Skip to main content

Coretan; Terima kasih 2018

Listening to Michael Learns To Rock Greatest Album; Bilik sendiri.

Digalakkan kepada yang tidak suka membaca untuk berhenti sampai sini sahaja. Tulisan ini terlalu panjang. Ia membuat anda rasa bosan, mengantuk dan mula merasa tulisan ini tidak bermanfaat.

Seperti biasa, dalam penulisan saya. Semua nama watak yang diguna bukanlah menggunakan nama sebenar.



…..
….
..
.

Alhamdulillah, sekian lama. Sakit. Sebab apa? Sebab ter-delete semua draft blog aku dulu. Still dalam tajuk yang sama juga. Pasal camping, pasal CSR, pasal sikit mati tu.

Banyaklah. Draft pun dah masuk 15 muka surat. Boleh-boleh ter-delete masa tengok preview post.

Format tulisannya dah cun. Pergh.. Bahasa English dah di-Italic. Hilang macam tu saja. Allah.. Peritnya. Berapa banyak coretan sudah tertulis tanpa mengambil masa yang lama. Mahu tidak mahu, aku tetap akan teruskan.

Aku kena buat balik.

Aku buat draft ni dah lama. Cuma mahu post masa New Year-kan. Kena conclude kenangan 2018 tu. First-first malas mahu buat. Serius. Tapi aku dah janji dengan diri aku. Aku kena habiskan juga.

Mahu tidak mahu.

So, let’s begin it! Nani?!!


·       Hampir saja mati, berlanggar dengan kereta 4x4

Ini.. Bukanlah pengalaman yang aku mahukan. Dalam 2018 juga benda ini berlaku. Aku, Gogong, Keling dan Jumbo menuju ke Bandar Kota Kinabalu. Aku tidak berapa ingat. Kami dari mana entah ke mana. Tapi yang paling diingat, kereta Wira si Jumbo sikit sahaja lagi berlanggar dengan kereta 4x4.

Kalau kamu di dalam kereta tu. Masya-Allah. Memang mengucap dua kalimah syahadah sudah di dalam. Jarak hampir terlanggar tidak sampai satu meter, hampir-hampir saja lagi. Adui… Berdebarnyalah. Ya Allah. Kalau ditakdirkan on the spot meninggal time tu.

Mesti kecewa mamaku dengan perangai aku ni. Ikut-ikut kawan, malam-malam.

*facepalm*

Kereta Saga BML memecut laju bersebelahan kereta Wira si Jumbo. Bernada bunyi turbo kereta Saga tersebut, lagak si pemandu memotong kereta si Jumbo. Tanpa dia sangka, Jumbo jenis pantang bila dibuat sebegitu. Lagi epic, sebelum memulakan perjalanan menuju ke bandar.

Jumbo bertanya kepada Gogong. Pemanduan bagaimana yang Gogong mahukan. Boleh-bolehnya si Gogong minta kereta tu terbang. Adui… Bren.. Kereta tidak terbang. Tapi dengan pemanduan menggerunkan oleh Jumbo, aku rasa memang boleh terbang pun kereta ni kalau di-race sampai tidak ingat dunia. Jumbo jenis yang pantang dicabar. Begitulah jadinya.

Si Keling pun bergegar dah di seat hadapan. Kalau sahajalah si JeastTheSekujis join kami masa tu, memang on the spot dia suruh si Jumbo berhenti, balik naik Grab sendiri; kata Keling. Malam tu kami enjoy-lah, makan nasi kukus, makan burger tompok di Putatan, and like always-lah.. Main game di Cybercafe.

Ada sebab jugalah kenapa Allah beri aku kesempatan masa yang banyak untuk jumpa mereka semua di KK. Memang pure happiness. Walaupun ada juga yang tidak berkesempatan untuk berjumpa, tidak apa. Ada masa, jumpa nanti. :)



·       Ketika Keling Panjang pindah, aku menangis. Tatkala aku di Keningau, Jiboh menghulurkan bantuan. Apabila aku turun KK, Jiboh, PutingMiring, Mayung dan angkatan budak-budak KK ada menemani.

“Tahukah anda lazimnya kalau kenderaan kita rosak tepi jalan, kita akan telefon rakan-rakan dari kalangan mat rempit, kaki pukul, kaki tarik kereta, sekolah tak habis, dan banyak lagi. Orang-orang yang macam ni 90% dijamin akan datang tak kiralah pukul berapa pun. Pertolongan akan diberi selagi tak melibatkan wang ringgit. Bila berdepan masalah gitu, amat kurang kebarangkalian kita menelefon rakan-rakan yang berjubah, janggut sampai dada, SPM 10A, dan pernah menang pertandingan bahas antara sekolah. Orang-orang macam ni biasanya gemar memberi alasan bila kita minta tolong. Misalnya bini tak bagi keluar atau paling koman pun cakap "ada kerja."

Kesimpulannya, hargailah semua rakan kita tak kira dia jenis macam mana. Jangan jauhi dia mentang-mentang dia tak masuk universiti atau jarang nampak muka di surau. Hati orang bukan ada tulisan.” –Sokernet.com

          Satu petikan yang aku ingat sampai sekarang. Status ini dah di-delete oleh page tersebut tapi ada juga blogger yang post dalam blog dorang. Syukur. Bila diingatkan balik, aku ni dulu jenis yang memilih kawan. Yang merokok semua aku kata tidak guna, yang tidak datang surau semua aku cop neraka.

          Konon dah jadi budak surau, perangai kuat men-judge. Kuat menghukum orang. Hukum hanyalah di hati. Tidaklah aku sembang 24 jam di media sosial atau bagi tazkirah di surau.

          Perspektif orang berbeza-beza. Bab berkawan ni lagi aku terbuka mata bila kereta Myvi aku mati di Tmn. Rimba dulu. Adui… Dekat 20 contact dalam henfon aku. Budak-budak Sandakan semua aku telefon, tidak dapat menolong aku. And then aku teringatlah status dari Sokernet tu.

          Betul rupanya. Kita bila berkawan, usahlah memilih. Memang akan datang, mungkin ada yang tikam belakang, atau disebaliknya yang kita tidak tahu selepas itu. Tapi urusan tu, biarlah Tuhan saja yang uruskan. Yang penting kita ikhlas berkawan.

          Jujurnya, aku terfikir dengan nasib si Jiboh dulu ketika aku mengajar dia subjek Mathematics. Sampaikan aku terfikir apalah nasib dia pada masa akan datang.
         
Tapi bila aku ada interview IPG dekat Keningau. Mama Jiboh yang hantar aku, adik Jiboh yang banyak membantu aku. Allah. Tertanduk aku.. Malu aku.. Sebak di dada aku sembunyikan, air mata mengalir. Maaf sebab dulu aku pernah bersangka buruk dengan kau Jiboh. Barulah aku tahu harga sebuah persahabatan tu macam mana. Persahabatan ini aku sudah nampak masa last-last sudah mahu habis sekolah. Aku ada cerita di sini (klik sini).

          Sepanjang pengajian di matrik, memang aku tidak akan lepas peluang untuk turun ke Kota Kinabalu. Walaupun perjalanan dari Sandakan mengambil masa 6 jam. Aku kena lalui juga supaya aku dapat mengambil ferry dari KK untuk bertolak ke Labuan. Terima kasih kepada yang selalu belikan aku tiket ferry, tiket baskah untuk ke Menumbok. Thanks :). Moga Tuhan balas jasa anda.

          Bila di KK inilah aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan aku. Di mana lagikan? Walaupun jauh, mama aku percayakan dorang. Aku minta izin untuk stay dengan dorang, tidur di rumah dorang semua. Dorang on saja. Mama izinkan juga. Allah… Aku tidak tahu mahu balas jasa kamu semua.

          Kenapa aku menangis time si Keling Panjang ni pindah? Sebab aku terharu. Jujur. Ikhlas dari hati. Masa dia tahu keberadaan aku di KK, bertempatan tepat di coordinate Zeus Cybercafe, Api-Api Centre, Kota Kinabalu. Direct si Mayung pun turun sekali dengan Keling Panjang. Aku terkejut jugalah bila dapat tahu yang dia akan berpindah. Lagilah.. So, sini aku cerita pasal Keling Panjang dulu. Aku tidak ingat bila. Tidak silap.. Form 4 mungkin. Eh, form 5.
….
          Hanami tidak jadi pulang ke Sandakan. Kerana tiket bas penuh, lagi pun memang dia tidak dapat menikmati cutinya yang hanya berbaki 3 hari. Manakan tidak HEP meminta nama supaya budak-budak yang tidak balik bermalam pada hari tersebut untuk memberi nama. Nama-nama berdaftar itu akan diberi kupon makanan.

