Perpustakaan Tengku Bainun, Tanjung Malim, Perak.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Sekian lama tidak mengemaskan kini blog. Saya minta maaflah. Ni pun dapat baru dapat laptop yang saya beli sendiri dari Shoppe. Terima kasih kepada PATI dalam tunjuk ajar menggunakan aplikasi ini.
Minta maaf kepada pembaca. Terima kasih sebab tegur hasil tulisan aku yang banyak kepada cinta, kawan dan perempuan. Insya-Allah aku ubah sudah sikit tapi ada jugalah aku selit-selit dialog sebab aku banyak berceritakan dengan kawan aku. So, benda yang aku cakap tu betullah. Jangan risaulah kalau tulisan aku tu stress-stress kah. Biasalah manusia. Ada kala kita di gembira, ada kala kita berduka. Kerana itu semua ujian dari-Nya :) .
.
.
.
Taman Sejati, Bt.7
"Ada lagi yang tertinggalkah?";
Bisik hati kecil Hanami sebelum berangkat ke lapangan terbang Sandakan. Jadual penerbangan ke KLIA2 dia pada jam 6.20 p.m. Di mana dia perlu datang sejam lebih awal untuk proses menghantar bagasi. Sesudah selesai memeriksa kesemua barangnya, Hanami turun ke bawah untuk bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya yang berada di situ.
Satu persatu disalamnya untuk menandakan dia akan terbang ke semenanjung Malaysia. Inilah pertama kali Hanami ke sana. Selama ini hanya melihat dari kaca tv sahaja. Tidak sangka dalam mendaftar kursus untuk UPU. Dia harus terbang ke sana untuk sambung belajar. Salaman permulaan dimulakan dari mak ciknya sehinggalah ke salaman terakhir iaitu neneknya. Nenek Hanami memberikan sedikit wang saku kepadanya, memang begitulah tabiat nenek dari dulu lagi. Sebelum Hanami ingin berangkat ke MRSM dahulu pun, dia akan diberikan wang untuk belanja dia di asrama.
Sebelum mencium tangan dan pipi nenek Hanami. Satu pesanan keluar daripada mulut neneknya,
"Jangan beciwik sama orang semenanjung haa. Ndak tebalik kau pigi sini nanti. Jadi macam kakek Caman mu tu. Dorang si Nor suma. Kalau mahu beciwik. Cari orang Sabah. Senang balik kampung."
Hanami terkejut dan terketawa sedikit . Itu sajalah respon dia tapi kali ini dia tidak ada niat untuk mencari pasangan lagi kerana trauma dengan tragedi yang menimpanya ketika waktu belajar di matrikulasi dahulu (baca blog sebelumnya). Lalu ada satu suara menyambung iaitu mak cik si Hanami.
"Kalau sudah jodohnya nek.. Macam mana juga.. Jodoh tu di tangan Tuhan. Kalau sudah ditakdirkan, biarlah."
Wak Mamai pun turut ketawa. Hanami memberitahu neneknya yang dia akan fokus untuk belajar sahaja dulu.
.
.
Lapangan Terbang Sandakan
Hanami bukannya merantau ke semenanjung berseorangan. Dia ditemani dengan mama dan bapa dia sekali. Hanami ada berhasrat untuk pergi seorang semasa mendaftar di universiti yang ditetapkan tetapi mamanya mengendahkan hasrat Hanami. Lagi pun, dah lama ibu bapa dia tidak pergi ke sana. Tidak silap kali terakhir pun dalam tahun 2010-2012 ketika mamanya mempunyai kursus di KL.
Hanami okey sahaja dengan hasrat ibunya itu, lagi pun redha dan murka Allah juga terletak pada kedua ibu bapa. Hanami tidak mahu melawan atau cuba memperdebatkan lagi.
Sesudah sampai di airport, Wak Umar menolong Hanami untuk mengangkat keluar barangnya dari bonet kereta Wak Umar. Selesai saja, ada sepatah dua kata yang keluar dari mulut Wak Umar dan dia pun berlalu pergi.
Hanami masuk ke dalam airport, tanpa diduga dia terjumpa dengan Nadhirah (bukan nama sebenar). Hanami hanya membagi senyuman lalu Nadhirah pun menegur Hanami. Dia bertanya kepada Hanami di manakah dia sambung belajar? Jam berapa flight dia akan berlepas? Hanami memberitahu dia dan tidak disangka lagi mereka berdua satu flight.
Nadhirah ialah kawan Hanami semasa di matrikulasi dulu. Mereka berdua ditemukan dalam satu LDK yang sama iaitu LDK 51 semasa orientasi. Dua-dua pun satu daerah yakni Sandakan, tidak hairanlah bagaimana mereka terjumpa di airport tersebut. Hanami tidak mampu untuk menyembunyikan identitinya walaupun telah menukar nombor telefon, Instagram, Facebook, dan Twitter. Selagi diingatnya mukanya, selagi tu dikenal.
