بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
.
.
Ada lagi cerita baru. Seperti yang aku janjikan aku akan buat sambungan untuk cerita 18/11/2015 (Perhitungan Terakhir : 5 Yonko). Di sinilah titik bermula bagaimana sidang JDM itu dilaksanakan. Aku dan empat sahabat aku tu tidaklah sejahat sampai masuk kes JDRM (kes lagi berat daripada JDM seperti memukul, merogol dan mengedar dadah). Kes kami ni pun kira macam taraf cuaki sajalah. Tapi baguslah, at least ada pengalaman tu.
Mahu dikatakan belajar 24 jam saja di MRSM tu, bukan mahu kata noob. Tapi setiap orang ada cara dia untuk membahagiakan diri masing-masing. Suka main bola, mainlah bola. Suka kucing? Peliharalah kucing. Suka aku? PM-lah.. Tidak bhee.. Tidak.. Tidak.. Itu gurauan saja.
Aku pun hairanlah macam manalah aku boleh masuk dunia Blogger ni. Rasa syok saja menulis. Lagi-lagi yang tulis keluar dari kotak fikiran atau hati kau sendiri.
Aku tahu 'throw out and spill' saja. Petikan dari kata Hlovate.
...
Malam sebelum sidang JDM berlangsung (18/11/2015) ; selepas kejadian di Kiosk (baca post terdahulu). Hanami segera menelefon mama-nya untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Lebih baik dia jujur atas kesilapan yang dia lakukan sebelum pihak sekolah yang memberitahu. Kalau tidak, tidakkah mama dia kecewa dengan perlakuan yang dia lakukan? (fly saja pun)
Telefon pintar Xperia Tipo-nya dia keluarkan. Menekan papan kekunci touch screen untuk men-dial nombor telefon mama-nya.
.. .. ..
"Hello mak?"
"Ha'. Napa Boy?"
"Apa ni? Hmm... Haa.. Aku fly bah ni tadi kan. Keluar dari MRSM. Jadi aku kenapatan (kantoi) di Center Point. Kena tangkap aku oleh cikgu Maths-ku. Jadi bisuk adalah ni kami kena. Kalau kena telpon oleh sekolahku tu. Mama kasi ya yaa jak haa."
"Astagaa.. Boy.. Boy.. Macam mana boleh kenapatan tu. Nda campin (mahir) kau ni. Buat apa kau pergi Center Point?"
"Aku mahu main game (Dota 2) bah tu sama kawan-kawanku. Tapi.. Nah.. Nda sangka pula. Terjumpa cikguku tu. Lepastu kena hantarlah kami balik. Hahahaha. Jadi masuklah kami kes sekolah ni bisuk. Sebab tu telpon mama."
"Oh.. Yalah.. Macam-macam kau ni.. Aii.. Boy.. Boy.. Haha. Mama dulu lagi campin dari kau."
Hanami pun hairan apa sebenarnya reaksi mama itu. Marah? Sedih? Hanami masih bingung. Mungkin juga mama-nya pernah melakukan hal sedemikian tetapi tidaklah seperti Hanami. Atau lebih hebat, mama-nya lagi nakal ketika dia masih bersekolah dulu. Setiap orang ada pengalaman. Cuma mereka tidak ceritakan.
Kehidupan mama Hanami cumalah berlatarkan orang kampung dahulu. Syukur Alhamdulillah selepas berhenti daripada tingkatan enam. Rezeki menempatkan mama Hanami di kolej kejururawatan. Mama Hanami pernah menceritakan kepada Hanami bahawa dia pernah keluar masuk semak memukul ular sawa, mencuri rambutan di kebun orang Cina, berakit di sungai, malah pernah merayau bersama kawan sekampung ke kampung seberang. Malah lebih banyak lagi.
Hanami memutuskan panggilan.
...
Keesokan harinya
Hanami, PATI, Dorae, Monyet dan Jiboh. Hanya menunggu panggilan ke pejabat. Sebelum mereka naik ke atas. Ada satu sesi perjumpaan batch di mana cikgu Rek menjumpai batch Hanami. Perjumpaan itu mungkin bertujuan untuk merefleksikan diri mereka selepas tamatnya Kem Jati Diri. Kem Jati Diri mungkin tidak ada hasil bagi mereka. Yalah.. Sepatutnya selepas kem tersebut, mereka dah boleh berubah ke arah yang lebih baik.