          Kupon makanan ini akan digunakan oleh mereka semasa ingin mengambil makanan di DS (Dewan Selera). Tetapi untuk Hanami. Kupon pun tidak ada. Masakan tidak, nama pun tidak berdaftar. Kupon pun tiada di tangan.

          Keesokan harinya, tiba waktu tengah hari. Pelajar-pelajar akan bergerak ke DS untuk menjamu selera. Hanami hanya duduk di bilik. Manakala roommate-nya menyertai kumpulan yang mengajak mereka. Hanami menolak pelawaan mereka kerana tiada kupon, itu saja alasan yang diberi oleh Hanami.

          # Memang menjadi rutin untuk budak asrama lelaki batch Hanami mengajak kawan-kawan mereka untuk makan bersama. Bergerak bersama. Duduk semeja bersama. Indah. #

          Hanami menuju ke surau pula. Dah masuk waktu zohor. Tidak disangka dalam rakaat solatnya. Ada satu suara lantang di luar surau memanggil namanya.

          “Hanami!! Hanami!! Oi! Mana kau?! Sini bodoh makan!”

          Hanami kenal suara itu. Si Keling Panjang. Ada dia ingin nampak kawannya kebulur di asrama seorang-seorang? Tidak akan. Itulah si Keling Panjang. Keling Panjang tidak menjumpai Hanami. Dia berpatah balik ke DS.
…..
          Cerita simple. Haha. Tapi seriuslah. Time dia jumpa aku masa mahu gerak ke Jesselton tu. Dia suruh aku peluk dia lama sikit.

          “Hanami.. Peluklah lama sikit. Last kalie kita jumpa di sini”, kata Keling sambil memeluk aku. Fikir lelaki, tiada gaya-gaya gay sikitkah? Tapi tidaklah kami gay betul.

Yang gay ni kau. Membaca ni.

          Gurau-gurau. Okey. Hehe.

          Sebak weh.. Aku tidak mahu cakap apa lagi. Teringat terus semua kenangan masa di MRSM dan Bandar KK waktu dulu-dulu.

Kemudian dia menuju ke Imago manakala aku menuju ke Jesselton bersama Mayung.

          Di Jesselton. Jumbo datang secara mengejut untuk meraih perjalanan aku ke Labuan. Tengoklah mereka semua. Allah saja mampu membalas jasa kamu semua bren.. Entah dah berapa banyak terima kasih dah. Yang tiada namanya di sini. Jangan kecil hati. Termasuk dorang-dorang Squek, PutingMiring dan semua tulah.


·       Birthday disambut dengan tenang. Tidak huru-hara.

Birthday ni tahunlah kan? Tidak akan tahun depan pula. Ucapan beribu-ribu terima kasih kepada yang me-wish. Ada yang berunsur motivasi, ejekan, dan dari media sosial juga tidak diendah. Kepada kawan-kawan yang mengambil peduli juga. Lagi-lagi kamu yang membaca ni. Eh… Ish.. Ish.. Ish..

Time ni. Aku di matrik. Aku hairan bagaimana si Salehah boleh ingat birthday aku. Salehah, kalau bab berkawan. Dia ambil berat. Padahal pada hari itu, aku dah hide-kan birthday aku di Facebook. Memang cunlah, plan solo-solo makan KFC dengan si Gilak, sambil-sambil baca buku sajak di tepian pantai. Feeling-feeling orang putihlah katakan.

Yang tahu birthday aku ketika itu, cumalah small circle friends yang ingat. Geng-geng budak jahat KK, itu memang tidak terlepaslah.

Hari berkenaan, aku belanja si Gilak makan KFC di pantai. Beli buku sajak. Feeling-feeling.. Ambil gambar acah-acah aesthetics. Pergh.. Mana mahu cari. Walaupun kami dua orang saja, janganlah tuduh kami gay haa. Si Gilak tu playboy. Tidaklah.. Main-main saja Wargh!

Kami kena balik awal ke matrik sebab pada sebelah petang, itu anak (Si Gilak) mahu hiking dengan classmates. Banyak cewek, mahulah dia.

Selepas asar, aku tertidur di surau kolej. Happy sudah. Buat apa lagi mahu peduli sama orang lainkan. Kenyang makan. Ada juga orang wish semua. Senyum.

Pulang bilik. Masya-Allah. Apa gila budak si Salehah ni? Lebih 10 kali dia missed call. Hairanlah. Sekali call balik.

“Sini. Aku bawakan KFC untuk kau.”

*air mata mengalir*

“Ai.. Aku dah hide pun (birthday)”, kataku dalam hati.

Terkejutlah. Rasa terharu pun ada. Tiba-tiba pula.
Datang-datang ke sana, si Ringa, Salehah dengan si Bunga dah duduk. Makanan tersedia. Dalam masih keadaan mamai aku menuju ke tempat dorang.

Makan lagi KFC. Haha. Syukurlah. Rezeki. 

*

Hairan mama, aku ceritalah pasal dorang surprise-kan aku. Then, mama kata mereka just simpati akan aku. Gaya-gaya aku macam orang kampung, muka dah kebulur sambil memakai kain sarung. *facepalm*, sebab tu dorang belikan KFC. Ma.. Ma.. Tiada jugalah. Terbiasa pakai kain sarung, macam mana juga.

Malamnya pula, Salehah me-whatsapp dalam group class.

“Ada orang mau kena baling tepunglah malam ni.”

Dah.. Pula..

“???”

“Siapa birthday?”

          And te-reveal dah hari tu birthday aku dengan classmate aku. Wish pun berpusu-pusu. Thanks semua.

          Tidak lupa juga kepada yang memberi hadiah. Sanggup pos dari Semenanjung ke Sabah. Mengejutkan. Benda tu aku just post dalam story Instagram, konon mahu buku tu. Tidak sangka, ada juga orang belikan. Gurau-gurau saja, betul-betul kena beli. Adui… *facepalm* Sekali lagi, you know who you are :).

          Hmm.. Ada seseorang juga yang tidak pernah miss wish birthday setiap tahun. Mungkin jarak tarikh lahir kami tidak terlalu jauh. Tulah dia senang mahu ingat. Thanks juga.

          Geng-geng lelaki pun, tidak juga aku lupa kamu. Lelaki mahu ingat birthday, jarang-jarang. Mungkin dia ingat family dia punya. Atau beberapa orang saja dia betul-betul ingat. Aku sendiri pun tidak boleh ingat birthday orang. Cepat lupa. Bukan cepat lupa, malas mahu ingat.

          Si Squek hari tu pun, aku TERingat birthday dia masa buka Facebook. Lepas aku wish, mesti ayat dia yang keluar setiap tahun begini;

          “Kau saja ni Hanami setiap tahun me-wish. Sorry lah haa kalau aku tidak ingat birthday kau.”

          Bangang. Aku sendiri pun tidak ingat birthday-nya.

          Kalau aku buka Facebook dan ternampak birthday orang tu, memang aku DM-lah terus. Says Happy Birthday. KALAU. Ingat tu. KEBETULAN. Haa. See? Lelaki.. Biasalah. Kena faham. Main game sajakan kerja.

Tiadalah.

          Satu sajalah aku tidak puas hati. Salelah… Ai.. Apa woah? Kau makan kismiskah ingat birthday classmate? *ketawa pecah*

GG.

          BTW untuk hari tersebut;

THANK YOU SEMUA!!! 😊💓💚💛💙💜


·       Beg hilang di Suria Sabah

Suria Sabah ialah satu shopping complex yang terdapat di Bandar Kota Kinabalu. Satu tahun pengajian di matrikulasi, ku tamatkan dengan jayanya. Alhamdulillah. Secara kebetulan aku teringat yang aku belum menonton wayang Infinity War masa itu. Dengan laju aku keluar dari matrik, pada sebelah pagi.

Sampai di Terminal Feri Labuan, terus beli tiket balik Kota Kinabalu. Tiket masih ada kerana pada waktu tersebut, yang hanya boleh pulang ialah budak-budak mengambil subjek Modul II. Budak BP dan BC belum freedom sepenuhnya. Ada last paper.. Budak CP dah balik.

Seusai perjalanan yang mengambil masa 3 jam 30 minit dari Labuan ke Kota Kinabalu. Aku direct bergerak ke Suria Sabah. Bodohnya.. Aku main humban saja beg yang ada di luar shopping complex tersebut. Yang ada pada aku, 2 beg bagasi, beg besarlah dan satu beg biasa. Beg yang aku guna untuk ke kelas.

Beg yang selalu aku gunalah inilah yang hilang. Nafsu mahu tengok wayang Infinity War, tanpa berfikir panjang. Terus gerak pergi cinema. Padahal, aku boleh letak beg itu di kaunter pertanyaan shopping complex tersebut.



