Skip to main content

Kisah Kota Kinabalu ; 09/08/2018

MAGIC! - Red Dress (np) ; Ruang tamu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

.
.
.



Perletakan jawatan sebagai budak KK? Itulah yang mahukan sebenarnya tetapi niatku terbatal setelah diri ini datang kembali ke tempat tu. Perletakan tu bukanlah jawatan-jawatan yang kamu fikirkan seperti Perdana Menteri, Ketua Kampung, Presiden LDP, Ketua BADAR atau benda-benda yang memegang sesuatu jawatan tersebut. 

Itu satu ungkapan yang aku buat sendiri. Aku tidak mahu menjejaki tempat tu dan tidak mahu bertemu lagi dengan kawan-kawan yang berada di sana. Ingin terus menghilangkan diri dengan menggunakan identiti 'hanamimarch' ni.

Dua hari lepas aku sampai ke Kota Kinabalu atau lebih famous dengan gelaran #inikkcitybah . Datang ke sana dengan tujuan bapaku yang ada appointment dengan doktor. Sebenarnya malas sudah pun aku berjalan ni. Hampir satu Sabah juga aku telah rantau tapi disebabkan pujukan dari ibu, aku ikut sekali. Aku, mama, bapa dan juga pak cik.

Sampai di Kota Kinabalu seperti biasa akan mama pergi mem-booking hotel untuk kami tidur di sana. Selepas makan malam di sebuah restoran, aku balik ke hotel dan teruskan benda yang aku selalu buat iaitu menghadap henfon. 

Kedatanganku dikesan oleh si Mayung kerana sebelum bergerak ke KK, aku ada mem-post di story Instagram aku dengan ber-location-kan sedang berada di Telupid. Semasa bermain fon, satu panggilan datang daripada PutingMiiiring. 

"Dil?!! Mana kau? Turun kau sekarang. Kami di bawah sudah ni. Mahu culik kau. Ada lori mahu kita tarik."

"Huii betul-betul bah.. Japp.. Japp.."

"Tidak bah main-main jak bah tu."

"Ohh.. Hahaha, Tapi kalau mahu ambil aku. Sinilah"

"Bahh.. bah.."

Panggilan dihentikan. Mama mendengar perbualan aku. Aku pun cakap kepada mama yang aku sebenarnya malas mahu turun ni, tidak habis duit, penat lagi. Mama berkata kepadaku yang aku patut pergi saja. Lagipun dia tahu juga asal aku sampai ke sana. Perkara biasa memang aku akan balik ke hotel jam dua atau tiga pagi. 

Mama berpesan kepadaku bahawa aku ni jarang-jarang berjumpa dengan kawan-kawan aku di KK. Mungkin lepas aku menyambung pengajian di UPSI, kebarangkalian untuk berjumpa dengan dorang sangatlah tipis. Aku senyum. Mama ni pun faham juga sebenarnya bila bab berkawan. 

Perjumpaan kami bertempatkan di BSA Kolombong. Setelah aku sampai di sana. Olokan, ejekan, dan membahan pasal aku merupakan tradisi bagi mereka semua. Aku senyum sajalah. Dah biasa.. Aku pun ketawa saja. Kudalah.. Apalah.. Hanamimarch the Blogger-lah. Aii.. Macam-macam.. 

Tapi satu detik yang aku perasan bila berjumpa dengan dorang ni. Senyumanku, ketawaku bukan lagi palsu. Ada saja benda yang kami akan throwback-kan. Tidak cukup dengan throwback, ada lagi benda-benda terkini yang mereka akan ceritakan. And yeah.. This is friendship. This is pure happiness. Tidak macam kawan-kawan di Sandakan. Even dalam Whatsapp jarang bertanya khabar tapi setelah berjumpa.

Vibes-nya masih macam di MRSM dulu. Tsk.. Tiada yang pun berubah. Dari segi sikap tu mungkinlah. Itu pun perkara biasa bagi kita. Berubah.

Selesai sahaja dari BSA kami bergerak mengikut hala tuju masing-masing. Ada yang pulang ke rumah setelah berpenat lelah bermain futsal, ada yang meneruskan agenda seterusnya. Tapi untuk kelompok yang bersama aku pula, kami menuju ke kedai mamak yang bertempat di Damai.

Enam orang kami kesemuanya. Bepop mempunyai masa depan yang gelap kerana memilih jalan untuk bersama dengan JeastTheSekujis. Bepop tidak boleh pulang ke rumah lewat sangat kerana singa yang berada di rumahnya sedang menunggu. Tapi apakan daya.. Kalau dah namanya JeastTheSekujis. Kau kena ikut kehendak hawa nafsu serakahnya. 

Mahu tidak mahu, Bepop hanya mampu menggelengkan kepala. Pasrah sepenuh-penuhnya. Dengan order yang aku minta iaitu minuman 7-UP, satu DM datang daripada Izzaty. Sebelum tu, ada juga perkara yang kami sembangkan. Setelah dia tahu keberadaan aku di kedai mamak. 

Guraunya dia supaya aku konon datang melawat dia di KKIA. Lagi-lagi, dia juga craving-kan roti canai. Aku tanpa ada apa-apa perancangan dalam kepala. Hanya mengatakan ya lalu membelikan dia roti canai dua. Satu lagi untuk kawan dia. Kata Zaty aku hanya bermain saja, tidak serius. Setelah mengambil gambar roti tersebut. Barulah dia tahu yang kita ni serius atau tidak.

Cerita sampaikan tidak ingat dunia. Aku tertarik dengan satu quotes yang keluar daripada mulut kawanku; si PutingMiiiring.


"Dulu zaman P. Ramlee. Perempuan tengok hati. Setia. Masuk zaman 2000-an, up sikit.. Tengok muka. Yang hensem-hensem.. Naik zaman 2010-an. Semua duit.. Ada duit. Adalah cewekmu. Dil.. Dil.. Ini kehidupanlah"


Apa yang dikatakan tu, mungkin betul, mungkin juga salah sebab ada juga pun perempuan yang setia. Tapi bukan senang mahu cari yang setia zaman sekarang ni. Its about how you want to survive in this era sampaikan sanggup menggadai maruah untuk kepentingan sendiri. Sebab tu dunia ni tidak pernah adil.

Macam mana orang yang lahir-lahir tidak punya apa-apa. Macam mana orang yang berusaha sebaik mungkin untuk menghalalkan pasangan mereka tapi hanya kerana faktor tiadanya duit, tidak cukupnya wang hantaran. Usaha itu diketepikan. Belum lagi masuk faktor yang pandang rupa. Pandang ilmu agama dan sebagainya.

Masing-masing ada potensi sendiri. But ini terpulang kepada kita macam mana mahu terus berusaha sambil mengejar keredhaan-Nya. Hidup ni juga satu pilihan, jangan pernah salahkan takdir.

.
.
.

Next for new post; 'Kisah KKIA; 2:13 a.m.

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...