Tidak disangka. Muka baik Hanami, Jiboh, Monyet, PATI, dan Dorae juga boleh terlibat kes sebegini. Kalau muka si Supian Single tidak hairanlah.
Hanami dan empat sahabatnya tidak pergi ke perjumpaan itu kerana terus berurusan dengan Miss GGGG di bilik Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar. Berkemungkinan untuk mengurus borang perakuan kesalahan. Mereka harus bersyukur kerana Pengetua ketika itu tidak ada. Pengetua sibuk dengan urusan seperti kursus atau program-program MARA.
Mengikut SOP JDM, Pengetua juga perlu turut hadir untuk melihat kes sebegitu. Mujur.. Mereka berlima masih di dalam 'Green Zone'. Dorae pula di dalam 'Yellow Zone' sebab dulunya dia mempunyai satu kes JDM. Maksudnya, Dorae dah bersidang untuk kes kedua pula.
Hanami, Jiboh, Monyet dan PATI masih freshie.
Kak Pidah (staf HEP) ternampak Hanami masuk ke dalam bilik HEP. Selepas keluar dari bilik tersebut, Kak Pidah menegur Hanami. Kak Pidah mengenali Hanami kerana semasa Hanami tingkatan dua dulu, dia acap kali turun naik pejabat hanya untuk mengurus bantuan MARA. Bantuan itu akan membayar yuran pengajiannya RM60 sebulan dan RM50 elaun sara diri sebulan. Hanami terpaksa berbuat demikian kerana semasa tingkatan satu, dia tidak mendapat bantuan tersebut. Mahu tidak mahu, dia kena berdikari mengurus seorang diri.
Apakah tidak Kak Pidah mengenali Hanami.
"Hanami.. Hanami.. Apa kamu buat ni?" , tanya Kak Pidah.
"Adalah kak. Haha"
"Lain kali hati-hati haa"
Hanami hanya mampu melontarkan senyuman lalu keluar dari pejabat tersebut. Selesai perjumpaan batch dengan Cikgu Rek. Cikgu Rek memanggil mereka berlima untuk datang ke mejanya. Mereka berlima tidak mampu berkata apa-apa lagi, apa mahu dibuat oleh Cikgu Rek kepada mereka berlima. Pada dahulunya batch mereka dihentam bertubi-tubi. Masa itu, SWOT Session bertapak di tapak roll call. Tidakkan benda itu akan berulang lagi?
..
Jabatan Sains Sosial
Meja di bilik guru? Tidak akan dia mahu mem-flying kick mereka berlima di tempat berkenaan. Mereka berlima akur dan meneruskan langkah ke bilik guru Jabatan Sains Sosial. Terdapat beberapa cikgu melihat langkah mereka berlima. Tapi cerita kes mereka tidaklah se-popular murid-murid yang lain. Kebiasaannya, apabila murid yang pernah masuk JDM atau JDRM, ada saja pandangan sinis yang dikenakan oleh guru-guru apabila masuk ke tempat sebegitu.
Tapi bukan mereka berlima. Syukur. Allah masih menyembunyikan serba sedikit kesalahan mereka.
Mereka berlima duduk di hadapan Cikgu Rek. Cikgu Rek menyandarkan badannya di kerusi manakala Hanami dan sahabatnya duduk bersila. Cikgu Rek dengan lemah lembut menegur perbuatan mereka. Tidak perlulah melakukan perkara begitu. Tidak perlulah menyusahkan ibu bapa di rumah. Cukup-cukup dengan prinsip 'santai' mereka tu.
Agak hairan Hanami. Mungkin Cikgu Rek telah menukar cara perbuatan kerasnya kepada lembut. Manakan tidak, kalau asyik kekerasan saja diguna pakai untuk mendidik seorang pelajar, perkara itu belum tentu dapat mengubah mereka ke arah yang lebih baik. Perlu ada keikhlasan dalam mendidik, perlu ada pengorbanan dan juga perlu selari dengan zaman.
Sebaik sahaja mendengar nasihat daripada Cikgu Rek. Mereka berlima meminta maaf atas perbuatan mereka. Hanami dan sahabatnya balik ke kelas untuk mengemas barang-barang mereka. Cuti panjang akan berlangsung, mereka perlu mengemas dan bergotong-royong. Seribu satu pertanyaan telah bermain di fikiran mereka.