Lokasi di mana hilang beg tersebut. 

Dari dalam cinema lagi aku rasa tidak sedap hati pasal beg aku tu. Aduh.. Ada aura mengatakan ia hilang. Sekali.. Betul-betul HILANG. Bapanya! Aku keluar dari shopping complex, yang tinggal cumalah beg bagasi, dua beg. Aku rasa tidak larat pencuri tu mahu angkat beg tu kan, so tidaklah dia curi. Tapi beg tu.. Aish… Sayangnya. Sudahlah mama yang belikan.

Dalam beg tu, ada gambar kelas, result matrik, buku, kain sarung, baju PAMER, charger dengan barang-barang mandi. Ish... Benda penting tiadalah. Tapi sayang jugakan.. Hmm.. Tidak apalah. Aku redha. Sekeliling bangunan aku dah cari, sehinggakan bertanya dengan sekuriti di sana. Di kaunter pertanyaan pun tiada. Memang sah hilang. Mahu buat macam mana? Jumpa bomoh? Gila.

Cuma itulah.. Aku tidak puas hati dengan gambar kelas tu. Ai.. Punyalah. Boleh-boleh saja dia curi kenangan aku macam tu. Wuargh!! Dahlah guna duit sendiri. *marah.. marah* Okey.. Fuh.. Syukur Alhamdulillah, soft copy-nya masih ada. Nanti aku mahu cuci balik ni gambar. Hehe.




Aku cerita saja benda ni kepada si Jumbo. Ketawa terbahak-bahak dia. Uish… Dia kata aku ni kalah Yakuza Jepun. Yakuza Jepun pun tidak berani letak beg di luar shopping mall. Sampai Sandakan (balik rumah). Hmm.. Bingit telinga kena bebel mama. Aku hanya diam, salah aku kan.

*Geleng kepala*

Tidak apa, ambil ia sebagai pengajaran. Lepas ni kawan-kawan, kepit saja beg kamu tu kalau pergi mana-mana.

Kalau ada aktiviti apa-apa pun, letaklah di tempat yang selamat. Sekian itu sahajalah nasihat daripada si cuai yang hilang beg di Suria ni.

*




·       Nasyid Budak Jalanan

Hmm.. Budak jalanan tu akulah. Konon. Masa di matrik dulu, nasyid ni antara benda bikin busy budak jugalah. Huru-hara. Classmate, pertama kali, bukan main lagi mahu join. Sekali.. Baru dorang tahu masa dorang terhad. Susah mahu catch-up tutorial bagai. At last, ramai yang keluar. Yang masih bertahan pun, berapa kerat saja. Adui… Pusing kepala dibuatnya. Ketua kumpulan aku, merangkum sebagai vokalis iaitu Walagna kata; kena teruskan.

Aku tahulah perasaannya bila orang tiba-tiba keluar secara tiba-tiba ni. First-first bukan main. Last-last menyusahkan orang. Latihan kami pun huru-hara. Aku rasa kepala ketua kumpulan kami pun dah serabut. Sekejap berjumpa. Bila berjumpa dengan yang ini, ini pula tidak terjumpa. Sibuk dengan tutorial lagi. Memang tidak boleh dinafikan. Benda tu betul. Masa pun makin pack.

Mahu tidak mahu, kena overtime. Kena korbankan masa sedikit. Latihan pun alah kadar. Ahli kumpulan pun macam so-so good, so-so bad.

*hembus nafas panjang.. tenang*

Mahu dibandingkan dengan juara nasyid tu, memang jauhlah. Sedangkan kumpulan lain pun semua mantap-mantap. Dengan pemain percussion-nya, vokalisnya. Kalau mahu dibandingkan dengan dia orang semua. Serius.. Kamilah underdog. Sebagai perantau jalanan, just ambil pengalaman join nasyid ni dan jadi kenangan.

Mahu kata konflik.. Hmm.. Tiada juga. Ada juga dari kumpulan aku, jump ke kumpulan lain. Umpama lompat partilah katakan; nampak macam tidak boleh go. Ahli pun macam noob-noob. Teruslah. Buat kerja. Haha. Tiadalah kawan. Aku bergurau saja tu, takut-takutlah kamu yang membaca ni terasa. Sorry ya.

Ampun beribu-ribu ampun.

Latihan pun dah nampak cun. Nampak sajalah. Belum realiti lagi, belum di atas pentas lagi. Kumpulan kami kedua last akan mempersembahkan. Aku just main percussion saja pun. Tiadalah jadi second-kah, vokalis utamakah. Tiada.. Walaupun kuat ber-karok dalam k-box atau jamban. Memang tiada peluang untuk menyanyi. Suara dah nyata sumbang. Muka pun hancur.

Debaran memang ada. Yang backup aku untuk percussion pun susah mahu catch-up sebab alunan lagu yang kami bawa iaitu Menanti Di Barzakh agak slow. Ia tidak boleh juga rentak yang laju pada percussion, kalau tidak hancurlah. Memang dah hancur pun atas pentas tu. Aku redha, aku hadap sajalah. Aku, Uzu dan Maki pun sekadar bergeleng kepala saja bila ada rhythm lari dari dorang yang menyanyi. Mahu buat macam mana. Uzu memain percussion yang serupa aku. Aku tidak ingat apa nama percussion tu. Lupa. Manakala Maki bermain marakas.

Tahan malu bren.. Ada rentak yang kami tidak dapat ikut walaupun dah banyak kali training. Aku tidak tahu mana silapnya, sebab terlampau mahu ikut tempoh yang dorang nyanyi. Ada ter-slack sikit. But it’s okay. Ustazah suruh enjoy juga, dapat juga kami makan burger free malam tu.

Ustazah ni ajar kelas kami. Disebabkan dia mengajar dua kelas. Dua-dua kelas tersebut dia hantar untuk menyertai nasyid. Haa.. See.

*





.....
....
...
..


Okey. Ini memori lama.

Masa di MRSM dulu, ada juga pertandingan nasyid. Pernah ikut juga. Dalam dua kali begitu. Ada yang join senior dulu. Tapi yang paling aku ingat. Masa kami spontan saja masuk nasyid. Mahu enjoy kononnya. Padahal bukan enjoy pun, mahu hadiah. Dari awal lagi tersalah niat sudah. Ketika form 4. Aku, Dorae, Joko, Jiboh sama dorang-dorang.

Kami ikut ni pun sebab minggu aktiviti tatkala masa tu kena handle oleh batch sendiri. Aku lagi Badar dengan si Joko, alang-alang masuk sajalah secara kabel tanpa perlu daftar ikut procedure.

Tidak disangka, kami menang juga. Bukan johan, just nombor 3. Pergh… Padahal masuk last minute and then ajak-ajak junior yang ada. Kalau junior tidak join kami masa tu, memang kami pukullah. Di suraukan.. Nah.. Tarik sajalah mana-mana junior. Lagu? Entahlah lagu apa, hoi Dorae? Jiboh? Joko? Lagu apa haa kita nyanyi dulu tu. Sorry lupa aku.

Lagi tidak boleh diterima. Kami guna hadiah berupa duit tu untuk kami makan di koperasi. Dasar senior durjana. Haha. Kami tidak bawa pun junior-junior yang join kami dulu tu. Dahlah meraikan kejayaan nasyid time kelas Bahasa Melayu.

Bahasa mudahnya, kami escape class time tu. Dasar betul! Kenyangkan makan keropok-keropok, ais-krim, minum-minum air, rakam-rakam lagi masuk moment Wechat. Adui.. Rindu. Dorae.. Dorae.. Jiboh.. Jiboh.. Joko.. Joko..

*facepalm, sambil geleng kepala*

Kepada junior yang join dulu tu and terbaca benda ni. Abang minta maaf sangat-sangat.. dengan kawan-kawan abang tu. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kasi halal makanan yang kami raih tu. Padahal tanpa kamu, nasyid tersebut tidak akan berjalan dengan lancar sebenarnya.

*tersenyum sinis*



·       Labuan Trip


Salehah yang merancang untuk trip ni. First-first ragu-ragu jugalah sebab yalah.. Lelaki classmate aku banyak yang tidak mahu join. Yang ikut pun siapalah, si Ringa. Dua orang saja kami. Mahukah tidak? Hmm.. Tanyalah dulu mama, nanti mama fikir bukan-bukan pula fasal aku. Berjalan dengan perempuan.

Whatsapp punya whatsapp. Mama pun suruh ikut juga. Yang penting jangan tinggal solat. Mama suruh enjoy saja sepanjang trip tu. Fuh… Dah kena bagi greenlight. Pergi sajalah. Lagi pun masa tu, aku belum habis round Labuan. Walaupun dah duduk pada semester pertama hingga kedua. Dah alang-alang mahu habis sudah tanggungjawab sebagai pelajar matrik.

