Skip to main content

Kesinambungan

Bismillahirrahmanirrahim

.
.

Baca Post terdahulu. Klik sini!

.
.

Jumaat pagi, asrama lelaki.

Hanami mengemas barang-barangnya. Cuti panjang akan berlangsung. Tempoh satu minggu pergantungan sekolah akan diteruskan. Denda itu akan berjalan seperti biasa tapi disebabkan kes itu telah berlaku sebelum masuknya cuti panjang. Ia akan disekalikan dengan cuti tersebut. Ertinya, sekiranya masih dalam waktu persekolahan, mereka berlima sepatutnya digantung pada tempoh tersebut. Dengan kata lain, cuti + gantung, denda diselasaikan.

Kesalan yang ada pada diri dia sukar untuk dimaafkan. Rasa bersalah yang amat. Bukan ibu bapa yang akan menjamin dan membawa Hanami pulang. Tetapi atok dia, datang dari Beaufort. Kesakitan yang ada pada atok dia menyukarkan untuk beliau berjalan. Penyakit gautlah katakan.
.
.
.

Sebelum mulanya solat Jumaat. Parents PATI dah dahulu menjamin dia. Awal.. Yalah.. Dekatkan. Papar saja. Mudah untuk parents dia datang.

Tidak tahu apa yang telah berlaku di pejabat sana. Ada mahu riuh juga tempat tersebut gara-gara kes sebegini. Apa yang PATI katakan ke semua isi cerita mereka berlima kepada parents dia sendiri. Cuma Tuhan saja yang tahu.

Agaknya..

Ayah PATI agak bengang dengan Pok Lekor yang menghentam mereka berlima habis-habisan. Ayah manalah yang suka jikalau anak dia sendiri kena pukul oleh orang lain. Pandangan beliau mungkin berbeza dengan pendidik di sana.

Dilanjutkan.. Kes memukul itu dibawa ke balai polis. Lagilah bingung pihak atasan untuk menyelesaikan. Boleh naik gila rasanya. Boleh tercemar nama MRSM. Silap langkah tiada pula yang akan mahu masuk pada masa akan datang. Silap besar kena lucut jawatan yang dipegang, silap entah apa lagi takut tidak dapat bagi makan untuk keluarga. Fuh.. Payah..

Dengan kata putus dan kuasa yang ada pada Miss GGGG merangkum sebagai Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, mesyuarat akan berlangsung pada petangnya seusai solat Jumaat untuk meneliti lagi sejauh mana kebenaran ini dirungkaikan.

.
.
.

Dalam kesibukan gelak ketawa, sibuk dengan hal masing-masing, dan sibuk mengemas bilik di asrama lelaki. UstazFreeThePI datang ke sana untuk menemukan seseorang. Dah agak dah benda ini memang tidak akan terlepas. Memang tidak boleh duduk diam. Mereka juga perlu bangkit melawan pihak-pihak Yonko dan ahli-ahli batch Rebellion ni. UstazFreeThePI ingin berjumpa dengan PATI.

Bilik Hanami hanya bersebelahan dengan bilik si PATI. Boleh dilihat lelaki mengerumuni di hadapan bilik si PATI. Pada mulanya, mereka tersalah anggap yang dipikirkan ialah PATI yang lagi satu. Bahasa kasarnya, &*^%^ (hanya mereka sahaja yang tahu). Setelah ditanya mana PATI yang sebenar, barulah UstazFreeThePI tahu. Yakin tahu dan benar tahu, dia kali ini tidak salah orang.

Hanami berdiri melihat UstazFreeThePI masuk ke bilik PATI. Roommate PATI diarahkan keluar. Biar urusannya untuk mereka berdua. Macam gay bukan? Tidak. Ini hal serius. Dahi Hanami berkerut sedikit, macam ada yang tidak kena. Satu suara nyaring dan lantang dilontarkan. Mesti.. Itu suara Ustaz. Hanami dan rakan se-asrama lain yang berada di situ mencuri-curi dengar apa perbualan mereka berdua. Tidak sedap hati. Bukan berita baik.

"SAYA AKAN PASTIKAN KAU KELUAR DARI TEMPAT NI SEBELUM SAYA BERPINDAH. KAMI DAH JAGA KAMU DARI TINGKATAN SATU. TAPI INI YANG DIBALAS!" suara dari dalam bilik. Hanami menelan air liur. Menggeleng kepala. Macam ada yang tidak kena.

Ustaz keluar, mereka yang di luar pula terus sahaja melakukan kerja seakan-akan sibuk. Muka Ustaz bukan macam kebiasaannya, seperti ada kebencian di matanya. Tegas muka, mata tidak berkelip. Geram mungkin. Ustaz berlalu pergi dari tempat itu.