Hanami sudah selesa dengan kawannya yang sedikit. Oleh sebab itu, dia tidak mahu dikenali ramai lagi. Cukuplah dengan kawan yang stay dengan dia sekarang.
Nadhirah menyambung pelajaran di UPM dengan course pure Biology. Apabila Hanami memberitahu yang dia mengambil course Fizik. Nadhirah berkata yang itu memang bukan course yang dia suka. Memang budak bio ni memang tidak suka course Fizikkah? Fikir Hanami. Mungkin berlawanan.
Hanami terus ke kaunter bagasi untuk menghantar barangnya. Selepas itu, dia berjumpa dengan ibu bapanya. Masih menunggu di luar sebelum masuk ke boarding gate.
"Sepa kawan mu tu Boi? Cantik juga. Tinggi lagi." , tanya mama.
"Cantikkah? Biasa syak pun. Kawan aku time di matrik bah tu dulu. Dia ambil bio di UPM tapi dia daftar 2 hari bulanlah."
.
.
.
Hanami dan ibu bapanya memasuki boarding gate. Tinggal menunggu arahan saja lagi untuk memasuki kapal terbang. Hanami mencari tempat untuk duduk manakala ibu bapanya mencari tempat. Hanami duduk sesuka hatinya, di mana ada kosong. Di situ dia akan duduk. Yang penting tenang, tiada orang kacau. Hanami membuka buku Pelukis Jalanan karya Teme Abdullah dan membacanya. Entah bagaimana dia boleh terjebak dengan penulisan si Teme.
Sedangkan buku pertama hasil dari Teme yang dibacanya pun adalah Impian Jalanan. Hanami sebenarnya tertarik dengan perkataan jalanan. Di mana dia membuka mindanya setelah membaca buku novel hasil dari Hlovate iaitu Contengan Jalanan. Tanpa sebab yang munasabah, dia membeli sahaja buku jalanan-jalanan yang ada dijual.
Semuanya jalanan yang dibaca oleh Hanami berkaitan dengan kehidupan dan sekaligus menjadi genre kesukaan Hanami. Ianya bukan sahaja tentang kehidupan, buku-buku yang dibacanya banyak berdekatan dengan hati pembaca.
Hanami meneruskan bacaannya.
.
.
.
Kapal terbang
Hanami memasuki kapal terbang yang ingin menuju ke destinasi yang ditetapkan. Hanami sedikit geram dengan seorang perempuan yang duduk di sebelahnya. Diikutkan dalam tiket boarding pass-nya, dia perlu duduk di sebelah tingkap yang membolehkan dia untuk melihat pemandangan di luar kapal terbang tersebut.
Tapi apa yang dia boleh buat. Perempuan tersebut juga meminta maaf kepadanya.
.
.
.
KLIA2
Hanami mengucapkan kata syukur kerana sudah sampai ke tempat yang dituju. Hanami pun masih tertanya-tanya betulkah apa yang dikatakan oleh Jojo pada tempoh hari. Jojo memberitahu kepada Hanami, sesudahnya sampai ke KLIA2. Tempat itu dah macam shopping complex, kiri kanan kedai saja.
Memang betul apa yang dikatakan oleh Jojo. Untuk mencari tempat drop-nya bagasi pun jauh dari tempat dari mana mereka turun. Kepala Hanami banyak mendongak ke atas.
"Apa gilak? Ni airport-kah atau Imago? Nenek dia betul, besar juga!" rungut hati Hanami.
Mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke tempat di mana bagasi Hanami diturunkan. Hanami sekali lagi berjumpa dengan Nadhirah. Hanami agak hairan kerana adakah Nadhirah berjalan berseorangan? Dia pun bertanya. Rupa-rupanya ayah Nadhirah ada ikut sekali. Hanami membaling senyuman kepada ayahnya. Tidak lama lepas itu, mereka pun jalan.
Hanami menunggu dan terus menunggu bagai ingin menunggu sushi yang ingin dimakan. Sebab bagasi tersebut berputar di sekeliling tempat itu, kalau terlepas. Terpaksalah dia menunggu untuk satu round lagi dan memang betul. Hanami terlepas bagasinya dan berlagak konon sedang menunggu bagasi yang belum sampai-sampai.
Dia perlukan kesabaran yang tinggi juga. Apabila dapat saja beg dia, dia terus keluar dari tempat itu berjalan menuju ke pintu besar. Sikit sahaja lagi dia sesat, dia menunggu sahaja kedatangan ibu bapa dan mak cik pak ciknya.
Kesesakan di airport tersebut membuatkan kepala Hanami naik pening. Dia tidak biasa dengan persekitaran yang pesat sebegitu. Mahu katakan Pasar Malam Kim Fung di Batu 4 Sandakan itu lagi sesak. Di airport tu, lagi sesak.
Sebelum sampai ke rumah mak ciknya, mereka singgah sebentar ke sebuah restoran untuk makan.

Comments