Pergi sajalah. Enjoy the moments of it. Sewa kereta, bahagi-bahagi duit. Dengan tambah duit minyak sekali.

Pertama kali kami ke Ujana Kewangan. Dak-dak KML punya standard. Memang tidak akan lari. Memang muka yang dikenal pun berhamburan di sana. Kedai Moneygain lagi. Usah cakap. Pergh… Keluar elaun, semua belanja di sana. Tidaklah semua. Majoriti. Lepas dari UK, baru gerak ke.. Hmm.. Apa namanya ni. Jap..

Search dulu..

Oh, Labuan Marine Museum. Kami tidak masuk ke sanalah. Lantaran kesemua kami dah masuk tempat tu. Kami pergi pantai berdekatan dengan tempat tu. Ada yang main Flying Fox? Tu kah nama benda tu? Aku dengan si Ringa. Macam biasalah. Tukang ambil gambar dorang perempuan.

*





Main belon lagi. Belon sabun. Rasa macam budak-budak pun ada. Tapi kami peduli apa. Main sajalah. Habis dah.. Selesai dengan perangai dorang semua tu.

*


.
.
.

Menuju pula ke Labuan Botanical Garden. Apa yang menarik tempat ni, banyak tumbuh-tumbuhan. Yang suka nature, acah-acah anime Garden Of Words. Pergilah tempat ni. Ia ada satu tasik di mana kita boleh menaiki traktor air. Tapi kami tidak berkesempatan mahu naik kerana dipenuhi dengan pengunjung.

*




Dah hari minggu. Confirm-lah banyak orangkan? Habis sudah sesi bergambar, bermain kejar-kejar budak-budak tu (dorang perempuan). Entahlah.. Gerak lagi.. Ke...... Makan dulu bosku. Di JJ Nazar. Pergh.. Kedai mamak. Mula-mula acah hipster. Mahu pergi situ, pergi sinilah, sanalah.

Yang lelaki diam sajalah.

“Mahu makan mana?”

“Makan situlah. Sinilah”


*Lelaki.. Moment of silence*


Dengar sajalah apa yang perempuan ni mahu bincang. Ngeh… 
*mata menjuling ke langit*

Mahu pilih tempat makan pun susah.

Ya Allah. Complicated-nya. *facepalm*

*

.
.
.

Lepas makan. Menuju ke Chimney Museum. Suka sejarah? Tidak kawan. Macam biasa. Follow the flow.  Ada lah baca tentang artikel-artikel di museum tu. Tapi aku tidak berapa pasti. Kemungkinan tempat tu kawasan perlombongan tidak silap aku. Di belakang muzium tersebut ada satu laluan seperti jungle trekking. Kami hanya berjalan 1/4 daripada apa yang peta itu tunjukkan.

Kalau jalan sampai habis. Kena sembunyi bunian nanti waktu maghrib. Mahukah? Dahlah kena balik awal. Mana boleh sembarangan. Matrik tu, ketat sikit peraturan. Kalau masa zaman underground aku dulu, aku tidak kisahlah.

Chimney dah.

*


.
.
.

Jom gerak ke Palm Beach pula.

Di sini just ambil ketenangan saja. Sambil menikmati panorama ciptaan-Nya.

Angin bertiup sempoi, ombak menyusuri di kakiku.
Fikiran melayang entah ke mana, mungkin rindukan si dia.

Eh, tiba.

Tiadalah. Saja ambil feeling-feeling orang berjiwang sikit.

Hmm.. Ai..

Tarik nafas.. Hembus.. Okey.

Apalah aku cerita ni. Sambung.

Keropok, biskut, makanan ringan dan air gas. Semua kami bawa masuk secara underground. Pantai tu. Hak milik Resort. Memang tidak bolehlah bawa masuk makanan dari luar sebenarnya.

Apakan daya. Kami masih lapar walaupun dah makan di JJ Nazar. Setakat ambil angin saja tengok pantai. Tiada makanan. Susah jugakan?

Habis mem-bawang mak cik-mak cik tu. Gambar pun dah puluh ribu dalam henfon mungkin. Bukan henfon akulah, henfon dorang tu. Lagi-lagi si Salehah. Masa tu, dia saja yang guna iPhone. Habislah.

Selesai juga. Masa pun semakin suntuk. Kena balik ke matrik sebelum jam 6. Kalau tidak. Kena block outing 2 minggu. Manalah kami mahu.

Dalam perjalanan di dalam kereta menuju ke matrik. Tidak sangka. Mereka mahu makan lagi. Makan.. Makan.. Makan saja perempuan ni. Aku tidak tahu siapa punya plan. Mahu makan satay katanya di pantai Batu Manikar.

Tapi bila datang ke sana. Suka juga aku. Hehe.

It such a good vibes-lah bila datang tempat tu. Mengingat aku di pantai yang selalu aku lepak yakni Tanjung Aru. Ada gerai jualan, meja didirikan bersebelahan pantai, gerai makan, and banyak orang. Time makan satay ni, tiada pula dalam galeri aku. Aku tidak tahu ke mana gambar tu, atau memang kami tidak mengambil gambar pun masa tu.

Sibuk mem-bawang mungkin kala tu.

Beres dengan satay. Kena hantar kereta ni ke tempat asalnya. Mahu race macam Toretto pun tiada guna. Masa ke matrik tidak sempat untuk dikejar. Dua kereta yang digunakan. Aku dengan Ringa. Yang perempuan ada 2 orang ikut si Salehah. Habis menghantar kereta. Naik Grab pulang ke penjara tu. Si Kicik kena pangku, entahlah siapa yang pangku dia time tu. Kereta pun hanya muat untuk 4 orang saja. Mahu tidak mahu, kena sumbatkan juga supaya si Kicik ni pun dapat masuk.

Sesudah di matrik, kad matrik di-scan. Outing kena block dah… Ha Ha. Nasib sajalah aku tidak juga mahu merayau keluar pada hujung minggu seterusnya.

*
Monyet sedang bergambar. Shh.. Diam. Nanti menyerang.


Tikaku susuri pantai putih-Mu,
Menatap hambaran senja,
Ku imbas kelibat yang lalu,
Begitu cepat putaran masa.

Lalu,
Ku katakan pada ombak,
Aku di persimpangan,
Namun, ombak tetap menghempas pantai.

Ku katakan pada ombak,
Aku biarkan waktu berlari meninggalkan diri,
Namun, ombak tetap menghempas pantai.

Ku katakan pada ombak,
Akan kegagalanku,
Namun, ombak tetap menghempas jua.

Kini mengertilah aku,
Mengapa ombak tetap setia mengunjungi pantai,
Walaupun hari berganti minggu, walaupun,
Minggu berganti bulan, walaupun,
Bulan berganti tahun.

Kini aku mengerti,
Setiap persoalan ada penyelesaian.

Cuma satu,
Seringkali kita menempuh laut hidup,
Terpaksa bermain ombak,
Yang menempatkan kita di putaran gelombang,
Adakalanya kita menangis,
Adakalanya kita merintih,
Adakalanya kita lemas,
Lantaran keperitan yang dialami.

Sesekali,
Ombak juga terasa,
Ingin bersamamu,
Menangisi rimbunan dosa,
Menyesali noda dan nista,
Mentaudhidkan keagungan-Nya.

Agar hidayah menghujani hati,
Moga taufik menyelubungi nurani,
Menyucikan jiwa nan dicemari,
Oleh kerakusan mengejar duniawi.

Kini,
Kita dipisahkan,
Untuk mencari arah persinggahan,
Menyedari arus pelayaran,
Masih jauh dihadapan.

Akhirnya,
Dalam meneruskan hidup ini,
Jangan jadikan ombak sebagai alasan,
Memudarkan iktikadmu pada-Nya,
Kerana kita dan ombak hidup, 
Penuh dengan ketidakmengertian.
.
.
.
.

Muka-muka kena block outing.



·       Kem CMP

Kem yang boleh dikatakan extreme-lah juga. Ai.. Penat tu penatlah. Yang tidak boleh terima bila roommate aku sendiri cakap yang time aku di kem tu. Macam bukan Hanami sebenar dia kata. Adui.. Luculah juga. Kawan, usah katalah. Memang begitulah tu.. Mahu enjoy, enjoy saja. Just be yourself.

Teriak-teriak tu, biasalah. Lagi-lagi time main dodge ball malam tu. Kamu haa kasi kenakan aku. Ai... Tidak boleh cerita di sini. Nanti ditambah cerita yang bukan-bukan pula oleh dorang tu.