Budak-budak asrama lelaki batch Hanami yang berada di situ terus menerjah bilik si PATI. Menanyakan keadaanya. Sadis..

"Aku kena pindah gilak.. Malas aku begini. Kena ugut-ugut pula." bebel PATI.

Semua kebingungan, apa sebenarnya berlaku. Mesyuarat yang diputuskan oleh miss GGGG sebenarnya berkenaan report si PATI kepada miss GGGG. Dia memberitahu seluruh alur cerita mereka berlima kepada miss GGGG secara terperinci di sebalik sebelum persidangan JDM beraksi. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Tidak boleh salah seorang dari kakitangan MARA itu melakukan hal yang melampaui batas.

Benda ini boleh disembunyikan. Tapikan daya benda dah berlaku. Seperti tidak adil bagi pihak mereka ke atas pihak Rebellion atas frasa 'jaga dari tingkatan satu lagi'.

Hanami dan rakan lain tidak berpuas hati. Kenapa secara meluru PATI mahu pindah. PATI beranggapan benda agak susah mahu selesai sekiranya dia masih stay di situ. Ada kemungkinan pihak-pihak dah banyak membenci budak itu atas report yang dia telah beritahu. PATI segera menelefon parents dia atas apa yang berlaku dan menguruskan perpindahan dia dengan segera.

Jumbo memberitahu Hanami kalau betul benda tu berlaku. Tengok apa akan jadi kepada UstazFreeThePI. Jumbo tidak perlu kata apa, dah macam lone ranger pun ada, superman untuk batch mereka. Pantang bagi dia apabila mana-mana sahabatnya disakiti dan diapa-apakan. Pedulilah pangkat pengetua ada pada kau pun. Dia tetap akan langgar.

.
.
.

Surau Al-Hidayah

Hanami duduk dan membetulkan silanya. Cuba fokus mendengar inti pati khutbah yang disampaikan. Matanya menala ke arah si Gogong merupakan sahabat baik si PATI. Mereka berdua dari tingkatan satu dah macam Upin dan Ipin bila dilihat. Agak sukar untuk dipisahkan. Tidak sangka. Gogong yang agak brutal lagi savage pun menangis apabila mendapat tahu bahawa si PATI akan pindah. PATI dah lama meninggalkan tempat tersebut. Sebelum masuknya zohor lagi dia dah blah. Gogong tidak fokus untuk mendengar khutbah. Hanyut dalam diri sendiri, mengesat air mata yang keluar.

Hanami turut sebak di dada. Gara-gara dialah benda ni berlaku. Kalau sahajalah dia tidak bodoh ikut nafsu untuk fly hanya bermain Dota di AA.  Kejadian ini tidak akan berlaku.

.
.
.

Seusai solat Jumaat, pelajar pun sibuk untuk balik ke rumah. Menikmati cuti panjang yang akan berlangsung. Tidak sabar untuk balik ke kampung. Hanami masih menunggu ketibaan atoknya. Dalam bilik baring menenangkan pikiran. Tapi kepala masih serabut berfikir tentang atoknya.

Atok Hanami tiba. Raut wajah atok sayu, berjalan masih dalam keadaan sakit-sakit lagi. Hanami menggeleng kepala. Menghela nafas panjang. Dia lalu memberitahu atok untuk datang ke pejabat. Nun di atas sana. Allah.. Berkerut dahi atok, kening kanan terangkat sedikit. Dahlah berbukit-bukit. Perlu datang lagi ke sana untuk menjamin Hanami.

Hanami mengambil barang-barang yang ada di bilik dan menyusun barang di bonet kereta. Atok Hanami ditemankan oleh Tok Koboh, adik atok Hanami. Hanami memandang dan mendengar mereka berbual dengan bahasa Bisaya yang memang Hanami tidak faham dari kecil lagi. Entahlah apa yang digosipkan. Hanami terus menyusun barang.

"Tok. Sana tu. Di atas. Bolehkah atok berjalan ni?", tegur Hanami sambil menunjuk tempat pejabat MRSM itu dengan jari telunjuknya.

"Boleh saja".

Atok Hanami dah macam orang sarat mengandung. Hanami memegang tangan atoknya erti support. Yalah.. Takut saja atoknya terguling ke bawah kalau tidak seimbangkan badan dengan betul. Risau dibuatnya. Nanti jatuh, kalah Hamster Ball.

Kemudian mereka pun sampai di bilik miss GGGG. Hanami berdiri di hadapan miss GGGG. Miss GGGG menyandarkan badan di kerusi dan mengukir senyuman sesudah atok si Hanami masuk.