Yang membimbangkan mereka berlima hanyalah suruhan pihak sekolah kepada ibu bapa untuk menjamin mereka berlima. Di mana ibu bapa kena datang ke sekolah. Ibu bapa juga kena hadap Timbalan Pengetua lalu diberi taklimat tentang memorandum SOP JDM. Hanami berasa sedikit kesal. Dahlah mama-nya jauh nun di sana, Sandakan. Dahlah bapanya sibuk mencari rezeki untuk mengisi periuk nasi di rumah.
..
Kelas 4 Zamrud
Mereka berlima kawan sekelas. Senanglah bagi mereka untuk membincangkan strategi bagaimana mahu menipu dalam persidangan JDM nanti. Strategi yang dibincangkan adalah jangan sesekali mengaku tentang pagar yang dirosakkan. Kalau mengaku, mereka terpaksa membayar ganti rugi pagar itu. Dahlah dua pagar mereka rosakkan. Kalau mengaku, tidakkah melayang duit mereka berlima. Cuma perlu berkata yang mereka melalui semak belakang kanan GF (Ground Floor) dan melompat pagar konkrit dekat tangki hadapan maktab.
Persidangan tersebut akan berlangsung pada jam 1 petang. Hanami tenang masuk ke kelas. Termasuk mereka berempat. Mereka berempat (tidak termasuk Dorae) langsung tidak bercakap dengan perempuan. Ego melambung tinggi, bibik benci ditanam dalam diri. Hanya kerana sebuah tamparan.
Hanami sangkakan; bakal isterinyalah yang menampar dia pada masa akan datang kalau dia berbuat salah. Tetapi TIDAK. Pipi dia sudah dirasmi oleh perempuan batch dia (tidak semua; baca post blog terdahulu).
Hanami mengambil buku, mengemas di mana sisa-sisa barang yang tertinggal masa upacara UNGA berlangsung, dan sedemikian. Begitu juga dengan Dorae, Jiboh, PATI dan Monyet. Hanami risau dengan keadaan Dorae. Ini dah termasuk kes kali kedua bagi dia. JDM kedua untuknya. Ada kemungkinan kebarangkalian untuk dia dibuang sekolah sangat senang. Paling tidak pun, akan dipindahkan ke MRSM yang lain.
Ada saja pandangan yang tidak puas hati daripada pihak perempuan. Dah hubungan silaturahim tidak berapa mahu kukuh ketika itu. Ego lelaki lagi tinggi menggunung. Sepatah dua pun tiada berkata. Kecuali bagi Dorae, Dorae dengan sikap peramahnya masih tenang bercakap dengan perempuan dan menceritakannya.
...
Bilik Karambunai ; 1 p.m.
Sidang berjalan seperti biasa. Inilah pertama kali bagi Hanami menghadiri kes sebegini. Dia agak gementar. Cikgu Homeroom dia pun tidak melayan dia seperti dulu. Di mana masih bergelak ketawa, bergurau senda dan bertanya khabar seperti anak dan bapa ketika dulu tiada lagi. Tetapi apabila kes ini berlaku kepada Hanami. Bagaikan dosa besar yang menimpa dia sedangkan fly saja pun.
Cikgu Homeroom dia juga ada masa yang perlu dilakukan, ada anak, ada isteri. Hanami tidak memikirkan semua tu. Benda ini menyusahkan. Cikgu Homeroom pula kena hadap benda begini kerana dia akan menjadi pendakwa kepada Hanami termasuk cikgu Homeroom masing-masing untuk Dorae, Jiboh, PATI dan Monyet.
Mewakili Hanami; Cikgu Om. Dorae; Cikgu Mon. Jiboh; Ustaz FreeThePi. PATI; Ustaz ZidiZidi. Dan Monyet; Cikgu Agar-Agar. Mereka akan duduk sekali dalam persidangan tersebut. Manakala yang menjadi saksi atau membentangkan pertuduhan ialah Ustaz FreeThePi, Pok Lekor, Cikgu Kuaci dan sepatutnya Cikgu Puro-Puro tetapi Cikgu Puro-Puro tidak hadir disebabkan sibuk.
Seperti biasa. Hanami dan empat sahabatnya akan berdiri. Menghadap semua hakim-hakim yang ada di depan mereka. Timbalan Pengetua, cikgu-cikgu Homeroom, dan saksi yang ada.