Jom. Serius kejap.

Ketika kem dijalankan, kami hanya diberikan alatan-alatan masakan dan bahan memasak saja. Ini barulah perkhemahan. Masak sendiri.. Cari kayu api sendiri.. Pergh… Extreme. Sudah cari kayu api, kena hidupkan api pula. Di situ, masa tu, memang pelbagai ragamlah dijumpa. Api susah mahu hidup. Kadang kayu api basah. Sudah hidup api, termatilah pula. Makan asap.

Bertungkus-lumus kumpulan aku menghidupkan api tersebut demi menyediakan makanan. Kalau kena buang dalam hutan hidup-hidup, makan biawak jawabnya. Syukur saja kena sediakan makanan.

Banyak yang merungut pasal yuran yang dikenakan. Kami dikehendaki membayar RM50 untuk persediaan kem itu. Dah. Mulalah.. Mem-bawang time masa makan tu.

“RM50, makan begini saja!”

“Tak puaslah weh. Macam tak berbaloi”

Dan.. Banyak lagi rungutan.

Bila difikirkan kembali, duit itu berbaloi juga untuk kem itu. Yalah, dengan penyediaan canvas-nya, khemahnya, makanan dan lain-lain. Penat lelah tidak termasuk lagi. Penat lelah bagi yang mengurus segala aktiviti yang diadakan. Kena meeting, kena bincang itu ini.

Kalau kita sendiri berada di tapak kasut mereka. Boleh jadi, kita pula yang serabut memikirkan segala benda tu. Ringkasnya, bersyukur saja dengan apa yang ada.

Masa kem, paling banyak dikenakan oleh geng-geng budak Fizik ialah GG. Pada hari kedua, ia bersamaan dengan birthday si GG. Habis.. Dialah yang jadi penghulu. Dialah yang kena serbuk pewarna paling banyak masa hari kejadian, kena tabur tepung. Pergh… Habis dah… Kotor habis baju dia masa tu. Kira okeylah. Pengalamankan, bolehlah cerita sama anak cucu nanti.

*





.
.
.

Menghairankan. Group kami menang untuk kem tersebut. Yalah, entah celah mana yang menampakkan kami group hebat. Padahal, saya rasa biasa-biasa saja pun. Mungkin atas hasil kerjasama yang cukup baik, kami mendapat tempat tersebut. Syukur.

Penuh beg mahu dibawa ke bilik dengan hadiah makanan yang diberikan.

*
Tahniah semua!




.
.
.


·       CSR

Satu perkataan yang simple tapi besar maknanya. CSR ini adalah satu program di mana keuntungan sesuatu syarikat itu digunakan untuk berbakti kepada society. Falsafah sikit. Memang kamu tidak faham pun. Senang cerita, ini kerja assignment untuk subjek keusahawanan kami.

CSR kami lakukan di Ipoh, Perak. Ini pertama bagi aku untuk larikan diri ke daerah negeri orang. Sebelumnya, hanya tahu jalan ke KL saja. Pergi KL pun macam orang kuno. Cerita pengalaman KL tu aku dah ceritakan. (Klik 1, 2, 3).

Ada manfaat jugalah kenapa group aku memilih CSR sebegitu. CSR kami ini berbentuk memberi baju bundle kepada golongan gelandangan di sekitar bandar tersebut. Ini lagi extreme dari kem. Ai.. Gila-gila. Malam-malam kami buat kerja tu. Mana tidak takutnya. Kalau ada apa-apa terjadi, tidakkah mendatangkan bala tu.

Bila cerita CSR aku ni kepada kawan-kawan aku. Terkejut dorang. Weh… Ketakutan. Kerisauan.

“Gila kau ni Hanami. Kalau ada terjadi tu. Nah.. Nanti ada berita pelajar universiti meninggal. Ni bukan Sabah Nami, Semenanjung.”

First of all, bro. Kau dah bersangka buruk dengan negeri orang bro. Stereotaip. Kalau dari awal perjalanan lagi kita dah berburuk sangka dalam musafir. Usah kata benda-benda yang tidak sepatutnya boleh berlaku kepada kita.

Yakin dengan perancangan-Nya. Ada benda yang harus diselesaikan. Mahu tanya ni? Negara mana yang aman. Walaupun di-list cartakah, apakah. Mesti ada kes. Cumakan.. Kita sudah terdedah dengan suasana media sosial, Twitter dan buah mulut orang yang bercerita bukan-bukan sehinggakan secara tidak sedar kita telah menanam benih kebencian dalam hati sendiri.

Kalau sahaja kita ubah mind set kita kepada arah yang sentiasa positif. Insya-Allah dipermudahkan. Bab hati-hati dan berjaga-jaga itulah memang tidak dilupakan. Memang kita kena berhati-hati dalam setiap perkara. Aku cakap pasal stereotaip sekarang. Just that.

*hembus nafas panjang*

Fuh…

Okey…

Di Ipoh tu. Adui.. Kena hon saja aku, kawan. Bila turn aku untuk ganti driver. Kami sewa kereta. Tidaklah juga mereka saja yang bawa. Kena berganti. Sakitnya kena hon tulah. Aku tidak biasa jalan di sini. Acap kali bertukar lane saja kereta yang aku pandu. Kiri… Ke Kanan.. Hati-hati bila di jalanan. Bila aku tukar lane ke kanan ada kereta double park, otw mahu tukar ke kiri kena hon dari belakang sebab terlalu slow mungkin.

Mahu saja aku keluar dari dalam kereta tu lalu menjerit;

“AKU BUKAN ORANG SINILAH!! PLEASE FAHAM!!”

Berkumat-kamit mulutku membaca Bismillah. Takut-takut ada apa-apa terjadi. Bila dah jam 12 tengah malam sebegitu barulah keadaan trafik semakin reda. Alhamdulillah, bolehlah teruskan pemanduan seperti kebiasaan kalinya. Sampai universiti mahu tahu jam berapa?

.
.
.

4 pagi kawan.

Penat. Tapi cukup untuk diri ini membuka mata.

Bila diingat kembali pasal golongan gelandangan tersebut. Jauh beza dengan kita. Orang miskin pun masih berbumbungkan atap. Mereka? Tidur di kaki-kaki lima. Makan hanya sekadar mengisi perut. Walaupun keadaan serba daif, masih juga mampu memberi senyuman. Masih mengucapkan kata syukur apabila diberi sesuatu.

Perspektif tersebut telah mengembalikan memori lama aku ketika di MRSM dulu. Asal menu ikan. Tidak sedaplah. Chef tidak pandai masaklah. Masakan Dewan Selera semua tidak kena dengan mulut. Tapi bila tamat pengajian, rindu juga makanan di sana. Haha.

Asrama. Makanan cukup sebenarnya. 5 kali sehari. Dapat lagi elaun RM50 sebulan, yuran pengajian free. Semua tu tidak terfikir pun.

Masuk matrik, umpama satu hempapan batu kena di mukaku. Baru tahu save duit bagaimana, baru tahu peritnya ikat perut. Dan.. Begitulah juga fikiran parents kita yang sentiasa ingin cukupkan diri kita lagi-lagi yang sedang belajar ini.

“Duit parents? Mereka tidak bagikah?”

Bukan apa. Aku malu sebenarnya minta duit dengan parents. Tidak biasa. Memang perangai aku mungkin. Tengok slip gaji mama aku pun. Hmm. Aku tahu bersusah-payah mama mahu sara kami semua.

Tapi Alhamdulillah. Keluarga kami masih dalam serba cukup. Hehe.

Bab nikmat, banyak lagi boleh diceritakan.

Aku bagi satu metafora;

Kalau dibandingkan 4 buah kereta Ferrari yang kita ada. Kita masih mahukan nikmat kaki yang sedia ada jikalau kaki kita tiada satu hari nanti.

Bukan ingin mendoakan satu hari nanti hilang kaki. Boleh ditakrifkan. Nikmat kaki yang ada pada anggota kita ni. Cukup untuk berjalan ke mana-mana.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” – (Surah ar-Rahman : 13)
.
.
.
          Dalam subjek keusahawanan ni, yang memainkan peranan ialah Ichigo (bukan nama sebenar), merupakan housemate saya. Kenapa? Dialah yang tolong saya untuk mengambil nasi di Taman Bahtera setiap minggu. Tanpa dia, perniagaan tidak akan berjalan dengan lancar. Ichigo ada motor, itulah saya minta tolong untuk mengambil nasi di tempat tersebut.

          Gaya kami berdua dah boleh kalah budak underground. Dah macam group The Lipstick yang sebelum menukar nama ke Masdo. Dahlah kena ambil berpuluh bungkus nasi, MAHU KENA LETAK LAGI ATAS MOTOR. Saya yakinkan saja Ichigo, nasi ni boleh sampai ke kampus. Cuma perit. 30? 40 bungkus?