Blah.. Blah.. Blah.. Entahlah apa dibicarakan. Hanami memekakkan telinga. Malas mendengar. Dah habis menjamin Hanami, boleh pula mereka berdua (atok dan miss GGGG) melencong ke cerita lain. Ni bukan cerita kes Hanami. Ni cerita pasal cucu si Atok yang merupakan sepupu si Hanami. Pergh.... Habis.. Penuh dengan bandingan. Dari segi akademiknya, tingkah laku sepupunya, berjaya belajar di overseas-lah, dan macam-macam lagi. Termasuk cerita bab keluarga-keluarga sepupunya pula.

Hanamii menjulingkan mata ke siling. Muak dengar cerita mereka.

Nasihat pun dilemparkan kepada Hanami disertakan dengan bebelan yang agak pedas daripada miss GGGG. Hanami mengangguk kata mengerti. Atoknya masih dalam keadaan yang tenang dan menegur Hanami supaya tidak berbuat lagi.

.
.
.

Habis cerita itu jadi bual bicara di rumahnya. Hanami memekakkan telinga. Ingin saja mengalahkan badak. Ingin saja hatinya dipasang dengan Vibranium biar hati tidak ingin terasa dengan bebelan mak cik-mak ciknya. Hanami masih dalam kerisauan, apalah jadi dengan si Dorae dan si PATI. Dorae dah yellow zone, PATI entahlah pindahkah tidak. Katanya dalam hati.

.
.
.

29 November 2016

Masa laju menyusuri, tidak sangka hidup sebagai pelajar lima tahun di MRSM tidak lama lagi akan habis.

Kertas tiga Kimia pada hari itu Hanami habiskan dengan sebaik mungkin. Hasrat yang berkobar-kobar dalam badan cumalah kebebasan. Freedom. Tapi itu semua mitos. Belum tahu lagi kehidupan seterusnya lagi mencabar, belum tahu lagi betapa struggle-nya untuk terus hidup, belum tahu lagi macam mana ingin stay in contact dengan kawan-kawan yang dalam lima tahun bersama. Semua itu akan terjawab, semua itu akan dilalui oleh mereka semua nanti.

Hanami berfikiran melayang. Pensil Pilot di tangan berputar, dah macam orang berjiwang. Orang lain dah sibuk menyusun meja. Dia masih bersandar pada kerusi, mengelamun. Entahlah apa yang dipikirkan. Kemudian dia melihat cahaya yang terpancar di atas siling dewan, bertempat di pentas. Pengawas-pengawas pula laju memasukkan ke semua kertas yang diedar untuk masuk ke dalam beg. Itulah jawapan mereka semua, itulah usaha mereka.

Hanami masih mengelamun panjang. Tiba-tiba rasa sebak di dada. Tiba-tiba rasa tidak mahu keluar dari situ. Tiba-tiba rasa macam semua benda dia mahu buat lagi dengan rakan-rakannya di situ. Dulu bukan main lagi supaya masa cepat berlalu, bukan main lagi rasa mahu dapat kerja, bekerjaya, berumah dan tidak lari berbini. Benda akan berlalu. Masa akan sentiasa berjalan. Di sini bukanlah pengakhiran.

Hanami bingkas bangun dari tempat duduk. Berhenti memutar pensil Pilot di tangan. Melipat meja lalu menuju ke stor meletakkan tempat meja itu. Ada yang sibuk mengambil gambar dengan cikgu-cikgu, ada yang mahu confess kepada crush, terutamanya si Babi. Masa inilah yang patut ditunggu, mungkin dia terikut dengan nasihat cikgu Kimia dia. Hanami pun kenal cikgu tu. Hanami pun senyum segaris.

Hanami dari kelmarin dah menelefon mama-nya untuk sampai lewat sikit kerana dia ingin bermain futsal dengan rakan-rakannya. Itulah hasratnya untuk balik lambat, mama dia pun setuju dan akan datang pada waktu malam. Hasrat tidak kesampaian, kesemua balik dengan laju. Satu persatu dilihatnya balik sambil senyuman yang diukirkan, tanpa gula. Semua manis.

Hanami menahan sebak. Tumpang gembira. Sambil melihat ibu bapa yang menolong mengangkat beg-beg anak mereka. Hanami berdiri di jejantas untuk menuju ke surau. Selesai mengambil masa panjang. Dia pun menuju ke surau.

.
.
.

Si Gilak dah balik, si Squek pun dah balik, si Nanjing pun dah balik. Roommate-nya semua laju balik tetapi tidak bagi Hanami. Daripada asyik bosan di bilik, dia pun berjalan-jalan untuk menikmati suasana asrama itu untuk kali terakhirnya.

