macam manalah dorang suma di sana tu? Haha"

"Tulah.. Aii.. Sini jaklah kita ndak sakit hati. Nda stress. Dorang jak paham kita"

Hanami dan Mayung bersalaman. Hanami ada menyatakan hasratnya dulu untuk tidak datang lagi ke KK, tapi kali ini. Tidak. Tidak. Selagi ada peluang, di situ dia akan cuba sedaya upaya untuk bertemu dengan kawan-kawannya di KK. 

Hanami pulang ke hotel. Mayung pulang ke rumah. Hanami terfikir yang stay mereka berdua lagi best kalau disambung terus dengan solat berjemaah subuh di surau airport tu, tapi mereka berdua juga tidak banyak masa.

Silap-silap beliau si Mayung di rumah pula bakal memarahi dia kerana balik lambat.

.
.


The End

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...