          Hadapan Ichigo saja pun dah kena letak 15 bungkus. Kiri dan kanan tangan saya memegang lebihan bungkusan tadi. Pergh.. Tangan boleh cramp. Ichigo kena berjalan dengan slow disebabkan dia agak susah untuk menukar gear.

          Apabila di depan traffic light, mengambil masa sedikit untuk dia memulakan tukaran gear. Hal ini kerana motor yang Ichigo guna berfungsi clutch. Tangan kiri dia pun dah kena berjaga-jaga untuk memegang bungkusan. Kalau jatuh, tidakkah parah tu?
         
          Setelah sampai ke kampus, memang merupakan satu kejayaan untuk kami berdua. Cuma mendukacitakan. Sampai sahaja, mungkin ada nasi yang kemik dan ada juga bungkusan yang hampir tercabut.

          Ichigo.. Ichigo.. Thanks. Saya bagi duit minyak pun kau tolak. Ada pertolongan apa-apa nanti, just bagitahu aku.

          Dalam dia menolong aku, dia pun beli jualan tersebut (nasi). Satu ayat yang keluar dari mulut dia;

          “Takpelah Hanami.. Untuk assignment kau juga.”

          :)


Teka. Mana satu saya? Kalau macam G-Dragon tu, sayalah tu :P




.....
....
...
..
.
·       Tracker

Menjejaki sisa-sisa hidup kehidupan. Track-lah sampai ke mati.

Tiadalah..

Atas permintaan kawan saya. Saya akan tulis fasal cerita ni. Entahlah apa yang mahu diceritakan pasal Tracker ni. Tiada benda yang menarik pun.

It’s just assignment untuk budak course kami. Satu assignment yang boleh tahan gilanya bagi budak-budak Fizik. Di mana semua berkumpul dalam satu bilik, bekerjasama antara satu kumpulan dengan yang lain bagi menyiapkan tugasan tersebut. Tapi bagi kami; budak-budak santai. Budak-budak last minute, acah comeback is real.

Mengendahkan urusan tersebut. Saya tengok bermati-matian juga orang yang struggle buat benda ni. Saya pergi tanya itu ini, risau tidak keruan juga kalau assignment ni tidak siap. Disebabkan kepala kumpulan saya ni, jenis santai. Saya pun santailah juga. Make it real! Just follow the flow.

Pada last malam sebelum hantar kerja itu, sempatnya kami bermain futsal. Roommate saya.. Hmm.. Risau tidak risau. Satu experiment saja pun, mahu siapkan report sekali dengan Tracker itu, mengambil masa 2 jam. Gila! First-first ada terjentik mahu buat benda ni, seorang-seorang. Kalau buat seorang-seorang, bukan on the way gila. Gila sudah mungkin.

Syukur sajalah group saya pun sedar. Ada juga berjalan proses itu. Bagi-bagikan tugas. Saya buat yang ni, dia buat yang tu, kau buat yang sana-sini.

Di dalam kesantaian Tracker belum siap, kami bergembira syok tidak ingat dunia bermain futsal. Bilik saya dah macam penagih dadah lorong kaki-kaki lima, tilam di lantai, baju berhamburan. Pergh… Dah macam dulu-dulu.

Dalam keserabutan di dalam bilik, kami masih mampu bergelak ketawa, tidak usah apa yang akan datang menimpa. Futsal masih berjalan. Teriak-teriak naik motor dah bagai universiti ni kami yang punya. Itu malam kami punya.

Selesai bermain futsal, saya, GG menumpang motor si Ghaib. Tidak disangka, tiga orang dalam satu motor. Underground lagi… Beberapa jarak keluar dari tempat gelanggang futsal.

Argh!!
Kaki saya cramp.

Ketawa si GG dengan si Ghaib. Saya suruh si Ghaib memberhentikan motor dia dengan segera. Tidak akan mahu ditahan cramp itu, fikir saya ni Goku-kah? Seusai motor berhenti, saya terus melompat dari motor itu. Dengan keadaan yang tidak seimbang, saya terus terbaring di jalan raya tar. Kesakitan kerana kejang, otot tertarik. Gelagat GG dan Ghaib masih ketawa diturutkan dengan dua orang kawan yang ingin menuju ke Hijjas berhenti sementara untuk melihat saya.

Mereka berdua pun ketawa. Sesudah menahan perit cramp yang terjadi pada diri ini, saya menarik sedikit otot-otot yang sakit tadi. Dengan lafaz Bismillah, saya naik kembali ke atas motor.

          .
          .
          .

          Ghaib!! Ghaib!! BERHENTI. CRAMP kakiku.”, rayu GG.
         
Haa.. Tadi ketawakan saya. Tengok. Karma on the spot. Kaki GG ter-cramp di roundabout pertama berhadapan dengan gate gerbang utama universiti kami. At least, dalam keadaan tidak stabil pun, saya masih control sebelum terbaring kesakitan sebelum itu.

          Tapi GG, jejak saja kaki di tanah. Mengejut terbaring bersebelahan motor si Ghaib.
         
Rasain loh!
          Tiba turn saya pula untuk ketawa. HAHA.

          Saya menolak sedikit kaki GG untuk meredakan kejang pada otot GG. Syukur saja, dia masih mampu berdiri lagi.

          Kalau ditakdirkan si Ghaib pula yang cramp kemudian itu, entahlah.. Silap-silap masuk longkang motor kami bertiga. Nasib si Ghaib fit. Tiada pun cramp-cramp.

          .
          .
          .

Di bilik Hanami dan Koko

          Bermula sesi stay up sampai ke pagi. Tracker pun dibuat dengan semangat yang bersahaja. Di dalam bilik saya ketika itu, entahlah berapa orang dalam satu bilik. Dah umpama tin sardin saya tengok. Gelak-sakan tidak berhenti, lagu raya dipasang di laptop saya kerana ingin merasakan vibe sebagai perantauan time Hari Raya, sibuk PUBG, sibuk mengenakan si ini dan si itu.

          Apalah perasaan housemate saya time tu, dahlah bising. Tapi saya dapat rasakan yang mereka dah tidur nyenyak.

          Dari pagi hingga ke Subuh pun belum siap. Manakala part untuk saya selesaikan hanya beberapa lagi. Tinggal touch up sikit saja. Nanti Mumu dan Lulu pula akan selesaikan selebihnya.

          Ghaib berjemaah di masjid manakala yang ada di dalam bilik tersebut berjemaah di rumah saja.

          Selesai jemaah, kepala dilontarkan, terbaring lalu tertidur.
          Rilek dahlah.. Jumaat pun. Ada masa lagi mahu hantar.

          Begitulah lelaki, santai mahu mati.

Tapi jangan pula masa kita dah berkahwin, terbawa pula perangai ni. Besar tanggungjawab kita nanti kawan. Isterilah, anaklah, duitlah, parents-lah. Kalau masih sibuk dengan PUBG, Dota 2, game dan lepak mamak. Mimpilah ingin berumah tangga.

Enjoy masa kita bujang ni. Hehe.
.
.

Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kami semua untuk masa tersebut. Sempat bermain futsal, makan sama-sama di bilik, bergurau senda tidak henti-henti, berjemaah Subuh bersama-sama, tidur dah macam gaya kalah orang bujang (berhimpit-himpit satu tilam) dan paling best, Tracker pun siap walaupun banyak tekanan yang dihadapi oleh student-student Fizik.

*

..
.

Highlights 2018 dah pun habis.
Coretan sebelumnya dah pun tertulis. Cuma tunggu masa saja lagi untuk post. Sebab lama dah tidak update. Ingat mahu kembali menulis blog pada tahun depan.

Bila diteliti, tahun 2018 merupakan tahun yang banyak mengajar saya sebenarnya. Erti hidup mungkin. Tapi belum sepenuhnya.

Andainya hidup ini tenang seperti alunan muzik lagu Canon in D,
definisinya belum lagi,
ada yang pergi,
ada yang menyendiri,

Ada yang berhempas pulas untuk hidup,
ditimpah masalah yang tidak pernah sudah,
tentunya,
siapa masih berdiri,
dia gigih.

Budak jalanan dihina sedangkan diri tidak mengiringi si budak.
Perlunya ada toleransi untuk tenang di dunia yang sementara.

Memberilah walaupun sedikit,
makanlah walau tidak sekenyang mana,
bersyukurlah dengan apa yang ada.