Hanami turun ke GF untuk melawat si Monyet dan roommate-nya. Monyet pun sibuk menyusun barang. Miss GGGG pula dapat dilihat daripada wing board GF itu. Dia berada di wing board FF memeriksa keadaan sekeliling. Takut-takutlah anak-anak syaitan di asrama lelaki ni buat hal, tulah kena round tu. Dah bersepah semua barang-barang yang ada di asrama, ampaian tidak perlu cakaplah. Sampaikan UstazBugisTawauSiNatureBoy pun mengucapkan kata 'muahhhhhhhhh' di group Whatsapp batch mereka. Tidak puas hati kerana keadaan asrama penuh huru-hara. Benar-benar gila. Inilah namanya mencipta nama dan sejarah tanpa sedar.

Si Monyet yang dah seperti kena sawan berteriak mengisyaratkan Miss GGGG untuk turun ke GF. Mahu main hide and seek-lah tu. Konon mahu cipta kenangan. Smartphone di tangan Monyet sambil merakam acah dah macam orang putih. Mahu ikut vine. Dia pikir lawaklah benda tu.

"Oiii!! Oi!!! Sinilah!!!", Monyet ketawa pecah dan terus berlari. Hanami senyum sumbing, menggeleng kepala. "Macam-macamlah. Betul-betul macam monyet Sepilok. Etus betul!".

Maghrib dah tiba.
Isyak pun dah.

Lebih kurang jam 8 lebih juga untuk parents Hanami sampai ke sana. Kalau sahajalah dia tahu kebanyakan daripada mereka balik awal. Dia tidak plan pun untuk balik lambat bermain futsal. Habis penuh barang asramanya, tidak muat untuk Myvi putih kerdil mengangkat. Terpaksa beberapa barang untuk dilepaskan dibiarkan di asrama.


.
.
.

Hanami meminta izin untuk berhenti di gate, dia mahu mengambil gambar untuk kali terakhir. Menyusahkan.. Adik dia pula mengacau. Mahu saja di-flying kick adiknya tu. Nasiblah ada sayang sikit, syukurlah masih ada tanggungjawab sebagai abang. Kalau tidak, kepala melayang depan ibu bapa.





The End

...

Zaman kejahatan, kejahilan, kenakalan itu memang lumrah. Semua mungkin ada melaluinya, tapi bila dah diri TAHU. Benda tu jangan kita remehkan.

Haha. Aii.. Lama tidak update. Maaf tidak seberapa mahu kreatif sangat tulisan ni. Aku sudah dah lama hilang idea. Aku mahu sambung juga cerita lepas ni. Tapi tulah. Masa terhad. Ada yang minta tulis pasal kem jati diri lah. Kem Jati Diri tu Insya-Allah aku usahakan. Tapi sanggupkah juga kamu baca panjang-panjang? Sebab benda tu boleh jadi novel gilak. Sedangkan satu post ni saja sudah ambil masa dua jam. Gila.. Mahu ada passion.

Ada juga mahu tulis pasal life, ditambah dengan pengalaman aku, tambah lagi dengan sedikit ilmiah. Tapi. Entahlah.. Aku rasa macam mahu berhenti pula jadi Blogger. Susahlah. Macam semangat tu dah hilang, tidak macam dulu. Aku tengok-tengok blog aku pun. Dah macam kosong. Dulu page blank aku boleh isi terus. Ini pun aku sambung sebab tergantung dari hari tu.

Kadang coretan yang tidak disangka kita boleh tuliskan.

Tapi..Aii.. Aku tidak dapat describe. Aku rasa aku tidak dapatlah push diri tu mahu tulis idea baru. Just the idea. Aku rasa itu saja pun, tulah rasa macam mahu berhenti.


Habis Kesinambungan ni aku ada mahu sambung, yang part kami di KK City pula. Lepas SPM-lah katakan. Sendu pun ada, gila pun ada. Macam-macam ragam.

Yang masih menunggu tu. Thanks.. :) .  Aku tengok-tengok ada juga orang visit ni page Blog, entahlah apa yang dia mahu sebenarnya.

Yang ada dalam semua watak yang aku tulis ni. Serius.. Kamu orang Special sebenarnya. Cuma tulah. Aku tidak guna nama sebenar. Pandai-pandailah terasa sendiri.

Aku rasa sampai sini sajalah. Tahun depan kali. Mahu cari pengalaman lagi, mahu dengar dari orang pula yang cerita dulu kala tu. :) .

Comments

Anonymous said…
teruskan menulis bren,aku tggu karya kenangan mu

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...