Surat sumpah dihadapkan kepada mereka berlima. Surat sumpah ini akan dibacakan satu persatu oleh mereka berlima sebelum memberi keterangan kepada hadirin di persidangan itu.
"Adui.. Sumpah-sumpahlah pula... Aish.. Macam mana ni. Tipu-tipu sajalah sikit. Aiii.. Budu.. Budu.. F*ck you betul!", bisik hati Hanami.
Surat sumpah menghadap Hanami. Tangannya menggeletar ketika membaca surat itu. Dia menarik nafas panjang sambil tangan diangkat (seperti bacaan ikrar) dan membaca dengan suara tersekat-sekat. Hanami terus laju membaca ke semua isi surat itu dan menyerahkan kepada orang sebelahnya (macam si Monyet; tidak ingat. Maaf).
Seusai membaca. Persoalan mula diajukan bertubi-tubi. Kenapa berbuat sedemikian? Apa motif melakukan? Siapa yang master mind? Siapa yang merancang? Dan ada lagi siapa-siapa yang terlibat?
Siapa master mind? ; Miss GGGG
Hanami mengangkat tangan.
"Saya.."
"Kenapa juga kamu mahu buat begini?"
"Sebab kami last sudah. Lagi pun mahu cuti kan. Jadi kami fly ni mahu buat kenangan. So, tahun depannya bolehlah kami fokus SPM pula (konon)."
"Banyak lagi kan benda yang boleh buat. Minggu aktiviti? Main futsal? Ini pula kamu buat? Kalau kamu mati di luar macam mana?" tambah Cikgu Mon.
"......" , Hanami terdiam.
"Cuba cerita macam mana kamu punya perjalanan kamu mahu keluar tu."
"Begini.. First-first kami dari GF. Kami ikut sana semak tu. Hutan-hutan tu. Haa... Kami jalan sajalah. Lepastu ndak jumpa jalan. Kami balik pula pergi gelanggang bola tampar. Ndak dapat jalan keluar kami masuk baliklah."
"Pandaii haa kamu ni.." ; Cikgu Agar-agar.
"Budak MRSM-kan. Mestilah pandai merancang. Dorang buat kerja jahat. Doranglah nombor."
"Stress-kah kamu di maktab sampai mahu fly?" ; Miss GGGG.
Dorae memintas percakapan Hanami. Dia menjawab.
"Stress. Kerja lagi banyak. Penat lagi atur acara UNGA. Jadi kasi release tension-lah kejap. TV di asrama pun tiada. Stresslah stress.. Jadi dengan cara begini. Ndak jugalah.."
Hanami terkejut dengan jawapan yang keluar daripada mulut Dorae seperti mahu melawan dengan pihak atasan berkenaan. Patutnya dia menjaga percakapan dia sedikit. Tersilap langkah, habis mereka berlima. Mereka bukan ada kuasa pun untuk melakukan apa-apa dalam persidangan. Kalau sahajalah boleh upah peguam. Si Gaban-lah Hanami akan panggil untuk menyokong hujah mereka.
"Ohh begitu.. Lepastu kamu masuk balik tu? Kamu jalan pergi mana? Adui..."
Hanami ;
"Kami masuk. Lepastu kami jalan.. Kami limpas dulu tu gelanggang bola tampar.. Haa. Lepastu limpas lagi gelanggang futsal. Kami lari lagi di bawah jambatan surau tu. Kami lari lagi terus pergi PSIB (Pusat Sumber). Dari PSIB tu kami laluilah semua jalan ikut belakang makmal.... "
Hanami menerangkan dengan lebih terperinci. Hanami juga menggunakan bahasa badannya (guna tangan) untuk menjelaskan lagi hujah. Yang melucukan. Percakapan Hanami seperti orang kampung. Loghatnya secara tiba-tiba bertukar sehinggakan pelik bila didengar. Boleh dikatakan percakapan dia seperti pilak-pilak; om boneh-boneh (PTI ; Pendatang Tanpa Izin).
Hanami melihat Monyet menahan ketawa. Hanami pun turut menahan. Secara tiba-tiba, Jiboh tidak dapat menahan. Geli hati dia disebabkan percakapan Hanami. Di mana keadaan serius tiba-tiba boleh menjadi medan persidangan para pelawak. Jiboh terketawa sedikit. Suara ketawa Jiboh keluar seperti tersembur nasi yang dimakan.