Wahai sahabat terima kasih kerana banyak menolong sepanjang tahun 2018. Tanpa kamu juga, siapalah saya. Tegurlah kalau saya salah.
Minta maaf sekiranya diri ini jarang sekali bertanyakan khabar tentang anda,
minta maaf kalau diri ini terlalu sibuk dengan kerja di sini,
minta maaf kerana tidak mampu untuk menarik anda ke arah kebaikan,
minta maaf sekiranya saya membuat anda jauh dari kebaikan,
minta maaf kalau tidak tersambut video call yang anda call,
minta maaf sekiranya tidak dapat meluangkan masa,
Dah berapa kali banyak maaf dah. 😅

Kepada kawan-kawan se-group assignment atau disebaliknya, sorry kalau ada terlepas tangan untuk kerja group. Maaf kalau diri ini useless dalam sesuatu tugasan.

Alhamdulillah semester pertama pun dah habis. Beban dah terlepas. Prepare-lah untuk semester seterusnya.
Kena kuatkan lagi mental dan fizikal. Kalau ada yang give up di pertengahan jalan, ingatlah sejauh mana sudah kamu berada sekarang.

You can do it! Trust yourself. Spread the positive vibes.

Rata-rata saya tengok students ni banyak penat mental. Serius. Kita kuat sebenarnya.

Ada yang groupmate lepas tangan, duit tidak cukup, fikir fasal makan, rindu ibu bapa sebab berjauhan. Demam tanggung seorang-seorang.
By the way, just appreciate this student’s life and enjoy it.

Pernah juga terkilan mahu berhenti belajar. Malas tidak. Still ada motivation untuk belajar. Fasal duit. Ya Rabbi. Pergi-balik untuk ke Sabah saja pun dah mahu dekat ribu. Belum campur makan, yuran semua. Ada hasratnya mahu nyatakan benda ni kepada mama.

Tapi.. Saya tahu, mama mungkin akan lagi kecewa. Mama pun belajar sampai tahap diploma. Mahunya anak sulung dia ni belajar di peringkat menari gading dengan penuh gaya. Bab duit saya tidak mahu cakap, mana saya cerita semuanya pada mama. Just cakap fasal hidup di universiti saja.

Sampai nenek hairan kenapa saya makin kurus masa balik mid-sem hari tu. Telan air liur saja. Duit PT? Belum ada bergerak lagi. Masih dalam bank. Saya masih menggunakan duit simpanan yang diberi dari program Budi Petronas dahulu and certain duit yang diberi oleh keluarga-keluarga di sana.

Setakat makan nasi dengan sosej 2 biji dengan kuah masa tengah hari, tiba makan malam makan nasi bujang, dah biasa. Senyumlah.
Bila kawan-kawan ada yang membawa makan hipster, kalau saya tolak pelawaan itu. Minta maaf, memang duit masa tu belum stabil lagi.

Makanan mahal-mahal? Prinsip saya satu saja, makan sekali sekala. Dua bulan, sekali. Andai saja saya terikut, itulah memang kehendak sayalah. Pernah mama nampak, saya ni simpan duit saja di bank. Menabung duit syiling bukan main.

Sampai keluar satu ayat yang mungkin agak sentap bagi saya;

*

Bezakanlah berjimat dengan kedekut, ketahuilah orang yang ingin anda bawa sebelum menggunakan duit yang agak banyak.

Bukan fasal saya haa. Orang lain. Kena faham bila mereka menolak tu.

..
.

Ada yang bertanya kenapa tidak upload story-story Instagram apa semua itu.

Minat.

Saya bosan sebenarnya main story tu. Tangan akan keluar fon saja bila mahu tunjukkan sesuatu.

Hidup Hanami berpaksikan lensa dan warna. Capture, record, and blog it!

Cenderung kepada tulisan blog. Sebab itu saya ceritakan semuanya di sini. Saya tidaklah berdiam walaupun pendiam.

Twitter, tempat saya meroyan kadang. Ask.fm tempat jawab soalan. WeChat, just tengok khabar orang Sandakan, orang Sandakan masih banyak guna WeChat. Instagram? Hmm.. Kalau ada moments yang saya mahu share, saya share-lah. Tumblr, just reblog benda aesthetics, quotes, Islamic and ambil sedikit ilham daripada penulis-penulis Indonesia.

Saya lebih suka bercerita. So, blogging-lah jawapannya.

Saya tidak kisah fasal stereotaip atau buah mulut orang. Mana benda betul kita ceritakan, mana benda yang salah jangan kita turutkan.

Sekarang. Benda salah, nampak betul. Benda betul nampak salah.
Biasanya benda yang salah sehinggakan hairannya benda yang betul.

Pelajar ingin duduk di depan dengan niat mahu belajar dimatikan motivasinya oleh orang lain;

“Duduk depan buat apa. Bukan 4.00. Sinilah duduk belakang. PUBG kita. Main game”

“Bukan straight A pun.”

“Come on-lah. Buat apa belajar ni, dunia saja”

Sedangkan di zaman usia kita belajar, ada di antara kita belum mampu untuk memberi apa-apa kepada ibu bapa. Ibu bapa tersenyum bila mendapat tahu anaknya mampu melakukan yang terbaik pada peperiksaan.

Senyuman mereka itu. Priceless. Tiada nilai.
Benda remeh yang kita anggap itulah sebenarnya mampu memberi senyuman pada mereka. Menjadi salah satu asbab untuk kita mendapat keredhaan mereka berdua.

Ada benda yang saya coretkan dulu tiada dalam tulisan ni. Dah tidak tahu mahu letak di mana. Terlepas pandang.

..
.

Tahun ni juga, baru saya sedar bahawa 1000 followers Instagram tidak menjamin apa-apa jikalau bila kita ditimpa masalah, yang datang pun cuma 2-3 orang.
229 followers Twitter, belum tentu mahu ambil tahu fasal anda.

Stay-lah dengan small circle of friends yang ada pada anda sekarang.
Tariklah mereka ke syurga bersama-sama.

Sedangkan Teme dan Ahmad pun boleh berjaya belajar di London, tolong each other, ingat mengingati sesama sendiri, graduate sama-sama.
Fend dan Chad dari budak band, budak underground, dari jalanan sama-sama menuju ke jalan Tuhan. Hasil dari masjid-hopping ketika berada di Australia waktu Ramadhan.
Saotome dan Makoto, rasa janggal pertama kali mereka berkawan. At the end, Makoto dah tahu erti persahabatan sebenar.

Small circle of friends. Berdua pun bahagia.

*Teme dan Ahmad (watak dari Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan; Teme Abdullah)
*Fend dan Chad (watak dari Contengan Jalanan; Hlovate)
*Saotome dan Makoto (adaptasi dari Anime Movie; Colorful)

*
Saotome and Makoto

Jalanan. Ada satu lagi buku yakni Pelukis Jalanan. Cuma masa tu belum beli lagi.
.....
....
...
..

Kepada sesiapa menyembunyikan identiti saya, terima kasih. Moga konsisten, haha. Kalau upload di media sosial, tutuplah muka saya (conteng, emoji, etc).

Tidak suka bila diri ini dikenali.
Ada sebab;
“How can when we read a book, kita boleh jatuh cinta dengan perwatakannya. Sedangkan wajah watak yang kita baca tidak dipapar pun.” -hanami

Jangan panggil saya Teme, saya tidak mahu ikut siapa-siapa pun sebenarnya. Plagiarism apatah lagi.

Kerana saya guna quotes yang ada pada buku Pelukis Jalanan masa sesi sharing kelas Electromagnetism hari tu, sampai sekarang kena panggil nama tu. Mereka-mereka nilah, Mumu, Koko dengan dorang-dorang si Lulu.

Bukan cuba mahu jadi Teme.
Bukan ingin meniru Hlovate.

..
.

Start saya buat blog pun, ia diinspirasikan dari seorang perempuan.

Minat? Yup.
Crush? Tidak.

Saya kenal pun dari zaman Facebook, dia selalu update blog dia, terkenal juga dengan tutorial-tutorial buat apa entah, shawl-kah, tudungkah. Itu saya tidak tengok, tidak peduli. Hal perempuan.

Tapi bila start saya form entah berapa (form 3 mungkin), dia dah delete blog dia. Mungkin bila dia dah matang tu, bila dia lihat balik blog dia, nampak macam kids barangkali. Haa.. Tiba-tiba delete, mungkin malu. Sekarang budak tu dah Instafam pun. Hilang dari dunia blogging.

Mungkin kamu yang perempuan kenal dia siapa. Khadyjah Fatihah tidak silap saya?

Barulah saya pula berjinak-jinak dalam dunia blogging masa form 4 dulu (masih menggunakan peranti Tumblr kemudian perpindah ke Blogspot). Tapi belum ada laptop lagi. Ada account tapi tidak pernah update. Hanya baca blog-blog travel, photography, and benda-benda aesthetics.

