Secawan kopi; Ruang tamu
Masa aku frusted tu, we lost contact. Time tu di matrik. Masa aku sudah padam semua socmed aku tu. Memang kami macam tiada apa-apa sebenarnya. Bila aku okay, baru aku ter-follow dia ni balik dekat Instagram.
Yang dia cerita ni, sebelum aku frusted tu lagi. Dipendekkan cerita, kami start bercakap bila dia buat confession di Sarahah masa tu. Aku cakap, kalau mahu tegur. Tegurlah, jadi kawan. And baru dia memberanikan diri.
Ikiy ni.. Masa UPSR score sebaik mungkin untuk kejar aku di MRSM dulu. Dia mohon MRSM Kota Kinabalu tapi tidak dapat. Dia ditempatkan di MRSM Sandakan. Mahu katakan creepy, tidak juga pun sebenarnya. Alah.. Kita pun dulu suka orang tu terkejar-kejar juga. Action lebih saja kau tahu.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Baru-baru ni aku stress tanpa sebab sebenarnya. Anxiety menyerang aku ketika malam. Terlampau berharap sangatkan, begitulah jadinya. Migraine tak usah katalah, sakit kepala, sakit hati bila memikirkan benda yang kita harapkan tu. Marshmello, adakan yang aku cerita tu. Dia blocked aku. So mungkin dia memang dah benci aku atau memang dia tak mahu pun aku wujud dalam hidup dia.
Walaupun rasa bersalah tu datang semasa dia blocked tu. Aku dah decided tidak mahu kacau dia lagi. Memang betullah tu dia sudah move on. Senyumlahkan. Kita doakan.
How about her?
Dia? Aku pun tak tahu mahu cakap apa lagi. Biar saja.. Cinta pergi sekali ini.. Biar saja sementara sendiri. Haha. Lagu tu.. Orang akan berubah. Masuk U, orang akan berubah. Aku teringat satu pesan satu pendakwah ni, jangan berharap sangat dengan manusia ni. Nanti akan hadir rasa kecewa dan benda tu dah jadi kepada aku. So, aku kena berharap kepada-Nya. Itu pesan Alif Teega tak silap nama penceramah atau daie tu. :)
Semasa mahu tenangkan diri tu, aku macam biasa. Akan sibukkan diri aku. Berjalan, surfing Internet, tengok blog orang, cerita dengan nenek, mem'bawang' dengan mak cik, dan banyak lagilah.
.
.
Aku pun tidak sangka macam mana seseorang ni muncul. Sebenarnya aku follow balik saja pun Instagram dia. And suddenly, dia mahu jumpa aku. Ikiy (bukan nama sebenar).
Aku pun ya-kan saja tanpa memikirkan apa-apa. Sebenarnya memang tujuan aku juga mahu pergi ke tempat tu, Memorial Park. Sebab you know-lah kan. Aku ni suka nature sikit. Bunga, pokok, fresh air and etc.
Tapi aku kenakan syarat dekat dia. First, jangan post apa-apa pasal aku dekat socmed; story ig, ws and everthing tulah. Dia pun ya, dan dia mungkin bagitahu boyfriend dia. Sebab aku sebagai lelaki pun tahu cemburu tu macam mana. Sakit tu. Aku kena faham juga perasaan boyfriend dia tu,
Second, anggap aku sebagai kawan sahaja tidak lebih, tidak kurang.
Jumpa di tempat yang kami mahu jumpa tulah. Dia bawakan anak buah dia dengan kuih raya. *facepalm* . Awalnya buat kuih raya, mahu raya hajikan. Seperti biasa, kami bercerita. And aku perasan dengan dia ni, dia boleh jadi kawan yang baik sebenarnya walaupun dia banyak bercakap dari aku. Aku mahu cerita pasal aku pun, memang kena potong saja.
Memang dari kecil mungkin dia begitu.
Ikiy ni sebenarnya dari darjah lima, dia sukakan aku sebenarnya. Tapi masa aku sekolah rendah dulu mana aku peduli semua tu. Cinta? Apa tu? Couple-couple tu semua, zaman noob-noob-lah masih. Aku langsung tak peduli soal perempuan sebenarnya. Rock bah ni aku dulu.