Tiba-tiba;
"Kenapa kamu ketawa?!! Dengarlah!" ; teriakan daripada Miss GGGG.
Hanami meneruskan keterangan tersebut. Mereka berlima kembali diam. Soalan masih bertalu-talu.
"Kalau kamu keluar pun? Kamu mahu tidur mana? Ada kawankah kamu di luar? Cybercafe di mana juga kamu pergi ni?"
"Hmm.. Kami plan tidur di masjid. Lepas kami habis main game tu. Lebih kurang jam 3 pagi begitu. Kami apalah.. Apa ni. Tidur di sana."
"Oh.. Solat maghrib tinggallah?"
"......" ; tiada jawapan yang keluar. Sambung ; "Kami qada."
"Oh... Bagusnya... Bagus.. Solat Isyak. Qada maghrib. Sambung teruslah solat taubat? Sambung lah tu sekali dengan solat jemaah Subuh?"
"Saya tak percayalah kamu tidur kat masjid?" ; Pok Lekor.
"Tulah.. Mesti ada kawan mereka di luar ni." sambung Ustaz FreeThePi.
"Sumpah.. Sumpah.. Saya tidak tipu. Memang kami mahu tidur di masjid. Kalau kami mahu tidur di hotel pun manada duit kami." Hanami terus memberitahu sambil mengangkat tangan (seperti membaca ikrar) menandakan dia berkata benar.
"Di mana CC kamu pergi tu? Mungkin banyak tu budak MRSM kat sana. Bahaya ni." tanya Cikgu Agar-Agar.
Hanami terdiam. Tidak akan dia mahu menyatakan tempat persembunyian mereka itu. Di sanalah satu-satunya Cybercafe yang mempunyai Internet berkelajuan tinggi serta dapat mengangkat game Dota 2.
Hanami masih diam.
Terus Jiboh bersuara ;
"Tempat apa cikgu. Depan Center Point. Dekat dengan McD. Nama CC tu Fortuna. Depan-depan saja"
Hanami menarik nafas lega. Tempat Cybercafe mereka selamat. Kalau tidak. Bermasalah. Boleh tahu di mana port-port yang boleh diserbu oleh warden mereka pada hujung minggu.
Cikgu Kuaci tiada di persidangan itu. Pok Lekor menelefon Cikgu Kuaci (yang menjumpai mereka) untuk memberi keterangan.
.. .. .. .. ..
Cikgu Kuaci datang dan menceritakan dari A sehinggalah ke Z. Selepas memberi keterangan dia pun berlalu pergi. Sebelum itu, Pok Lekor menghasut Cikgu Kuaci untuk menampar mereka berlima.
"Alah.. Kuaci.. Sikit-sikitlah. Bagi pengajaran"
"Eh.. Tak.. Takk..".
Cikgu Kuaci berdiri di hadapan mereka berlima. Merenung dari bawah kaki hingga ke kepala dan keluar dari bilik tersebut.
Tiada benda lagi mahu dikatakan. Kadang kala berkata secara jujur boleh mendatangkan bahaya. Mereka berlima hendaklah memahami antara satu sama lain untuk menyelamatkan rahsia mereka. Selesai persidangan, ahli majlis pun bersurai seperti biasa.
Tunggu penantian keesokan harinya. Ibu bapa masing-masing menjamin mereka berlima. Kecewa? Sedih? Apa mahu jadi dengan anak aku? Inikah didikan sepatutnya? Persoalan setiap persoalan bermain di legar fikiran.
Itulah harga sebuah pengalaman.
.
.
.
To be continue...

- Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, tu baru namanya kawan sepanjang zaman.
- Hidup di dunia ini terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sehingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri nak ke mana.
- Peluang dalam hidup ini sama juga seperti kereta api , perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat, makan asap.
- Masalah takkan selesai dengan hanya main falsafah.
- Biarlah kerja lelah asalkan boleh ketawa, daripada kerja mewah tapi berendam air mata.
- Kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah.
- life is short, live. laugh.
- live the moment. cherish the present. anticipate the future. frame the yesteryear.
- ACT DUMB. YOU'LL LEARN MORE.
- THERE'S A DIFFERENCE BETWEEN LIVING LIFE AND MERELY BEING ALIVE.
Petikan daripada Contengan Jalanan (Hlovate)
Comments