Socmed such as Tumblr tidak berapa menarik minat saya dalam menulis.
Can’t Italic, can’t bold, words tidak boleh diwarnakan.

..
.

Semoga tahun 2019 menjadi titik mula kita untuk berubah menjadi baik. Tiada stress, life pun enjoy, kawan pun masuk air; ajak ke masjid, semua benda pun terurus.

Lupakan memori 2018 yang pernah menghantui anda, move on.

I know. It’s not easy to do it but.. Come on… Sebab pernah terjadi juga pada diri saya. Mahu salahkan siapa? Tidak perlu. Bertolak-ansurlah, saling bermaaf-maafan. Focus for yourself first. Better man/woman will be coming. Tiba… Cintalah pula.

Maksud saya, benda yang membuat anda rasa down. Rasa macam mahu bunuh diri, stress dengan belajar, family problems, relationship, money and everything.

Benda sebegitu sementara, dunia ini permainan. Saya doakan. Ada benda yang lebih baik sedang menunggu.

If you stress about your problems, kongsikan dengan kawan-kawan rapat anda. Sembang kedai kopi, lepaskan segalanya.

Jangan lupa juga, luah atas sejadah, berdoa kepada-Nya.

Kalau hasil usaha sekarang tidak mendapat dengan perkara yang setimpal.
Tidak akan mungkin lima tahun akan datang atau suatu hari nanti, usaha berhempas pulas itu tidak dibalas balik. Allah Maha Adil.

Kalau tidak?
Bersangka baik dengan Allah. Mungkin ditunaikan dengan cara yang berbeza.

..
.

Insya-Allah selepas ini, blog saya akan jadi blog yang bersahaja. Saya akan kongsikan pasal Sandakan mungkin atau mana-mana benda yang menarik. Contengan jalanan, kritikan, cerita dan tulisan yang bersahaja.

..
.

Ini hanya sekadar
coretan perasaan
coretan pengalaman
yang mungkin buat
kamu bosan
kerana ia sekadar tulisan.
Tiada plot, tiada seni.
Bukan untuk mereka yang mengerti.
Ini; memori-memori manusia itu.
Ini; hantu masa lalu. 
Buat pembaca dan diri sendiri yang cakap tidak serupa bikin.

Yang ikhlas bercerita,
hanamimarch

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Hari Raya Aidilfitri; Throwback the moment, the nostalgia.

Kuala Lumpur International Airport 2; 1 Jun 2019 - Budak UKM? *tengok kanan, tengok kiri* Tiada. Line clear. Budak UPSI? *menjeling keadaan sekeliling* Tiada yang dikenali. Roger and out. Line clear. Budak IPT lain? *usha* Line clear juga. Semoga tenang menulis blog di sini. . .. ... بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera. Tiada benda ingin ditulis. Apa yang terlintas dalam pemikiran di sinilah ia akan dilepaskan. Memandangkan beberapa hari lagi nak Hari Raya Aidilfitri .  Maka di sinilah aku akan titipkan antara kenangan lalu dan perbezaan raya dulu dan kini. Termasuk juga beberapa ucapan yang ingin diungkapkan kepada pembaca. Huhu. ➤ Kad Raya vs Whatsapp Tidak diduga kad raya sekarang makin lama makin pupus. Apa tak nya. Media sosial dah kubur benda tu. Bila diperhatikan kad raya dulu menjadi kegembiraan kepada budak-budak atau si penerima. Siap minta alamat lagi untuk kirim kad raya. Kalau sekaran...

PPG 1; SMK Perempuan Sandakan (8/7/2019 - 19/7/2019)

Bismillah. Aii.. Entahlah kenapa rasa mahu tulis pasal pengalaman PPG ni. First-first tidak mahu. Dah nama pun blog. Kita teruskanlah saja kan? Mahu cerita kedai kopi pun. Kadang aku tidak dapat turun. Huhu. So? Mahu mula dari mana? Penempatan? Bilik Pengetua? Okey.. Okey.. Macam biasa. Aku bercerita? Atau aku buat cerita? Haha. Yalah. So. Here is it! Kita cerita melalui persoalanlah dulu. " Why this school? " Entah. Itu saja aku mahu cakap. First-first aku pilih SMK Elopura Bestari. At the end, aku terpilih tempat ni. Ceritanya. Aku dah sampai sekolah tu. But.. Yeah. Keraninya perangai macam... Layan tidak layan. Aku berdiri di meja pejabat am tu macam orang bodoh saja. Bila ditanya bila pengetua ada? Dia cakap dia tidak pasti. Jam berapa mungkin habis mesyuarat? Tidak pasti. Fuh.. Aku sabar saja masa tu. Dahlah mama aku menunggu di luar. Lagi pun, sekolah tu jauh dari tempat aku. Batu 7 ke Batu 10. Weh.. Jauh tu. Nayahh.. Habis minyak kereta. Mama aku p...

Attachment; MJSC [GreaTroubleMaker] (1)

Bismillah. Ai.. Hari ini aku bercerita saja serba sedikit pasal benda-benda ni dulu.  Sekali dengan lampiran gambar. Jangan risau. Aku edit juga. Biar tak dikenal siapa disebalik gambar. Hoho. Lazada Ini tidak tahulah. Kerja gilakah? Kerja bersahaja. Jumbo dengan otak gila-gilanya mengambil dark tape sambil melekat ke semua barang-barang milik si Pop .  Orang yang berlalu-lalang di sekitar wing board ketawa berbahak-bahak. Pop dengan hati terguris mengemas barang lalu terus menelefon seseorang untuk balik ke rumah. Merajuk.  Tapi still. Lucu gila. Aku tidak tahulah. Mahu kesiankah? Mahu ketawa? Dua-dualah sekali. Tapi aku lebihkan ketawa. Mahu terguling aku ketawa melihat benda ni balik. Aku tidak tahulah. Idea mana dorang ni dapat. Dikategorikan sebagai Lazada? Konon barang-barang ni mahu dijual online.  Nampak sama tapi bukan dia. Free shipping. Tiadalah. Pop .  Jangan terasa. Anggap sebagai kenangan. Ka...

Tiba-tiba Ramadhan

Bismillah. Tidak lama lagi Ramadhan. Bukan lagi tidak lama. Dah tiba pun. Satu bulan yang mustajab ni, patut kita guna sebaik-baiknya. Harap Ramadhan tahun ni baguslah bagi kita semua. Insya-Allah. Tahun lalu. Ramadhan aku hancur sikit. Sebab duduk dekat rumah. Bukan tak okey. Okey tu okey juga. Iftar dengan family. Sahur dengan family. Cuma dari segi, you know-lah. Ibadah tu terumbang-ambing sikit. Mahu terawih, kena kejar anjing lepas terawih, sebab masjid jauh dari rumah. Quran. Ya Rabbi. 2 3 m/s saja mungkin. Insya-Allah, tahun ini dapat dibaiki. Termasuk diri anda semua. Kalau korang mahu tahu, Gaza kena serang pada Ramadhan pertama. Doalah untuk saudara kita yang di sana. Kita ni tak mampu untuk tolong mereka. Tidak apa, doa senjata orang mukmin. Kalau korang follow up di Twitter/Facebook, ada berita tu. Termasuk 3 juta orang Muslim di China sekarang yang dalam tahanan ditindas agar tidak berpuasa. *sigh* Kalau sajalah aku ada kuasa. Ai.. . . ...

Ipoh to Penang to Melaka; Solo Travel Tanpa Sebab

Bismillah Hi guys. Salam Ramadhan. Lama tidak bersua. Temberang sudah aku bila dapat Tweetpemes padahal sekali saja pun. Nak haram. Haha. Kalau aku promote blog aku kat Twitter. Aku rasa boleh pergi jauh sebenarnya. Tapi okey saja hidup begini. Buat apa kejar fame ni. Twitter tu tempat aku meroyan saja. Kalau kawan dapat detect Twitter tersebut memang segala makian lah ada di sana. Memang boleh putus kawan. Lagi-lagi circle-circle yang ada di universiti ni. Okey itu kita lupakan dulu. Cerita aku ni pasal pengalaman di tempat-tempat nilah. Di sini lah first time aku kena sexual harassment oleh seorang gay, kena tipu lagi oleh seorang pak cik di Penang Sentral. So, sekali lagi aku akan bercerita. . . Terminal Bas Tanjung Malim, Perak ; 19/5/2019 Menjadi kebiasaan untuk diri aku menjadi seorang yang spontan dan random . Kepala boleh terus putus fius bila nak travel. Kalau diberi duit yang banyak. Memang segala tempat di dunia ni aku nak bantai. Hari Ahad merupakan t...