Sampaikan satu tahap. Dia couple dengan orang untuk cemburukan aku saja. Weh.. Apa gila. Bila dia cerita masa tu. Aku pun entahlah macam mana. Konfius pun ada. Ketawa lagilah.
Masa aku frusted tu, we lost contact. Time tu di matrik. Masa aku sudah padam semua socmed aku tu. Memang kami macam tiada apa-apa sebenarnya. Bila aku okay, baru aku ter-follow dia ni balik dekat Instagram.
Yang dia cerita ni, sebelum aku frusted tu lagi. Dipendekkan cerita, kami start bercakap bila dia buat confession di Sarahah masa tu. Aku cakap, kalau mahu tegur. Tegurlah, jadi kawan. And baru dia memberanikan diri.
Ikiy ni.. Masa UPSR score sebaik mungkin untuk kejar aku di MRSM dulu. Dia mohon MRSM Kota Kinabalu tapi tidak dapat. Dia ditempatkan di MRSM Sandakan. Mahu katakan creepy, tidak juga pun sebenarnya. Alah.. Kita pun dulu suka orang tu terkejar-kejar juga. Action lebih saja kau tahu.
Aku terfikirlah apa sebenar aturan Tuhan menemukan kami berdua lagipun dia dah berpunya. Rasa suka tu memang tidak pernah hadir langsung. Keraskan hati ni. Haha. Ndak bhee..
Ikiy ada cerita pasal sakit dia. Masalah buah pinggang lebih kurang. Dia dikejarkan ke hospital. Lama juga dia di sana. Ikiy cakap yang dia ada terdengar apa yang doktor katakan kepada ibu dia; its like you know-lah. Ibu dia menangis, dia pun menangis. You what it means? Sebab tu yang dia ni dibenarkan saja pergi mana-mana, bukan tidak sayang anak. Macam kitalah, mahu enjoy sebaik mungkin sebelum taubat. Get it?
Lalu dia tanya aku, kalau dia sakit. Aku datang ke hospital lawat dia? Aku balas ya saja, lagipun itu janji aku dengan dia. Hadir sebagai kawanlah. Sebab tu tajuk aku sekarang ni Your lie in April ni.
Time aku stress, dia pula sudi mahu dengar cerita aku. Luahan aku. Sebab tu aku rasa dia ni antara kawan yang telah masuk dalam list aku. Mahukan macam watak Ahmad dalam Impian Jalanan tu, taklah. Itu si Squek sudah aku simpan untuk dia.
Masa ambil gambar sama dia dengan anak buah dia. Aku perasan yang aku fake-kan smile aku, tapi lepas balik ke rumah tu. Aku okay sudahlah. Aku tahu diri tidak dapat senyum macam dulu. Dan kenapalah dia ni pula wujud dalam hidup? Tsk..
Dia tidak menyusahkan pun. Annoying pun macam ada sama macam watak dalam anime tu. Dah ada boyfriend pun masih mahu jumpa aku. Sudahlah boyfriend dia ni datang dari jauh. Kalau tidak hargai tidak tahu. Silap-silap aku pula yang geram. -__- .
Tidak tahu lagi macam mana hidup aku 2 3 4 atau 5 tahun akan datang. But for me.. Aku rasa berterima kasih juga dalam diri ni sebab ni orang wujud tiba-tiba. Lost contact for five years and suddenly boleh bercakap macam kawan yang sudah kenal dari sekolah rendah. Tskk..
Aku harap tidaklah kau jadi macam si Kaori tu. Insya-Allah. Please survive. Doa banyak-banyak.
Dan aku harap diri aku macam si Kousei. Depress.. Stress. And lepastu, dah boleh senyum balik. Sekarang pun dalam proses mahu okay sudah.
Tutup. Salam.
Oh ya, aku recommend kan. Tengoklah anime tu, Your lie in April. Sediakan tisu ya. Hehe.
*peace*
*peace*
Comments